|
senyap le pulak hargagiler ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 ctredzuan's post
senyap lah dah kena sound bekas budak bawahan dia....
itu lah berniaga tak ingat dunia..mengata sini...kutuk sini kutuk saner..dengki...last2 TUHAN dah kasi balik balasan kat dia..RASA LAH.... |
|
|
|
|
|
|
|
mana nye hargagiler ni, hehe.. bukak topik ngat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 my^fluffy's post
Salam...
Baru sign-up jadi member sebab interested dengan produk bukan pasal bussines oppunity..maklumlah, agak busy tak sempat nak breakfast..makan tak teratur dsb..so ingat nak ambil produk ni agar dapat balance nutrition la kot...
Tak ok ke produk dia?? Any comment???... |
|
|
|
|
|
|
|
ape kes gaduh2 ni .. rasa mcm herbalife ni dah establish kan.. ermm ramai gak kengkawn amik produk ni.. ke sebb org dlm bisness ni yg buat hal ? aduhhh |
|
|
|
|
|
|
|
napa ada citer kata mengata ni |
|
|
|
|
|
|
|
udah-udah ler tu
tak habis-habis |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 abby_nemo2's post
abby topik nie ada kat bft..wak leh join saner banyak info..topik herbalife |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 2-5-2008 10:54 AM
napa ada citer kata mengata ni
cerita dr otai herbalife tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KaKLaLa_Lost_id at 1-5-2008 03:29 PM
senyap lah dah kena sound bekas budak bawahan dia....
itu lah berniaga tak ingat dunia..mengata sini...kutuk sini kutuk saner..dengki...last2 TUHAN dah kasi balik balasan kat dia..RASA LAH....
hang lala...mana-mana pun laser..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 mrbean2811's post
awat mrbean..tak kena ka...bende betui tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 KaKLaLa_Lost_id's post
Salam..
Terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 abby_nemo2's post
|
|
|
|
|
|
|
waduh....gamat nih....pening2x...papepun wa sudah turun 9kg dgn herbalife... |
|
|
|
|
|
|
|
herbalife ade side effect
Respon Dr. Siti Tentang Kajian Produk Herbalife
Assalamualaikum,
Merujuk kepada komen artikel ubat tradisional yang tidak tradisional. Ini adalah respon daripada Dr Siti a.k.a Mak Iti Kawan Yus, kawan saya daripada salah sebuah pusat kajian perubatan di Malaysia ini melalui email kepada saya. Respon beliau ini adalah tentang satu literature daripada Science Direct tentang satu kajian daripada Liver unit, Hadassah-Hebrew University Medical Centre, Israel tentang produk Herbalife (lihat ruangan komen). Saya rasa ini adalah retrospective study.
Menurut pendapat seorang pembaca (Dr Shiha) yang memberi komen, study tentang herbalife ini tidak valid kerana bukan melalui Random Clinical Trial. Saya amat-amat bersetuju dengan pendapat Dr. Shiha yang juga amat berpengalaman di dalam bidang kajian perubatan. Terima kasih Dr. Shiha.
"Satu lagi, pasal artikel dari ScienceDirect (Herbalife) kat atas tu. Selagi tak buat Randomized Clinical Trial, the study is not so strong. Boleh masuk kategori Case Studies or anecdotal aje. However, it is good if we can do RCT on that - barulah valid. Wasalam. " - Dr Shiha
Namun begitu, saya juga ingin tahu apakah kesan kajian ini kepada pengguna. Oleh kerana saya sendiri pun tidak mahir di dalam bidang kajian klinikal, maka saya meminta respon daripada Dr Siti sendiri. Berikut adalah jawapan beliau (teks warna biru adalah tambahan daripada saya) :-
" Assalamualaikum,
Sebenarnya article dari Israel yang saya forward kat awak tu bukan saya sengaja cari kat science direct (accessed only with password-paid journal), tapi kawan yang pass kat saya. Saya tak pernah gi Israel tapi tengok dari Semenanjung Sinai, Mesir adalah sebab belajar kat sana.
Memang hebat marketing herbalife hingga tahun 2006 company meraih keuntungan 3.1 billion.
So dalam pencarian saya dalam science direct tu, saya terjumpa beberapa lagi artikel yang berkenaan yang melaporkan acute hepatotoxicity (kerosakan hati akut) disebabkan oleh herbalife.
Saya tak skeptik dgn perubatan herba bahkan saya pun dulu keje kat pusat penyelidikan perubatan herba, dan dalam menambahkan pengetahuan saya tu ada beberapa point yang menarik :
1. Perubatan sekarang ini hampir 70% berasal daripada herba i.e vincristine, vinblastine berasal daripada kemunting cina (vincristine dan vinblastine ada digunakan sebagai ubat untuk rawatan cancer)
2. Utk menghasilkan ubat daripada herba memerlukan sekumpulan pakar yang komited, dan belanja yang maha tinggi
3. Proses penghasilan ubatan perlu melalui clinical trial http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=46448: dan clinical trial ini sendiri bukan satu proses yang mudah
4. Perlu diingat ubat-ubat yang didaftarkan memang perlu melalui clinical trial yang ada 4 fasa sedangkan supplement tidak perlu kepada ini semua. Rujuk artikel Felix Stickel yang saya attachkan sekali.
5. Pendaftaran melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan utk company dapatkan nombor pendaftaran MAL tu hanya check seperti heavy metal, pencemaran microbacterial, adulterants, steroid dll. adakalanya company ni pandai dia campurkan sildenafil pada kapsul tongkat ali so miss detection.
6. Sedikit mengenai preclinical safety evaluation utk herba yang meliputi toxicology dan pharmacology aspect. Ia meliputi in vitro mutagenicity dan in vivo general toxicity secara acute, subacute dan chronic (ia akan gunakan haiwan mengikut tahap, diberi dose herba selepas cukup masa akan disacrifice dan akan dibedahsiasat utk melihat kesan-kesan kepada keseluruhan organ. Di sini penyelidik akan dapat melihat 'sedikit' gambaran akan dos herba yang toksik kepada binatang. Ia bertujuan untuk mengenalpasti safe starting dose pada human volunteer (clinical trial).
7. Tahun 2004 ada ubat yang ditarik dari market (vioxx rasanya) sebab daripada phase 4 clinical trial (marketing surveillance) ada banyak adverse effect yang direport oleh pengguna.
8. kesimpulan dari artikel Israel tu dia tak condemn langsung herbalife tapi mereka meminta prospective evaluation of Herbalife products for possible hepatotoxicity. Until then, caution should be exercised by consumers, especially among individuals suffering from underlying liver disease.
Kalau ikutkan scientific evidence paling tinggi adalah meta-analysis on RCT (baca semua RCT dan analysekan semuanya).
Kuat tak kuat methodology paper ni bukan itu isunya tapi apa yang dipaparkan tu cukup kuat sebagai bukti di mahkamah.Kalau dia nak pergi RCT pun at least kena tahu the safe starting dose herbalife kepada human volunteers.
Apa pula yang cuba disembunyikan oleh company herbalife tu bila researcher tu tanya composition dalam herbalife tu? (refer artikel Felix Stickel) --- (**Tuan punya blog tidak siarkan --- cuma kepada sesiapa yang berminat boleh email.)
Kesimpulan saya forwardkan artikel tersebut utk menasihatkan pelawat blog dan manusia lainnya supaya berhati-hati sebab company herba punya motto "herba adalah bahan natural jadi ia selamat" bagi saya sangat-sangat salah. Sedangkan pegaga pun ada adverse effect dia kalau makan banyak2.
Dan saya rasa saya dah menyelamatkan penjual herbalife dari risiko kena saman kalau ada pelanggan yang dapat hepatotoxicity hasil makan herbalife. Sebab artikel ini dah lama wujud di internet.
Sekian.,
Mak Iti kawan Yus. "
Kesimpulannya, kepada pengguna produk ini yang mempunyai masalah hati, kenalah berhati-hati kerana retrospective study ini (walaupun tidak kuat) menunjukkan masalah hati kepada mereka yang menggunakannya.
Tujuan artikel ini dikeluarkan bukan untuk merugikan bisnes mana-mana pihak. Ini sekadar untuk menambah pengetahuan dan berkongsi ilmu. Semua orang patut tahu tentang apa supplement yang mereka telan setiap hari. Berhati-hati ketika memakan apa-apa produk pun kerana di sebalik sebutan "tradisional" atau "herba" itu juga mungkin ada masalah di sebaliknya. Terima kasih Dr. Siti di atas penerangan di atas. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|