CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Sebab-sebab kenapa Jac gagal menang Ikon Asean

[Copy link]
 Author| Post time 13-8-2007 01:08 PM | Show all posts
Jac tewas kerana bawa medley?
13-08-2007 12:38:09 PM
oleh WAHIDA ASRANI  

Bukan satu kejutan apabila juara IKON Filipina bagi kategori berkumpulan, Kjwan berjaya merangkul gelaran IKON Asean bagi kategori tersebut, mengalahkan IKON Malaysia, OAG dan kumpulan Tahta dari Indonesia.

Dari awal lagi, kemenangan Kjwan memang sudah dijangka apatah lagi dengan persembahan dan vokal yang mantap dipamerkan oleh mereka pada acara berprestij itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Namun, agak mengejutkan juga apabila jangkaan ramai yang meramalkan IKON Malaysia bagi kategori solo, Jaclyn Victor mampu membawa pulang gelaran IKON Asean bagi kategori itu berserta wang tunai sebanyak USD 25,000 (RM 86,925) tidak tepat sama sekali apabila Jac tewas di tangan IKON Filipina, Vina Morales.

Tidak dinafikan, sebaik juara Malaysian Idol musim pertama itu selesai membuat persembahan, rata-rata penonton meletakkan harapan tinggi kepada penyanyi itu untuk mengharumkan nama negara.


Dua juara IKON Filipina, Vina dan Kjwan berjaya merangkul gelaran IKON Asean yang buat julung-julung kalinya diadakan (Foto The Star oleh Brian Moh)

Cukup bertenaga persembahan Jac malam tadi! Membawakan lagu-lagu medley Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Tunggu Sekejap, Kau Laksana Bulan dan Getaran Jiwa serta lagu hitsnya, Gemilang, Jac berjaya memukau kira-kira 5,000 penonton yang memenuhi dewan tersebut dengan kelantangan dan kawalan vokalnya yang baik.

Tindakan yang dirasakan Jac wajar dilakukannya apabila dia memutuskan untuk membawa lagu medley pada program yang julung-julung kali diadakan itu, namun percaturan itu sebenarnya membawa 'malang' kepada Jac apabila tindakannya  melakukan medley pada malam itu telah memberi laluan 'mudah' untuk saingan terdekatnya, Vina untuk bergelar juara IKON Asean bagi kategori solo.

Turut bersaing di dalam kategori yang sama ialah IKON Indonesia, Judika.

"Di dalam setiap festival (pertandingan) nyanyian, suara dan persembahan yang perlu diambilkira tanpa melihat dari negara mana penyanyi itu datang. Peserta juga perlu bijak memilih lagu, itu yang paling penting.

"Kelebihan Filipina pada malam ini adalah kerana mereka pandai pilih lagu yang bersesuaian. Jac sangat bagus, tetapi dia silap kerana bawakan lagu medley. Bagi saya, di mana-mana pertandingan nyanyian, satu kesilapan besar jika mereka memilih untuk bawakan lagu medley.


Pemilihan lagu yang tidak sesuai punca Jac tewas (Foto fail The Star)

"Kelemahan Jac yang saya lihat juga adalah dari segi penggunaan mikrofon yang saya rasakan kurang 'cantik'. Tetapi, kalau ditanya dari segi 'warna' suara, saya lebih sukakan suara Jac, cuma sayang sekali kenapa dia bawa lagu medley malam ini.

"Begitu juga dalam kategori berkumpulan, walaupun saya tidak begitu faham lagu mereka, tapi mendengar daripada bunyi dram, kita sudah boleh nilaikan bagaimana lagunya," ujar salah seorang juri pada malam itu, Hetty Koes Endang pada sidang media sejurus berakhirnya program itu.

Selain Hetty, persembahan kesemua artis yang bertanding pada malam itu diadili 100 peratus oleh tiga lagi juri iaitu komposer Mac Chew, penyanyi dari Filipina, Eugene R. Villaluz dan komposer dari Singapura, Iskandar Mirza Ismail.

Mungkin tidak adil untuk mengatakan ia adalah kesilapan besar yang dibuat oleh Jac dan juga OAG yang turut membawakan lagu medley memandangkan peraturan program itu juga turut membenarkan lagu medley dibawakan pada pertandingan itu.

Bagi pihak juri, mungkin mereka merasakan medley tidak digalakkan walaupun dibernarkan oleh pihak penganjur. Cuma, rasanya pada lain masa pihak penganjur sendiri perlu menyeragamkan prosedur seperti ini sebaik mungkin.

Sama seperti yang berlaku pada Judika yang dirasakan Hetty juga kurang bijak dalam memilih lagu, sedangkan naib juara Indonesian Idol itu menyuarakan hal sebenarnya dia diarahkan agar memilih lagu di dalam album sendiri dan tidak mempunyai pilihan lain selain membawakan lagu popularnya iaitu Malaikat dan Bukan Rayuan Gombal.

Diharapkan untuk IKON musim kedua nanti tidak lagi timbul isu format yang tidak seragam di antara semua negara yang terlibat. Lihat saja dari segi format pemarkahan, Malaysia meletakkan 70 peratus penilaian daripada juri manakala Filipina meletakkan pula 60 peratus markah daripada juri.

Tetapi cukup ketara apabila Indonesia menggunakan 100 peratus undian SMS.

"Ini adalah tahun pertama kami kendalikan program ini. Sudah tentu lepas ini kami akan berbincang untuk perbaiki kelemahan dan cuba standardize format semua negara pada tahun yang akan datang dan juga akan cuba menambah bilangan negara yang akan sertai.

"Tetapi ingin saya jelaskan di sini untuk IKON yang pertama ini, format undian dan sebagainya memang sudah dibincangkan dan diputuskan oleh persatuan muzik setiap negara sendiri.


OAG juga tumpas dalam merebut gelaran IKON Asean (Foto fail The Star)

"Sebab itu, di Malaysia, kita putuskan untuk guna 70 peratus markah daripada juri dan selebihnya SMS. Begitu juga yang terjadi pada Filipina dan Indonesia yang mempunyai keputusan sendiri," kata Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah.

Dalam pada itu, mengulas tentang 'kritikan' oleh Hetty tentang kekalahannya pada malam itu, Jac berkata, dia menerima teguran itu secara positif.

"Saya bawa medley itu sebagai satu tribute untuk P.Ramlee dan saya rasa ia tidak salah. Tetapi, she has the point. Mungkin untuk mana-mana pertandingan lain kelak, saya akan cuba tidak bawa lagu medley lagi.

"Tentang penggunaan mikrofon tu, saya tidak rasa ia tidak kena. Lagipun saya kena tarik mikrofon seperti itu agar tidak kedengaran seperti speaker pecah. Tak mengapalah, itu pandangan dia. At least, dia puji suara saya!

"Tetapi, saya tidak rasa saya akan ubah stail nyanyian saya lepas ni. Apapun, saya ingin minta maaf pada semua yang harap saya beri kemenangan malam ini. Saya sudah cuba yang terbaik," kata Jac yang turut akui kehebatan Vina pada malam itu dan layak dinobatkan sebagai juara.

Kekalahan Jac itu juga turut mengecewakan OAG yang memang merasakan penyanyi itu boleh merangkul gelaran IKON Asean.

"Memang ramai yang merasakan dia boleh menang, berbanding kami sendiri. Kami akur dengan kekalahan kami sebab kami tahu Kjwan memang hebat. Dari segi vokal juga, mereka lebih menyerlah.

"Tetapi, frust juga bila Jac kalah. Mungkin bukan rezeki dia, tetapi Jac memang hebat malam ini," kata Radhi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 01:16 PM | Show all posts

Reply #21 Syd's post

Terharunye.. tpae jac masih ade ruang utk di perbaiki... gagal sekali bukan bererti gagal selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 01:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 01:23 PM | Show all posts

Reply #22 jac_diehard_fan's post

betul tuh..belajar daripada kesilapannn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 01:32 PM | Show all posts

Reply #22 jac_diehard_fan's post

ok.
dah dapat komen.

jap lagi aku tulis

aku rasa nak p mencekik dulu

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 01:34 PM | Show all posts
Cukup bertenaga persembahan Jac malam tadi! Membawakan lagu-lagu medley Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Tunggu Sekejap, Kau Laksana Bulan dan Getaran Jiwa serta lagu hitsnya, Gemilang, Jac berjaya memukau kira-kira 5,000 penonton yang memenuhi dewan tersebut dengan kelantangan dan kawalan vokalnya yang baik.


5000 ke ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2007 01:35 PM | Show all posts

Reply #26 sultanmuzaffar's post

SM,

tpt kecik tuh boleh muat 5000 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 01:35 PM | Show all posts

Reply #26 sultanmuzaffar's post

:kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 13-8-2007 01:35 PM
SM,

tpt kecik tuh boleh muat 5000 ke?


tu ler pasal. nampak sangat tak pass matematik masa sekolah2 dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 01:41 PM | Show all posts

Reply #29 sultanmuzaffar's post



kalau buat kat dataran merdeka ramai tak datang?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 01:44 PM | Show all posts
ok.
ada beberapa benda aku nak highlight;

1.  lagu tuh BUKAN bang ramli yang tulis, ok. dia tak tulis satu lagu pun tuk malam tadi punye

2.  kalah? salah Jac bukan salah orang lain. lagu2 medley tuh 'membunuh' dia.
    3 buah lagu, bukan senang tuk dihayati, ada lain2 feel dalam masa 5 minit. no
    variasi.

3.  juri pun boleh tahu. susunan lagu tuh mcm mana. lagu lama. gaya lama.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 13-8-2007 01:44 PM
ok.
ada beberapa benda aku nak highlight;

1.  lagu tuh BUKAN bang ramli yang tulis, ok. dia tak tulis satu lagu pun tuk malam tadi punye

2.  kalah? salah Jac bukan salah orang lain. lagu2 ...


aisehman...artikel tu tak tulis pun pasal 65-piece orchestra yg meletup itu !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 01:48 PM | Show all posts

Reply #32 sultanmuzaffar's post

artikel pasal tu
zubir dah tulis banyak kali sebelum tuh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 02:28 PM | Show all posts
dan buat Jac,

TOLONGLAH dengar nasihat orang!

Jgn ckp takde orang nasihat u ttg hal ni!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 02:31 PM | Show all posts
hal apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 02:33 PM | Show all posts

Reply #35 badiuz's post

pemilihan lagu etc

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 02:44 PM | Show all posts

Reply #36 Syd's post

ooo kirenya jac ikut pala sendiri la ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 03:00 PM | Show all posts
x per la... x der rezeki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 03:02 PM | Show all posts

Reply #38 DDT_pacak85's post

tak boleh amal sikap tak apa

kata nak majukan diri, bukan mundurkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 03:11 PM | Show all posts
x de rezeki kowt ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.168189 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list