CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanarizqman

TERBARU DI SEREMBAN

[Copy link]
Post time 13-8-2007 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 13-8-2007 08:54 AM
Orang2 kristen tidak memurtadkan anak2 muda islam dengan air mineral yang dijual di pasaran. Secara sistematik mereka mendekati anak2 muda islam dengan pelbagai cara. Peringkat permulaan mereka t ...



Semalam saya baru dengar forum yg disampaikan oleh bro Nikolas Sylvester, bekas missionary kristian yg telah convert kpd Islam dan sekarang giat membuat kerja dakwah utk Islam. Dalam forum tersebut ada hamba Allah yg menanyakan beliau tentang holy water ni.
Dia memberitahu bahawa dia telah diberitahu sendiri oleh seorang lagi bekas paderi yg telah masuk Islam. Saya lupa nama bekas paderi yg disebutkan oleh bro Nikolas Sylvester.
Bekas paderi ini pernah terlibat dgn penyediaan air holy water ini semasa beliau menjadi paderi dulu.
Air holy water ini adalah air bersih yg dicampur sedikit garam dan juga dicampur dgn air yg diambil dari BaitulMaqdis. Air holy water ini disediakan sekali dalam setahun. Air holy water ini bukan tujuan utk diminum, ianya digunakan dalam upacara sembahyang didalam gereja.
Out of curiousity, bekas paderi tersebut pernah minum air holy water banyak kali.
Tiada apa2 yg ganjil tentang air holy water ini malah bekas paderi tersebut telah mengucap syahadah dan masuk Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 10:35 AM | Show all posts

Reply #21 Equalizer's post

tu la pasal.....

Aku dah habaq mai da, kitaworang masih tak mahu percaya dan masih mahu salahkan orang lain dalam hal murtad ni....


Kan lebih baik salahkan diri sendiri....

Salah aku kerana sibuk dengan urusan dunia sampai tak der masa nak 'berpesan2' dengan haq, berpesan2 dengan sabar...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 10:47 AM | Show all posts

Reply #21 Equalizer's post

In pun dh byk kali terangkan kt kwn2 yg dpt email n sms yg mengarut neh... naik malas dh nk menaip kt sini jelas semua yg bodoh2 cmni....

awat xleh fikir sendiri ek...

In teringat dulu bila ada seorg jiran bgtahu auntie us Hadi Awang telah menyihir/jampi air kolah masjidnya sehingga makin ramai org duk pi dgr kuliahnya... In pun fikir, awat us Hadi tak pi jampi/sihir laut cina selatan jerk.... huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 11:03 AM | Show all posts
mintak2 dijauhkan masalah ini berlaku pada keluarga dan semua orang islam
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 11:14 AM | Show all posts
bape bnyk thread psl holy water daaaa

btw
aku tengok sendiri depa berkampung kat R&R seremban pada 16/07/07 kira2
> jam 1 pagi...(masa tue aku nak gi melaka)dapat cuti isnin.
> memang ramai rahib yang bermesyuarat kat situ...
> so..citer ni bukan rekaan..
> aku sendiri nampak depa tgh berkumpul pagi itu

xkn x prasan lg kot bende2 yg aku bold tuh? cte emel konpem/99.9% mesti ade pekataan2/ayat2 tuh ...nk pecaye jgk ke? alahai senang beno kne tpu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 11:19 AM | Show all posts

Reply #25 pandikar's post

de tanya ke, dorang tu dari gereja mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2007 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 13-8-2007 11:19 AM
de tanya ke, dorang tu dari gereja mana?


Kalau dah ada rahib dan Holy Water..sah Gereja katholik.

Untuk makluman saudara saudari sekian, Gereja Katholik tidak pernah menggunakan sihir atau apa sahaja untuk memurtadkan orang lain..

Mengaitkan Holy Water dengan ilmu sihir dan mengaitkan dengan murtad sehingga kelu lidah merupakan satu penipuan. Tujuan pihak tersebut menyebarkan fitnah tentang Holy Water merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Mungkin niat pihak tersebut adalah untuk memberi nasihat dan kesedaran kepada orang Islam, tentang isu murtad. Tetapi apapun alasan pihak berkenaan, pembohongan tetap pembohongan. Malahan saya percaya, agama Islam sendiri, tidak menghalalkan cara tersebut.

Holy Water hanyalah air yang telah dibacakan doa dan dicampur dengan sedikit garam, tidak lebih tidak kurang. Ia lebih kurang dengan air sembahyang dalam Islam.

Banyak cerita yang tersebar kunonnya si x, y, z telah murtad kerana meminum Holy Water. Saya tidak ingin untuk membuat tuduhan cerita tersebut sebagai tipu dan bohong...tetapi yang saya tahu Holy Water bukan untuk diminum, kalau terkena renjisanpun tidak membuat seseorang itu pengsan..apatah lagi murtad.

Tapi kalau seseorang itu kerasukan, sure akan melolong apabila terkena Holy Water..


Terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 03:14 PM | Show all posts

Reply #27 shalom's post

Malahan saya percaya, agama Islam sendiri, tidak menghalalkan cara tersebut.

yup...xleh berbohong atas nama agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 03:26 PM | Show all posts

Reply #28 pandikar's post

Aku percaya dia tidak berbohong..

Maafkan aku pandikar, aku tidak mahu berbalah dengan engkau hanya kerana hendak membela mereka. Percayalah, jika kita mahukan kejayaan dalam agama kita, kita kena baiki diri kita..

'baiki diri' bermaksud kita kena memelihara kelakuan kita, adab kita, amalan kita didalam islam dan yang terpenting saling nasihat menasihati diantara kita...


tu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 03:40 PM | Show all posts

Reply #29 saifulms's post

Sifulm,

Saya juga tak hendak mengatakan cerita tersebut tipu dan fitnah...tetapi...kalaulah orang Islam benar-benar pengsan kerana terkena Holy Water (bukan diminum, kerana Holy Water bukan untuk diminum) ia amat menakjubkan saya.

Kenapa hanya orang Islam sahaja yang pengsan kerana terkena Holy Water? Kenapa orang Islam sahaja yang boleh dimurtadkan dengan Holy Water?

Kenapa penganut agama lain, Yahudi, Budhha, Hindu, Sikh, pagan, atheis tidak pengsan dan murtad apabila terkena Holy Water ini? Belum pernah saya mendengar komplen dari penganut agama lain. Adakah ini bermaksud  Islam kurang power  berbanding  agama lain?

Kenapa isu Holy Water dan murtad  ini hanya terdapat dikalangan orang Islam di Malaysia sahaja? Adakah terdapat cerita orang Islam di Indon, Africa, Uk, Amerika yang dapat dimurtadkan dengan menggunakan Holy Water?Kalau ada, saya juga nak tahu..

Saya percaya dengan kewujudan sihir, tetapi menggunakan sihir untuk memurtadkan orang lain merupakan satu kezutan budaya bagai saya ....Syaitanpun tak guna sihir secara lansung untuk memurtadkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 04:04 PM | Show all posts

Reply #29 saifulms's post

noted!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 05:23 PM | Show all posts

Reply #30 shalom's post

Sebab yang sebenarnya orang ISLAM percaya sangat kepada tahyul dan sebahagainya. Ituldah dari awal, saya telah katakan bahawa Holy water ialah sejenis air, seperti mana air yasin. Yang sebenarnya tidak di campurkan dgn apa-apa, dan tidak ada kuasa-kuasa utk memurtadkan. Iman dan ilmu ialah benda yang mampu menjadi benteng akidah dalam mempertahankan ISLAM.

Kalau di amati, orang-orang MUSLIM di MAlaysia ni TAKUT pada bermacam-macam perkara yang berkaitan denan KRISTIAN. Holy Water ialah salah satu contohnya. Perhatikan juga pada permainan CHESS. Sapa yakin, anda akan dapat perhatikan tanda salib di atas KING semestinya akan dipatahkan. Atas alasan apa..wallahuallam. Ampai baju, pergilah mana-mana kampung atau taman, tidak akan ada ampai baju yang menyerupai salib. Dimana sahaja yang ada lambang salib. boleh dikatakan itulh yang orang ISLAM fobia atau takut sangat-sangat. Mengapa? Jawapan tu tak semua orang tahu dan faham, termasuk juga saya.

Semua benda ini , ketakutan ini hanya terdapat di Malaysia. Berpandukan pada fakta sejarah dulu, sebelum merdeka, dimana pendakwah-pendakwah Kristian datang dari zaman Portugis hinggalah ke Inggeris, untuk mengkristiankan orang-orang pribumi (melayu, orang asli dan sebagainya). Jadi, untuk memupuk dan meyemai perasaan takut ini, maka dilahirkan cerita-cerita magic tentang holy water, tentang salib dan sebagainya. Sebagai panduan untuk orang melayu menjauhkan diri dari mereka (pendakwah2 missionari ini). itulah yang terdapat hari ini , cerita turun temurun atau dongeng untuk mengukuhkan benteng orang melayu. Sebab itulah sehingga hari ini , cerita2 ini masih berkumandang lagi dan mungkin akan diturunkan pulak pada generasi seterusnya. Itulah sahaja perkara yang sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 05:41 PM | Show all posts

Reply #27 shalom's post

Hi shalom,

Saya tak tau apa mazhab kristen yang mengguakan holy water ni, mungkin catholic mungkin yang lain, gereja khas untuk orang Melayu Malaysia yang telah dikristenkan itu di Jalan Gasing, PJ adalah cerita benar, gereja khas untuk orang indon adalah di Bukit Bintang, KL.

Saya difahamkan holy water yang dimaksudkan adalah KHAS UNTUK ORANG ISLAM YANG TELAH DIKRISTENKAN, upacara minum adalah di dalam gereja, bukan dalam mana2 air minuman di pasaran.  Cerita ini disahkan oleh seorang bekas rahib kristen bangsa Melayu yang buat masa ini telah kembali menganut agama Islam, ceramah dan kata2 dia dirakam, masih ada dalam simpanan saya.  setakat ini saya percaya apa yang diceritakannya.

Khas untuk orang Islam yang dikristenkan sahaja apabila selepas minum air tu lidah akan bertukar warna jadi hitam dan dalam masa lebih kurang 1 minggu peminum tidak boleh mengucap dua kalimah syahadah Islam (bukan selama-lamanya).  Tidak diketahui bagaimana cara air itu disedaiakan, sekiranya air itu boleh mendatangkan kesan seperti itu dalam ugama Islam air ini dinamakan air "sihir" dengan penglibatan jin atau syaitan...

Saya akan cuba mengesahkan cerita ini sekali lagi dengan disertakan bukti untuk menguatkan hujah hujah ini.  Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:24 AM | Show all posts

Reply #33 kupia's post

Salam Kupia,

Setakat yang saya tahu hanya katholic, Orthodox dan Anglican sahaja yang menggunakan Holy Water, sementara gereja lain tidak ada.

Saya tidak dapat mengesahkan kewujudan gereja yang saudara katakan, maka saya mengambil pendirian berkecuali.

Berkenaan kisah bekas seorang rahib melayu yang telah kembali ke Islam. Sekali lagi saya tidak dapat mengesahkan sama ada cerita tersebut benar ataupun tidak.

Tetapi terdapat beberapa perkara yang mungkin boleh dijadikan petunjukkan.

Pertama : Rahib. Rahib hanya wujud dalam Katholik, jadi, wanita tersebut adalah bekas katholik. Seandainya betul, saya bangkang apa yang dikatakan oleh Rahib tersebut. Saya sendiri, pernah mengikuti beberapa kali upacara pemberkatan Holy Water...lansung tidak melibatkan jampi mentera, melainkan doa. Upacara membuat Holy Water dibuat didepan umat Kristian, dan bukan dibuat dalam tempat yang tertutup atau rahsia. Jadi tiada apa-apa unsur sihir. Lagipun, mana ada Holy Water khas untuk orang Melayu....Holy Water hanya satu dan digunakan oleh semua umat Katholik..

Kedua : Cerita bekas Rahib tersebut. Walaupun saudara ada memiliki cd pengakuan tersebut, tetapi tidak semestinya saudara boleh percaya 100% cerita tersebut. Mungkin saudara pernah mendengar cerita Paderi Besar Sabah Masuk Islam @ Iktibar Bagi Mereka Yang Murtad.Bukan apa, sekarang ini terlalu banyak cerita-cerita yang tidak bernas muncul dan akhirnya menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama. Yang terbaru, kununnya terdapat upacara pembaptisan melayu disalah sebuah gereja katholic, hingga ada orang Islam membuat perhimpunan di gereja tersebut. Dimana akhirnya, didapati tidak benar.

Isu ini bukan boleh dibuat main-main. Sesiapa sahaja boleh membuat pengakuan, tetapi sama ada pengakuan tersebut benar atau tidak, masih lagi menjadi persoalan. Bukan saya hendak menuduh pengakuan bekas Rahib tersebut sebagi tipu dan bohong, tetapi pengakuan tersebut terlalu berat, dan sepatutnya perlu diselidik dengan teliti dan jangan mudah membenarkan cerita tanpa usul periksa.

Tuhan memberkati!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:26 AM | Show all posts

Reply #32 zalliza1717's post

Salam Zalliza,

terima kasih dengan penjelasan saudara.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:53 AM | Show all posts

Reply #30 shalom's post

In suka dgn s/ment awk...

teringat masa mmbaca novel kanak2 enggeris di mana dijelaskan padri bdoa dan air suci itu (holly water) direnjiskan kpd mereka...

In sendiri pernah mnerima email n sms pasal hati2 dgn jenama air meneral yg telah dicmpur dgn holly water n jika tmnum bleh mnyebabkan bla bla bla....

apa yg In nmpak sifat dengki/pergaduhan syrkt air meneral lain terhadap jenama tersebut. sebagaimana yg telah berlaku kpd sebuah syrkat roti bberap th lps yg dikatakan roti tsebut mengandungi lemak babi dan tlh disahkan di spore... blambak2 sms masuk duk cerita psl roti ni... sampai kakak ipa kt egypt pun nangis2 minta tolong kita org sini sah kan betul2...

kalo pun ia blaku, pd In ia tdk mjadi hal juga... sbb iman tersemat di hati dan jiwa... bukan di lidah cuma.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 15-8-2007 05:41 PM
Hi shalom,

Saya tak tau apa mazhab kristen yang mengguakan holy water ni, mungkin catholic mungkin yang lain, gereja khas untuk orang Melayu Malaysia yang telah dikristenkan itu di Jalan Gasin ...


maaf , nak tanya... greja khas melayu tu masih wujud ker? n kalau ada, kenapa  ianya tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib..(saya tahu agama rasmi Msia adalah Islam)
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:50 PM | Show all posts

Reply #34 shalom's post

Salam shalom,

Maafkan saya sekiranya tulisan saya itu berbunyi menghina, tak berniat begitu sebenarnya, kita mengamalkan kebebasan berugama dan boleh hidup bersama dengan aman damai, tidak ada paksaan dalam memilih ugama dan saya sendiri pun banyak sahabat dari kalangan orang2 kriten, tak ada masalah.

Bekas paderi tersebut sebenarnya seorang lelaki Melayu dan sering mengadakan ceramah sekitar tahun 80an dahulu. Saya hanya merujuk kepada kes yang dimaksudkan sahja tidak menyatakan berlaku secara keseluruhan.

Tentang gereja melayu di PJ tu masih ada dan pihak berkuasa tidak akan mengambil sebarang tindakan drastik kerana menghormati dasar kebebasan berugama dan keharmonian kaum.  Sebagaimana kita tidak suka mana2 masjid di negara majoriti kristen di ambil tindakan begitu, kita tidak bertindak melulu.

Walaupun perlembagaan Malaysian tidak membenarkan orang islam menukar agama, itu cuma pada zahir luaran sahaja.  Banyak orang islam yang murtad mereka cuma tidak dapat menukar nama dan status ugama dalam KP sahaja, kepercayaan dalam hati masing2 hanya tuhan yang tau.

Sama seperti pendakwah2 Islam kita, pendakwah kristen juga berusaha menarik ummah ke dalam agama mereka.  

Yang mana benar yang mana salah itu sendiri yang tentukan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 02:32 PM | Show all posts
Asalamualaikum Wbt..

Pada pendapat aku... apa yang perlu sekarang ini jika boleh kepada saudara-saudari yang ada masa terluang dekat-dekat kanlah diri kepada anak-anak bangsa yang berugama Islam yang ramai diluar.. mereka itu semakin hari tabi'inya semakin bebas berpelisiran.. sesungguh kekosongan inilah yang di isi oleh mereka yang berkepentingan mempengaruhi jumlah budak-budak islam yang berpelisiran ini menjadi semakin ramai. kepada umat islam yang semakin bijak kebanyakkannya berkurung semakin hari semakin lama didepan internet mencari ilmu murahan secara percuma berjam-jam membaca blog etc... fikirkanlah .... lakukanlah sesuatu jika bukan untuk umah sekurang-kurangnya untuk diri sendiri kepada ALLAH S.W.T.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 05:16 PM | Show all posts

Reply #38 kupia's post

Salam saudara.

Bagi saya, tiada apa-apa yang boleh dianggap menghina dalam penulisan sauadara.

Sebagai seorang Kristian, tanggungjawab saya adalah menjelaskan apa yang tidak benar tentang agama saya. Bagi saya, dakwaan Holy Water sebagai unsur sihir merupakan pertuduhan yang amat berat sekali.

Berkenaan cerita bekas rahib, bekas paderi an lain-lain lagi ceritab dan gereja melayu, saya tidak berani secara membuta mengatakan semua cerita ini adalah fitnah. Cuma saya berharap agar saudara ( termasuk saya juga) membuat sedikit penyelidikan sebelum mempercayai sesuatu berita walaupun daripada seorang tok iman, tok sami dan tok paderi. Mereka semua ini juga manusia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.518260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list