CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrull

[MERGED] Bayar Ex-Gratia RM10.5Juta - update: Nazri Aziz Tersilap

[Copy link]
Post time 9-6-2008 01:02 PM | Show all posts
mmg takley percaya depa semua neh.. dari agong smp la ke balaci2 tik kusheng umno neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2008 01:37 PM | Show all posts
what does zaid, the law minister, get out of this yek.
dia la yg dok bangkitkan perkara ni in the first place.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by owenkatz at 9-6-2008 01:37 PM
what does zaid, the law minister, get out of this yek.
dia la yg dok bangkitkan perkara ni in the first place.


salah ke buka balik?
kalau benda tak adil berlaku ke atas kau agak2 kau biar je pendam sampai kau mampus??
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 04:41 PM | Show all posts
Sultan yg paksa DAP pakai songkok tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 04:44 PM | Show all posts
sultan selangor yg dh meninggal tu kut...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 08:20 AM | Show all posts

Ex-gratia: Senator kesal Dr M diburuk-burukkan

Jun 21, 08 12:05pm
Seorang senator kesal kerana pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lalu, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Senator Datuk Syed Ali AlHabshee ia juga turut membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.
   
Katanya, mereka berbuat demikian seolah-olah Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak melakukan kerosakan terhadap negara.

Perbuatan golongan tersebut, tambah Syed Ali menunjukkan soalah-olah Dr Mahathir tidak langsung membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara ketika berkuasa, demikian menurut laporan Bernama.

Di samping itu, belia juga hairan mengapa kerajaan berahsia mengenai jumlah bayaran ex-gratia yang dibayar kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lepas.

Senator Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, rakyat berhak mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia tersebut.

Sehubungan itu, Syed Ali berkata kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan kepada umum, jumlah bayaran ex-gratia itu secara terperinci kerana ini melibatkan wang rakyat.

Wang rakyat
   
Beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, setiap kali Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan cek ex-gratia kepada bekas hakim atau warisnya, beliau enggan mengumumkan amaun cek yang diberikan atas alasan menghormati permintaan keluarga bekas hakim berkenaan.
   
"Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan.

"Tidak dapat dinafikan keenam-enam bekas hakim berkenaan telah berjasa kepada negara namun rakyat berhak tahu dan tidak ada sebab kerajaan perlu merahsiakan amaunnya," tegasnya.
   
Pada 18 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung Datuk George Seah serta Tan Sri Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu.
   
Bayaran ex-gratia itu juga akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader,  Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.

Hari ini Zaid menyerahkan bayaran ex-gratia kepada Mohd Salleh di rumah bekas Ketua Hakim Negara itu di sini.
   
Syed Ali juga kesal pembayaran ex-gratia itu diambil kesempatan oleh pihak  tertentu untuk memburuk-buruk bekas Perdana Dr Mahathir Mohamad sehingga ini membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.
   
Beliau berkata mereka berbuat demikian seolah-olah Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak melakukan kerosakan terhadap negara dan juga soalah-olah Dr Mahathir tidak langsung membuat jasa kepada bangsa, agama
dan negara ketika berkuasa. -malaysiakini


[ Last edited by  lanalara at 23-6-2008 08:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2008 09:54 AM | Show all posts
Aku tak nampak apa-apa faedah walau sedikitpun dari pembayaran ini.  Pembayaran ini tentunya menelan belanja berjuta ringgit.  Tidak ada kesan apa-apa untuk rakyat mahupun sistem kehakiman yang kononnya mahu di reformasi. Kalau mahu reformasi sistem kehakiman patutnya Pak Lah berbuat sesuatu utk masa skrg bukannya mengorek cerita lama.

Contoh terbaru ialah isu penyiasatan terpilih BPR dlm kes Yong Teck Lee.  Di dalam berdegar-degar mahu reform isu kehakiman, tapi beliau masih mengamalkan budaya pendakwaan terpilih ala UMNO, iaitu selagi tidak melawan kes tidak dibawa ke mahkamah.  Contoh paling baik ialah Kes Altantuya. Saya berani jamin jika ditakdirkan Najib berani melawan Pak Lah, besoknya kita akan mendengar bahawa pihak pendakwa telah mendapat 'bukti baru'
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 09:54 AM | Show all posts
Ex Gratia tu penting, Tun Salleh Abas kena tindas 20 tahun lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by a_gen2 at 23-6-2008 09:54 AM
Aku tak nampak apa-apa faedah walau sedikitpun dari pembayaran ini.  Pembayaran ini tentunya menelan belanja berjuta ringgit.  Tidak ada kesan apa-apa untuk rakyat mahupun sistem kehakiman yang k ...


bravo!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 23-6-2008 09:54 AM
Ex Gratia tu penting, Tun Salleh Abas kena tindas 20 tahun lebih


memang penting tetapi tindakan diambil ketika TDM melawan arus PM sekarang!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by haliem at 23-6-2008 09:58


memang penting tetapi tindakan diambil ketika TDM melawan arus PM sekarang!


Better late than never
Admitting the mistake is a right step
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 09:58 AM | Show all posts
MAHA ZIR tu zalim n perosak negara!!

aku dengar forum kat TV ada tokoh tu diwawancara cakap mahazir ada niat nak pinda perlembagaan negara.
Nak letakan dirinya di atas YDPAGONG. bereti dia bercita-cita nak jd presiden diktator yang berkuasa
penuh ke atas Malaysia. Lbh kurang mcm Sadam Husin le tu..

bayangkan apa jd kalu cita-cita MAHA ZIR tu tercapai..
mesti penuh penjara ISA dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 23-6-2008 09:54 AM
Ex Gratia tu penting, Tun Salleh Abas kena tindas 20 tahun lebih



Kenapa bila dah kalah pilihanraya baru nak bayar? Kan elok masa baru menang besar 2004 dulu bayar terus. Lagi nampak gentleman. Ni dah kalah besar baru nak cover...

Sidenote, kita tahu ke Salleh Abas ni perangai baik atau tak senonoh? Yg dikatakan ditindas pun buleh jadi macam che det & nuar berahim bergaduh. nuar brahim kena penjara maka terjerit2lah penyokongnya kata ditindas. Kalau nuar brahim menang, mungkin saja che det yg "kena tindas".

Akhir zaman ni payah nak percaya org dalam gomen ni squeaky clean...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by observateur at 23-6-2008 10:06



Kenapa bila dah kalah pilihanraya baru nak bayar? Kan elok masa baru menang besar 2004 dulu bayar terus. Lagi nampak gentleman. Ni dah kalah besar baru nak cover...

Sidenote, kita tah ...


As I said, better late than never. Tun Salleh and the victims would appreciate it now or never
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 23-6-2008 09:58 AM


Better late than never
Admitting the mistake is a right step



Knowing the umno culture; ada udang di sebalik batu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:08 AM | Show all posts

Reply #7 terubok's post

ko percaya ke.. ???
dgr sebelah pihak je... lurus btul  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by observateur at 23-6-2008 10:07



Knowing the umno culture; ada udang di sebalik batu.


memang pun hehehhehe
tapi on Tun Salleh's side and the victims, i think they deserve justice and ex gratia is reasonable (although open apology by Tun Mahathir is the best)
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:11 AM | Show all posts
tun salleh abas ni clean sgt ker???
dia nmpk betul sbb dia on pork lah side..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by katana83 at 23-6-2008 10:11
tun salleh abas ni clean sgt ker???
dia nmpk betul sbb dia on pork lah side..
\

Mahathir clean ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 23-6-2008 10:07 AM


As I said, better late than never. Tun Salleh and the victims would appreciate it now or never



The payment does not, apparently, exonerate Salleh Abbas et al  in the eyes of the rakyat.

Just sekadar dema tu dapat durian runtuh. That`s all.

Well, good for them; barang mahal-mahal sekarang. Elokla ada duit lebih nak spare...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.083988 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list