CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MUZRI

TAK MUNGKIN KUHINDAR

[Copy link]
Post time 24-3-2010 12:21 PM | Show all posts
Ni la novel yg ku tunggu2... lum kluar rupanya penat je merewang segala kedai buku... best cite nih.... tambah sorang lagi cikgu yg jadi penulis... kat blog dia pun ada byk cite... semua best2.. bravo cikgu...
muzri nanti bg tau cepat... boleh akak merempit sana sini pi cari sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2010 11:17 AM | Show all posts
4

Sangka Maria, pertemuan dan lakonan itu adalah yang pertama dan terakhir. Dia fikir mereka tidak akan bertemu lagi. Namun, takdir terjadi sebaliknya. Mereka bertemu buat kali kedua. Ketika itu Maria bersama Yana, teman baik dan rakan serumah, ingin makan tengah hari di sebuah gerai di Kampung Baru.

      Mereka baru sahaja duduk ketika matanya terpandang kereta CRV berwarna merah hati di tempat parkir. Dalam debaran dada yang tidak menentu, matanya melingas mencari pemilik kereta itu. Dalam hati, dia berdoa dan berharap bahawa kereta itu bukan milik Hisyam yang ditemuinya beberapa hari lalu. Malangnya, dalam pencarian itu, wajah dan senyuman lelaki itu yang dilihat.

      Yana diajak untuk makan di tempat lain. Dipujuknya rakannya itu agar menurut kehendaknya.

      “Aku letihlah, Lia, makan kat sini ajelah.”

      Mahu tidak mahu, Maria terpaksa akur. Terus duduk di situ dan berharap agar Hisyam sudah melupainya.

      Sekali lagi dia silap. Hisyam tiba di meja mereka tidak lama kemudian.

      “Assalamualaikum, Maria. Dah seminggu tak jumpa. Awak apa khabar?”

      Tanpa meminta izin, lelaki itu terus duduk di hadapan mereka.

      “Lia, siapa ni?”

      Soalan Yana mengejutkan Maria. Belum sempat menjawab, Hisyam menyindir dirinya. “Hai, takkan dah lupa pulak? Kan saya ni boyfriend awak minggu lepas?”

      Mencerun mata Maria memandang Hisyam.

      Eii... mulut tu... Tak boleh diam ke? Mentang-mentanglah seronok dapat pegang-pegang, dapat peluk, dapat duit... Semua dia nak cerita!

      Hisyam tidak mempedulikan wajah yang tegang itu. Dengan bersahaja dia bercerita kepada Yana.

      “Masa tu, kawan awak ni dah nak menangis. Boyfriend dia, siapa nama lelaki tu? Ha, Irwan! Dia duk ikut cik adik kita ni. Melekat macam lintah. Hai, kalau saya tak ada masa tu, tak tahulah...”

      “Ya? Awak dengan Lia buat apa masa tu?” Yana benar-benar ingin tahu.

      Maria diam, berpura-pura tidak mendengar.

      “Biasalah! Pasangan bercinta yang sedang sangat bahagia,” jawab Hisyam riang.

      “Oh, patutlah Irwan dah tak telefon ke rumah. Patutlah aku tengok kau cool aje, Lia. Rupa-rupanya dah dapat pengganti Irwan,” usiknya.

      Merah padam wajah Maria menahan malu.

      “Lelaki tu memang tergila-gilakan kawan awak ni. Mulanya saya rasa hairan jugak, maklumlah dia tu nampak hebat. Tapi, memang patut awak jauhkan diri awak daripada dia, Maria. Tak baik runtuhkan masjid orang lain. Berdosa.” Hisyam memberi nasihat tanpa diminta.

      Yana mengangguk tanda bersetuju. “Irwan tu…”

      “Yana! Dahlah tu. Tak payah nak cerita tentang si Irwan tu lagi.” Maria bersuara tegas.

      Makanan yang dipesan sudah pun sampai. Nasi goreng kampung untuknya, dan nasi pattaya untuk Yana bersama air perahan oren. Yana yang sememangnya lapar terus enak menikmati hidangan. Sedangkan Maria, mampukah menelan bila sepasang mata Hisyam asyik merenungi dirinya?

      “Kenapa awak datang sini? Pergi balik ke tempat awak. Kesian saya tengok girlfriend awak tu. Ada ke patut awak tinggalkan dia sorang-sorang kat sana,” kutuk Maria.

      Hisyam ketawa kecil. “Tak apa, tadi saya dah pesan pada dia supaya masuk dalam kereta lepas dia habis makan.”

      Maria mendengus. Dia menunggu Yana menghabiskan makanannya. Dia ingin segera pergi meninggalkan lelaki itu.

      “Yana, kau dah habis makan, kan? Jom kita balik!”

      Maria terus memanggil pemilik kedai itu untuk membayar harga makanan mereka.

      Lelaki yang memakai apron hijau itu datang sambil tersenyum. “Semuanya 12 ringgit, cik.”

      Maria baru hendak mengeluarkan wang daripada dompet ketika Hisyam menghulurkan dua keping not berwarna merah kepada pemilik kedai itu. Pantas sahaja wang baki diberi kepada Hisyam.

      “Terima kasih, encik,” kata pemilik kedai itu sambil mengemas pinggan dan gelas serta mengelap meja sebelum berlalu ke gerainya.

      Dua pasang mata memandang ke arah Hisyam. Ada kemarahan dalam mata milik Maria.

      “Kenapa susah-susah?” soal Maria tegas.

      “Tak susah, saudari. Duit yang awak bayar saya hari itu pun tak luak lagi.”

      Tiba-tiba Yana ketawa semula. “Maria betul-betul upah awak? Berapa dia bayar?”

      “Adalah...” sahut Hisyam sambil ketawa kecil.

      Maria mengerutkan dahi. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang melucukan mereka berdua. Memandang Yana, dia merasa kecil hati. Memandang Hisyam, dia geram. Lelaki itu seronok sungguh membuka rahsia.

      “Encik, dah lama sangat encik dekat sini. Nanti merajuk pulak buah hati encik tu. Lebih baik encik pergi cepat. Kalau dia dah mula marah, susah pulak. Takut diserangnya saya nanti!” marah Maria.

      Hisyam tersengih. Wajah Maria ditatap dalam-dalam.

      “Sampai hati awak halau saya, Maria. Baiklah, saya boleh pergi. Tapi, sebelum tu, boleh tak awak beri nombor telefon awak pada saya?”

      Maria pura-pura tidak mendengar permintaan Hisyam. Hatinya benci melihat perangai lelaki itu. Buaya macam Irwan juga. Teman wanitanya di dalam kereta dan di sini, dia meminta nombor telefon perempuan lain. Bagus sangatlah tu!

      “Cik Yana, awak tinggal serumah dengan mak cik ini ke?”

      Hisyam mengalihkan tumpuan kepada Yana pula. Dia tahu, Maria tidak akan memberikan nombor telefon yang diminta. Jadi, terpaksalah dia mendapatkannya daripada Yana. Dia yakin, Yana akan memberikannya.

      Yana hanya mengangguk tanda menjawab soalan Hisyam.

      “Kalau macam tu, awak ajelah yang beri pada saya nombor telefon rumah awak. Boleh, kan?”

      Maria jadi marah. Dia semakin sakit hati. Geram. Untuk apa nombor telefon itu? Untuk menghubunginya? Buat apa? Dia tidak sukakan lelaki ini. Sikap lelaki ini amat menyakitkan hatinya. Dia benci!

      “Awak nak buat apa mintak nombor telefon rumah kami?”

      “Nak telefon awaklah!”

      Mak... lelaki ni memang pelik.

      “Kan saya dah cakap hari tu, saya tak nak jumpa awak lagi. Kan saya dah suruh awak buat-buat tak kenal saya. Awak dah lupa ke?” tanya Maria.

      Hisyam tidak peduli. Tangan dihulurkan kepada Yana. “Yana, please...!”

      Yana yang merasa kasihan, tidak mempedulikan jegilan Maria terhadapnya.

      Akhirnya, Hisyam mendapat apa yang dia mahu. Dia tersenyum puas.

      “Tak salah kan kalau saya call awak? Nak tanya khabar aje? Boleh?” soal Hisyam. Melihat Maria menjeling kepadanya, dia tersengih. “Terima kasih. Maria, saya balik dulu. Nanti saya telefon awak, ya!”

Hisyam tidak jemu-jemu menghubungi Maria. Bila Maria tidak mahu menjawab, terpaksalah dua orang lagi teman serumahnya, Aini dan Salwa, campur tangan. Mencipta alasan demi alasan. Tetapi, lelaki yang seorang ini bagai tidak memahami. Terus menerus menelefon.

      “Lia, jawablah telefon tu. Tentu Hisyam tu,” bisik Yana kepada Maria yang sedang leka menjahit.

      “Malaslah. Kau aje yang jawab. Kalau dia, cakap aku dah nyenyak tidur,” balas Maria selamba.

      “Tidur? Pukul sembilan? Gila kau!” celah Aini pula.

      “Tolonglah, Lia. Jawablah cepat. Kesian Hisyam tu tunggu kau,” pujuk Yana.

      Mahu tidak mahu, Maria terpaksa juga mengangkat gagang telefon.

      “Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Maria?”

      Memang suara garau itu milik Hisyam.

      Maria mendiamkan diri. Malas dia hendak menjawab. Dalam hati, dia geram kepada lelaki yang seorang ini. Tidak pernah dia ingin bercakap di talian, tetapi lelaki ini berpura-pura tidak peduli. Berpura-pura tidak mengerti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 11:17 AM | Show all posts
“Hmm, itu mesti awak, kan? Tak baik tahu, tak jawab salam saya. Berdosa!” kata Hisyam dengan iringan tawa kecil.

      Eleh, orang jawab dalam hatilah... gumam Maria.

      “Maria, Maria... Diam dan beku. Sampai bila awak tak nak cakap dengan saya?”

      Maria mengerutkan dahi mendengar pertanyaan itu. Ada rajukkah dalam nada suara itu tadi? Dia berkecil hatikah? Dia marahkah? Hisy, biarlah! Pedulikan! Bukan aku yang suruh dia telefon.

      Maria mendengar lagi. Suara Hisyam menjadi lebih lembut. Malam-malam begini, suara itu Maria rasakan terlalu romantis pula. Aduh, macam-macam.

      “Maria, cakaplah dengan saya. Kalau awak nak marah pun tak apa, saya rela.”

      Pulak! Lelaki ni dapat penyakit apa agaknya? Kena marah pun tak apa. Baiklah!

      “Encik Hisyam, kan saya dah kata, jangan telefon saya. Kenapa encik telefon jugak? Nasiblah kalau saya tak nak cakap dengan awak. Saya dah pesan, tapi awak yang tak dengar. Kenapa merungut pulak?” bebel Maria. Nada suaranya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.

      Hisyam menghela nafas. “Susah betul nak dekati awak, Maria. Ini semua kerana lelaki itu, kan? Disebabkan Irwan, awak anggap semua lelaki sama macam dia. Betul tak?”

      “Tak betul!”

      “Habis, kenapa awak tak mahu cakap dengan saya? Kenapa tak mahu kawan dengan saya?” soal Hisyam.

      “Awak jangan paksa saya, boleh tak? Dah saya tak mahu, awak carilah perempuan lain,” jawab Maria tegas.

      “Kerana dia, niat hati saya yang ikhlas nak kawan dengan awak, awak tolak,” rajuk lelaki itu.

      “Pintu hati saya belum terbuka, nak buat macam mana?”

      “Maria, saya tahu awak masih sedih, tapi awak kena faham yang bukan semua lelaki macam dia.”

      “Ya ke? Encik Hisyam, awak pun dua kali lima macam dia jugak. Awak tu dah ada girlfriend, kan? Tapi masih nak…”

      Hisyam memintas.

      “Kalau perempuan yang makan dengan saya tu awak ingat girlfriend saya, awak salah. Kami kawan aje!”

      Maria diam. Malas dia hendak membalas. Sudah tentu lelaki itu akan memberi pelbagai alasan untuk menafikan hubungannya dengan mana-mana perempuan lain. Dia faham benar dengan spesies ini. Bila hendak memikat, perempuan lain semuanya jahat. Tak sesuai! Hanya yang ingin dipikat itulah yang terbaik.

      Bila sudah dapat, mulalah berniat mencari yang lain pula. Kekasih yang dipuji tadi akan dikutuk mati-matian. Begitulah sikap Irwan dahulu. Pastinya lelaki di hujung talian ini tidak berbeza.

      “Maria, awak kecewa sangat dengan dia, ya?” Nada suara Hisyam berbaur cemburu.

      “Kenapa tanya macam tu?”

      “Luka hati awak tu perlu diubati.”

      “Dan, orang yang paling layak ialah awak, begitu?” sindir Maria dalam tawa.

      “Ya!”

      Aduhai, lelaki ini memang tidak tahu malu, marah Maria dalam hatinya.

      “Saya tahu saya dapat membahagiakan awak.”

      “Jangan mimpilah!” balas Maria lalu terus menghempas gagang telefon itu. Hatinya tidak dapat menerima sikap Hisyam. Kata-kata dan sikap lelaki itu tidak disukai. Terlalu mendesak. Terlalu egois.

      Maria semakin berang apabila telefon berbunyi sekali lagi.

      Sebaik gagang diangkat, dia menjerit, “Kan saya dah kata, jangan telefon lagi. Saya tak suka dengar suara awak dan saya tak mahu dengar. Kenapa masih tak faham-faham juga?”

      Maria tidak mengendahkan wajah kawan-kawan yang penuh tanda soal ketika merenungnya. Dia memang marah. Dia memang sudah hilang sabar. Lama kebisuan di hujung talian sehinggalah Maria dikejutkan oleh suara adiknya, Mazlan.

      “Assalamualaikum, along. Apa khabar? Along marah pada siapa?”

      Maria terdiam. Malunya... Kiranya Mazlan yang menghubungi, bukan Hisyam. Aduhai, bagaimana harus berterus terang dengan adiknya itu?

      “Waalaikumussalam, Lan. Along baik. Dah lama sampai dari Teluk Intan?”

      Adiknya balik kampung semalam. Dia sepatutnya membonceng motosikal Mazlan seperti selalu, namun kerana banyak baju pelanggannya yang masih belum dapat disiapkan, dia terpaksa membatalkan niat. Rindu kepada emak dan adik terpaksa disimpan diam.

      “Lan baru tiba. Lan telefon ni sebab nak sampaikan salam mak dan Muaz pada along.”

      “Waalaikumsalam. Mak dengan Muaz sihat ke, Lan?”

      “Alah, emak macam biasalah, sibuk memanjang. Dia orang sihat walafiat. Macam selalu, mak suruh sampaikan pada along supaya along jaga diri baik-baik. Dia suruh along selalu telefon dia. Bukan along tak tahu mak tu. Dua tiga hari tak dengar suara along, macam setahun lamanya. Jangan lupa, tau! Okeylah, Lan nak studi ni. Selamat malam.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 11:18 AM | Show all posts
“Lan memang selalu macam ni. Cakap dengan along kejap aje... Tapi, kalau cakap dengan makwe?”

      Mazlan hanya ketawa sebelum meletakkan gagang.

      Maria bungkam. Kata-kata Mazlan tadi kembali diingat.

      “Emak pesan supaya along jaga diri baik-baik.”

      Sampai hari ini, walau sudah hampir lapan tahun dia berhijrah ke ibu kota, Maria masih mengingati kata-kata daripada ibunya.

      “Duduk jauh daripada keluarga, Lia bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas melakukan perkara baik, bebas juga untuk membuat yang buruk. Terserah kepada Lia. Buatlah pilihan. Mak tak ada di sisi Lia untuk sentiasa mengingatkan. Tapi, mak hanya nak beritahu Lia satu perkara... Maruah diri amat penting bagi seorang perempuan. Ingat, sekali maruah tergadai, sampai bila-bila pun ia tidak akan dapat diambil semula. Mak mahu Lia sentiasa menjaga diri, jaga maruah. Itu sahaja harta yang Lia ada. Memang benar, kalau Lia nak buat jahat di Kuala Lumpur tu, mak takkan tahu. Ada macam-macam cara yang Lia boleh gunakan untuk membohongi mak. Tapi, sayang, Allah sentiasa melihat apa yang Lia buat. Ingat tu!”  

      Maria mengeluh. Dia menjadi malu tiba-tiba. Diri rasa tersindir.

      Peristiwa yang berlaku bermain semula di fikiran. Rasa malu hadir setiap kali dia terbayangkan wajah lelaki itu. Maruah dirinya dirasakan benar-benar hilang waktu itu. Kalaulah ibunya tahu, tentu ibunya juga merasa malu dengan kelakuannya yang gedik. Sanggup membiarkan lelaki itu memeluk, membelai, mengusap lengannya, pinggangnya. Aduhai, harga diri dirasakan terbang melayang.

      Sesekali hatinya sakit bila teringatkan perangai Hisyam. Dia tahu lelaki itu sebenarnya mengambil kesempatan ke atas dirinya. Lelaki itu tahu bahawa dia tidak berdaya waktu itu. Hisyam tahu betapa nekadnya dia ingin meninggalkan Irwan lalu dia sengaja berlakon kononnya supaya nampak real. Supaya Irwan yakin bahawa mereka berdua sedang benar-benar bercinta. Hai, semakin dia mengingati lelaki itu, semakin sakit hatinya.

      Kini, Hisyam pula yang mengganggu. Lelaki itu semakin kerap menelefon. Dia seakan-akan tidak mengenali erti jemu. Tidak memahami erti putus asa. Seperti malam ini. Dia sedang mempelawa Maria makan malam bersama.

      Seperti masa-masa yang lepas, Maria menolak setiap pelawaan. Sudah kering ideanya mencipta alasan.

      Hisyam tidak pernah mahu memahami. Dia tetap mahu Maria menerima jemputannya. Dan, sekali ini, dia sudah mula mengungkit.

“Awak masih berhutang dengan saya, Maria. Saya tahu awak masih belum lupa tentang itu.”

      “Jadi, kerana terhutang budi, saya mesti keluar dengan awak? Maknanya, pertolongan awak hari tu tak ikhlas, kan?” tengking Maria.

      Hisyam marah dituduh begitu. “Awak menyesal upah saya, itu kan yang sebenarnya? Itu mestilah sedang menggelengkan kepala tu. Tak payah geleng, saya tahu tekaan saya tepat.”

      “Awak ni memang pandai buat saya sakit hati, tahu!” jerit Maria.

      “Yalah. Sakit hati sebab tak dapat Irwan.”

      “Kenapa awak ni?” Maria sudah tidak dapat mengawal diri.

      “Hari tu, awak sebenarnya nak buat Irwan cemburu. Sebenarnya awak harap agar dia merayu pada awak. Sekarang rancangan awak dah gagal. Dia tak contact awak dah. Sebab itu awak marahkan saya. Bagi awak, sayalah yang buat si Irwan tu tinggalkan awak. Betul tak? Maria, dia dah kahwin. Awak tak sepatutnya mengharap pada dia lagi. Tak baik awak ganggu suami orang,” marah Hisyam.

      Geramnya Maria mendengar tuduhan itu. “Awak ni memang melampau. Ada ke tuduh saya macam tu? Untuk pengetahuan awak, saya tak kisah sama ada Irwan tu dah kahwin atau tidak. Saya dah tak mahukan dia lagi. Faham!”

      “Habis tu kenapa susah sangat nak terima saya?”

      Terkejut Maria mendengar pertanyaan itu. Lelaki ini tidak berselindung langsung. Direct to the point!

      “Kenapa awak diam? Jawablah soalan saya tu.” Hisyam masih lagi mendesak.

      Maria mengendurkan suaranya. “Encik Hisyam, awak cari gadis lain, ya. Saya tak dapat nak terima awak.”

      Bila Hisyam mendiamkan diri, Maria menyangka lelaki itu sudah dapat menerima jawapannya. Rupa-rupanya tidak! Sakit hatinya pada lelaki itu makin meluap-luap.

      “Mengaku ajelah yang awak masih rindukan lelaki bernama Irwan tu!”

      “Kenapa dengan awak ni? Tak habis-habis awak menuduh saya yang bukan-bukan. Jahat sangat ke saya ni di mata awak? Murah sangat ke harga diri saya?”

      “Apa? Tuduh yang bukan-bukan? Maria, kalau awak tak ada apa-apa perasaan pada dia, tentu awak dah terima pelawaan saya. Ini tidak! Awak asyik menolak. Apa lagi yang saya nak fikir?” marah Hisyam berterusan.

      “Kenapa awak ni masih tak faham-faham? Bukan sebab dia, saya tak terima awak, tahu tak?”

      “Mesti ada alasan yang kukuh, kan?”

      “Tak ada! Saya belum bersedia. Itu aje!”

      “Maria, kita kawan aje dulu. Takkan itu pun tak boleh...” pujuk Hisyam lembut.

      “Malaslah nak layan awak. Saya kata tak nak, tak naklah!”

SEJAK kejadian itu, Hisyam tidak lagi menghubungi Maria. Maria mula merasa gelisah. Dia tertanya-tanya mengapa lelaki itu menyepikan diri. Apakah Hisyam marahkan dirinya? Sudah berputus asakah lelaki itu untuk terus mencuba? Atau, adakah lelaki itu sudah bosan dengan sikap keras kepalanya? Mungkinkah lelaki itu sudah berkecil hati? Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia jadi rindu untuk mendengar suara garau itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:44 PM | Show all posts
24# MUZRI

kalu dah kuar nnti leh beli online tak?
aku tak dpt gi BF la...
lagi satu kan nak tnya Cinta Si Baju Kebaya - Lia Qistina tu ada versi cetak gak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 04:42 PM | Show all posts
Dah kuar. Boss Fajar Pakeer takdi call. dah ada di Pesta Buku. Boleh dapatkan novel ini di Pesta Buku. Jaza kalau nak boleh order online. kalau nak dengan sign. penulis datang hari ahad nih di Pesta buku. Kalau nak. saya boleh mintak dia sign yang awak punya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2010 04:57 PM | Show all posts
citer yang mana ni?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 05:57 PM | Show all posts
alin novel Tak Mungkin Kuhindar

Baru je siap cetak dan sudah berada di Booth Fajar Pakeer di Pesta Buku. Hari nih sudah ada di Gerai Fajar Pakeer di Pesta Buku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2010 06:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by MUZRI at 25-3-2010 18:06

25, 26, 27, 28 Boleh dapatkan novel TAK MUNGKIN KUHINDAR di gerai Fajar Pakeer.

Pada 28hb, Penulis akan berada di Pesta buku. Pembeli boleh beramah mesra dan tandatangan bersama penulis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 09:19 AM | Show all posts
5

Hari Ahad, Maria ditinggalkan sendirian di rumah. Kawan-kawan serumahnya sudah pergi menonton wayang. Dia tidak ikut serta. Sengaja mengasingkan diri.

      Sejak mengetahui tentang Hisyam, Yana, Aini dan Salwa tidak berhenti-henti mengusik. Mereka tidak mempedulikan kemarahannya. Mereka tidak kisah kalau dia merajuk. Semakin dia berkecil hati, semakin galak mereka melakukannya. Tidak jemu-jemu.

      Dia sedang makan ketika pintu rumahnya diketuk.

      Hai, siapa pulak yang datang ni? tanya Maria dalam hati.

      Sangkanya jiran mereka, Kak Munah, yang datang untuk mengambil baju yang telah siap dijahit, baju yang ingin dipakai untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak majikan suaminya nanti.

      Maria tidak bersedia untuk bertemu pandang dengan lelaki di hadapannya kini. Lelaki yang sentiasa berada di ruang fikirnya selama ini. Lelaki yang pernah menolongnya, lelaki yang asyik mengganggunya di telefon. Hari ini, Hisyam kelihatan kacak dengan seluar jean dan baju-T berwarna biru.

      Melihat senyuman yang menguntum di bibir lelaki itu, Maria yakin Hisyam dapat membaca apa yang sedang difikirkannya.

      "Awak buat apa kat sini? Macam mana awak tahu alamat ni? Kenapa awak datang? Kenapa tak telefon dulu?" soal Maria bertalu-talu.

      Lama Hisyam merenung diri Maria hingga membuat Maria rasa tidak selesa.

      "Saya tak akan jawab soalan-soalan awak tu di sini. Sekarang, saya nak awak masuk ke dalam dan bersiap. Kita pergi makan."

      Maria menghempaskan daun pintu sehingga tertutup rapat.

      Mengapa Hisyam memberi arahan itu? Dia ingat dia tu siapa? marah Maria geram. Tak kuasa nak layan. Biar dia berdiri di luar tu. Nanti bila dah jemu, tahulah dia balik.

      Maria duduk di atas kerusi di ruang tamu dengan hati yang berdebar-debar. Perbuatan lelaki ini sentiasa di luar jangkaannya. Di saat dia merasakan bahawa dirinya sudah dilupakan, lelaki ini muncul semula. Selama seminggu, Maria terpaksa melayan kerenahnya di telefon. Secara tiba-tiba, lelaki itu menghilangkan diri, sepi tanpa berita. Hari ini, entah apa mimpinya, Hisyam muncul di hadapan rumah. Mengarah dirinya supaya bersiap. Mengajaknya keluar makan. Tidakkah gila namanya tu?

      Tiba-tiba pintu rumahnya terbuka luas dan mata Maria terbeliak melihat lelaki itu sedang menanggalkan kasut. Bergegas dia berlari ke muka pintu.

      "Awak nak buat apa ni, hah?" jerkah Maria.

      "Saya nak masuk dalam sebab awak tak nak ikut saya keluar. Atas meja tu nampaknya ada hidangan. Bolehlah saya makan, tak gitu? Saya sebenarnya dah lapar ni," jawab Hisyam selamba.

      "Tak boleh!" Maria menjawab pantas. Wajahnya pucat.

      Pada ketika itu, Hisyam sudah menoleh ke kiri sambil tersenyum.

      Suami Kak Munah sedang keluar daripada kereta. Balik dari pasar agaknya. Abang Aziz sedang merenung ke arah mereka berdua. Hai, entah apalah yang sedang lelaki itu fikirkan, keluh Maria.

      Hisyam kembali memandang Maria.

      "Nampaknya, awak dah berjaya tarik perhatian jiran-jiran awak. Kalau mereka tanya siapa saya nanti, bolehlah saya cakap yang saya ni kekasih awak, kan? Saya nak beritahu dia orang yang awak tengah merajuk. Datang ni sebab nak pujuk awak," ujar Hisyam sambil tersenyum sinis.

      "Jangan nak mengarut!" balas Maria. Wajahnya jelas bimbang kalau-kalau Hisyam benar-benar akan masuk ke dalam rumah. Hisyam yang ketika itu sedang berpeluk tubuh direnung dengan mata yang sengaja dijegilkan.

      "Tolonglah! Pergilah balik. Saya tak akan keluar dengan awak. Tolong jangan ganggu saya, boleh tak?"

      "Saya bukan nak ganggu awak, Maria. Saya nak ajak awak keluar makan tengah hari dengan saya. Tapi, awak tak mahu. Sebab tu saya nak masuk ke dalam. Saya nak temankan awak makan. Tentu awak tak seronok makan sorang-sorang, betul tak?" Hisyam mempelawa dirinya sendiri. Kemudian dengan senyuman nakal, dia menyambung. "Oh ya, lupa pulak saya nak cakap. Awak nampak cantik sangat hari ini."

      Ayat yang terakhir itu membuat wajah Maria merona merah. Lelaki ini memang sudah tidak betul, fikirnya. Adakah dia cantik bila hanya berkain batik dan berbaju-T yang sendat? Mukanya pula dipenuhi bedak sejuk. Aduh, malunya dia!

      "Awak ada dua pilihan sebenarnya, Maria. Terima ajakan saya keluar atau benarkan saya masuk ke dalam rumah. Yang mana satu?" Hisyam mendesak.

      "Encik Hisyam, saya…"

      "Mana satu, Maria?" Hisyam mencelah.

      Maria tidak mahu memilih. Kedua-dua tawaran lelaki itu mencemaskannya. Yang dia tahu, dia tidak mahu bersama Hisyam. Ada sesuatu tentang Hisyam yang menakutkannya. Ada sesuatu mengingatkan dirinya bahawa dia perlu menjauhkan diri. Bagaimana harus dia membuat Hisyam faham? Lama dia diam. Otaknya sedang ligat memikirkan alasan-alasan bila suara Hisyam begitu kuat menampar telinganya.

      "Maria, saya tanya awak untuk kali terakhir. Yang mana satu yang awak nak? Ikut saya pergi makan atau saya masuk ke dalam rumah awak? Saya beri awak lima saat untuk menjawab. Satu... Dua... Tiga..."

      Rasa bimbang dengan apa yang bakal Hisyam lakukan membuatkan Maria tidak sempat berfikir dan terus sahaja berkata, "Baiklah, baiklah! Pergilah tunggu saya dalam kereta awak. Beri saya masa sepuluh minit untuk bersiap."

      Maria terpaksa beralah. Sikap Hisyam yang suka mendesak membimbangkannya. Dia tahu lelaki itu tidak akan teragak-agak untuk masuk ke dalam rumah sekiranya dia terus menolak. Hisyam bukan seorang yang cepat mengalah. Dia amat pasti tentang itu.

   Hisyam tersenyum, tetapi dia menggelengkan kepala.

      "Oh, no! Awak ada masa lima minit aje. Kalau tidak, saya akan bunyikan hon sehingga semua jiran-jiran awak keluar tengok kita," jawab Hisyam selamba.

      "Kalau awak buat macam itu, saya tak akan keluar dari rumah ini. Nanti biar semua orang anggap awak tu orang gila." Maria membalas sambil menjeling.

      "Awak cabar saya ke? Awak betul-betul mahu saya bunyikan hon tu? Jangan ingat saya tak berani, Maria."

      Hisyam sudah melangkah ke arah kereta.

      Apakah dia akan melakukannya? Apakah dia akan terus membunyikan hon itu tanpa henti? Macam mana nanti? Tentu mereka juga yang malu.

      "Hei, awak nak ke mana tu?" soal Maria.

      Hisyam menoleh ke arahnya semula. "Kan awak yang suruh saya tunggu dalam kereta?"

      Maria terpinga-pinga. Dia masih kebingungan bila lelaki itu melihat jamnya.

      "Maria, masa tinggal tiga minit sahaja lagi..." Hisyam mengingatkannya.

      Maria tersentak. Dia menjeling tajam.

      "Awak ni memang melampau, tahu tak? Suka mendesak, suka mengugut, suka…"

      Ketawa Hisyam menambahkan geram di hati Maria.

kereta meluncur laju menuju ke destinasinya. Hisyam ingin menjamu selera di Restoran Bukhara yang terletak di tingkat satu Suria KLCC. Itu restoran kegemarannya. Dia sedang kelaparan. Tadi sewaktu ibunya mengajak dia makan, dia hanya meratah ikan bakar sahaja. Keinginan untuk bertemu wanita ayu di sebelahnya demi mengajak makan tengah hari bersama-sama, begitu kuat.

      Bibirnya mengulum senyuman. Bahagia sungguh rasa hati kerana buat pertama kali dia berjaya mengajak Maria keluar dengannya walaupun terpaksa mengugut.

      Sebenarnya, Hisyam baru balik dari Vietnam. Ketika di sana, dia asyik teringat kepada Maria yang berada di sebelahnya ini. Dia ingin menelefon, namun mengenangi betapa dingin sikap Maria terhadapnya, dibatalkan sahaja niatnya itu. Namun, sepanjang waktu itu, tidak sekali dia dapat melupakan Maria. Kelembutan Maria seperti sedang menghantuinya di mana sahaja.

      "Buat apa awak cari saya lagi? Dah seminggu awak menyepikan diri. Kenapa tiba-tiba aje awak teringatkan saya?" soal Maria memecah kesunyian. Wajah Hisyam yang sedang memandu itu direnungi.

      Hisyam tersenyum. "Kenapa, Maria? Awak tunggu panggilan saya ke? Rindu?"

      Soalan itu membuatkan Maria terpanar. Benarkah ada rindu dalam hati? Tak mungkin! Dia tidak ada sebab untuk merindui. Hisyam bukan kekasihnya.

      Di persimpangan lampu isyarat, Hisyam menoleh ke arah Maria, memerangkap perbuatan Maria kala itu. Merah padam wajah Maria menahan malu bila mata mereka bertentangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 09:20 AM | Show all posts
"Saya baru balik dari Vietnam, Maria. Seminggu saya di sana. Memang saya teringat nak telefon awak. Tapi, bila kenangkan sikap awak yang dingin setiap kali saya call, tak jadilah pulak. Sedih tau bila awak asyik hempaskan gagang... Saya sampai pukul 10.00 pagi tadi. Tak tahulah kenapa, telinga saya ni tetap nak dengar suara awak. Kebetulan, Yana yang jawab panggilan saya tu. Saya pun terus mintak alamat rumah daripada dia. Saya teringin sangat nak jumpa awak. Saya nak tengok awak. Saya…" Hisyam tidak dapat meneruskan kata-kata kerana kereta-kereta di belakang sudah membunyikan hon tanda lampu isyarat sudah bertukar hijau. Dia meneruskan pemanduannya.

      Hati Maria bergetar hebat. Hisyam ke Vietnam? Seminggu? Patutlah dia tidak dihubungi. Aku saja fikir yang bukan-bukan. Tapi, apakah yang hendak dikatakannya tadi? Dia apa? Rindu? Mengarut!  

DI DALAM restoran, Hisyam makan dengan penuh berselera. Lelaki itu tidak langsung mengangkat muka. Sebaliknya pula dengan Maria. Dia hanya menguis-nguis nasi beriani di hadapannya. Air sirap yang dipesan, disisip perlahan-lahan.

      "Berapa hari awak tak makan?" tanya Maria tiba-tiba.

      Hisyam mengerutkan dahi, tidak faham maksud soalan itu.

      "Awak tu makan gelojoh sangat. Itulah yang saya nak tahu. Dah berapa lama awak tak makan?"

      Hisyam mengambil kesempatan itu untuk merenung wajah mulus Maria lama-lama. Rasa terlerai rindu di hati bila menatap seraut wajah itu. Rindu? Entahlah. Mungkin ya, mungkin tidak. Cuma, perasaan yang sedang dialaminya ini amat berlainan daripada selalu. Yang pasti, wajah di hadapannya ini sudah pandai menemani tidurnya dan inilah juga wajah pertama yang dilihat bila dia membuka mata.

      "Awak ni kenapa? Takkanlah nak marah bila saya cakap macam tu?" tanya Maria bila dilihatnya Hisyam berhenti menyuap dan asyik merenungnya.

      Hisyam ketawa. Hangat pipinya menahan malu kerana ditegur oleh Maria. "Saya gelojoh ya? Mahunya tak lapar. Tengok ni, dah dekat pukul 2.00. Saya pujuk awak datang tadi dekat setengah jam, tahu tak?"

      Maria malas hendak berkata apa-apa lagi. Dia diam. Matanya memandang ke persekitaran. Suasana dalam restoran lengang ketika itu. Mungkin kerana waktu yang sudah melangkaui masa makan tengah hari.

      "Sedap ke air tu?"

      Suara Hisyam mengejutkan Maria. Dia baru menyedari bahawa pinggan nasi lelaki itu sudah kosong. Air barli yang dipesan sudah habis. Pastilah Hisyam sudah kekenyangan.

      Maria mengangguk.

      "Bagi saya rasa sikit." Hisyam meminta.

      Maria membeliakkan mata. Nak berkongsi air? Tak betul ke apa? Dia menyoal dalam hati.

      "Pesanlah minuman lain. Ini saya punya," kata Maria.

      "Maria, saya nak rasa dua tiga teguk aje. Saya nak hilangkan rasa pedas ni. Janganlah kedekut sangat," bisik Hisyam sambil menarik gelas minuman Maria.

      Straw di tangan Maria diambilnya. Dia terus sahaja menyedut air sirap itu tanpa mempedulikan reaksi Maria.

      Maria hanya dapat merenung dengan perasaan geram.

      "Kenapa? Ops… maaf. Dah habis! Awak nak lagi ke?" Hisyam bertanya bila dilihat Maria merenungnya tanpa berkelip-kelip.

      Maria menggelengkan kepala.

      "Saya gembira sangat hari ini sebab akhirnya awak sudi temankan saya keluar," kata Hisyam tidak lama kemudian.

      "Hmm... Jadi, sekarang tentu awak boleh hantar saya balik. Banyak baju yang saya nak jahit di rumah tu," balas Maria sambil merenung jam tangannya.

      Hisyam mengerti isyarat yang diberi, tetapi dia belum mahu berpisah lagi. Banyak yang ingin diketahui tentang gadis ini.

      "Saya dah kenyang sekarang, tapi belum masanya untuk kita balik lagi."

      "Hah?"

      "Saya nak tahu tentang Irwan. Saya nak dengar penjelasan awak."

      Maria mengeluh. Rupa-rupanya lelaki ini ingin benar mengetahui sebab mengapa dia telah memperalatkan dirinya tempoh hari. Mungkin egonya tercalar bila dipergunakan begitu.

      "Tak ada apa-apa yang menarik tentang hubungan kami."

      "Seorang lelaki dan seorang perempuan tidak akan bercinta kalau masing-masing tidak tertarik antara satu sama lain," balas Hisyam.

      Maria mengangkat bahu.

      "Dah berapa lama awak berkawan dengan dia?" soal Hisyam lagi bila Maria masih diam.

      "Setahun."

      "Lama juga tu. Tentu awak dah kenal hati budi dia?"

      "Entahlah. Ada masanya saya fikir saya kenal dia, tapi rupa-rupanya saya silap. Selama tempoh kami berkawan tu, dia boleh bertunang dengan perempuan lain. Tak sangka betul. Entah macam manalah saya boleh terfikir yang saya dah jatuh cinta pada dia."

      "Awak jatuh cinta pada dia. Hmm…"

      Suara Hisyam seolah-olah menyindir. Bila Maria memandangnya, dia menjongketkan bahu sambil menyuruh gadis itu meneruskan cerita.

      Maria akur. Dia menceritakan peristiwa yang berlaku suatu masa dahulu apabila tunang Irwan datang menyerangnya. Masa itu, dia dan Irwan sedang menjamu selera di dalam sebuah restoran. Betapa gadis itu menuduh dirinya seorang perampas. Sungguh, dia mengharapkan Irwan membela dirinya, tetapi lain yang terjadi. Untuk menyelamatkan diri, Irwan turut menuduhnya yang bukan-bukan. Dia dikatakan burung pipit yang ingin terbang sama tinggi dengan enggang. Dia dituduh ingin hidup mewah. Perempuan kilang yang tidak sedar diri. Seorang operator yang ingin menjerat seorang jurutera.

      Semuanya masih jelas di pendengaran. Dia masih ingat perasaannya waktu itu. Geram, marah, sedih, benci, semuanya bercampur baur. Maria rasa benar-benar terhina.

      "Irwan kata saya yang terhegeh-hegeh hendakkan dia. Dia kata saya nak hidup mewah. Materialistik! Gila." bentak Maria.

      "Lepas tu apa yang berlaku?" tanya Hisyam. Dia seolah-olah tidak sabar pula menunggu penjelasan Maria.

      Maria tersenyum sinis. "Lepas tu mereka kahwinlah."

      "Mereka kahwin dan awak masih boleh tersenyum?" soal Hisyam. Dia hairan mengapa Maria masih boleh tersenyum begitu.

      "Dah saya tak sedih. Sikit pun tidak. Takkanlah nak nangis pulak," jawab Maria.

      "Dia kan kekasih awak? Takkanlah buah hati kahwin, awak tak sedih?"

      Hisyam masih tidak percaya.

      "Tak ada jodoh kami, Encik Hisyam. Tak payahlah nak sedih."

      "Lakonan kita hari tu untuk apa?"

      Alamak, dia tak puas hati lagilah...

      "Apa yang dia hendak?" soal Hisyam tidak sabar-sabar.

      "Itulah yang saya pelik tu. Dia merayu saya macam-macam. Dia kata dia rindu pada saya. Dia masih sayang, masih cinta pada saya. Lepas tu dia menuduh saya masih ingatkan dia, sayangkan dia. Dia kata saya masih cinta pada dia..."

      "Betul ke?" Hisyam memintas dan pandangan matanya tajam menanti jawapan Maria.

      Maria ketawa. Soalan Hisyam terasa lucu di pendengarannya.

      "Kenapa awak gelak? Awak tak ingatkan dia? Tak rindu pada dia?" Hisyam bertanya lagi. Dadanya berdebar-debar menanti jawapan Maria. Tidak sabar menunggu jawapan itu.

      Maria menggeleng. "Kalau saya masih rindukan dia, tentu saya sentiasa teringat pada dia, kan? Kalau masih sayang, tentu saya sedih dia berkahwin dengan orang lain."

      Sepasang mata milik Maria sedang menatap wajah Hisyam dan tutur katanya menjadi lebih serius.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 09:21 AM | Show all posts
"Saya tak pernah ingat pada dia selepas hubungan kami putus. Tak pernah telefon dia pun. Jadi, saya yakin bahawa apa yang saya rasa tu bukan cinta. Bukan ke bila kita rindukan seseorang, kita ingin selalu dengar suara dia? Kita ingin selalu tengok muka dia? Kalau boleh, nak sentiasa bersama? Semua perasaan tu tak ada dalam diri saya untuk Irwan."  

      Hisyam menganggukkan kepala. Hai, Maria, itulah yang sedang saya alami sekarang. Hari-hari saya ingin nak dengar suara awak. Saya ingin nak tengok wajah awak. Saya ingin selalu bersama awak. Jadi, rindukah saya pada awak? Dan, jika saya rindukan awak, apakah itu bermakna saya dah jatuh cinta pada awak?

      Tiba-tiba lamunan Hisyam dikejutkan oleh suara Maria yang masih cuba meyakinkannya.

      "Semuanya dah saya beritahu pada dia dengan jelas dan terang, tapi dia tetap tak percaya. Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Jadi, hari itu tanpa berfikir panjang…"

      "Awak mintak bantuan saya!" Hisyam memotong sambil tersenyum.

      Maria tertunduk malu. Tidak sanggup membalas renungan sepasang mata itu. Tidak sanggup membalas senyuman yang nakal itu. Lama, baru dia mendapat suaranya semula.

      "Saya minta maaf kerana melibatkan awak dalam masalah saya. Saya tahu awak tak suka dengan apa yang berlaku, tapi saya janji, lepas ini saya tak akan ganggu awak lagi."

      Hisyam menggelengkan kepala. Wajahnya jelas dalam kekeliruan. "Tadi awak kata Irwan tu satu tempat kerja dengan awak, kan?"

      Maria mengangguk. "Dia jurutera kat kilang tu."

      "Nampaknya, kita tak boleh putuskan hubungan. Kalau kita tak jumpa-jumpa lagi, dia mesti tahu yang awak dengan saya bukan kekasih. Dia mesti tahu awak menipu. Dia akan ambil peluang tu. Nanti tak pasal-pasal awak kena serang dengan isteri dia lagi."

      "Tak adalah. Dia dah tak ganggu saya dah. Saya percaya, dia akan terus begitu."

      "Jangan terlalu yakin, Maria. Cuba awak fikir. Selama ini, ada tak saya jemput awak kat tempat kerja? Tidak, kan? Lelaki macam dia, takkan mudah putus asa, awak tahu? Sekarang ni memanglah dia diam. Tunggulah esok lusa. Tentu dia akan ganggu awak semula."

      Maria mengerutkan dahi. "Awak ni menakutkan saya ajelah..."

      "Bukan itu tujuan saya. Saya cuma nak melindungi awak daripada dia. Dia tak layak untuk awak!" tegas Hisyam.

      Jadi, siapa yang layak? Hisyam bertanya kepada dirinya sendiri. Dia tersenyum. Dalam hati dia membisikkan hanya dia yang layak untuk gadis yang berada di hadapannya ini. Hanya dia!

  "Susah-susah nanti, saya berhenti kerja. Habis cerita," kata Maria tegas.

      "Tak boleh macam tu, Maria. Takkanlah sampai berhenti kerja pulak. Mesti ada cara lain untuk selesaikan masalah ini." Hisyam cuba berdiplomasi. Wajah ayu di hadapannya ditatap lagi.

      "Saya melawak ajelah. Takkan saya nak berhenti kerja hanya disebabkan dia. Encik Hisyam, janganlah bimbangkan saya. Insya-Allah, takkan jadi apa-apa."

      "Macam mana kalau jadi apa-apa?"

      Maria tersengih. "Awak kan ada? Nanti saya mintak tolong pada awaklah."

      Hisyam turut ketawa. Dan, dia mengambil peluang ini untuk mengusik. "Boleh, tak ada masalah. Cuma, saya kena naikkan bayarannya."

      "Alamak, pokailah saya macam ni!"

Hisyam masih belum mahu berpisah. Walau Maria kelihatan tidak selesa bersamanya, dia tetap berpura-pura selamba. Selepas menghabiskan masa hampir dua jam di restoran, dia telah mengajak Maria berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah yang luas itu. Dia tahu Maria keberatan, namun langsung tidak diendahkan.

      Ketika di tingkat dua, Hisyam mengajak Maria masuk ke bahagian yang menjual haruman.

      "Awak boleh tolong saya tak, Maria? Saya nak hadiahkan minyak wangi kepada seseorang, tetapi saya tak tahu bauan macam mana yang dia suka."

      Hai, untuk buah hatilah ni, fikir Maria. Rasa bersalah menerpa tiba-tiba. Lelaki ini sudah ada kekasih dan dia tidak harus berdua-duaan dengannya. Namun, dia tertanya-tanya siapakah gadis bertuah itu? Gadis yang berjaya memiliki lelaki tampan ini? Adakah dia wanita anggun jelita yang menemaninya di Kampung Baru dahulu? Atau ada yang lain lagikah?

      Dengan rasa ingin tahu, Maria memandang wajah Hisyam. Hisyam yang ketika itu sedang merenung, melarikan pandangan. Wajah merona merah.

      "Bagaimana orangnya? Maksud saya, buah hati encik tu."

      "Kenapa?"

      "Encik Hisyam, kalau kita hendak menghadiahkan seseorang dengan minyak wangi, kita kena tahu perwatakan dia. Sama ada dia seorang yang lemah lembut, romantis, lasak, cergas atau manja sekalipun. Kalau girlfriend encik seorang yang aktif dan suka bersukan, awak pilihlah minyak wangi yang baunya sedikit keras. Tetapi, kalau teman wanita awak ni seorang yang romantis dan lemah lembut, awak perlu memilih minyak wangi yang berbau sedikit lembut. Lavender atau haruman sitrus." Maria memberitahu.

      Maklumat itu diperolehi Maria melalui pembacaan. Setiap minggu, di suatu ruangan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, pasti ada maklumat yang ingin dikongsi oleh syarikat daripada jenama yang terkenal dengan pembaca. Sama ada tentang haruman, mekap, gaya hidup mahupun untuk penjagaan kesihatan. Semua dapat memberi pengetahuan tambahan kepada pembaca.

      Hisyam tersenyum. Hatinya gembira kerana dia yakin mereka mempunyai hobi yang sama, iaitu membaca.

      "Dia? Romantis tu, saya tak tahulah, tapi kalau bercakap tentang orangnya… dia memang seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa," jawab Hisyam.

      "Hmm, kalau macam tu, saya dah tahu. Jom!"

      Hisyam menurut sahaja bila Maria mengajaknya pergi ke kaunter Dior. Ketika jurujual mengesyorkan bauan tertentu, mereka sama-sama mengerutkan dahi. Kepala kemudiannya digelengkan. Bersama-sama, mereka terus bergerak dari satu kaunter ke satu kaunter yang lain sehinggalah mereka sampai di kaunter jenama Chanel.

      Hisyam dapat melihat Maria berkenankan satu haruman di kaunter ini. Dan, dia sendiri mengakui dia juga sukakan bau yang lembut itu. Bau lavender dan bunga-bungaan sitrus.

      Aduhai, bergetar jiwanya.

      "Awak suka ke?" tanya Hisyam.

      Maria mengangguk. "Tapi, terserah kepada awaklah, Encik Hisyam. Awak rasa buah hati awak tu suka tak dengan pilihan saya ni?"

      "Kalau awak suka, saya yakin dia pun suka," balas Hisyam pula.

      "Awak? Awak suka tak?" Maria masih bimbang.

      "Hmm, bau tu buat saya rasa macam nak… cium dia!" bisik Hisyam.

      Bulat mata Maria mendengar jawapan Hisyam. "Gatal betul!" gumam Maria.

      "Apa awak kata?" soal Hisyam sambil tersengih.

      Melihat sengihan itu, Maria yakin bahawa Hisyam mendengar kata-katanya tadi, namun dia tidak mahu memanjangkan cerita.

      "Pergilah bayar cepat, saya nak balik. Dah lama sangat dah kita keluar ni. Nanti kawan-kawan saya risau pulak."

      Hisyam ke kaunter bayaran, namun sepasang matanya masih memerhati gelagat gadis itu. Dia sebenarnya masih tidak pasti perasaan apakah yang sedang dialaminya ini. Namun, dia dapat merasai keindahannya.  

KERETA milik Hisyam sudah berada di hadapan rumah sewa Maria yang terletak di Pandan Jaya. Ketika Maria ingin melangkah turun, Hisyam menahan.

      "Maria, tunggu dulu."

      Maria menunggu Hisyam meneruskan kata-katanya. Wajahnya tenang.

      "Boleh kita jumpa lagi?"

      Maria tersenyum. Sudah diduga, inilah yang akan disoal lelaki itu kepadanya. "Untuk apa? Encik Hisyam, masa saya banyak saya habiskan untuk awak hari ini. Saya rasa, saya dah pun membalas budi awak dulu tu. Betul, kan?"

      Hisyam gelisah, tidak suka Maria berkata begitu. "Bukan. Sebagai kawan, saya nak lebih mengenali awak."

      "Saya takut kena serang dengan buah hati awak."

      "Kalau saya dah ada girlfriend, saya tak akan ajak awak."

      Maria tersenyum sinis. "Awak ni lucu jugak. Baru tadi saya tolong pilihkan minyak wangi untuk buah hati awak. Sekarang, awak kata awak tak ada girlfriend pulak. Hisy, lelaki semuanya sama!"

      Hisyam menghulurkan sebuah beg plastik yang dicapai daripada tempat duduk belakang. "Minyak wangi itu untuk awak. Dan, ini, saya beli di Vietnam. Juga untuk awak."

      Tidak berkelip mata Maria merenung Hisyam. Dengan tangan yang sedikit terketar, dia menjenguk ke dalam beg plastik yang diberikan. Dua helai kain sutera Vietnam yang cantik diisi dalam beg itu. Maria terkesima.

      "Maria..."

      Suara Hisyam menyapa telinga. Lembut. Mesra.

      Maria menggelengkan kepala. "Saya tak nak semua ini. Maaflah. Ambillah balik."

      Sewaktu Maria ingin membuka pintu kereta, Hisyam memegang tangannya. Dia merasa jengkel dengan perbuatan Hisyam itu. Dia marah. Matanya nampak garang merenung Hisyam yang selamba.

      "Lepaskan tangan saya!"

      Bila Hisyam mendiamkan diri dan masih terus merenung, Maria mencuri peluang. "Hisy, awak ni kenapa? Awak ingat, bila awak dah tolong saya sekali, awak boleh sesuka hati memegang saya? Awak ingat, sekali saya membenarkan awak menyentuh saya, saya akan sentiasa merelakan? Sekali saya tersilap, awak anggap saya ni murah, macam tu?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 09:21 AM | Show all posts
"Dah habis cakap?" soal Hisyam pula.

      "Belum, selagi awak tak lepaskan tangan saya. Eii... geram betul saya dengan perangai awak ni. Tak sukalah!"

      Hisyam ketawa kecil, menambah sakit di hati Maria. Tangan yang baru dilepaskan direnung Maria. Merah pergelangan tangannya, bekas cengkaman tangan lelaki itu. Maria sudah tidak dapat bersabar lagi. Dia perlu keluar dari kereta. Dia tidak tahan dengan perangai lelaki yang seorang ini. Namun, suara lembut itu menghentikan pergerakannya.

      "Maria, awak tahu tak apa yang awak dah buat pada saya?" Hisyam mengatur bicara.

      Perhatian Maria sudah diperoleh. Kini, gadis itu sedang memandang ke arah Hisyam dengan wajah yang penuh persoalan.

      "Saya dah tergoda dengan awak."

      Bulat mata Maria mendengar pengakuan lelaki itu.

      Hisyam ketawa. "Janganlah panik!"

      "Dah awak cakap yang pelik-pelik pada saya, lepas tu awak kata jangan panik? Beritahu saya, Encik Hisyam, dah berapa lama awak kenal saya?"

      "Masa bukan ukuran."

      "Awak ni merapu betul. Biar saya berterus terang. Saya tak suka awak. Saya keluar dengan awak hari ini sebab awak ugut saya. Jugak sebab saya nak balas budi yang asyik awak ungkit. Lepas ini, tak payahlah call saya lagi. Saya tak layak kawan dengan awak."

      Maria mengharapkan lelaki ini memahami kata-katanya. Bagaimanapun Hisyam seolah-olah tidak mendengar apa yang baru sahaja diucapkannya. Lelaki itu meletakkan beg-beg plastik yang berisi hadiah itu di atas ribanya.

      "Terimalah. Memang tujuan saya beli semua ini untuk awak. Bukan untuk perempuan-perempuan lain," ucap Hisyam.

      "Encik Hisyam, awak tak dengar ke apa yang saya beritahu awak?" soal Maria lemah.

      Hisyam ketawa. "Dengar."

      "Habis tu?"

      "Kan saya pernah cakap yang saya nak kawan dengan awak. Kalau awak tak mahu hubungan yang serius, saya faham. Hati awak masih luka. Sebab itu awak sangat berhati-hati. Awak takut nak jatuh cinta lagi. Maria, tak bermakna bila saya beri awak hadiah ini, saya perlukan komitmen daripada awak. Tidak! Hadiah ni tanda terima kasih saya sebab awak sudi temankan saya hari ini. Percayalah. Saya tak ada niat lain."

      "Tapi, saya tak biasa terima semua ni. Dengan Irwan dulu pun semuanya saya tolak." Akhirnya, Maria berkata setelah lama membisu.

      "Baguslah. Cuma, kalau saya yang beri, saya nak awak terima."

      "Tapi…"

      "Jangan risau, Maria. Saya tahu saya tak boleh beli hati awak dengan hadiah-hadiah ni semua. Saya tahu awak takut dengan sikap saya ni. Percayalah, saya tak akan paksa awak buat perkara yang awak tak suka. Apa yang saya nak sekarang ialah berkawan dengan awak. Kita berkawan aje. Takkan itu pun tak boleh..."

      Maria mengeluh.

      "Awak tentu tak akan beri saya turun kalau saya tak terima hadiah awak ni, kan?"

      Hisyam ketawa besar mendengarnya. "Tahu pun!"

      "Kalau macam tu, terima kasih."

      "Maria…"

      Maria membeliakkan matanya. "Apa lagi ni? Dah lama tau awak berhentikan kereta. Entah apa yang jiran-jiran saya kata nanti. Dalam rumah saya tu, kawan-kawan saya semuanya menanti peluang untuk mengusik. Simpan saja apa yang awak nak cakap tu."

      Maria mendengar Hisyam ketawa lagi bila dia melangkah keluar dari kereta.

      Hisyam menurunkan cermin tingkap. "Maria, malam nanti, saya telefon awak."

      "Hisy, tak payahlah! Dah sehari suntuk kita jalan sama-sama. Cukuplah!"

      "Saya tak peduli. Saya nak cakap dengan awak jugak."

      "Suka hati awaklah. Tak kuasa nak layan."

      "Maria…"

      Maria mengetap bibir.

      Hisyam ketawa. "Dalam beg tu, ada tiga beg dompet untuk kawan-kawan serumah awak."

      Tanpa menunggu reaksi Maria itu, Hisyam melambaikan tangannya sebelum memandu pergi meninggalkan Maria yang masih berdiri terpaku. Pada ketika itu, Maria tahu bahawa ada sesuatu sedang berlaku pada hatinya, tetapi dia tidak mahu mengakui.

      Masakan baru sekali keluar bersama dengan lelaki itu dia sudah jatuh hati?

Mustahil! Maria cuba menghalau apa juga perasaan yang sedang menghantui.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 09:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by MUZRI at 25-3-2010 18:06

25, 26, 27, 28 Boleh dapatkan novel TAK MUNGKIN KUHINDAR di gerai Fajar Pakeer.

Pada 28hb, Penulis akan berada di Pesta buku. Pembeli boleh beramah mes ...
MUZRI Post at 25-3-2010 18:05


Noted : Bos . akak dah kirim kat kawan hari ini takut habis beb..... tapi bsk baru ambil...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 10:12 AM | Show all posts
Dah kuar. Boss Fajar Pakeer takdi call. dah ada di Pesta Buku. Boleh dapatkan novel ini di Pesta Buku. Jaza kalau nak boleh order online. kalau nak dengan sign. penulis datang hari ahad nih di Pesta buku. Kalau nak. saya boleh mintak dia sign yang awak punya.

MUZRI Post at 25-3-2010 16:42


Muz, boleh gak kalu u nak tolong mintak signature dia. so cam ne nak online ni? Fajar Pakeer punya web?
nnti cam ne depa nak tau buku yg sign tuk jaza?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 10:37 AM | Show all posts
Muz, boleh gak kalu u nak tolong mintak signature dia. so cam ne nak online ni? Fajar Pakeer punya web?
nnti cam ne depa nak tau buku yg sign tuk jaza?
Jaza2008 Post at 26-3-2010 10:12


Penulisan2u ada jual online TMKH ke muzri???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2010 11:29 AM | Show all posts
Ada Qimi. Sapa yang nak order order online leh  order skrg. sbb yg order hari nih dan esok. ahad kami akan mintak penulis sign. http://order.penulisan2u.my

Cermin dan Tak Mampu kuhindar
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 11:59 AM | Show all posts
Booth Fajar Pakeer tu no bape
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 12:03 PM | Show all posts
Booth Fajar Pakeer tu no bape
alin2008 Post at 26-3-2010 11:59


Dewan Tun Razak 3, PWTC
Booth FP: C15A , C13, C14, C15, C15B
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 12:30 PM | Show all posts
TQ kak qimi08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062120 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list