CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: saatchambizz

Idea Rekacipta

[Copy link]
 Author| Post time 6-3-2010 08:01 PM | Show all posts
20# smy1

betul3.....

ingat nak buat appoinment dgn zul robot nie!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 12:56 AM | Show all posts
21# saatchambizz
sori la bro...tp sape zul robot ekkk??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 11:48 AM | Show all posts
22# smy1

http://www.zulldesign.com.my/

aku pernah tgk rancangan tajaan Bumi Commerce..

tv3

ttg kisah2 usahawan berjaya..

zul mennagis tresak2 cerita dia ke hulu hilir
pi bank
nak wat loan semua
bank x luluskan...
dia rasa sedih....dia sedih...
mentang2 dia bukan org glamour...
bukan anak Datok..
bukan rakan politicans
n xda kabel2 besar...

skrg pulak bank2 berebut2 offerkan dia loan...

aku kagum anak Melayu nie....
dia tabah...sabar dalam perjuangan bisnes reka cipta...

Maaf mod sebab post link dia sbb minah nie x kenal zul robot.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 06:23 PM | Show all posts
23# saatchambizz

owhhh..tq la bro

prnh tau cite nih tp x igt ini la orgnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 06:27 PM | Show all posts
Bertetapan dengan minat saya, saya memang mengagumi seorang pereka cipta tempatan yang bernama Zulkifli Haron. Saya sudah meminati beliau sejak kecil lagi. Ketika saya sekolah rendah sekitar tahun 90an, sering terdengar tentang ciptaan-ciptaan Zulkifli Haron. Namun sekarang, sudah lama tidak kedengaran nama Zulkifli Haron. Tetapi, saya percaya nama beliau masih lagi popular bagi sesiapa yang mengikuti bidang ciptaan tempatan. Bagi mereka yang mengikuti Malaysian Idol, American Idol atau apa-apa lagi Idol, memang nama Zulkifli Haron tidak masuk dalam senarai.

Setelah lama saya tidak mencari info beliau, saya mula mengikuti jejak langkah Zulkifli. Saya mencari biodata Zulkifli. Ini info yang saya perolehi dari Utusan Online. Zulkifli meminati bidang reka cipta sejak di bangku sekolah rendah lagi. Semasa kecil, beliau pernah dimarahi ayahnya kerana membuka televisyen dan kipas angin di rumah semata-mata untuk mengetahui bagaimana alat-alat tersebut dihasilkan. Selepas itu, beliau mula membaiki pelbagai barangan elektrik tanpa bantuan dan tunjuk ajar sesiapa sewaktu di sekolah rendah lagi.

Zulkifli mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Rawang, Selangor. Setelah tamat tingkatan lima di Sekolah Menengah Rawang, beliau mengikuti pengajian kemahiran mulai tahun 1981 hingga 1982 di Institut Kemahiran Mara (IKM) sebagai tempat memahirkan lagi daya ciptanya. Semasa di IKM, Zulkifli mengambil bidang pembaikan alat penghawa dingin.

Bagaimanapun, beliau tidak hanya menumpukan pengajian dalam satu bidang tersebut sahaja. Hasil bantuan rakan-rakan, beliau mempelajari bidang kimpalan sambil mengamalkan budaya bertanya untuk mengetahui apa sahaja yang diminatinya. Selepas itu, pada tahun 1984, Zulkifli melanjutkan kursus ke Pusat Sains Toshiba di Jepun atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Hasil usahanya sendiri, beliau kemudian mengikuti kursus Robotic Designing pada sebelah malam di sana.

Setelah kembali ke tanah air, beliau memulakan kerjaya dalam hidupnya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat elektrik. Berpaksikan kehebatannya, syarikat itu kemudian telah menghantar Zulkifli untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Stuttgart, Jerman pada tahun 1987. Sebelum tamat kursus di sana, Zulkifli mempelajari pula pengajian Electrical Control Engineering di Perancis selama dua minggu juga pada tahun 1987.

Kini Zulkifli telah pun memiliki perniagaan sendiri melalui syarikatnya Zull Design Autotronic yang beroperasi di Rawang, Selangor. Boleh buka websitenya di zulldesign.com.my. Diberitakan, Zulkifli telah pun menghasilkan lebih 1,000 produk sejak pembabitannya dalam perniagaan rekacipta selama lebih 20 tahun. Saya dalam usaha mengikut jejak langkah Zulkifli Haron. Mungkin nanti berkesempatan bertemu beliau untuk menuntut ilmu.

http://shahrulnizam.com/my-idol/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 06:29 PM | Show all posts
syampu + sabun mandi dalam
1 pek...

kira pek tuh kanan sabun mandi
kiri syampu..

relevan ke ida aku?
hentam jelah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2010 09:06 AM | Show all posts
saya pernah pegi melawat zuldesign tu..korang2 buat la rombongan ke sana..nanti zul tu bagi briefing..pastu dia tunjuk kan produk2 dia yang tgh buat..dan ada kat situ..mmg best gila la..teror betul dia design sumting
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 04:09 PM | Show all posts
design alat senaman utk mereka yang malas bersenam , duduk je atas alat senaman tu..push start button , anggota2 badan kita akan digerakkan oleh alat senaman tu ... maksudnya kita bergerak la .. ta ...
animaniac Post at 5-3-2010 14:22

ya Allah
teruk sangat tu. hinggakan nak gerakkan anggota badan sendiri pun malas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2010 08:53 PM | Show all posts
27# gals2 ba

bagus3..cadangan yg menarik...
aku suka mamat tue
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 10:33 AM | Show all posts
saya pun kagum dengan orang yang ada idea nak rekacipta ni. Orang kita ni pun ramai yang cipta macam2 to solve their problem, tapi kita tak didedahkan macam mana nak jual idea kita tu, setakat guna sendiri jelah.


Itu yang sekarang ni kerajaan tengan hangatkan kreativiti dan innovasi ni. Nak diajar cara supaya menjadi kreatif di sekolah pulak, boleh ke kita ajar orang jadi kreatif?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 10:21 AM | Show all posts
Pasal reka cipta ni otak tak perlulah bijak sangat sampai stakat tulis formula cam Einstein.Tp orang yg lemah matematik cam Edison boleh jd pereka cipta sbb pengetahuan+imaginasi+usaha dia yg bagus.Bg aku Adi Putra x ada bakat jd pereka cipta sbb org yg ada kelebihan pada otak kiri(matematik +logik) mcm dia lebih berbakat cipta formula ataupun bahasa matematik. ntahla setiap org ada kelebihan masing2 dan langsung x rasa takjub ngan org genius semulajadi.dah itu kurniaan tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 08:54 AM | Show all posts
kereta dalam capsul
macam dalam dragon ball, takyah susah2 nak parking, menjimatkan ruang


personal highway system, setiap orang ada jalan raya sendiri, boleh elak jam
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 05:29 PM | Show all posts
aku pun minat gak mende cmnie...

cube korang bukak page nie http://www.dyson.com/fans/

kipas yang tak pakai bilah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 10:20 PM | Show all posts
merekacipta x pandai tapi merepair boleh le setakat motor keta pc mesin
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.087881 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list