CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tenteraangin

Ada Sesapa Nak Belajar Ilmu Ghaib?

[Copy link]
Post time 9-5-2010 01:51 PM | Show all posts
Ilmu yang baik dan tak bersalahan dengan syariat Allah harus dipelajari...

Mana tahu kalau2 ilmu2 ini mampu buatkan aku bantu manusia lain... jadi tuan rumah, aku berminat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2010 02:48 PM | Show all posts
ilmu yang belajar dari internet nie umpama menuntut ilmu tanpa guru..
walau pn nit TT nie ikhlas( kot la) tp kalo belajar tanpa guru,so otomatik guru kite ialah syaitan..
saya sangsi sket ngn maksud TT pasal mtk pertolongan ALLAH melalui 365 jin..TT bg contoh malaikat..malaikat ngn jin x sama TT..dan sebaik baik jin,sejahat jahat manusia..

kalo nk cari ilmu pn,cari la ngn guru-guru yang berilmu dan berpengetahuan..
bkn cara emel,posting cmnie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2010 05:25 PM | Show all posts
ilmu yang belajar dari internet nie umpama menuntut ilmu tanpa guru..
walau pn nit TT nie ikhlas( k ...
me_mitoss Post at 9-5-2010 14:48



salam, berkenan ni saya akan perjelaskan.. Ilmu meminta pertolongan ALLAH melalui 365 jin..

saya sedar, ramai yang masih sangsi. Alhamdulillah, syukur, ini menunjukkan bahawa anda sayangkan akidah Islam, tidak bersikap taklid. Syukur saya ke hadrat ALLAH kerana kita masih mempertahankan Akidah kita.

Jawapan adalah simple, kenapa perlu jin?... Didalam pengamalan tersebut, inti pati nya adalah meminta pertolongan dari ALLAH untuk mencari semula orang yang telah hilang di dalam hutan belantara.. Sebenarnya, tidak ada dalam doa lansung untuk di utuskan 365 jin kepada pengamal untuk dibantu. Cuma, melalui pengalaman dari ramai orang, apabila mereka pasrah, ALLAH telah membantu mereka dengan makhluk-2 jin tersebut.


Jin ini adalah makhluk ALLAH, milik ALLAH, hak ALLAH, sama sahaja dengan semua yang ada di dunia ini.., Yang jelas lagi bersuluh , ALLAH beritahu, jangan bersekongkol dengan Syaitan.. kerana ia musuh yg jelas lagi nyata

Persoalan kedua, berguru, tidak semestinya bersemuka dengan pengajarnya. Hanya ilmu yang berasaskan praktikal yang mewajibkan untuk seseorang berguru dalam suatu tempat yang sama pada waktu yang sama. Ilmu yang berasaskan teori mudah sekali untuk diajar walau apa cara sekalipun. Jadi, ayat belajar tanpa guru adalah ibarat belajar dengan syaitan sebenarnya mempunyai kupasan yang mendalam.

Saya faham, perkara serumit ini perlukan perhatian yang mendalam..

Sesiapa yang telah add YM saya, insya ALLAH, saya akan ajar ilmu2 tersebut.. Terima kasih ...

Ilmu ini bukan sahaja dapat apa yang kita hajatkan, malah, ia menjadikan orang2 menjadi lebih tawakkal, tawaduk dan bertakwa..
KErana inti pengamalan adalah zikir dan Al Quran. Bukankah Al Quran adalah penawar kepada semua penyakit. Baik rohani mahupun jasmani? ...

Dan saya tidak menekankan hanya ilmu2 ini semata2 cara untuk mencapai sesuatu. Misalan ilmu Sumpah Kawasan. Ilmu Sumpah Kawasan digunakan utnuk membubarkan satu perkumpulan maksiat disesuatu kawasan. Kita perlu melihat objektif kita... MEMBUBARKAN PERKUMPULAN MAKSIAT... ilmu sumpah kawasan hanyalah salah satu cabang usaha, selain tu, kita boleh sahaja menggunakan context fizikal dan nasihat

sesiapa yg berminat, ini YM saya... [email protected]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2010 08:00 PM | Show all posts
terima kasih yang add saya untuk belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 09:34 AM | Show all posts
sama2 kita belajar ya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 09:53 AM | Show all posts
Penah dulu.. mase skolah agame, Ustaz aku ajar sembayang hajat.. tapi.. bile bab sembayang hajat yg afdal.. yg confirm dapat dgn izin Allah - dia tak nak ajar..

sebab...

dengan sembayang hajat... even bende jahat kite mintak pun boleh makbul.. sebab, tak kire bende ape yang dibuat = jahat ke baik... semunya dengan izin Allah

klu ade yg boleh share bab sembayang hajat yg power ni best jugak... nak hajat kawin juliana evans..hahaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2010 10:41 AM | Show all posts
Nak blaja ilmu murahkan rezeki.... tp layak ke org mcm aku?....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 12:26 PM | Show all posts
sesiapa pun layak... kalo kita rasa kita tak layak sebab kita ni banyak dosa..

ALHAMDULILLAH... itu petanda bahawa ALLAH sedang merahmati kamu...
Menyedari bahawa kita ini insan berdosa adalah pembuka jalan kepada rahmat ALLAH.

Bergembiralah wahai din_atos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 01:51 PM | Show all posts
macam best jer... ilmu bagi cepat kaya ader tak.. mana tau duit jatuh seguni depan rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 01:57 PM | Show all posts
mase aku selalu lepak2 dengan orang tabligh dulu.. aku teringat satu bende..

"Rezeki" sebagaimane yang kite tau, Allah bagi sama rata... so, dalam pemahaman dorang
rezeki ni ibarat satu balang air.. mcm satu botol air mineral yang besar tu.. semua sama penuh..

so.. sebab semua sama penuh - ditebuk satu lubang (jalan yang halal bagi mereka) untuk buat minum....

so, bagi mereka2 yang mencuri, yang main nombor ekor etc.. dorang 'tebuk' banyak lubang kat 'botol air' dorang.. tu yang rezeki dorang kekadang banyak..

bile sampai mase.. 'botol air' dorang kering sebab dah banyak kene tebuk - dorang pun mati.. sebab rezeki dorang kat muka bumi ni dah takde.. dah kosong..

bile aku fikir2.. betul jugak.. = perompak, kene tembak / makan rasuah, mati sakit jantung etc..

so, moralnya.. selalu lah bercampur dengan macam2 jenis orang.. sure dapat jawapan untuk permasalahan ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 02:09 PM | Show all posts
makin menarik perkara ilmu ghaib ni
kita kena percaya sbg makhluk ALLAH

regards
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 02:33 PM | Show all posts
perghh... orang sibuk nak menetang JIN, ko cerita ilmu minta pertolongan dgn JIN... heheh... ini blom si hantukiller masuk lagii.... mmg kena tiaw dah ko nihh........ tu laa yang akan menyusahkan kelak sbb minta pertolongan dari JIN....

ko dpt ilmu nihh pon bukannya berguru kann.... hahah... jgn nak tipu.... silap2 ambil dari internet jugakk....  apa kata kalau kita berjumpa dan berborak2 ringan sambil minum2.... aku nak jugak berbual dgn orang yang banyak ilmu nihh... orang banyak ilmu selalu tak citer pon ilmu apa dia ada... jeng...jeng...jeng...

anyway,

bab yang pendinding api tuhh yang aku mmg teruja sgt nak test ko dgn cara aku.... amacam??? dan poket tak pernah kosong tuhh, kita cuba uji selama 44 hari ajerr, bertambah kerr tak duit tuhh.... hamba takde laa ilmu apa2 nihh... just nak test jerrk... mesti boleh kannn.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 02:35 PM | Show all posts
bila ko letak ilmu 'menyumpah kawasan' tuhh ajerr aku dah agak ko guna khadam untuk buat.... but wallahualam laa kann......
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 03:15 PM | Show all posts
jawab... jawab....

Aku pun nak tau akan kebenarannya...

maklumla org daif ilmu cam aku nie, kene ada bukti depan mata baru nak diterima dek akal
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 04:39 PM | Show all posts
bila ko letak ilmu 'menyumpah kawasan' tuhh ajerr aku dah agak ko guna khadam untuk buat.... but wal ...
edy137 Post at 10-5-2010 02:35 PM



    khadam tu apa? cam best jee.. ko pun ada ilmu jg yer.. makin menarik ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 05:26 PM | Show all posts
salam sejahtera, saya akan menjawab persoalan apa yang saudara edy lontarkan..:-

saya faham, ramai yang argue dengan bunyi tajuk ilmu ni sebab ilmu ni ditulis dala bahasa indonesia, so, orang yang menulis ilmu ni menggunakan perbendaharaan bahasa lama dan peristilahan bahasa kuno.. so, daripada title memang akan di argue dan dituduh menyeleweng..

saya terpaksa terangkan bahawa kebanyakan ilmu ghaib yang saya ajar adalah bersifat pasif, hanya bertindak apabila masanya sesuai, bukan dikawal oleh penggunanya..

Benar, ada perawat yang menunjukkan bukti didepan mata... Tahulah anda bahawa... ALLAH sedang menguji perawat tersebut dengan ujian bongkak...

Perawat Islam sejati malu sekiranya orang ramai tahu bahawa ALLAH menurunkan rahmat penyembuhan melaluinya kepada orang ramai.. Jika boleh, diorang tak mau dikenali kerana ia akan menimbulkan unsur riyak...

Ilmu pendinding api ni khasiat nya adalah untuk menjaga kawasan dari kebakaran...bukan nya untuk tunjuk pada orang yang kita ni tak lut kena api...Ilmu ni hanya akan aktif secara sendiri apabila kita benar2 dalam bahaya.... bukan bila member suh demo depan orang ramai..

Berkaitan Ilmu Menyumpah Kawasan, digunakan utk membalas perbuatan zalim.. Ramai tanya pada saya kenapa ada yang sanggup buat camtu, sbb katanya kejam.. Saya terangkan pada mereka... API ALLAH DI NERAKA LEBIH PANAS....kita mohon agar bala yang menimpa pada penzalim mampu menyedarkan mereka didunia dan menjadikan ahli Syurga kelak...Orang yang berada dalam petak kawasan tersebut akan merasa sakit2 kerana tanah tersebut telah ditanam dengan ayat Al-Quran yang menceritakan kisah-kisah siksaan yang keras

dan seterusnya ilmu poket tak pernah kosong.. serasa saya, saya da terangkan... ia bukan ilmu cepat kaya.. ianya usaha untuk memberkatkan duit.... dan tiada tempoh masa ... kerana ianya seumur hidup kita.. berkat bukan datang dalam tempoh 44 hari..

dan saya sedih dengan ayat ni... <orang banyak ilmu salu tak dedahkan ilmu diorang>

sebab.. orang2 yang berilmu la yang akan diseksa dahulu dineraka kelak andai dimasukkan dalam neraka.. sepatutnya , jika kita ada ilmu, kita kena sebarkan apa yang kita tahu..

Ramai orang tnya saya, mampukah diorang buat semua perkara tu.. saya kata... MAMPU.. kerana kita tak tahu tingkat mana iman kita, sebab.. Dan setiap orang ada berkat masing2,,, sebab tu saya tak merasakan ilmu ni cuma terikat hanya pada mereka yang benar2 alim jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 06:07 PM | Show all posts
Kalau kita jadi ghaib apa kita boleh buat?Kalau dok saja ja penat la hafal doa...Adakah kita boleh pergi kemana mana tanpa menaiki kenderaan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 06:19 PM | Show all posts
kasi doa penerang hati sket..dengan penenang perasaan..

jiwa gua kacau la 2 3 minggu ni..rase cam sayuppp222 jek..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 06:34 PM | Show all posts
teringin belajar ttg 'ilmu bisminlah'....
dan teringin belajar dgn guru anda, 'tenteraangin'...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 07:00 PM | Show all posts
w'salam,

ok, pertama sekali, kebanyakan keilmuwan seperti ini sememangnya begitu, hanya akan berlaku bila wakyu dharurat dan juga dalam berkeadaan genting.... yups mmg benar, dan juga seperti ilmu yang hamba pelajari.... ok, kat situ dah sama....

mengenai poket sentiasa penuh tuhh hamba malas nak comment apa2 laa, coz mmg ramai yang akan teruja dgn perkara yang berkaitan dgn duit juga harta.. terpulang pada pilihan masing2... tepuk dada tanyalah selera....

kemudian, amalan mengenai pendinding api itu wallahualam kerana hamba masih belum nampak lagi ayat yang digunakan untuk dibuat 'research' mengenai kaitan ayat tersebut....

yang paling hamba musykil kan ialah mengenai meminta pertolongan dari 365 JIN.... heheh... btoi kaa tak btoi tuhh... dan sebelum anda menyebarkan amalan2 yang berkemungkinan boleh menimbulkan syak atau khadam hingga jadinya SAKA, apa kata hamba ingin dapatkan ayat2 penuh bagi amalan2 tersebut untuk dibuat 'research' bersama-sama rakan seperguruan hamba....

boleh lawati portal Budi Suci Sejati kami jika berminat atau boleh bincangkan perkara ini dalam forum budi suci sejati kami.... jika berminat akan hamba p.m kan URL nya....

selain itu, seperti yang saudara katakan ianya sememang nya diambil dari internet dan juga saudara sendiri mungkin tidak pernah mencuba keberkesanannya.... bagaimana saudara nak meyakinkan... tak perlu yakinkan semua orang, tapi yakinkan hamba yang amalan2 tersebut tidak menghadirkan KHADAM???? dalam bod ini sahaja ada 2-3 forumer yang boleh mengesahkan tentang kehadiran KHADAM itu... sama ada wujud atau tak kerjasama diantara pengamal dan JIN....

apapon... jika nak belajar ilmu2 sedemikian haruslah berGURU dahulu atau rujuk pada orang2 yang HAQ dan MENGETAHUI....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.092078 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list