Pihak berkuasa agama Islam digesa untuk mengambil tindakan segera bagi mencegah kepercayaan kepada inkarnasi, iaitu perpindahan roh seorang yang telah meninggal dunia kepada seorang lain yang hidup, daripada menyusup ke dalam masyarakat Islam negara ini.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan segera itu perlu dibuat, berikutan tular video seorang pendakwah bebas berhubung kandungan ceramahnya yang menyebut mengenai perpindahan roh kepada jasad manusia yang masih hidup.
"Kepercayaan kepada inkarnasi iaitu perpindahan roh seorang yang telah meninggal dunia kepada seorang lain yang hidup adalah karut dan merupakan satu perkara khurafat, yang tidak bersandar kepada sebarang dalil, ia dipegang oleh penganut agama Hindu, Buddha, kaum Maya di Amerika Latin, beberapa golongan Syiah di Lubnan dan Syria, juga oleh tarikat tadauf tertentu yang ekstrem.
"Sehubungan itu, saya minta pihak berkuasa agama Islam termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan-jabatan agama negeri hendaklah memandang serius tentang isu ini dan ambil tindakan segera bagi mencegahnya,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
Wan Salim berkata demikian bagi mengulas video berdurasi lebih 10 minit, di mana pendakwah bebas itu menyatakan bahawa gurunya pernah menyebut contoh bahawa Allah mencipta roh yang boleh berpindah-pindah.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, berdasarkan perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah, inkarnasi adalah satu akidah yang palsu dan menyeleweng daripada landasan agama Islam yang sebenar, kerana bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan Sunnah Nabawiyah.
Katanya, malah menurut ajaran Islam roh tidak berpindah dari satu jadad ke jasad yang lain kerana roh seseorang adalah khusus untuk dirinya sahaja dan tidak dikongsi oleh sesiapapun selepas kematiannya, tiada dalil yang menyokong akidah yang palsu ini.
"Umat Islam diingatkan bahawa kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib atau metafizika mestilah bersandar kepada dalil yang sahih, sedangkan kepercayaan kepada penjelmaan roh ini tiada dalil sama sekali sama ada daripada ayat al-Quran mahupun sunnah yang sahih,” katanya.
Reincarnation tu kalo bukan roh orang mati pegi masok badan orang idop, ape bendenye?? Sama kes la kalo bukak topik roh melompat2 sana-sini. Ade beze ke?
Post time 5-6-2022 02:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
haznor replied at 5-6-2022 01:38 PM
Siapa pendakwah bebas tu?
Zainol Asri. Shaik gunung jerai, falsimpang, saiyidina usman bin affan dtg kedah, Nabi Adam dtg gunung jerai, tajul muluk boleh yg ditatik balik cuma siapa ambik vaksin mati dlm 2 tahun. Taksubers ramai!!!! Sambil muhung sambil solawat.
Post time 5-6-2022 02:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tumpanglalu74 replied at 5-6-2022 02:36 PM
Ko boley jawab mana pegi roh orang yang kene rasok?? Takat mengutok je boley le.. Ini bukan bab ...
Bolehhhhh... Piece of cake jew!
Sebelum tu hang kena la paham dulu konsep jin vs manusia. Pastu kan cyst baru hang boleh sembang cam oghang yg tak nampak jahil sangat..FYI aku ni bukan ossetat hang! Hang nk jawapan hang la kena usaha. Aku tak jaga kuboq hang nanti.
Period. Without roh; or tanpa bende2 ghaib lain, yang pelbagai istilah dalam masyarakat melayu kita, memenuhi jasad tersebut, jasad itu mati. So, this invisible matter yang omputih namekan macam2, seperti soul, spirit ape sume, yang menghidopkan badan sume makhlok.
Reincarnation takleh berlaku tanpa the act of roh melompat dari jasad lain, usually dari yang dah mati. Kebanyakannye yang mengaku dia reincarnated pon due to vanity reasons, macam mengaku reincarnation of Cleopatra ke Julius Caesar ke. Dorang ney pon start la cerite kesah idop lama dorang di jaman purbekale dulu tu.
So, dalam hal rasokan same konsep applies. Samting else masok dalam jasad kita & kontrol jasad tu. As shown in the video aku tempek tu. So perpindahan roh atau bende ghaib tersebut ade berlaku.
Post time 5-6-2022 03:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 5-6-2022 07:14 AM
Setan hijack badan manusia?
Di Malaysia ini jarang dengar cerita2 serem reincarnation. Tapi di negara kokesen sering pula saya baca testimoni mak2 yang takut dengan anak sendiri sebab cakap bukan2 bilang dia reincarnation si polan si polan siap cerita past lives in detailed gimana.