|
The meaning of the Quran
[24.15] When you received it with your tongues and spoke with your mouths what you had no knowledge of, and you deemed it an easy matter while with Allah it was grievous.
Baca maksud ayat di atas . Kadang-kadang kita memandang remeh apa yang kita ucapkan walaupun cuma dua tiga patah perkataan tapi di sisi Allah perkataan yang kita ucapkan itu amat berat dosanya . Itu pada ucapan yang kita tak ada pengetahuan , yang bermaksud kita main ucap aje tanpa memahami makna dan tujuan perkataan tersebut .Kita tengok orang lain sebut maka kita pun ikut sebut membuta tuli tanpa pengetahuan.
Bagaimana pula dengan ucapan yang kita boleh faham makna perkataan tu dengan jelas seperti " selamat hari deepavali ". Bagaimana mungkin hari perayaan tokong yang penuh dengan kesyirikan dan kebatilan dikategorikan sebagai "selamat" ? Selamat dari sudut apa sebenarnya ?
[ Last edited by blastoff at 8-11-2007 07:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 blastoff's post
ramai yg tak faham... bila difahamkan, susah lak nak faham, buat2 tak faham, xmo memahami kerana kebiasan, rutin yang kelihatan tak menjanjikan apa2... walhal sudah dijelaskan dengan terang dan nyata....
akidah bukan mainan.... |
|
|
|
|
|
|
|
hidup dalam masyarakat berbilang agama sebenarnya mudah . . semua perkara boleh bekerjasama kecuali agama . . . perayaan berkaitan agama memang dilarang tapi kalau ikut budaya tak ada masalah cam raya cina tu |
|
|
|
|
|
|
|
pada haku kalo kita xpasti apa yg dibuat betul ataw tak........tak yah ler wish kat derang.......takut2 akidah tercemar kerana perkara yg kita anggap remeh.......apa2 pon kita bley ziarah derang pada masa lain ttp bukan utk celebrate deepavali ngan derang.......keharmonian bley dipupuk ngan bermacam2 cara..... |
|
|
|
|
|
|
|
My 2 Pesos Opinion
Dari sudut pandangan aku....
kiter ni hidup bermasyarakat... so adakah salah untuk kiter wish pada bangsa lain masa hari perayaan mereka...? persoalannyer... naper kiter harus jadi 'selfish'? saya tanak laa cakap byk pasal kat atas tu dah ada hadis... so skang ni kiter brgantung pada niat...
kalu pandangan cik gravedigger tu begitu, itu adalah hak dia....saya respek opinion beliau... Bg saya... wishing adalah satu perkara biasa... ianya adalah sekadar wish di mana kiter memberi respek kpd bangsa lain and vice versa... dgn ini kiter dapat mengenali di antara satu sama lain... jgn terlalu narrow minded and become too conservative....
Renung2kan dan selamat beramal..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat aku.. mendoakan keselamatan dan kebaikan utk org bukan Islam adalah tidak boleh kerana mereka tidak berIman kepada Allah S.W.T . Kita hanya bole mendoakan Hidayat kepada mereka sahaja supaya mereka berIman kepada Allah S.W.T .
Wallahu'alam.. kalu salah minta diperbetulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu saya menghantar kad kepada kawan-kawan yang menyambut deepavali dan christmas. Ini kerana setiap tahun mereka akan menghantar kad selamat hari raya kepada saya.
Selepas saya difahamkan kita tak boleh mengucapkan ucapan-ucapan hari perayaan mereka. Saya berhenti terus. Saya takut nak tanggung dosa jika sesuatu tu dah dikatakan oleh ulamak tak boleh. Apa lagi kalau melibatkan akidah. Kalau kita tak percayakan ulamak kita, siapa lagi yang kita nak dengar.Bila saya baca posting grave saya rasa lagi faham kenapa ulamak kata kita tak boleh 'wish' atau hantar kad kepada mereka ini. Saya ramai kawan-kawan bangsa lain, jadi setiap kali mereka menyambut perayaan, saya akan beritahu mereka (mana yang belum tahu) yang saya tak boleh nak berikan mereka kad ucapan atau wish mereka pada hari perayaan mereka. Saya kata ini bertentangan dengan agama saya.
Saya tak kisah bagaimana penerimaan mereka, terpulanglah. Tapi bila mereka kawin, dapat anak, saya berikan hadiah untuk mereka sebagai ucapan tahniah kepada mereka kerana mendapat anak atau berkahwin. Saya juga ucapkan tahziah bila mereka kematian kaum keluarga.
Sehingga sekarang persahabatan kami masih baik kerana mereka faham ada ketikanya agama kita tidak mengizinkan kita bersama mereka. Beritahu mereka hal yang sebenarnya. Saya tak pergi makan minum dirumah mereka sama ada perayaan atau saja-saja, kerana saya jenis yang susah nak makan di rumah orang bukan muslim walaupun mereka kata mereka tidak makan babi. Tekak ni tak boleh telan. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
aku tak der nak komen apa2 cuma setuju dengan grave....
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
tuhan tau niat kita dalam hati..kalau wish tak salah....kalau pegi ikut berarak ke kuil...tu maybe lain cerita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya mempunyai keluarga yang pelbagai kaum.. ada kristian dan India. Semasa hari raya mereka akan datang ke rumah saya.. setiap tahun. Tapi saya jarang kerumah mereka masa perayaan. Maka tahun ini.. saudara India menjemput saya kerumahnya, sempena deepavali, saya pun pergi sebagai lambang kekeluargaan... makanannya pun katering dari restoran Muslim. Hidup perlu berhikmah, mana boleh kita mengasingkan diri.
Sekadar kunjung mengunjung dan ucapan lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada perjuangan Islam.. Jgn sampai nanti 'islamophobia' dikalangan 'non-muslim'. Jangan terlampau kreatif mentafsir sehingga semuanya dikaitkan dengan akidah.
Nabi pun sanggup berdiri menghormati mayat orang kafir.. kenapa pula kita keterlaluan? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya petik dari laman al-ahkam:
Isu mengucap selamat sempena perayaan (id)
kuffar ni ada dua isu besar:
SATU: hukum menyambut perayaan orang kafir.
Pendapat yang rajih ialah orang Islam tak boleh
merayakan perayaaan agama kafir. Contohnya
mu'alaf yang berasal dari agama Hindu. Bila tiba
perayaan Hindu dia merayakan perayaan Hindu
bersama kaum keluarganya yang masih beragama
Hindu. atau mu'alaf yang asalnya dari agama
Kristian, dia merayakan Kristmas dengan kaum
keluarganya yang masih beragama kristian. Ini
pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam
Iqtidha' sirat aMustaqim.
DUA: Hukum ucapselamat kepada orang kafir
sempena perayaan mereka.
Contoh: di Malaysia ada lima perayaan yang
besar: Hindu, Kristian, Chinese New Year, Wesak
dan Guru Nanak.
Di sini fuqaha' berpecah kepada dua pendapat.
Pendapat Salafiyah spt Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim,
dan Ulama' Besar Tanah Haram (Saudi Arabia)
menetapkah tidak boleh mengucap selamat kepada
orang kafir kerana ia spt membenarkan kebatilan
mereka.
Dalil mereka ialah kaum salaf tidak pernah
menyambut perayaan keagamaan orang kafir atau
mengucap selamat atas pesta Id agama kafir.
Pendapat aliran moderat dan muqaran spt Mahmud
Syaltut, Ahmad Syurbasyi, atau ulama2 Azhariyun
dan Mujtahid Kontemporer, Dr. Prof Yusof
alQardhawi, Syaikh Muhammad Mukhtar alSyinqiiti,
membolehkan dengan syarat, kaum kuffar itu
mempunyai hubungan baik dengan orang Islam dan
mereka sentiasa mengucap selamat kepada orang
Islam sempena perayaan kita. Misalnya jiran kita
bila tiba hari raya idil fitri, dia akan
menghantar kad idilfitri dan mengucap selamat
kepada kita selamat hari raya. Maka sempena hari
raya mereka, kita membalasnya. Ucapan balas ni
menepati maksud al-Qur:an "apabila kamu diberi
penghormatan dgn sesuatu penghormatan, maka
balaslah penghormatan itu dgn yang lebih baik
daripadanya." QS 4: 86, hujah yang kedua ialah
surah alMumtahinah 8-9, di mana kita tidak
dilarang berbuat baik kepada non-muslim yang ada
hubungan baik dgn kita. Hujah yang ketiga ialah
hukum memakan makanan kristian dan yahudi dan
menikahi wanita mereka masih kekal, ini
membuktikan jika wanita kafir boleh disetubuhi,
maka apalah sangat berbanding dengan ucapselamat
sahaja. Jika seorang Muslim memiliki isteri
yahudi atau kristian, sudah tentu setiap hari
dia akan memberi lebih dari ucapselamat.
Rumusan:
Jika anda selesa dgn pendapat salafiyah, maka
itulah yang terpelihara. Jika anda hidup dalam
masyarakat bukan Islam dan anda ada hubungan
baik dgn mereka dan mereka tidak memusuhi anda
dan melayan anda dgn baik, maka pilihlah
pendapat aliran moderat.
sekian
_________________
[img:ecf040282f]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif[/img:ecf040282f] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya petik dari laman al-ahkam:
Isu mengucap selamat sempena perayaan (id)
kuffar ni ada dua isu besar:
SATU: hukum menyambut perayaan orang kafir.
Pendapat yang rajih ialah orang Islam tak boleh
merayakan perayaaan agama kafir. Contohnya
mu'alaf yang berasal dari agama Hindu. Bila tiba
perayaan Hindu dia merayakan perayaan Hindu
bersama kaum keluarganya yang masih beragama
Hindu. atau mu'alaf yang asalnya dari agama
Kristian, dia merayakan Kristmas dengan kaum
keluarganya yang masih beragama kristian. Ini
pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam
Iqtidha' sirat aMustaqim.
DUA: Hukum ucapselamat kepada orang kafir
sempena perayaan mereka.
Contoh: di Malaysia ada lima perayaan yang
besar: Hindu, Kristian, Chinese New Year, Wesak
dan Guru Nanak.
Di sini fuqaha' berpecah kepada dua pendapat.
Pendapat Salafiyah spt Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim,
dan Ulama' Besar Tanah Haram (Saudi Arabia)
menetapkah tidak boleh mengucap selamat kepada
orang kafir kerana ia spt membenarkan kebatilan
mereka.
Dalil mereka ialah kaum salaf tidak pernah
menyambut perayaan keagamaan orang kafir atau
mengucap selamat atas pesta Id agama kafir.
Pendapat aliran moderat dan muqaran spt Mahmud
Syaltut, Ahmad Syurbasyi, atau ulama2 Azhariyun
dan Mujtahid Kontemporer, Dr. Prof Yusof
alQardhawi, Syaikh Muhammad Mukhtar alSyinqiiti,
membolehkan dengan syarat, kaum kuffar itu
mempunyai hubungan baik dengan orang Islam dan
mereka sentiasa mengucap selamat kepada orang
Islam sempena perayaan kita. Misalnya jiran kita
bila tiba hari raya idil fitri, dia akan
menghantar kad idilfitri dan mengucap selamat
kepada kita selamat hari raya. Maka sempena hari
raya mereka, kita membalasnya. Ucapan balas ni
menepati maksud al-Qur:an "apabila kamu diberi
penghormatan dgn sesuatu penghormatan, maka
balaslah penghormatan itu dgn yang lebih baik
daripadanya." QS 4: 86, hujah yang kedua ialah
surah alMumtahinah 8-9, di mana kita tidak
dilarang berbuat baik kepada non-muslim yang ada
hubungan baik dgn kita. Hujah yang ketiga ialah
hukum memakan makanan kristian dan yahudi dan
menikahi wanita mereka masih kekal, ini
membuktikan jika wanita kafir boleh disetubuhi,
maka apalah sangat berbanding dengan ucapselamat
sahaja. Jika seorang Muslim memiliki isteri
yahudi atau kristian, sudah tentu setiap hari
dia akan memberi lebih dari ucapselamat.
Rumusan:
Jika anda selesa dgn pendapat salafiyah, maka
itulah yang terpelihara. Jika anda hidup dalam
masyarakat bukan Islam dan anda ada hubungan
baik dgn mereka dan mereka tidak memusuhi anda
dan melayan anda dgn baik, maka pilihlah
pendapat aliran moderat.
sekian
_________________
[img:ecf040282f]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif[/img:ecf040282f] |
|
|
|
|
|
|
|
Baca ini lagi:
Khamis, 16 November, 2006
Hukum Merayakan Perayaan Orang Bukan Islam Tarikh: 11/6/2006
Oleh : DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN: Saya mempunyai rakan-rakan sekerja yang terdiri daripada kaum bukan Islam. Kami saling mengucap selamat Hari Raya mengikut agama dan kepercayaan masing-masing apabila tiba waktunya, seperti selamat hari Krismas, selamat hari Deepavali dan lain-lain.
Soalan saya, sebagai seorang Muslim, bolehkah saya turut mengucapkan selamat menyambut hari-hari kebesaran orang bukan Islam, pada hal kepercayaan mereka adalah salah dan jelas bertentangan dengan akidah Islam. Harap soalan ini mendapat jawapan dan ulasan lanjut. - NOORIDAH, Alor Setar, Kedah.
JAWAPAN: Mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu' (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat
hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan.
Jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang hati dengan kegembiraan mereka berhari raya, maka saya kira pengucapan
seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.
Meneliti beberapa fatwa yang dipamerkan melalui laman-laman web, seperti Islam-Online.net, Islam.qa.net. Islamweb dan lain-lain, saya dapati beberapa ulama terkemuka di dunia Islam kini turut memfatwakan hukum merayakan hari-hari kebesaran kaum-kaum bukan Islam. Antara mereka yang mengeluarkan fatwa dan pendapat ialah:
1. Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau ialah:
Pertama: Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
Kedua: Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak
sekeras-kerasnya sikap itu.
Ketiga: Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satu judul Sahih al-Bukhari iaitu al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman (antara ciri iman ialah cinta dan benci kepada Allah). Inilah
juga sikap yang wajib diteladani pada nabi Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama mukmin (surah al-Fatah: ayat 29).
Sebagai kesimpulan, mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka adalah suatu bentuk kasih sayang dan merelai kekufuran mereka. Keadaannya sama dengan merelai berlakunya kejadian-kejadian maksiat dan dosa-dosa seperti zina, minum arak dan sebagainya.
Saya berminat memberi dua komen kepada pandangan Syeikh al-Munajjid ini, iaitu:
a. Pendapat beliau tidak membezakan antara jenis kafir, sama ada musyrikatau ahli kitab, kafir yang memusuhi Islam dan yang tidak memusuhinya, sedangkan al-Quran membezakan antara jenis-jenis kafir itu, lalu al-Quran membenarkan umat Islam berbuat baik terhadap kafir yang tidak memusuhi Islam dan memberi sedikit keistimewaan kepada kafir ahli kitab seperti harus kahwin dengan wanita mereka dan makan haiwan sembelihannya.
Hubungan dua hala
Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, Allah mengharuskan berbuat baik kepada mereka, iaitu dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud:
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.
Tentang ahli kitab pula Allah berfirman dalam surah al-Ma'idah, ayat 5 yang bermaksud:
Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka.
Ayat ini menunjukkan adanya hubungan dua hala antara kafir ahli kitab dengan umat Islam dan juga dengan kafir yang setia kepada kerajaan Islam.
b. Fatwa beliau tidak mengecualikan juga hubungan kemanusiaan, sedangkan bidang-bidang kemanusiaan kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah.
Saya berpendapat, pandangan Syeikh al-Munajjid ini agak sehala dan sedikit keterlaluan, kerana tidak mengecualikan kafir yang tidak memusuhi Islam dan yang setia patuh kepada pemerintahannya. Fatwa beliau juga tidak membezakan antara amalan Hari Raya kaum bukan Islam yang ada hubungan dengan akidah dan yang tiada hubungan dengan akidah.
Memang jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari Raya kaum bukan Islam, seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain, kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Tetapi jika mereka menghulur
makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, saya kira ia tidak ada kena-mengena dengan akidah, bahkan harus kita terima hadiah dan makanan halal yang mereka beri.
Demikian juga jika pada hari-hari kebesaran itu merupakan hari kelepasan am, semua pejabat dan kakitangan kerajaan diberi cuti, termasuk kakitangan beragama Islam. Saya tidak fikir jika kita bersuka ria kerana bercuti pada hari itu, maka kita boleh dianggap turut membesarkan syiar agama dan budaya kaum bukan Islam.
2. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita
telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.
Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.
Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke
Madinah.
Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.
Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
samb.
Pendapat al-Qaradawi ini juga saya kira ada sedikit keterlaluan apabila beliau mengharuskan ucapan tahniah kepada kaum bukan Islam sebagai ucapan balas pada hari Krismas dan sebagainya. Ini kerana ucapan tahniah itu pada hakikatnya doa dan mengharapkan Allah memberi kebaikan kepada mereka,
sedangkan ulama sepakat menyatakan haram berdoa kepada kaum bukan Islam sekalipun ia hanya kerana membalas ucapan yang mereka mulakan.
Saya kurang pasti apakah al-Qaradawi mengharuskan juga pengiriman perutusan kad-kad hari Krismas, jika ia hanya kerana membalas kad-kad yang mereka kirimkan, sedangkan dalam kad-kad itu biasanya tertulis kata-kata yang berupa doa selamat, harapan dan cita-cita yang lebih mirip kepada budaya dan syiar agama Kristian.
Setelah mempertimbangkan antara dua fatwa yang dikeluarkan oleh al-Munajjid dan al-Qaradawi di atas, saya lebih suka memilih jalan yang lebih sederhana, iaitu individu kafir yang dengan terang-terang memusuhi Islam dan umatnya, tidak harus diwujudkan sebarang hubungan pada hari-hari perayaan mereka,
sekalipun mereka terdiri daripada ahli kitab.
Sebaliknya kafir yang setia kepada kerajaan Islam, seperti kaum-kaum bukan Islam yang tinggal di Malaysia, jika mereka telah menunjukkan kesetiaan yang baik kepada negara, memberi sumbangan ke arah keharmonian antara kaum serta hormat-menghormati antara kaum, terutamanya dengan masyarakat Islam, maka tiada salahnya kita berkongsi raya dengan mereka dalam hal-hal yang tidak berkaitan akidah dan tidak menyentuh kesucian Islam.
Bagaimanapun, kita tidak harus memandang kecil isu penerapan budaya dan syiar bukan Islam yang begitu mudah menyerap ke dalam masyarakat kita, terutama melalui media elektronik yang sangat digemari oleh anak-anak kita.
Wallahualam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: arrummi |
|
|
|
|
|
|
|
Perak mufti Datuk Seri Harussani Zakaria said it was not blasphemous to extend wishes to someone celebrating a festival.
"There is nothing wrong if we (Muslims) wish our non-Muslim friends, Happy Deepavali, Merry Christmas or Happy Chinese New Year.
"As long as we do not 慻reet |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut:
"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman: "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya." (al-Maidah : 2)" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 10-11-2007 04:16 PM 
Perak mufti Datuk Seri Harussani Zakaria said it was not blasphemous to extend wishes to someone celebrating a festival.
"There is nothing wrong if we (Muslims) wish our non-Muslim friends, Ha ...
SETUJU dgn yg ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 zerozone's post
lebih relevan untuk digunapakai selagi mereka tidak memusuhi islam dan kita bukan merayakan perayaan bukan Islam |
|
|
|
|
|
|
| |
|