CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: venez

BAJET 2010 - Apa Pasukan Beruniform dapat?

[Copy link]
 Author| Post time 23-10-2009 06:17 PM | Show all posts
20# yaminz

belum, aku dah bagi duit poket aku kat ATM sebanyak 20 billion hanya untuk pembelian kelengkapan pertahanan... muhaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 06:37 PM | Show all posts
21# venez


hehe....LHD impian camne bro???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 06:49 PM | Show all posts
22# lkick2113

xder ler kot, but maybe pki duit lain...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 07:39 PM | Show all posts
Huhu, mcm sket je dpt, angan2 mat jenin lg la neyh~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 07:46 PM | Show all posts
24# rastablank

melainkan swastakan ATM... muhahahahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 09:29 PM | Show all posts
wa pon ade tgk bajet 2010 tadi.. tp tak caye laa takat tu jek bajet.. cam mustahil jek... ke pak najib nak elak puak2 pembangkang nnt wat kecoh kalo bajet pertahan banyak.. haii.. mustahil... tgk pada keadaan skang ni... situasi TLDM, TUDM ngn kes2 yang ada takkan laa bajet ciput jek takat tu... wa x caya lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2009 10:19 PM | Show all posts
jangan salah paham. pembelian selalunya dibuat dlm RMK dan bukannya dalam belanjawan tahunan. belanjawan tahunan nih untuk satu- satu tahun jer. untuk beli menda2 kecik, boleh ler. lagipon, 2010 adalah tahun terakhir RMK-9. so budget tahun depan kiranya budget yg ciput2 jer sisa- sisa RMK-9. N ak beli menda2 beso, kena tunggu bila RMK-10 bermula...

Papepon, tahniah kpd PDRM sebab dpt budget punya ler beso. harap kadar jenayah dapat diturunkan sejajar dengan kenaikan budget. RM3.7 bilion tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 11:26 PM | Show all posts
amik dari bod CI

Keputusan 3:
Bajet 2010: RM3.7 bilion untuk pertingkat pasukan keselamatan
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM3.7 bilion akan diberikan kepada pasukan keselamatan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan anggotanya termasuk

menyediakan kelengkapan yang moden dan canggih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata sejumlah RM1 bilion akan disediakan untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2010 bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melaksanakan langkah mencegah jenayah yang dikenal pasti sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) terpenting negara.
"Kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus termasuk mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010," katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, antara langkah yang diambil ialah dengan menyediakan balai

polis bergerak di 50 "hot spots" yang dikenal pasti di kawasan berisiko tinggi bagi meningkatkan kehadiran anggota polis agar orang awam merasa yakin dan selamat.

Langkah lain ialah mempertingkatkan latihan dan kecekapan 3,000 anggota

Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam untuk melakukan rondaan bersama polis serta meningkatkan kempen pencegahan jenayah dan melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti masyarakat, katanya.

Najib berkata, keselamatan sempadan negara juga turut diberi perhatian serius dengan menyediakan sejumlah RM1.9 bilion untuk meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut diberikan RM622 juta bagi

memastikan kawasan perairan negara bebas daripada penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun, katanya.-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2009 10:53 AM | Show all posts
wa rasa LPD kita ganti masuk dlm RMK-10 kot..yg BAJET 2010 nie belen2 aset ATM yg blom setel beli lagi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 04:44 PM | Show all posts
5# SANKURIANG

Depa dah tak nampak lagi kepada kami dari golongan warga tua nie.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 04:58 PM | Show all posts
harap2 nya macam tu laa yeop....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 05:13 PM | Show all posts
Depa sudah lupa kepada kuda-kuda tua macam kami nie. Depa juga lupa takde yang tua, macamana datang nya yang mudanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 05:44 PM | Show all posts
kesian pokcik xwo2gk.... sabor pokcik....
setiap yg muda pasti tua, hari tua kami pon tak tau macamana lagi.....:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 06:16 PM | Show all posts
33# windof

nampak gayanya kena laa cepat2 hang bukak kilang tu bro... dh berjaya nnt baru laa terjamin sket hari tua
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 09:34 PM | Show all posts
huh !!!

mungkin kena slow kan plkn supaya dlm kocek byk sket..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 10:47 PM | Show all posts
tapi ok laa polis dpt bajet hampir 4 billion.. kira besar gak laa tu untuk kurangkan jenayah dikwasan hotspot dan juga mengawasi sempadan, so takde laa nanti pendatang asing senang2 nak ceroboh secara haram, dan pejenayah2 yang ade pon nnt pikir dua kali nak buat hal nnt bila dah ramai polis buat rondaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2009 11:36 PM | Show all posts
APMM pun dapat tambahan. Mudah2an peranan mereka yg memang terbukti berkesan akan bertambah mantap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 12:43 AM | Show all posts
37# jazim

setakat ni mmg dah nampak terbukti berkesan dan byk juga kes2 yang die org dh dapat setelkan.. mmg satu langkah bijak kerajaan wujudkan APMM ni.. lagi satu STAR Team dah jalan ke? or tgh training lagi? ada apa2 berita terbaru tak mengenai STAR Team, sapa2 yang ade source tu sudi2 laa paste kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 03:13 AM | Show all posts
Keupayaan ATM ditingkatkan

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
[email protected]

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap akan dipertingkatkan walaupun peruntukan yang diterima oleh Kementerian Pertahanan melalui Bajet 2010 dikurangkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akur dengan keputusan kerajaan mengurangkan perbelanjaan itu, tetapi pada masa sama sedar bahawa segala keperluan ATM tidak boleh dilambat dan dipinggirkan.

''Kementerian tetap akan mempertingkatkan keupayaan aset pertahanan, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan asas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun peruntukan berkurangan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di Padang Sukan Bangunan Zetro di sini hari ini.

Turut memeriahkan majlis itu ialah isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis.

Beliau diminta mengulas pembentangan Bajet 2010 yang merupakan bajet sulung Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, semalam.

Kata beliau, kementeriannya mempunyai kaedah pembiayaan tertentu yang selari dengan apa disarankan oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan pendekatan inisiatif perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta.

Menurutnya, sektor awam boleh dirujuk kepada Kementerian Pertahanan bagi mengadakan perkongsian pintar dengan pihak swasta.

"Mungkin kita boleh menggunakan sebahagian daripada aset milik ATM yang berbentuk hartanah diberikan kepada pihak swasta untuk dibangunkan.

''Lebihan daripada pembangunan ini boleh digunakan untuk pembiayaan keperluan pertahanan seperti pembelian aset pertahanan, menambah baik prasarana dan kemudahan yang diperlukan," katanya.

Dalam Bajet 2010, kerajaan memperuntukkan RM3.7 bilion untuk meningkatkan kecekapan anggota keselamatan termasuk menyediakan kelengkapan moden dan canggih.

Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sasaran mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.

Bagi keselamatan sempadan pula, kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 10:48 AM | Show all posts
Sabor pakcik...err RM500 tu dapat tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.231890 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list