|
tapi aku suka altis. power dan handlingnya best. dan aku selesa dengan interiornya. sejak 2005, aku takde masalah dengan altis. syok la kalau bawak ke mana-mana. namun begitu, kalau aku ada duit, aku sebenarnya nak sangat miliki camry... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 Gemukkkkkkk's post
aku bawak camry my bro - best giler.. gemukkkkkk ko pakai altis ke? whoaa aku tak mampu |
|
|
|
|
|
|
|
Thursday March 13, 2008
Enter the happy Corolla
By ANDY MERVIN GEORGE
UMW Toyota today launched the 10th generation Corolla in Malaysia, and the much-anticipated Corolla Altis rolls in with five variant forms and two engine types. The five variants are the stock form 1.6E and 1.8E, a 1.8G version as well as two models that will appeal to the younger and trendier crowd, the aptly designated 1.8E Sporty and 1.8G Sporty. Here, an exterior aerokit package makes for the enhanced sportiness. | Ten in ...
|
Sharing the same VVT-i engine types as its predecessor, the Altis features the retuned 1.8l 1ZZ-FE block, which now puts out 130bhp at 6,000rpm and 170Nm of torque at 4,200rpm. As for the 1.6l 3ZZ-FE, it develops 107bhp also at 6,000rpm, while maximum torque is 145Nm at 4,400rpm.
The all-aluminium engines have also been tuned to comply with Euro-3 emission control regulations. Both 1.8l and 1.6l model types come with a four-speed automatic transmission, with a gated type shift lever; the 1.8l versions feature a sequential manual shift. The new vehicle is 55mm wider (to 1,760mm) and 10mm longer than the previous Altis. The overall height is lower, by 15mm, providing for a lower centre of gravity and better stability. | With a sharp face to boot.
|
A significant improvement on the new car is the adoption of EPS (Electric Power Steering) across the variant board; this leaves engine power is untouched, resulting in better fuel economy.
Of course, the 1.8l model gets the premium treatment. Optitron meters are featured for the 1.8G variant for better clarity of instrument display. A Multi-information display (MID) is also present, with dual LCD panels on each meter dials. The MID provides the driver important information such as odometer/tripmeter, driving range, average fuel consumption readings, instantaneous fuel consumption, outside temperature, elapsed time since starting of journey and average vehicle speed. | Same, but different. Well, a little.
|
Occupants for the Corolla Altis will love the interior ambience of the vehicle. There's plenty of plushness and sensible storage space on call, and rear occupants will also enjoy better legroom comfort with a flat floor as the centre hump has been lowered significantly. In the 1.8G, you get power-operated, eight-way adjustment front seats, chrome door handles and wood trim, among other things.
There抯 quite a bit in the way of passive and active safety. The front passengers are protected with dual SRS airbags and seat belt pretensioners with force limiter. Elsewhere, front and rear disc brakes, with 15-inch ventilated discs at the front, help haul the Altis to a stop rapidly; ABS is standard on all variants and is assisted with EBD (Electronic Brake-force Distribution). There抯 also VSC (Vehicle Stability Control) as well as TCS (Traction Control System). | Doesn't it remind you of the wheel on the Camry?
|
The vehicle is fully imported from Thailand, and comes in five colours |
|
|
|
|
|
|
|
Buruk. Gemuk semacam. Takleh celen Civic. |
|
|
|
|
|
|
|
takleh lawan lancer baru lagi cun.... |
|
|
|
|
|
|
|
takleh lawan lancer baru lagi cun.... |
|
|
|
|
|
|
Reign This user has been deleted
|
Org pilih toyota sebab VVTi (Jimat minyak) tp aku lebih suka design Civic... New Altis keluara sbb nak lawan Civic. |
|
|
|
|
|
|
|
he3..lbh kurg je..vios,camry..ish... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 15-3-2008 08:31 PM
tapi aku suka altis. power dan handlingnya best. dan aku selesa dengan interiornya. sejak 2005, aku takde masalah dengan altis. syok la kalau bawak ke mana-mana. namun begitu, kalau aku ada ...
yup....aku pun sama, aku pakai sejak 2003 lagi, takde mendatangkan byk masalah...
anyhow thn 2007 aku terpaksa tukar mpv berikutan bertambahnya ahli keluarga...
tapi bg aku, altis mmg best |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih nilai, berprestasi
Oleh Mohd Razlan Salleh
PELANCARAN kereta global, Toyota Altis oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota), baru-baru ini, bakal memberi saingan sengit kepada pengeluar kenderaan lain apabila generasi ke-10 Corolla ini mempunyai pelbagai kelebihan serta harga berpatutan.
Altis terbaru itu diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang pemasangan Toyota di Thailand yang ditawarkan dengan lima varian iaitu 1.8G Sporty, 1.8G, 1.8E Sporty, 1.8E dan 1.6E serta lima pilihan warna metalik.
Jentera yang masih menggunakan enjin VVT-i transmisi automatik empat kelajuan itu mampu menghasilkan kuasa 97kW/132 ps pada 6,000 rpm dan tork 170Nm pada 4,200 rpm dengan kapasiti enjin 1798cc.
Bagi versi 1.6E pula, ia dijana enjin 1598cc yang menghasilkan kuasa 80kW/109 ps pada 6,000 rpm dan tork 145Nm pada 4,400 rpm.
Menurut Pembantu Ketua Jurutera Toyota Motor Corporation (TMC), Yasuo Kamata, Altis terbaru itu memiliki ciri berkualiti, selamat, serba guna, berprestasi dan nilai terbaik kepada pembeli.
Antara perubahan ketara pada model terbaru ini adalah ruang dalaman yang lebih luas di samping kerusi bersalut kulit mewah.
Selain itu, paparan meter Optitron ala kenderaan mewah Toyota, Lexus menambahkan lagi ciri unik Corolla Altis selain gear 'gate shifter' yang lebih bergaya.
Reka luarannya turut dipertingkatkan dengan kedudukan kereta yang lebih rendah, aerodinamik dan menepati selera orang ramai.
Dari aspek keselamatan, Altis dilengkapi dengan ABS dan EBD selain Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TRC) yang membantu pemandu mengawal kenderaan dalam situasi kecemasan.
Pengarah Urusan UMW Toyota, Kuah Kock Heng, berkata pihaknya mensasarkan jualan 800 unit sebulan berdasarkan latar belakang Corolla yang sudah diperkenalkan sejak 1966 dan terjual lebih 30 juta unit di 140 negara.
"Sasaran ini berdasarkan arah aliran peningkatan permintaan dalam segmen kereta sedan kecil mewah di negara ini, selain jenama Toyota Corolla yang sinonim dengan mutu, keselamatan, boleh diharap, prestasi dan nilai cemerlang.
"Pembaharuan Toyota Corolla Altis generasi ke-10 ini dilakukan dengan teliti terutama daripada ruang dalaman serta luaran yang memberikan penampilan lebih berani dan muda," katanya.
Toyota Altis yang diperkenalkan di pasaran tempatan pada 2001 sudah terjual melebihi 30,787 unit.
Harga atas jalan termasuk insurans bagi model 1.6E adalah RM102,900, 1.8E (RM109,900), 1.8G (RM117,900), 1.8E Sporty (RM112,250) dan 1.8G Sporty (RM120,250). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amazed, a'ah aku pakai altis. bapak punya, tapi aku yang bayar |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurg je design dgn camry dan vios..nak jimat ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Toyota Corolla nie biasanya no frills punya kereta..dia design lebih kepada comfort, so suspension dia soft... cabin dia pon nampak macam "Uncle-lish"..interior biege (cerah)....
...lain daripada Honda Civic baru yang memang design utk ride and handling...kalau sape2 suka bawak laju dan hard driving ..inilah kereta dia...
Satu lagi..Corolla nie built to last...kalau sapa nak beli satu kereta yang bleh tahan 10-15 tahun...pilih ler Toyota Corolla... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rear suspension setup ada slack sket la........dier pakai torsion beam. Kalau Civic double wishbone. Even waja pon pakai multilink....... |
|
|
|
|
|
|
|
Toyota biasanya guna design philosophy ..."lama dan old fashion takpe, asalkan benda tu cheap,reliable dan bleh tahan lama"...sebab tu kalau tgk even toyota corolla baru punya
boot belakang masih pakai system spring lama..even Proton Pesona, Myvi pon pakai strut damper nak bukak boot....bagi toyota nie, old fashion takpe..asalkan murah dan tahan lama.... |
|
|
|
|
|
|
|
Penuhi ciri-ciri mewah
Oleh Mohd Razlan Salleh
| BUAH tangan terbaru UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) yang melancarkan model Corolla ke-10, baru-baru ini memberi nafas baru kepada penggemar model berkenaan.
|
BUAH tangan terbaru UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) yang melancarkan model Corolla ke-10, baru-baru ini memberi nafas baru kepada penggemar model berkenaan.
Toyota Corolla Altis baru yang muncul semula selepas beberapa tahun bermaharajalela di jalan raya, kini hadir tepat pada waktunya dengan wajah lebih sporty dan gaya tersendiri.
Kesempatan memandu uji model Altis terbaru versi 1.8G Sporty itu amat mengagumkan sehingga menjadi tumpuan ketika terkandas dalam kesesakan jalan raya.
Dari sudut luarannya, ramai yang menggelarkan Altis baru ini sebagai 慍amry kecil |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah spot ramai dah pakai altis baru ni..... mmg gah aje.. aku suke tengok.. tapi nak beli memang ler tak mampu... nantilah aku cari bini yang pakai altis.. sbb aku still suka honda! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 Gemukkkkkkk's post
|
|
|
|
|
|
|
Sedan orang muda
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Dibina berasaskan tema Happy Corolla for our Planet, generasi ke-10 Toyota Corolla ini nampaknya lebih mesra alam, tanpa mengabaikan aspek gaya dan prestasi.
Mula diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla boleh dianggap antara model paling laris di dunia apabila berjaya mencecah jualan sehingga 30 juta unit di lebih 140 buah negara.
Malah, model yang ditakrifkan sebagai 'kenderaan global' ini telah pun mengalami sembilan bentuk perubahan demi memenuhi kehendak pengguna seluruh dunia yang kian kompleks.
Bagi pasaran Malaysia, Toyota Corolla Altis mula menemui pengguna pada tahun 2001 sehingga 2007. Dalam tempoh itu, sebanyak 30,787 unit telah berada di atas jalan raya.
Bagi generasi ke-10 model Corolla, Toyota Altis serba baru ini telah menerima pelbagai bentuk penambahbaikan daripada aspek luaran dan dalaman untuk penampilan lebih muda serta bergaya.
Menjunjung DNA model Toyota yang terkenal dengan kebolehpercayaan terhadap kualiti, keselamatan, prestasi dan nilai, model ini dilihat mampu meneruskan legasi Corolla di Malaysia.
Didatangkan dalam bentuk dibina sepenuhnya (CBU) di Thailand, Altis ditawarkan dalam tiga gred iaitu 1.8G, 1.8E dan 1.6E (semuanya bertransmisi automatik), di samping dua varian sporty pada model 1.8G dan 1.8E yang hadir bersama penambahan aerokit.
Unit yang penulis sempat pandu uji kali ini ialah varian enjin bersesaran 1.8G sporty. Berbanding model Altis sebelum ini, harus diakui bahawa bentuk fizikalnya telah mengalami banyak perubahan dan tidaklah terlalu membosankan.
Ditambah dengan aerokit di bahagian bumper hadapan, belakang dan sisinya, Altis tidak lagi kelihatan seperti sedan yang hanya sesuai dipandu oleh mereka yang sudah melewati usia 40-an.
Bahagian hadapan Altis ini terus dimonopoli oleh rekaan gril radiator yang tidak jauh bezanya dengan model-model lain seperti Vios dan Yaris. Selain itu, ruang ini turut dipasang dengan lampu utama bersama tiga silinder mentol, serta sepasang lampu kabus di bahagian bawahnya.
Perubahan paling ketara di bahagian belakang model ini pastinya pada rekaan perumah lampunya yang sedikit menonjol. Dengan trunk lid dan bumper yang lebar, ia memberi gambaran sebuah jentera yang tegap. Tetapi, kedudukan hujung ekzos yang menghala ke tanah itu, nampak sedikit pelik.
Baiklah, sebagaimana yang kita tahu, ini adalah model sporty yang lengkap dengan aerokit. Tetapi apa yang penulis fikir ialah, keseluruhan ruang dalamannya yang dibalut dengan warna beige dan kemasan kayu pada stereng, konsol tengah dan panel sisi pintu seperti tidak kena.
Mungkin Toyota mahu menerapkan aspek kemewahan padanya, tetapi adalah lebih baik jika model sporty ini menggunakan material berwarna hitam dengan calitan warna perak atau merah.
Manakala rekaan papan pemukanya ringkas dengan sistem audio dan pendingin hawanya dikawal secara digital. Unit sistem audio Altis 6 CD Changer ini juga dilengkapi dengan ciri pelarasan bunyi automatik (ASL) yang berperanan mengubahsuai volum berdasarkan kepada kelajuan dan tahap kebisingan ambien.
Biarpun pemandu boleh mengawal audio dengan menekan butang pada sterengnya, penulis merasakan ia kurang mesra pengguna kerana kedudukannya yang agak jauh.
TEMPAT duduk belakang boleh dilipat untuk ruang kargo yang lebih luas.
Maklumat pemanduan seperti kadar penggunaan bahan api (L/100km), jumlah kilometer yang mampu diperoleh dengan baki petrol serta kelajuan purata pula boleh dirujuk kepada paparan multi informasi yang terletak di bawah meter analognya.
Sementara tempat duduk pemandunya boleh dilaras dengan hanya menolak tombol di sebelah kanan tempat duduk mengikut keselesaan anda.
Memberi keutamaan terhadap kesihatan pengguna dan alam sekitar, ruang kokpit ini menggunakan material dengan kandungan Volatile Organic Compounds (VOC) yang rendah. Toyota mendakwa jumlah pelepasan VOC ke atmosfera telah dikurangkan sebanyak 80 peratus berbanding model sebelumnya.
Berita baik untuk mereka yang selalu gagal memakir kereta dengan baik, anda kini hanya perlu menekan satu butang untuk mengaktifkan alat pengesan (lima titik di bahagian hadapan dan belakang kenderaan) yang akan berbunyi sekiranya ia menghampiri sebarang halangan.
Berbanding model pesaingnya yang mengaplikasikan enjin baru dan transmisi automatik lima kelajuan, Toyota nampaknya cenderung untuk mengekalkan unit enjin VVT-i yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.
Ia mungkin kedengaran seperti satu kekurangan yang sangat besar tetapi sepanjang sesi pandu uji ini, enjin dengan kod 1ZZ-FE ini mampu menghasilkan kuasa yang diperlukan untuk mendaki bukit atau memecut tanpa sebarang masalah.
Sebenarnya, enjin aluminium ini telah ditala agar dapat memberikan kuasa tork lebih baik ketika putaran enjin adalah rendah dan sederhana. Di samping itu, ia menjimatkan penggunaan bahan api (sehingga 20 peratus) serta pengeluaran asap lebih rendah yang menepati standard Euro 3.
Biarpun kuasa maksimumnya sedikit berkurang berbanding enjin sebelumnya, jurutera di Toyota telah berjaya meningkatkan prestasi enjin ini dengan cara melakukan konfigurasi semula kepada nisbah gearnya.
Justeru, tidak hairanlah dengan kuasa tork yang ditawarkan iaitu 170 Nm @ 4,200 membuatkan Altis terasa begitu responsif sebaik sahaja pedal minyaknya ditekan.
Dibina atas platform yang baru, Toyota Altis ini sarat dengan teknologi keselamatan aktif terbaik seperti brek ABS, EBD (Electronic Brake-force Distribution) dan BA (Brake Assist), selain dua beg udara SRS.
Untuk kawalan pemanduan lebih baik, Altis turut dilengkapi dengan VSC (Vehicle Stability Control), TRC (Traction Control), WIL (Whiplash Injury Lessening Seats), serta kerangka yang menepati standard GOA.
Toyota Altis didatangkan dalam lima pilihan warna seperti hitam, perak, beige dan biru serta dijual pada harga RM120,250 seunit (di atas jalan dengan insurans) untuk model 1.8G Sporty. |
|
|
|
|
|
|
| |
|