|
aku geli dgn katak ni....suke duk dalam kasut....huhuhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
i kalau nampak katak mmg i jerit mcm org histeria.. lagi satu ular.. geli.. ewww.. takut pun ye jugak.. my brother kata i tak boleh partner dgn dia kalau masuk explorace or amazing race sbb mana tau kalau ada assignment yg kena pegang-pegang katak/ular, sure kalah sbb i mesti surrender.. |
|
|
|
|
|
|
|
EKSKLUSIF DI MADAGASCAR
Baik yang berterbangan, memanjat di pokok-pokok atau melompat dan berenang di sungai, sebilangan dari haiwan yang berada di Pulau Madagascar yang terletak berdekatan dengan benua Afrika ini adalah daripada spesies yang jarang ditemui.
Sebanyak lima peratus spesies haiwan dan tumbuhan di muka bumi berada di pulau keempat terbesar di dunia ini malah 80 peratus daripadanya tidak ditemui di tempat lain.
Sebanyak 2,315 spesies haiwan yang terdiri daripada semut, rama-rama, katak, biawak, lemur dan beberapa jenis tumbuhan adalah antara yang mahu dipelihara dengan menggunakan cara baru oleh para penyelidik.
Gambar 1
KATAK daripada spesies Mantella aurantica ini mempunyai toksin dan mempunyai warna merah menyala sebagai amaran kepada pemangsa.
Gambar 2
RAMA-RAMA paling besar di Madagascar ini adalah antara spesies yang eksklusif dan tidak terdapat di tempat lain.
Gambar 3
CICAK berekor daun ini adalah antara spesies cicak yang hanya boleh didapati di Madagascar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|