kisah nyer begini....
masa tu sedara aku nih kena ler buatan orang...
dia jumpa ler 2-3 bomoh nih....semua kata dia kena buatan orang...
org yg wat dia tu....bomoh org asli...
so bomoh2 tu...serander ler...tak leh nak tolong....
ada sorang bomoh nih nasihat kan kat sedara aku...carik gak bomoh org asli...
so kira bomoh org asli lwn bomoh orang asli ler.....
so sedara aku pon pergi ler ker satu perkampungan org asli nih....
masa jumpa tu....tok batin nih scan jer dulu....
pas tu dia kasi syarat....
malam jumaat datang umah dia bawak rokok WHITE HORSE satu kotak...
KAIN HITAM (kalau aku tak silap ler)...pas tu ada bertih dan limau...
masa diaorang pergi aku tak ikot...sebab arwah abah aku tak kasi....
so aku tak tau apa yg terjadi.....
tapi malam esok nyer start ler pengalaman ngeri kami...
umah sedara aku ada bunyi harimau keliling umah.....
pas tu pokok rambutan2 keliling rumah sedara aku macam kena gegar...
siang nyer tu...arwah opah aku marah ler sedara aku nih...dia kata ko bawak antu rimau balik umah nih ker....time tu aku panik siot....
lepas jer kena marah ngan arwah opah aku....sedara aku tu pon pegi balik ker umah tok batin tu....
so tok batin tu citer ler....rimau tu dia yg punyer...yang gegar2 pokok tu....beruk jadian milik bomoh org asli yg satu lagi tu...
dia tak leh masuk umah tu sebab ada rimau yg tgh jaga.....
tapi sedara aku tu..pulang kan balik harimau tu....
pas tu dia pi berubat kat lambor........
kena mandi air terjun yng mengadap matahari terbenam...
tiga ari turut2.....
Salam semua. Ini cerita adalah benar2 terjadi. Cerita ini bermula apabila si pemburu ini selalu masuk keluar hutan. Pemburu ini selalu masuk hutan kerana ingin mencari akar2 kayu seperti tongkat ali dan yang sebagainya. Si pemburu ini kerap masuk hutan di Negeri Sembilan tak kira di mana ada akar2 kayu yang boleh dibuat ubat, beliau dan rakan2 akan pergi ke hutan untuk mencari akar2 kayu itu. Nak dijadikan cerita ketika beliau ingin mencari akar kayu di salah sebuah hutan di sini, beliau talah terlangkah air liur orang asli di situ. Ketika itu beliau tidak menyedari bahawa beliau telah melangkah air liur orang asli. Nak di jadikan cerita air liur orang2 asli ini akan dikumpul di satu tempat dan barang sesiapa yang melangkah air liur ini akan terjadilah sesuatu kepada orang yang melangkah. Setelah beliau pulang ke rumah beliau merasakan bahawa yang kakinya terasa sakit sekali. Beliau meraung-raung menjerit meminta tolong kepada isterinya.
Isterinya menjadi panik melihat keadaan suaminya. Isterinya menyarankan supaya meminta tolong klepada jiran untuk membawa suaminya berubat cara kampung. Si isteri membawa si suami kepada bomoh di situ, Si bomoh itu berkata " Susah nak ubatkan dia pasal di terlangkah orang asli punya air liur, kita kena cari Tok Batin kat tempat yang dia langkah. Tetapi si suami itu berkata, dia tidak ingat di mana dia terlangkah air liur itu. Sambil bomoh itu berkata , susah macam ni, kalau macam ni aku tak boleh tolong kau, maka beliau pun pulang ke rumah dengan perasaan hampa dan kesakitan. Oleh kerana beliau tidak tahan lagi menanggung kesakitan beliau mengambil keputusan untuk memotong sahaja kakinya. Pada keesokan harinya, beliau pergi ke hospital dan melakukan pembedahan dan Alhamdulillah pembedahan itu berjaya, setelah pulang beliau telah membuat upacara pengebumian kakinya, Setelah seminggu beliau hidup tanpa kaki, beliau tidak lagi rasa sakit
TETAPI beliau telah mengalami mimpi buruk iaitu beliau sering bermimpikan yang bahawa kaki yang telah dipotong itu selalu datang dalam mimpi nya untuk disambungkan kembali bersama bahagian lain yang telah dipotong, Setelah seminggu beliau mengalami mimpi itu , beliau pun meninggal dunia kerana mengalami tekanan jiwa, Jenazah beliau di semadikan di sebelah pusara di mana kakinya yang telah dipotong ditanam. Nasihat saya kepada blogers2 yang suka memburu berhati-hatilah ketika masuk hutan. Tq
arwah pakcik aku pernah kena sampuk ngan antu org asli (katenye lah..)selepas balik dari bersuka ria dengan sepupu2 aku di sebuah tempat air terjun kat kampung atok aku (nama tempat tersebut pon ada disebut dalam citer tamar jalis tu)...tu je lah..
knp org asli punye 'antu' jahat ek?
maksud aku, serupa mcm siam punye penangan la..
pelik la aku...masih ramai lg yg mencari tok batin utk mengenakan / mendajalkan org yg x berdosa...
makcik yg ngubatkan aku pernah ckp, pengeras utk tok batin nih idak le mahal sgt..
dlm rm500 + air arak...settled!! nk bg mati org yg dianiaya pun boleh!