|
Aril membelek mesej di dalam Yahoo Messengernya. Mesej dari ibunya, Puan Sarah. Ibunya selalu mengajaknya pulang, membantu menguruskan perniagaan mereka di Malaysia. Kata ibunya, ayahnya sudah tidak berdaya menguruskan perniagaan seorang diri. Abang2nya yang lain, semua tidak berminat mengemudi perniagaan ayahnya.
Aril termangu. Mesej2 itu direnung berulang kali.
“Are you okay, Ril?” soal Mike, salah seorang pekerjanya yang berbangsa Inggeris. Kelam kabut Aril angguk.
“I’m just fine…nothing to worry ..” balasnya sambil menutup Yahoo Messengernya. Mike tersenyum.
“You always said so, but seems you got a big problem..” kata Mike sambil ketawa. Aril diam. Mike meneruskan kerja2nya. Syarikat multimedia yang ditubuhkan oleh Aril kira2 3 tahun yang lalu mula stabil. Walaupun kecil, dengan tender2 yang diperolehinya, menjadikan dia mampu bertahan di bumi asing.
Carol sudah 2 hari tidak ditemuinya . Marahkah dia pada aku? Hihihi…Akhirnya budak tu tahu marah jugak…Aril senyum2 sendirian. Carol tak putus2 berada di sisinya. Biar dia susah. Biar dia senang. Carol sentiasa ada setiap kali dia berperang perasaan memikirkan tentang Alisya.
Alisya! Kau benar2 kejam Alis! Kenapa kau perlu hadir dalam hidup aku? Alangkah baiknya jika aku terus hilang ingatan! Aku tak perlu ingatkan kau lagi. Andainya aku tahu ada kisah cinta yang lara seperti ini di sebalik memoriku yang hilang, rasanya tak ingin aku mencari kembali sejarah yang telah berlalu.
Alis!! Siang dan malam aku asyik fikirkan engkau! Entah berapa banyak masa lagi akan kau ambil dari hidup aku untuk mengenang cinta kau yang kejam? Berapa lama lagi??? Aril mengetap bibirnya menahan geram. Dia geram. Dia benci. Tapi, dia cintakan Alisya! Itu hakikat yang tidak mahu diterimanya waktu itu.
Carol!!!Maafkan aku kerana menyakiti engkau! Aril bangun, menyilang shawl ke lehernya. Pintu pejabatnya dikuak. Dia perlu mencari Carol. |
|
|
|
|
|
|
|
Aril meneguk kopi panas yang berada ditangannya. Carol tidak susah dicari. Dia sentiasa ada di restoran masakan cina milik keluarganya. Belum diajak, Carol seperti dapat memahami maksud hati Aril yang tercegat di depan pintu restorannya. Lalu, Carol mengajak Aril ke kedai kopi di tepi jalan.
Aril merenung orang ramai yang lalu lalang di sekeliling mereka. Jalan kecil itu, bersih dari sebarang kenderaan. Rata2 penduduknya, berjalan kaki sahaja melewati deretan kedai2 yang banyak menjual buah-buahan segar dan bunga2 segar.
“Ramai orang kat kedai you,” tutur Aril perlahan. Carol angguk. Mereka berdua terdiam sejenak. Carol renung Aril.
“Ada apa you cari I?” soal Carol. Jauh di sudut hatinya, itulah yang diharapkannya. Alah…di Sydney ini, Aril bukan ada ramai kawan. Macammana pun, dia tahu, Aril pasti mencarinya satu hari nanti. Carol tersengih.
“I’m sorry…” tutur Aril lemah. Carol renung Aril sambil mencari keikhlasan di wajah Aril.
“I ‘m really sorry for all the pain. I didn’t mean to hurt you. I’m cofuse…Maybe…” kata Aril keliru. Aril masih merenung pemandangan jalanraya di depannya. Carol terdiam sahaja sambil merenung Aril.
“I admit, you are the only one, that cares about me for these days. No matter how bad situation is, you always be by my side. I saja yang tak pedulikan you. Tapi, I nak clarify dengan you satu perkara hari ni…” kata2 Aril terhenti.Carol merenung wajah Aril.
“Bila I dan Alisya tak dapat bersama, menyambung janji2 kami dulu….I dah tak boleh terima orang lain dalam hati I. tapi, kebaikan you, buat I berfikir dua kali. Hati I ada pada Alisya. Tapi, I hargai you. I hargai you yang selalu ada di samping I. Jadi, I dah buat keputusan…” kata Aril sambil memandang Carol. Carol terkedu.
“I akan cuba lupakan Alisya. I akan cuba belajar terima kenyataan. I cuma nak you tolong I. Tolong I lupakan Alisya. Can you do that?” Aril memandang tepat ke mata Carol. Nafasnya bagai terhenti saat dia menuturkan kata2 itu. Carol mencari2 kebenaran di sebalik kata2 Aril. Seksakah dia untuk menuturkan kata2 tadi? Dia kelihatan sangat terseksa.
Aril…I’ll do everything for you…Carol maneguk air liur pekat.
“Aril, asalkan you happy, asalkan you bahagia, I akan buat apa saja..” janji Carol. Aril sebak. Saat itu dia bagaikan hendak meraung. Tapi, suaranya tersekat di kerongkong.
Hatinya menjerit. Zahirnya, dia diam tak berkutik. Langit petang direnung payah bagi menyembunyikan betapa pilu hatinya kala itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Fizzy... bile aril nak tahu pasal carol penyebab alisya tarik diri..
benci btul dgn coral ni... hopefully aril tetap tak blh lupakn alisya.. padan muka carol..
ape pun thanks for new n3... love very strong sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin sayang la juliet kat fizzi ni
chaiyukk....chaiyukkk fizzi..... |
|
|
|
|
|
|
|
sambunglah lg n3 saya tgu tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
cepat sambung fizzi...dh xsabaq bla aril nak jumpa ngan alis....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Alisya merenung langit biru di depannya. Kak Mastura sedang berbual dengan Encik Habib melalui telefon di biliknya. Tergedik2 kak Mastura bila Encik Habib menelefon tadi. Entah apa yang dibincangkan, Alisya malas hendak mengambil tahu.
Alisya melangkah masuk ke dalam café yang terletak di sebelah kanan lokasi chalet itu. Anaz, ketua bahagian masakan di café itu memandangnya. Alisya meletakkan beberapa helai dokumen di meja.
“Sini jap Anaz,” panggil Alisya pada Anaz, yang pastinya lebih muda darinya. Anaz menarik kerusi, lalu duduk di depan Alisya.
“Ada apa kak?” soal Anaz.
“Menu macam mana? Dah cari barang untuk menu hari pelancaran kita nanti?” soal Alisya.
“Dah kak. Anaz dah bincang dengan tauke barang kat pasar pekan ni. Yang untungnya, ada orang kampung yang murah hati nak sponsor seafood hari sabtu nanti kak,” lapor Anaz.
“Sponsor seafood? Banyak ke?” bulat mata Alisya mendengar. Anaz senyum mesra.
“Banyak jugalah. Tapi, kalau akak nak tengok atau pilih sendiri seafood apa yang banyak, akak ikut Anaz pagi2 Sabtu nanti. Kita ke pengkalan nelayan,” kata Anaz.
“Wah! Bagusnya. Emm…akak nak buat briefing sekali lagi pasal customer service dengan semua crew café. Anaz panggilkan semua orang..” arah Alisya.
“Baik kak..” Anaz segera bangun, memanggil pekerja2 café yang lain2nya. Alisya merenung ruang café itu.Aril!!!Hatinya tiba2 berbisik. Kau dah makan ke belum? Pukul berapa sekarang kat sana ya? Alisya menelek jam di tangannya. Agak2nya..apa yang Aril sedang buat sekarang?
Aril…aku minta maaf….Alisya mengeluh kecil.Hatinya dipagut pilu serta merta. |
|
|
|
|
|
|
|
yehah..dah ada smbngn...:pompom:
tq fizzz...
cayang fizzz....
nanti fizz smbng lagik ek... |
|
|
|
|
|
|
|
“Encik Habib kagum dengan proposal kita! Dia nak tengok hasil kerja kita bulan ni. Hujung bulan ni, dia akan audit ketiga-tiga chalet. Dan, satu lagi berita gembira, dia setuju nak bagi peruntukan untuk kita prepared A&P nanti,” kata Kak Mastura dalan nada gembira. Alisya tersenyum sambil memandang Kak Mastura.
“Berapa dia bagi?” soal Alisya ingin tahu.
“RM20 ribu. Dia akan hantar cek esok. Satu lagi, akak mintak Alis tolong brief dengan Sales group kita esok. Kalau boleh, kita nak achieve target hujung bulan ni. Encik Habib dah bagi target, untuk Membership Club, dia letak 5 saja untuk bulan ni. Rasa2nya, kita boleh dapat tak?” soal kak Mastura.
Alisya terdiam lama berfikir. Wajah Kak Mastura direnung lama.
“5 tu sebenarnya ok. Tapi, untuk tempoh yang dah tinggal lagi 3 minggu, saya rasa kita mungkin dapat capai 3 saja. Tapi, saya tak tahulah. Itu pandangan peribadi saya. Mungkin akak ada idea lain untuk capai target tu,” kata Alisya.
“Akak rasa kita dapat capai. Kita mesti usaha untuk capai target tu.Kalau kita dapat capai target tu, Encik Habib akan pandang kita berkali2..” kata Kak Mastura. Alisya terdiam. Lagi2 nama Encik Habib yang suka disebut…
“Akak suka Encik Habib ke? Jaga2 kak…dia tu dah kahwin..” kata Alisya. Kak Mastura tersenyum simpul. Dia bangun dari katil menuju ke bilik air. Alisya senyum, kemudian menggeleng2kan kepalanya. Macam2 hal!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Mad duduk di kerusi makan. Aniah sedang membasuh pinggan mangkuk yang masih berbaki selepas sarapan tadi. Suaminya sudah keluar bekerja. Manakala anak2nya pula seorang sudah ke tadika, seorang lagi masih tidur di dalam buaian.
“Apa yang abah tengah fikirkan bah? Dari semalam Ann tengok abah asyik termenung..” Aniah mengelap tangannya yang basah, lalu duduk sambil minum kopi bersama abahnya. Pak Mad senyum. Aniah dipandang.
“Kakak kamu..” kata Pak Mad perlahan.
“Kak Alis? Kenapa?” berkerut dahi Aniah hairan.
“Dia tak ada suka siapa2 ke?” soal Pak Mad. Hampir2 tersedak Aniah dibuatnya.
“Abah tanya soalan macam ni bah?” soal Aniah tidak percaya. Pak Mad kehairanan.
“Kenapa? Tak boleh ke?” soal Pak Mad. Aniah menggeleng.
“Takdelah. Dulu kan abah paling pantang kalau kitorang bercerita pasal suka2 kat orang ni…” kata Aniah.
“Masa tu kamu kan masih sekolah…mana boleh bercinta masa sekolah..” terasa pula Pak Mad. Ayam berlari2 di depan pintu dapur rumah kampungnya. Aniah membetulkan duduknya.
“Kenapa abah tanya sekarang?” soal Aniah.
“Kamu tahu kenapa kakak kamu tak suka bila bercakap soal kahwin?” soal Pak Mad. Aniah senyum pahit. Pagi2 nak bukak cerita sedih…beratnya mulut aku. Aniah pandang abahnya.
“Hati kak Alis tu dah keras bah. Dah macam konkrit.Dia dah tak berminat nak kahwin,” kata Aniah.
“Apa sebabnya, kamu tahu?” soal Pak Mad serius. Wajah Aniah dipandangnya.
“Dia….Dia…Dia dah terlalu kecewa bah…” tutur Aniah perlahan. Pak Mad terdiam dengan jawapan itu.
“Kecewa? Maksud kamu?” soal Pak Mad. Aniah terdiam. Terasa janggal pula hendak bercerita perihal kakaknya pada abahnya.
“Susah Ann nak cakap. Tapi, yang Ann tahu, apa yang terjadi pada kak Alis hari ni adalah berpunca dari zaman sekolah dia. Macam yang abah tahu, kak Alis bukanlah jenis orang yang senang nak bukak mulut untuk bercerita pasal cinta. Tapi, kalau abah nak tahu, kak Alis memang pernah sukakan seseorang. Tapi, perasaan dia tu terperap dalam hati dia. Dia tak boleh luahkan..” Aniah tidak tahu bagaimana hendak menghuraikan situasi itu.
Pak Mad menarik nafas dalam2.
“Siapa yang dia suka tu? Boleh abah tahu?” soal Pak Mad.
“Abang Aril…cucu nek kiah..” jawab Aniah sambil merenung Pak Mad. Pak Mad terdiam. Segera ingatannya melayang ke wajah pemuda berkulit cerah itu. Dari pandangan matanya, pemuda itu juga ada hati dengan anaknya.
Manakan tidak, waktu di sekolah dulu, dia sudah mula mengesyaki akan perasaan yang lahir di antara ke dua2 mereka. Paling ketara, sewaktu dia menjemput Alisya pulang dari sekolah. Waktu itu, wajah Alisya merona pucat sebaik Alisya ternampaknya. Kemudian, pemberian kotak muzik dari Aril. Seingatnya, tak pernah Alisya menerima pemberian orang. Apatah lagi dari lelaki. Kemudian, sewaktu arwah isterinya meninggal dulu, dia pernah ternampak Alisya merenung Aril yang sedang mengaji dari sudut tingkap dapur.
Lagi pula, sewaktu Alisya baru tersedar dari pengsan sewaktu Aril dilanggar lori di depan sekolah dulu, sebaik sahaja Alisya tersedar, nama Aril yang dijeritkannya. Pak Mad menarik nafas dalam2. Benarkah anaknya menyintai pemuda itu?
Tapi, dia pernah melihat, sewaktu Aril berkunjung ke rumahnya 4 bulan lalu, Aril merenung lama ke gambar Alisya yang tergantung di dinding ruang tamu. Aril pun sukakan Aliskah? Habis, apa masalahnya?
Pak Mad memandang Aniah yang sedang termenung merenung cawan di depannya.
“Kenapa kak Alis tak luahkan perasaan dia?” soal Pak Mad. Cepat2 Aniah tersedar.
“Masa abah. Masa….Kalau dah lama sangat menunggu…dari cinta boleh jadi benci. Dari rindu boleh jadi dendam. Dari sayang boleh jadi meluat. Masa yang terlalu lama boleh buat manusia berubah…. Dan masa jugak yang buat kak Alis jadi macam ni,” kata Aniah sambil membuat teorinya sendiri.
Pak Mad terdiam. Dia kelu. Tidak tahu hendak berkata apa. Dia sendiri agak kabur dalam hal itu. Pak Mad merenung ke luar rumah. Mencari sesuatu untuk diperkatakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya..ada juga kesinambungan cite nih setelah bergantung x bertali.
Harap2 kesudahannya x mengecewakan walau bnyk badai yg melanda.
Sayunya cite nih.....{:3_83:}
p/s : Fizzi..nanti jgn MIA lagi tau..new n3 every week. Peace. |
|
|
|
|
|
|
|
Alisya membuka pintu dapur café chalet itu. Pekerja2 sedang sibuk menyediakan menu tengahari.
“Morning kak!!” sapa Anaz sebaik ternampak Alisya. Alisya senyum.
“Morning…jadi ke pagi esok nak pergi pengkalan?” soal Alisya sambil cuba membantu apa yang patut di dapur.
“Jadi. Pukul 5.30 pagi, akak tunggu kat depan pagar. Anaz datang nanti..” balas Anaz sambil tersenyum. Alisya angguk. Pisau dicapai lalu bawang yang terbiar disatu sudut dipotongnya.
“Akak buat apa ni?” jerit Anaz sambil menghampiri Alisya. Dia sudah berdiri disebelah Alisya dengan muka bengis. Pura2 aje!!!Alisya sengih.
“Nak tolong…” kata Alisya sambil menurunkan pisau yang dipegangnya.
“Tak payah!!!Ini bukan kerja akak…” marah Anaz sambil mengambil pisau dari tangan Alisya.
“Ala…aku takde kerja ni. Bagi aku tolonglah!” marah Alisya sambil mencapai apron di satu sudut. Kak Mastura pagi2 lagi sudah keluar ke pekan, hendak mengambil cek. Meeting bersama Sales group baru saja selesai. Jadi, sampai ke petang, dia tidak ada agenda, selain memastikan keadaan di sekitar chalet terurus. Paling penting, hidangan yang akan disajikan mestilah bagus demi menjamin pelanggan2 yang berkunjung hari tu akan datang lagi pada hari akan datang.
“Baik..kalau akak nak tolong sangat..nah!!!Potong ni..” Anaz sudah membawa sebakul lobak merah lalu diserahkan kepada Alisya.
“Ingat aku tak boleh buat ke..” Alisya mendengus. Lobak dicapai dan tangannya ligat mengupas dan memotong lobak2 itu. Anaz menggeleng2kan kepalanya. Alisya sangat berbeza dengan Mastura, Area Manager mereka.Mastura tak pernah beramah semesra itu dengan pekerja2 bawahannya.
Anaz terus menyambung kerjanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa agaknya Aril sedang buat sekarang? Dia masih marahkan akukah? Tapi, akukah yang bersalah? Kalaupun aku yang bersalah…dia lagi bersalah! 10 tahun lebih aku penat menunggu dia…kenapa dia tak cari aku?
Sepuluh tahun lebih aku merisik khabar melalui Nek Kiah. Tak pernahkah dia cuba bertanya khabar aku? Atau berkirim salam kepeda aku?Sekali pun tak pernah.
Siapa Carol? Mestilah awek dia..takkan mak dia pulak. Kenapa Aril tak berterus-terang dengan aku bahawa dia ada hubungan dengan Carol? Dia takut kalau2 aku marah ke? Buat apa aku nak marah…
Aril…aku takkan marah kalau kau berterus-terang dengan aku perihal Carol. Aku tahu, ini semua berpunca dari aku. Dari dulu…sejak zaman sekolah kau dah luahkan perasaan kau pada aku. Tapi, tiap kali kau berkias2 meluahkan perasaan kau pada aku…tiap kali itu jualah aku menolak. Aku buat2 tak faham. Aku yang bersalah dalam hal ini.
Agaknya, itu sebab kau tak mencari aku selama sepuluh tahun itu. Agaknya kau terlalu kecewa kerana aku tak menerima cinta kau….Agaknya kau dah penat bermain tarik tali dengan aku? Agaknya kau dah bosan dengan sikap aku yang suka diam bila berbicara soal cinta?
Aril…aku minta maaf. Aku benar2 minta maaf. Apa yang berlaku ini, semuanya salah aku. Tapi, Aril…aku nak kau tahu Aril…sejauh mana pun terpisah, kau tetap di hatiku.
Alisya angkat wajahnya. Dia merenung awan biru yang sayup2 kelihatan dari tingkap dapur café itu. Aril…kau di mana? Kau balik semula ke Australia ke? Atau kau pergi ke tempat lain? Alisya kembali tunduk merenung lobak merah yang menimbun di dalam bakul.
Kau ni hati keringlah Alis!!!Kau tak pernah berubah Alis!!!Hati kau masih keras macam dulu!!!Kata2 itu terngiang2 di telinganya. Aku degil sangatkah? Hati aku terlalu keraskah sampai melukakan perasaan sesetengah orang?
Aku dah lukakan perasaan kau Aril…Aku dah lukakan perasaan abah…Aku lukakan perasaan Marina, perasaan Aniah. Perasaan siapa lagi yang akan aku lukakan selepas ini?
Hmmmhh….Alisya menarik nafas berat. Pisau diletakkan. Ini yang aku benci nih! Pantang aku duduk diam saja…mesti perasaan2 macam ni datang menganggu. Cepat2 Alisya bangun. Bakul berisi lobak yang baru habis dipotong dibawa ke sinki untuk dibasuh.
“Takpe Cik Alisya. Biar saya basuh..” kata seorang pekerja perempuan di situ sambil tersenyum. Alisya merenung wajah gadis muda di depannya.
“Panggil kak Alis..” kata Alisya sambil tersenyum. Tersipu2 malu pekerja itu. Alisya mengelap tangannya lalu keluar dari café itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aril meneliti beberapa dokumen pertukaran alamat perniagaan di depannya. Ajak, abangnya menghirup kopi panas yang terhidang.
“So, kau betul2 dah fikir habis2 ni?” soal Ajak. Aril angguk. Dia tega dengan keputusannya. Dia mahu membawa syarikatnya ke Malaysia. Permintaan ayah dan ibunya terpaksa dipenuhi. Perniagannya akan diuruskan disana pula.
“Sayang jugak. Market kat sini dah ada…” keluh Ajak.
“Itulah…Aril suruh abang Ajak je yang ambil alih, abang tak nak..” rungut Aril.
“ooo…tak boleh…tak boleh…Aku tak minat. Kau kan tahu, aku lagi sibuk dengan kerja aku. Mana aku ada masa. Kalau aku minat bisnes, dah lama aku tolong ayah..” kata Ajak pula. Aril angguk.
“Abang tak nak balik Malaysia? Kita menetap kat sana “ usul Aril. Ajak senyum. Kemudian menggeleng.
“Malaysia tetap di hati aku. Tapi, aku dah anggap bumi ini pun, macam tanah air aku jugak. Aku duduk sini bukan setahun dua…dah dekat 18 tahun..” kata Ajak. Aril senyum sambil angguk.
“Kalau aku tanya kau satu soalan, kau jangan marah ya..” tiba2 Ajak bersuara. Wajah Aril dipandang tepat. Aril renung Ajak, menanti soalan.
“Bukan dulu…kau cakap kau tak nak balik Malaysia dah? Kau cakap, kau tak boleh tengok Malaysia, nanti kau teringatkan Alisya? So, sekarang macam mana?” soal Ajak serius.
Aril terdiam. Dia menggigit bibirnya seketika. Aril menyandarkan tubuhnya di sofa biliknya. Lambat, barulah dia menjawab.
“Aril rasa, sampai mati pun Aril tak boleh lari dari kenyataan ini. Sampai bila Aril nak larikan diri? Aril rasa, cara yang paling baik untuk hadapi perkara ini adalah…Aril kena berhadapan dengan situasi ini. Live with it! Cuba lupakan apa yang terjadi. Sebab…kalau kita hidup dengan bayang2 lepas, kita tak nampak apa yang menanti di depan kita.Aril takkan berpatah balik. Aril akan hidup dengan semua ini. Aril akan cuba lupakan apa yang terjadi. Aril hanya mahu terus hidup normal. Yang lepas biar lepas…Unless…masa yang menentukan,” kata Aril payah. Dia termenung sebaik saja menuturkan kata2 itu.
Ajak senyum tawar. Mug kopi diletakkan. Aril dipandang.
“Becakap memang senang Aril…Tapi, takpelah! I wish you good luck! Moga2 kau temui hidup baru…Tabah dik, kalau kau tak tabah…jadi taik nanti..” kata Ajak sambil bangun. Dia mahu keluar dari bilik adiknya.
Aril senyum sambil menghantar pemergian Ajak dengan pandangan matanya. Ajak sudah hilang dari pandangan. Pintu bilik sudah bertutup.Aril terdiam, merenung kembali kata2nya tadi. Ikhlaskah kata2 aku tadi? Benarkah aku boleh harungi semua ni? Tuhan…tolonglah aku!!! |
|
|
|
|
|
|
|
fizzy thanks sesangat...
nti leh bg lagi ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu. Pukul 5.30 pagi tepat, Alisya sudah menunggu di depan pagar chalet. Kak Mastura masih tidur sewaktu bilik mereka ditinggalkan tadi. Alisya menarik zip baju sejuknya sampai ke leher. Tangannya disilangkan. Sejuknya tak terkata. Tapi, mendengar bunyi ombak yang menghempas pantai di chalet itu, menenangkan hatinya. Itulah lagu hatinya. Tiap saat dia teringatkan Aril, itulah yang didengarinya.
“Kak..” terkejut dengan sapaan Anaz yang baru tiba dengan kereta Kelisa hitamnya, Alisya cepat2 tersenyum. Alisya dan Anaz masuk ke dalam perut kereta Kelisa itu.
“Lama ke akak tunggu?” soal Anaz sebaik mereka bertolak.
“Tak jugak…sharp2 je kau datang..” balas Alisya sambil tersenyum. Anaz senyum lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengkalan ikan atau dipanggil pelantar ikan oleh nelayan2 di situ riuh dengan bot2 ikan yang baru pulang dari laut. Anaz menapak ke sudut dalam pelantar ikan itu. Seorang lelaki berkopiah dan berjanggut putih melambai kea rah Anaz sebaik mereka tiba.
Lelaki tua itu dihampiri. Alisya Cuma membuntuti langkah Anaz.
“Kak..ini Pak Majid. Dia la yang nak sponsor seafood untuk majlis kita hari ni,” kata Anaz. Alisya dan Pak Majid saling senyum dan tunduk hormat .
“Terima kasihlah Pak Cik…saya bagi pihak syarikat memang nak ucapkan ribuan terima kasih atas kemurahan hati Pak Cik..” kata Alisya. Pak Majid senyum.
“Alah..takde hallah. Anaz punya pasal, pak cik tak berkira sangatlah..” kata Pak Majid. Suasana riuh di sana sini kedengaran. Alisya terpaku melihat deretan tong2 ikan yang diangkat satu demi satu dari bot yang tiba.
“Haa..kamu pergila tengok apa yang nak, dah kumpul2 nanti, bagitau ayah..” kata Pak Majid. Alisya ternganga. Ayah???Alisya pandang Anaz. Anaz sengih.
“Pak cik ada kerja kejap ye, nanti bila dah sudah, panggil pak cik..Pak cik minta diri dulu..” Kata Pak Majid sambil senyum. Pak Majid sudah berlalu meninggalkan Alisya dan Anaz. Seketika, Alisya merenung langkah Pak Majid, kemudian menoleh memandang Anaz.
“Ayah?” soal Alisya. Anaz senyum sambil berlalu. Cepat2 Alisya mengejar.
“Pak Majid ayah Anaz? Kenapa tak cakap awal2 ?” jerit Alisya dalam suasana bising pagi itu.
“Kalau Anaz bagitau, ada beza ke kak?” kata Anaz sambil mengambil beberapa tong ikan lalu menyerahkan kepada Alisya.
“At least akak tau, yang Anaz sebenarnya anak tokey ikan!!”kata Alisya sambil ketawa. Matanya tak henti2 memandang Anaz yang sibuk menyusun bakul.
“Apa2 ajelah kak. Haa..akak pilih aje apa kak nak. Letak dalam bakul2 ni…” kata Anaz lagi. Alisya senyum sambil mengeleng2kan kepalanya. Deretan tong2 ikan dan pelbagai jenis seafood lain benar2 mengagumkannya.
“Udang ni nak tak? “ soal Anaz sambil mengangkat seekor udang yang besarnya hampir sama dengan sebiji timun biasa. Alisya ternganga. Siapa tak nak!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis perasmian pembukaan chalet yang terletak di selatan Johor dirasmikan dengan jayanya. Dari pagi hingga ke petang, pelanggan tak putus2 berkunjung. Semua pekerja memberikan kerjasama yang sangat baik.
“Alis!!!Sini kejap..” panggil Mastura sambil menarik tangan Alisya menuju ke bilik pengurusan milik Mastura. Alisya mengekori sahaja langkah Mastura. Sebaik sampai ke bilik, pintu bilik itu ditutup. Alisya duduk, menantikan kata2 Mastura. Mastura duduk di hadapan Alisya.
“Kenapa?” soal Alisya. Mastura senyum tawar.
“Sampai sekarang, kita Cuma mampu jual 3 membership club. Sekarang, dah pukul 6.30 petang. Akak tak rasa akan ada prospect lagi yang akan datang beli. Sales group kita pun dah habis ikhtiar. Diorang cakap itu saja yang mampu diorang buat untuk hari ni..” kata Mastura.
“Memanglah. Saya rasa, itu pun sudah cukup bagus untuk hari ni. Langkawi dan Terengganu macammana? Dapat jual lebih tak?” soal Alisya tenang.
“Kalau ikut report tadi, kita leading dengan kehadiran crowd yang melebihi 200 orang dan kutipan mencecah RM15 ribu dari restoran. Membership club, kita leading jugak, Langkawi jual 1 dan Terengganu jual 2…” kata Mastura.
“Wahh!!Bagusnya!!Alhamdulillah…” Alisya mengaminkan ke mukanya. Mastura senyum sambil bersandar ke kerusi empuknya.
“Tapi, akak kalau boleh, nak capai target. Akak nak biar semua orang kat head-quarter pandang tinggi pada kita. Kalau boleh, akak nak kita achieve 5 membership club sold hari ni..” kata Mastura. Alisya tidak senang duduk.
“Tapi, we have no more prospect..” kata Alisya. Mastura membetulkan duduknya, kemudian memandang tepat ke wajah Alisya.
“Macam ni…akak ada kenal 2 orang Datok. Diorang actually tinggal kat Johor ni jugak. Diorang memang boleh beli membership club ni. So, apakata, hari ni, kita register sale untuk 2 Datok tu dulu…kemudian hari, akak convince lah 2-2 Datok tu..” kata Mastura.
Alisya ternganga.
“Tapi…duit booking club? Mana kita nak cari?” soal Alisya. Satu membership club sahaja sudah mencecah ribuan ringgit. Mastura senyum.
“Ala…untuk hari ni, kita letak deposit saja. Kita bagitau HQ yang 2 orang ni, tak merancang untuk beli, tapi berminat nak beli. So, diorang letak deposit dulu, because they want this promotion package…” kata Mastura lagi. Alisya ternganga lagi.
“Mana kita nak dapat duit untuk deposit tu?” soal Alisya lagi. Hatinya was-was dengan rancangan Mastura.
“Alis ingat tak, company kan ada bagi budget RM20 ribu untuk A&P. Akak tak gunakan sepenuhnya pun duit tu. So, ada dalam RM7 ribu lagi baki. RM7 ribu tu kita buat deposit untuk 2 booking tu..In the end, sales kita nampak 5…We achieve the target already!!” kata Mastura dengan mata yang bersinar2.
Alisya merenung Mastura. Terkesima dia dengan penjelasan Mastura.
“Tapi…ini sudah dikira tipu kak..” kata Alisya.
“Alis…ini bukan tipu. Akak kenal sangat dengan 2 datok tu. Nanti, akak sendiri akan convince 2 datok tu untuk beli membership club kita. Alis jangan bimbang..” terang Mastura.
Alisya terdiam. Mastura di depannya direnung.
“Boleh ke ni? Bila akak akan convince 2 datok tu?” soal Alisya ragu2 lagi. Mastura ketawa kecil.
“Jangan bimbanglah Alis..Akak akan convince secepat mungkin. Tapi, biar hal ini kita berdua saja yang tahu tau..” kata Mastura sambil mengeluarkan dokumen penjualan. Tangannya ligat menulis sesuatu di atas borang2 dan dokumen2 pembelian itu. Beberapa keeping not RM100 dikepilkan bersama2 permohonan itu. Alisya terdiam merenung Mastura yang sedang sibuk mendaftarkan ‘penjualan palsu’ itu.
Setelah selesai, Mastura mengoyak salinan pelanggan lalu dikepilkan dalam satu fail. Fail itu diserahkan kepada Alisya.
“Nah, Alis tolong simpankan untuk akak. Akak tak boleh simpan salinan pelanggan ni dalam ofis ni. Nanti, kalau orang jumpa, bocor pulak rahsia kita..” Alisya terdiam. Bagaikan orang bodoh, Alisya mengambil fail itu.
Selesai semua urusan, Mastura bangun.
“Jom…kita pergi makan. Akak teringin nak makan ikan siakap stim tadi..” kata Mastura sambil memeluk bahu Alisya. Alisya ikut sahaja. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|