|
Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina |
|
|
|
|
|
|
|
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. -Bidalan Serbia |
|
|
|
|
|
|
|
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman |
|
|
|
|
|
|
|
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga. |
|
|
|
|
|
|
|
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo org cantik, pe dia buat sume nampak baik... |
|
|
|
|
|
|
|
ellleh...kalau stakat cut paste wa tak heran la weyyyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 raudah's post
lu lah...............
wahwahwahwah............ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by donbotak at 25-3-2008 02:12 PM
lu lah...............
wahwahwahwah............
wa ke weyyyyyyyyyyyyyyy hahahahahah...macam siot jekk.... |
|
|
|
|
|
|
|
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by donbotak at 25-3-2008 04:05 PM
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan mak ...
updated |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 nas08's post
siti tuh bermaksud puteri atau perempuan... sbb tuh org dulu2 byk yg bubuh nama siti kat depan.... nur pun o.k yg bermaksud cahaya atau sinar....
yer.. nama tuh adalah doa utk membentuk peribadi...sbbnya bila kita sebut... cth nama siti adilah -- puteri yg adil... kalau setiap kali kita panggil dia adilah ( yg adil )...maknanya secara x langsung kita da mendoakan dia...
sbb tuh nama anak2 bubuhla yg ada maksud.... n panggil la dgn nama yg elok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 nas08's post
nama kau pun siti gak ker???? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|