|
VIRALSerik! Pelanggan perjelas situasi dalam restoran ‘makcik puaka’, malu kena maki depan pelanggan lain
[Copy link]
|
|
Tauke Kedai Makcik Puaka Di Melaka Buat Hal Lagi- Pelanggan Dimaki, Dihina Semasa Makan
Kecoh di media sosial mengenai nasib malang menimpa sekumpulan pelanggan yang dimaki oleh seorang peniaga di sebuah restoran popular di Melaka.
Digelar 'makcik puaka', tindakannya memperlekehkan pelanggan yang sedang makan bersama keluarga turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Berkongsi pengalaman kepada mStar, pelanggan berkenaan, Rosmarliana Rosli berkata, kejadian berlaku pada petang Rabu lalu di sebuah restoran di Bandar Hilir.
Foto: mStar Online
Wanita berusia 37 tahun itu tampil menjelaskan bahawa kunjungannya ke restoran tersebut bukan pertama kali kerana pernah menikmati hidangan di sana beberapa kali sebelum ini.
"Saya orang Melaka, jadi pernah datang ke restoran tu beberapa kali. Tapi saya hanya datang dengan kawan-kawan. Ini pertama kali saya bawa saudara-mara dari Singapura.
"Sebelum ni bila saya datang dengan kawan-kawan okay je tiada masalah, tak sangka pula ada isu masa datang bersama keluarga beramai-ramai," katanya ketika dihubungi mStar.
Lebih mesra disapa Liyana, dia mendakwa kunjungannya bersama 10 yang lain termasuk ibu, bapa saudara dan ibu saudaranya ke restoran berkenaan kira-kira pukul 2 petang.
Foto: mStar Online
"Masa tu masih lagi waktu tengah hari. Jadi, saya tanya makanan apa yang ada dan bila tengok masih ada lauk, kami pun order untuk sekeluarga makan.
"Tapi 'makcik puaka' tu bising masa kami tengah makan. Kalau makanan dah habis, boleh je cakap baik-baik dan kami boleh pergi ke restoran lain," ujarnya yang berasal dari Ayer Molek, Melaka.
Menurutnya lagi, keluarganya bukan sahaja dimaki dan dicaci, malah dimalukan di hadapan pelanggan-pelanggan lain.
"Saya malu depan saudara-mara dari Singapura. Dalam restoran pula ada pelanggan lain yang tengok kami dimaki," tambahnya.
Walau apa jua keadaan, Liyana yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata lelaki itu menegaskan bahawa adalah tidak wajar pelanggan diberi layanan buruk.
"aling saya kesal apabila dia hina guna ayat 'mak bapa'. Kalau orang kata makcik tu cakap kasar sebab dia orang Melaka, saya dan ibu pun orang Melaka... orang Melaka baik-baik.
"Famili saya pun berniaga bertahun-tahun, kami layan pelanggan dengan baik. Tak kira orang Melaka atau orang luar, peniaga jangan bermusuh dengan pelanggan," katanya.
Mengenai harga makanan, usahawan kosmetik itu mengakui caj yang dikenakan sebanyak RM240 adalah tidak berbaloi tetapi tetap membayarnya kerana enggan merumitkan keadaan.
Menyedari restoran berkenaan pernah tular dengan insiden pelanggan dihalau, Liyana sama sekali tidak menyangka kejadian malang seumpama itu turut menimpa keluarganya.
"Sebelum ni tak pernah kena walaupun orang banyak cakap tentang makcik tu. Tak sangka saya kena seteruk ini.
"Memang serik nak datang makan di restoran tu lagi. Bukan setakat tak nak datang makan, nak lalu depan kedai makan tu pun dah tak mahu dah," katanya.
Sementara itu, mStar telah menghubungi pihak restoran bagi mendapatkan maklum balas berhubung isu yang tular.
Terdahulu, perkongsian Liyana di laman sosial mengenai layanan buruk di restoran tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Selain harga makanan yang didakwa mahal, peniaga wanita dipercayai pemilik restoran tersebut turut melemparkan kata-kata makian dan cacian terhadap Liyana sekeluarga.
Pada September 2020, restoran sama pernah menjadi perhatian gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.
Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikan mereka di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Lg suka dgr budak kecik tu ckp...
Mak ngah....nk telor....
Lantak kau lah nk memekak....baik aku mkn...
|
|
|
|
|
|
|
|
usahawan kosmetik itu mengakui caj yang dikenakan sebanyak RM240 adalah tidak berbaloi tetapi tetap membayarnya
usahawan kosmetik? OK, aku team makcik puaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-6-2022 11:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Decaffeinated replied at 10-6-2022 11:49 AM
usahawan kosmetik? OK, aku team makcik puaka.
Nk join jugalah team makcik puaka |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoh dah tau ada kes dulu lagi ko hadap makan kat situ, bingai. |
|
|
|
|
|
|
|
oi reputs cari.. thread dah ada..
kau jangan mengundang forumer jadi puaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah banyak kali viral pun hadap jugak nak makan situ.....so? kau hadap je lah perangai tauke sial macam tu..lagi dia suka viral-viral ni...dia apa kesah... |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 10-6-2022 11:51 AM
oi reputs cari.. thread dah ada..
kau jangan mengundang forumer jadi puaka..
Boikot je thread ni..
Wartawan cari ni bukan x tahu org lain dah bukak.
Dia tahu level dia tinggi supermod x boleh hilangkan thread dia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
sila kumpul kekuatan kita serang
teringat satu kedai kopi kat kampung dulu 'makcik puaka' akan sound regular customer balik2 muka ko je. Tapi kedai beliau tetap laku keras
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-6-2022 11:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
celaka punya kedai makan melaka.. sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Org singapore tu mesti probok probok..dtg malaysia buat hal |
|
|
|
|
|
|
|
xkirs provoke ke apa..mmg meluat mkn kedai org camnie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org melaka mmg kasar begini ye..
mesti sdp dia masak sbb tgk ramai jer masuk..tp kedai dia mcm bising..i jrg masuk kedai bising ramai org |
|
|
|
|
|
|
|
Lg org melayu punya prangai aka acik forum. Walaupun da diberikan kebenaran masih cuba menafikan. Cuba maki acik forum ni dkt hospital 100 pages x habes |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 10-6-2022 11:39 AM
Aku benci ayat....
Org melaka memang cengitu....mulut puaka....
Sama konsep dgn acik2 mulut puaka yg suka cakap
"aku mulut je jahat tp hati baik"
Padahal apa yg ko cakap tu la gambaran dalaman ko. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 10-6-2022 11:39 AM
Aku benci ayat....
Org melaka memang cengitu....mulut puaka....
Kann..tak semua org Melaka mulut puaka. Bapak aku anak Jasin. Tak ckp kasar langsung. Sepupu Melaka aku ada yg jenis cakap lahabau, sound direct siap boleh nanges kalo tak biasa dengar, lebih kurang mcm cep Wan ckp. But we take it as a humor. |
|
|
|
|
|
|
|
pepatah dongeng menyatakan
ogang melaka bahasa kasaw
tapi hati baik baik
katanyalah
l
so lagi kasaw lagi baiklah |
|
|
|
|
|
|
| |
|