|
so 786 ni cam simbolik je la |
|
|
|
|
|
|
|
owh........baru aku tau...selama ni x penah tau pun......khurafat yerr...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
baru jumpa info ni
Q 2. I never quite understood the idea behind the number "786". Is it possible for you to explain its significance at your earliest convenience? (Asim)
A 2. "786" is the total value of the letters of "Bismillah al-Rahman al-Rahim". In Arabic there are two methods of arranging letters. One method is the most common method known as the alphabetical method. Here we begin with Alif, ba, ta, tha etc. The other method is known as the Abjad method or ordinal method. In this method each letter has an arithmetic value assigned to it from one to one thousand. The letters are arranged in the following order: Abjad, Hawwaz, Hutti, Kalaman, Sa'fas, Qarshat, Sakhaz, Zazagh. This arrangement was done, most probably in the 3rd century of Hijrah during the 'Abbasid period, following other Semitic languages such as Phoenician, Aramaic, Hebrew, Syriac, Chaldean etc.
If you take the numeric values of all the letters of the Basmalah, according to the Abjad order, the total will be 786. In the Indian subcontinent the Abjad numerals became quite popular. Some people, mostly in India and Pakistan, use 786 as a substitute for Bismillah. They write this number to avoid writing the name of Allah or the Qur'anic ayah on ordinary papers. This tradition is not from the time of the Prophet -peace be upon him- or his Sahabah. It developed much later, perhaps during the later 'Abbasid period. We do not know of any reputable Imams or Jurists who used this number instead of the Bismillah.
sumber: http://www.submission.org/miracle/786.html |
|
|
|
|
|
|
|
eh silap.. hehe.. yang ni betul
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amy_lee at 20-10-2008 11:13 PM ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
dlm lagu too phat "alhamdulillah" ada mention pasal 786 ni kan?kalo x silap saye la...
a'ahhh tu la..aku pun perasan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pernah tau pun pasal 786.. thanks 4 bringing it up.. tambah satu general knowledge |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paste terus la liriknya yer...
Alhamdulillah Oleh Too Phat
Di saat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan be! rkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar...
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita a! pabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penip! uan dan dosa²)
Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syu! kur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
memule tu nk wat nick 786 haaa ..
tp time tu otak tgh blur ... jdi wa tersalah tulih 316 ..
wakakakkaa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 316\ catat
sorry kalau tersilap maksud ya, tp 316 kalau di amik dari 3:16 mmbawa maksud yg menjurus ke arah lain...
rujuk kepada
http://en.wikipedia.org/wiki/John_3_16
sorry ya. for its nothing, just a number, sama cam 786 |
|
|
|
|
|
|
|
h,m,//
786 ni merujuk kepada huruf..
it means nothing.
biasa laa..
kekadang org neh taksub ngan no..
macam 30 36 360 29 07 04 n macam2 lg r...
pelik plak aku rasa ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Basmalah?
*saya menulis artikel ini bukanlah bertujuan menyerang secara peribadi mana-mana pihak tetapi untuk menjelaskan sesuatu bagi menghilangkan kekeliruan dan mengharap keredhaan-Nya. yang baik dari Allah dan yang buruk natijah dari kelemahan saya sebagai hamba-Nya namun tiap satu kejadian itu tetap dari Allah.
Dalam saya melayari forum-forum baru-baru ini, saya tak sangka sehingga hari ini masih ada yang terkeliru mengenai angka 786 yang dikatakan membawa maksud Basmalah (Bismillahi-Rahmani-Rahim). Dalam forum sebuah kumpulan penyanyi remaja yang agak dikenali dewasa ini, penggunaan 786 sebagai penggati Basmalah masih dipertahankan. Kasihan melihat sesetengah mereka yang tidak banyak ilmu agama disuruh rujuk pada sebuah website kumpulan anti hadis mengenai 786. Dengan ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan sekadar kemampuan agar tiada dari kita tertipu lagi terutamanya golongan remaja yang dewasa ini mungkin semakin kerap dimomokkan dengan angka tersebut.
Asal-Usul Angka 786
Agak perlu untuk kita lihat dari mana asal-usul angka 786 ini.Nombor 786 ialah jumlah beberapa nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara mengiraan ini dikenal dengan kaedah Abjad, itu memberi nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut. Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden ISNA, ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah, dan banyak digunakan dinegara-negara Pakistan dan India.[1] Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam sebuah laman web anti-hadis, yang saya rasa tak perlulah saya sertakan URL-nya memandangkan ia sesat lagi menyesatkan.
Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)
ب (1 kali * 2 = 2)
س (1 kali * 60 = 60)
م (3 kali * 40 = 120)
ا (3 kali * 1 = 3)
ل (4 kali * 30 = 120)
ه (1 kali * 5 = 5)
ر (2 kali * 200 = 400)
ن (1 kali * 50 = 50)
ح (2 kali * 8 = 16)
ي (1 kali * 10 = 10)
Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786
Menurut laman tersebut juga ada menyatakan, menggantikan Basmalah dengan angka 786 adalah bertujuan mengelakkan menulis Basmalah dan ayat Quran lain di atas kertas biasa.
(to avoid writing the name of Allah or the Qur'anic ayah on ordinary papers.)
Bid抋h Angka 786 Menggantikan Basmalah.
Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah sebaik-baik ikutan dan panduan.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]
Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid'ah yang melibatkan ibadah dan urusan agama adalah terlarang.
Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid抋h , dan setiap bid抋h itu adalah sesat. [2]
Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:
dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka. [3]
من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر
Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [e.g. Islam], akan ditolak [4]
Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. [5]
Dan berkata Ibnu Mas'ud :
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"
Seperti kita kekal maklum Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam tak pernah pun menggantikan kalimah Basmalah dengan apa-apa nombor. Begitu juga generasi salaf. andai ianya baik sudah tentu diperjelaskan penggunaan nombor pengganti kalimah Basmalah. Penjelasan bahawa kalimah tersebut diganti kerana nak memelihara kesuciannya (ditulis di kertas-kertas, disentuh orang bukan Islam etc.) adalah tidak masuk akal kerana kalau benar mengapa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam sebagai contoh tauladan kita masih mengutuskan surat mengandungi ayat Quran pada surat baginda buat Heraclius.[2] Tidakkah baginda risau akan ayat Quran yang diutuskan pada bukan Muslim?
"Nombor 786 tetap bermakna 786 dan tiada lebih dari itu. Apabila Allah swt atau Nabi saw mengajar kita sesuatu, mereka melakukan dengan cara yang paling jelas, jauh dari teka-teki dan nombor-nombor misteri. Semua usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira huruf dan menhubungkannya dengan nombor tiadalah apa didalamnya tetapi membazir masa. Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat. Sesungguhnya agama amat hebat, dan ia tidak memerlukan cara yang salah ini". [6]
Sumber : http://demipena.com/2005/08/kepercayaan-terhadap-angka-786.html (Demi Pena) |
|
|
|
|
|
|
|
lagi..
Fatwa negeri Johor Darul Takzim
Keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini bahawa angka 786 adalah bermaksud Bismillahi Rahmani Rahim menyatakan yang ianya adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam syariah serta akhlak Islam.
Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur抋n mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan dan penggunaannya serta merta. [7]
Kesimpulan
Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. Mengantikan ayat-ayat suci dengan angka-angka nyata tak membawa apa-apa makna dan faedah malah dalam pngkhususan hukum bacaan Al-Quran pembaca yang hanya menyebut angka-angka tidak memperolehi apa-apa manfaat dari bacaannya. Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam. Agama yang dibawa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah syumul dan tak perlu lagi tokok tambah perkara yang sia-sia dalam urusannya.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi Deen bagimu.
[Al-Maidah 5:3]
Wallahua抣am
alFaisal
Cyberjaya
22 Ogos 2005
-------------------------------------------------------------------------------
[1] 2. Dr. Muzammil H. Siddiqi. Can the Number "786" Substitute for the Basmallah? url : http://www.islamonline.net/fatwa ... .asp?hFatwaID=78709
[2] Diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya, Kitab As-Sunnah, Bab Luzum As-Sunnah, Hadis 4596, at-Tirmizi (no. 2676). Disahihkan Ibn Hajr di dalam Takhreej Ahaadeeth Ibn ul-Haajib (1/137).
[3] Diriwayatkan oleh an-Nasaa'ee (1/224) dari Jaabir bin Abdullaah dan disahkan sahih oleh Shaikh ul-Islam Ibn Taymiyyah in Majmu' al-Fatawa (3/58).
[4] Riwayat Muslim 1718, dari hadith A'isyah (r.h).
[5] Hadis dari Rafi bin Khadji radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mac_taylor at 21-10-2008 03:31 AM ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
786 tu adalah BILANGAN/JUMLAH kpd ayat Bismillah (atau ayat2 lain) yg biasanya dibaca sebelum seseorg ingin membuka perniagaan, sprt buka restoran. So katakan esok ko nak buka restoran, mal ...
betul ke wehh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by 316 at 22-10-2008 05:49 PM ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
memule tu nk wat nick 786 haaa ..
tp time tu otak tgh blur ... jdi wa tersalah tulih 316 ..
wakakakkaa
pasan siotttttttttt![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hitamputih at 22-10-2008 06:08 PM ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
sorry kalau tersilap maksud ya, tp 316 kalau di amik dari 3:16 mmbawa maksud yg menjurus ke arah lain...
rujuk kepada
http://en.wikipedia.org/wiki/John_3_16
sorry ya. for its nothing, just ...
padan muka momod waakakakakak |
|
|
|
|
|
|
|
786?
7+8+6 = 21 = bilangan huruf di dalam Bismillah. 19 yang nyata 2 yang tersembunyi.
amalan nih 100% khurafat @ bida'ah @ apa2lah.. u name it.
kenapa saya kata begitu?
kalaulah menukarkan kalimah arab kepada numerology dibenarkan dalam Islam, buat apa kita baca Quran? Baik kita sebut sahaja 6,666 hari2 (ada 6,666 ayat di dalam Quran, atau 6,236 ayat menurut beberapa ulama' lain).
numerology bermula pada zaman mesir, zaman firaun lagi. Islam dizahirkan ke dunia untuk menghapuskan mende alah nih, tah sapa tah yang bijak sangat sampai dia pegi assimilate mende numerology nih dalam Islam, maka lahirlah 786 tuh.
Quran itu dikatakan mukjizat yg hebat kerana ilmu yang terkandung di dalamnya dan jugak susunan tatabahasanya yang terlalu tinggi (sehingga tiada makhluk, baik jin mahupun manusia, yang dapat mencipta surah yang setanding), jika kita menukarkan ianya kepada numerology, maka kedua2 perkara ini akan 'hilang' dan kita tak nampak kehebatan Quran lagi, betul?
kalau ada orang cakap "abeh tuh apsal Quran boleh buat halau setan?" maka korang tengok balik ayat2 yang boleh digunakan untuk menghalau syaitan, APA MAKSUD ayat tersebut, sampai setan pon lari... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #31 hitamputih\ catat
John 3:16 nih ayat bible..
For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.
so, kalau yang dah tahu tuh, tak payahlah pakai baju yang ada tulis 3:16 kat situ, especially baju yang stone cold tuh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|