Post Last Edit by dn_vision at 15-7-2010 09:46
Cerita ke-2 tentang gunung reng...
Ni aku amik dari scribd.com, aku tepek kat sini.
Gambar dari tepi jalan.
Menurut cerita dari sumber lain, kononnya nama gunung ini diambil daripada nama seorang alim yang tinggal di sekitarnya, bernama Karim. Menurut cerita kawasan gunung itu dulunya kampung dan orang-orang kampung ada membuat temasya ‘lagha’ sehingga Tuhan menurunkan bala dengan menghempap kampung itu dengan seketul gunung. Adapun tok alim Karim ada menasihati orang kampung tetapi dia diusir keluar kampung yang menjadi titik tolak kepada bala itu. Nama gunung itu datang dari nama tok alim Karim. Nama 'Karim' dipanggil menjadi 'ren' & seterusnya menjadi 'reng' iaitu dalam sebutan orang Kelantan. Tapi rupa-rupanya sejarah ni memang dipakai. Baki lagi nama asalnya saja lain sedikit. Menuru sejarah dulu, nama Reng diambil daripada tempat asal batu itu di hulu Sungai Reng, Perak. Adapun perjalanan dari Gunung Reng ke hulu Sungai Reng memakan masa tiga hari tiga malam. Datang sekarang, di hulusungai itu ada sebuah kolam berbentuk Gunung Reng. *Lagha = melalaikan. Gunung Reng pun dikaitkan orang dengan puteri penuh mistik orang-orang Kelantan, Puteri Saadong. Pun kisah yang aku pernah dengar tentang puteri ini ialah berkaitan dengan Bukit Panau, Tanah Merah. Daripada sepupu aku dia berkata, kenapa Bukit Panau kelihatan senget? Kononnya dulunya Puteri Saadong bertapa di situ. Setiap kali orang kampung mahu kenduri, mereka akan meminjam pinggan mangkuk tuan puteri. Tapi tiap-tiap kali pinjam pecah. Pinjam, pecah. Pinjam. Pecah. Akhirnya Puteri Saadong murka dan terus menyepak Bukit Panau. Arkian, sengetlah ia. Sumber: scribd.com (Gunung Reng) |