Jutting sharply skyward from the lush jungles of southwestern Sri Lanka is the 7362 foot (2243 meter) peak of Sri Pada, the 'Holy Footprint'. Also called Adam's Peak, the mountain has the unique distinction of being sacred to the followers of four of the world's major religions: Hinduism, Buddhism, Christianity and Islam.
cam best aja cite u ni..tgk iklan kat tv pun cam cantik aja..blh consider gak pi sini...kawan2 yg pegi umrah singgah sri lanka ni biasa beli batu2 permata..sana terima usd or rupee aja..
wahhh...dah ade umah baru...baguih2 ... setakat ni, dah 3,4 tahun duk transit kat colombo bila time balik kg...tp tak pernah pun terfikir nak coti2 sri langka.... tp kat aport dia ada jual batu bata and massgge ...aport dia pun best sbb tak ramai org... tu je yg boleh komen.
aku baru balik dari sri lanka last week..mmg amazing sri lanka..kenapalah aku tak tahu yg sri lanka ni best..aku dah pergi banyak tempat sebelum nie..sepatutnya sri lanka ni yg kena pergi dulu..
SOUTHREN BEACH memang sangat cantik dan mendamaikan..air jernih macam air laut kat pulau2 kat msia..kat sana tak perlu pergi pulau..tepi pantai je air dah jernih dan cantik..
ANCIENT CITIES kat sana memang meletops..tinggalan sejarah dia memang sgt best utk dilawati...paling best dan AMAZING ialah LION MOUNTAIN SIGIRIYA....POLONNORUWA sangat best, ANUDHARAPURA lagilah amazing...bangunan2 ancient tu masih ada yg kukuh walaupun kebanyakannya dah roboh...
jalan2 kat KANDY pun sgt best..
jalan2 kat FORT GALLE pun sgt best..kawasan dutch yang dikepong oleh tembok..boleh panjat tembok tu dan mengelilingi kawasan tu untuk tengok permandangan yang indah..apatah bila sunset..memang cantik..
ada beberapa perkara yang perlu berhati2 kat sana..nanti berkesempatan aku tulis lagi..apapun SRI LANKA memang best..dan jangan terkejut org sana sangat pandai berbahasa inggeris..even peminta sedekah pun pandai cakap omputeh...penjual souvenir yang bugs tu boleh cakap perancis,russia,japan,italy,germany dan belanda..memang kelas diorg..
aku baru balik dari sri lanka last week..mmg amazing sri lanka..kenapalah aku tak tahu yg sri lanka ni best..aku dah pergi banyak tempat sebelum nie..sep ...
KoSe Post at 19-2-2010 05:32
macam mana pengangkutan dekat sri lanka tu..
tempat tinggal semua...
dari COLOMBO senang dapatkan pakej terus untuk 5 hari 4 malam..sebab dekat ancient cities tu besar kawasan dia..bukan satu bangunan macam borobudur tu..dia satu bandar macam angkor tu..bangunan dia bersepah2..nak jalan kaki sangat memenatkan...pakej yg aku amik hr tu termasuk kereta HYUNDAI GETZ, driver cakap omputeh(semua org pun boleh cakap omputeh), gas, bilik untuk 2 org(hotel sederhana-bukan budget), breakfast...tak termasuk tiket ancient cities dan segala mala tempat yg perlukan tiket...harga USD330..aku bagi 2,so sorang dalam USD165..murahkan? kalau 4 orang lebih murah..kena tambah satu lagi bilik hotel..perbelanjaan boleh bahagi 4...pakej aku amik tu kat tourist centre kat depan FORT COLOMBO RAILWAY STATION...tourist centre ni rekemen by lonely planet..aku ada lagi contact org ni..nama dia AJIT..baik sgt dia..aku rasa boleh arrange terus pakej ni supaya driver tunggu kat airport dan terus ke KANDY..tak perlu buang masa ke COLOMBO...
pakej aku amik haritu macam nie..
DAY 1 (COLOMBO-KANDY)
tren ekspress tapi takde reserved seat..kena rebut tpt duduk..ajit tolong rebut tpt duduk belah kanan sebab view cantik..
dalam separuh perjalanan akan mula mendaki dan permandangan mmg cantik..sawah padi, gaung jauh kat bawah sana..bolehla tengok org2 miskin yg berumahkan khemah dan juga rumah dari dibuat dari selut lumpur tu..bila hujan haruslah tanggal dan terpaksa pasang balik dinding tu...
sampai KANDY ada driver tunggu untuk terus ke HOTEL...aku duduk hotel kat kawasan tanah tinggi view cantik tapi jauh skit dr bandar...kalau nak duk hotel kat bandar pun boleh arrangekan dgn AJIT tu...baik duk kat bandar kalau suka jalan2 kat bandar dia..KANDY ada holy lake..besar gak..best jalan2 kat keliling lake ni..besar...
jalan2 sendiri jer tak perlu ada driver..sebab itu extra charge nanti..cakap je taknak kat driver tu dan prefer explore bandar KANDY tu sendiri...ada bazar yang jual barang2 murah...bandar KANDY sgt selamat..dan org2 sini ramai gak Islam espially peniaga dia...bargain je harga tu..harga baju LACOSTE ori boleh dpt dalam Rp1400 (14x3= RM42)..murah sgt kan? tiada di COLOMBO hanya ada KANDY shj bazar yg jual baju ori reject ni..ada TIMBERLAND,QUICKSILVER,AX,GUESS,ABECROMBIE, ZARA,Ck,DKNY dll...aku ada kenal sorang penjual kat bazar ni..aku boleh bg kontek no dia untuk dapatkan harga murah..aku still keep in touch dgn dia...
DAY 2
(KANDY-MATALE-DAMBULLA-SIGIRIYA-bermalam di GIRITALE HOTEL,LAKE MINIRIKEYA)
Matale- ada cave temple...best gak..cepat jer dah boleh habis jalan....driver akan offer pergi HERBAL GANDEN-A BIG NO to HERBAL GARDEN..tlgla dgr cakap aku ni..cakap taknak dan terus ke DAMBULLA...herbal garden sama je macam herba2 kat Msia, nothing special..kena bugging beli produk dia yang mahal nak mamposs dan konon kena urut free, tapi kena bagi tips kan tukang urut tu, dan juga kena bagi tips kat tukang terangkan pokok2 herba tu yg sama mcm kat msia...so, PLS A BIG NO to HERBAL GARDEN...driver tu takkan paksa...
perjalanan diteruskan ke DAMBULLA..ada GOLDEN TEMPLE, patung BUDHA atas bumbung tu, bukan gold betul...kat situ ada lagi CAVE TEMPLE...tiket dia tak termasuk dengan tiket round ancient cities...motif sangat kan? so, aku tak masuk pun dalam CAVE TEMPLE tu sebab tiket mahal..amik gambar dari luar jer..perjalanan diteruskan ke SIGIRIYA..
AMAZING SIGIRIYA..sangat best dan mendamaikan dan tak tahu nak ckp apa lagi..makan tghari kat sini..takde makanan ISLAM...aku makan kat western food(ada served pork), aku makan french fries n air teh(teh sri lanka sgt menikmatkan),
tiket utk all round ancient cities beli kat sini..harga seorang USD50...
BERHATI HATI-kat pintu masuklion rock tu ramai scam yg akan cuba berbaik2 dgn korang,akan offer tolong amikkan gambar,bg info itu ini, diaorg nak jadi tourist guide tp tak ckp terus terang..klu korang terus layan dia jer..sah2la kena bayar nanti....cakap terus terang NAK EXPLORE SENDIRI..aku cakap 4 kali dan ignore org tu baru dia reti bahasa...KENA BERTEGAS tp dengan BAIK...dia prg semua sgt pandai cakap omputeh,so diaorg boleh pujuk rayu dengan macam kisah citer kemiskinan diorg...SIGIRIYA ni boleh google je klu nak tahu sejarah dia..LION MOUNTAIN yang sangat cantik...boleh daki sampai atas puncak..kat atas puncak tu sgt cantik viewnya...SUPERB.....nak daki tu agak gayat..mmmg gayat...sebab tinggi sangat...tapi best..
BERHATI HATI lg, on the way nak ke kaki tangga tu...(ikut je org2 ramai tu supaya tak sesat)..akan ada ramai carpenter yang menjual produk diorg..diorg akan cakap hanya ada kat SIGIRIYA jer..sah2 tipu..jgn layan langsung,jangan amik n pegang n sentuh walaupun nak tengok benda tu..abaikan jer dan teruskan perjalanan..perlu diingat diorg sangat fasih berbahasa inggeris, so, diorg akan pujuk rayu macam2 untuk suruh beli barang2 tu..
sambung lagi...jalan2 kat SIGIRIYA ni dalam 2 jam...sebelah tangan aku bawak mineral water..masa naik tangga curam tu sebelah tangan je boleh pegang besi tepi tu..sebelah lagi pegang mineral water..cam bahaya..biar lenggang kangkung je naik atas tu..lagi senang...
selepas tu kitaorg pergi ke MINNIRIYA LAKE-GIRITALE HOTEl..hotel ni mmg cantik..mengadap tasik yg sgt cantik..ada balcony facing ke tasik..mmg cantik...ada swimming pool..bestla...breakfast pun sedap...
DAY 3
(POLLONORUWA-SAFARI-BERMALAM DI ANUDHARAPURA)
Pukul 9 dah bertolak..org SRI LANKA sgt punctual..make sure jgn lambat...dalam 20 minit je dari hotel nie..first skali pergi muzium arkeologi...best muzuem ni..sgt membantu untuk tahu sejarah ancient city nie...muzuem ni tepi tasik..lepas habis lawat muzuem ni boleh jalan2 jap tepi tasik...pastu bertolak ke bangunan2 ancient tu..kalau tak silap aku ada 6 tempat yang driver ni bawak...mmg amazing...rusa2 kat sini berkeliaran dgn gembira..kalau kat msia harus dah kena tembak...makan tengah hari buffet yg tak best..spt biasa takde makanan halal..so jadila vegie..org SRI LANKA kebanyakannya mmg vegie sebab diorg taat pada ajaran BUDDHA...petang tu kitaorg pergi ke SAFARI..naik jeep..harga termasuk jeep,driver,tiket untuk 2 org ialah USD100..so dalam USD50 sorg...tapi mmg berbaloi..gajah liar beratus lalu kat tepi jeep...mmg best..tapi sayang takde leopard...jarang bertemu leopard kat sini..harimau,singa memang takde..yg ada GAJAH,RUSA dan burung2...takla macam kat afrika yg kita tengok kat NATIONAL GEOG...tapi okla sebab SAFARI mcm ni takde kat msia...lepas habis tu terus kitaorg bertolak ke ANUDHARAPURA..overnite kat sana..kat MILANO hotel...okla hotel ni..selesa tapi takde hot shower...ok jer...
sambung lagi...jalan2 kat SIGIRIYA ni dalam 2 jam...sebelah tangan aku bawak mineral water..masa naik tangga curam tu sebelah tangan je boleh pegang besi tepi tu..sebelah lagi pegang mineral water..ca ...
KoSe Post at 20-2-2010 08:45
lebih baik ambil package ke..
sbb kalau kami nak kesana, atleast dua minggu camtu..
kalau buat sendiri tak ambil package, mudah atau tidak..
lagi mahal ke... kami dah travel jugak ke india dan nepal..
macam fenomena sangat jugak kot sri lanka ni...
kalau ada website tentang package tu, nak tenguk...
tak semua tempat perlu amik pakej...ancient cities tu mmg kena ada driver...SIGIRIYA tu jauh masuk pedalaman.....ada bas dari DaMBULLA..sgt leceh bas lompat2 tu....POLONNORUWA tu kawasan besar..mmg takleh nak cover tempat ni jalan kaki..mesti kena ada driver...ANUDHARAPURA lagila besar...tak boleh jalan kaki nak cover semua tempat2 nie...
GALLE dan SOUTHERN beach tu boleh pergi sendiri jer...naik tren ke GALLE dari COLOMBO atau dari KANDY...landasan ketapi tepi laut sepanjang dari COLOMBO ke GALLE..betul2 tepi laut..mmg cantik...akan melalui TSUNAMI ZONE...boleh tengok rumah2 runtuh yg tak dibaiki..mungkin penghuni dia semua dah mati atau dah pindah tempat lain..
kalau pergi ke SOUHERN tu boleh pergi GALLLE, ANUWATUNA BEACH, MIRISSA BEACH dan juga TAMAN NEGARA YALA...
kat GALLE boleh overnite, ANUWATUNA n MIRISSA pun sama..ada bas pergi pantai2 ni dari GALLE...mmg cantik..
kalau u 2 minggu di SRI LANKA..bolehla pergi the east..kawasan EAST ni boleh pergi naik bas dari SOUTHERN part...ARUGAM BAY, UPPUVELI BEACH n bandar TRINCOMALEE...aku tak sempat nak pergi THE EAST...THE NORTH-JAFFNA pun tak sempat pergi...tempat2 ni dah dibuka semula untuk pelancong...
pastu boleh pergi ke NUWARA ELIYA-little ENgland..ala2 CAMERON HIGHLAND..boleh naik tren dari KANDY...laluan tren -tanah tinggi melalui ladang teh yang indah permai...KANDY-HAPUTALE-ELLA....mmg best pengalaman nie...
bandar COLOMBO tak perlu stay lama..satu malam sebelum balik ke KL pun dah cukup..aku ada kontek pembawa tuk tuk kat COLOMBO nie..dia janji akan charge Rp400(RM12) untuk sejam bersiar2 di COLOMBO..dia ni baik...
kat GALLE pun aku ada kontek driver yang boleh sewakan kereta termasuk driver dan gas..sehari dia caj RP4000 (RM120)....boleh jalan2 sekitar GALLE,ANUWATUNA,LADY HILL,TURTLE SANCTUARY,STILT FISHERMAN, dan banyak lagi tempat yg best sekitar GALLE..susah kalau nak naik bas...dan kalau naik tuk tuk untuk pergi semua2 tempat ni sgt leceh...driver ni boleh hantar terus ke COLOMBO, MIRISSA atau RATNAPURA..yang penting dalam satu hari yg sama perjalanan tu tanpa extra charge..driver ni pun baik sgt...aku masih keep in touch dgn dia...