CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rayyanrafael

Benar - Rumah Nenekku - Kejadian 8 di page # 11 update 13/01/11

  [Copy link]
Post time 2-11-2010 07:31 PM | Show all posts
Reply 20# rayyanrafael


sup ekor jin... wohooo...

rayyan cerita la lagi... menarik la walaupun seremmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2010 07:53 PM | Show all posts
Reply 21# nazurah


    Ingat nak taip kes ketiga skang ni, tapi banyak hal lak kat umah ni. Tak pe la, esok pagi la saya taip
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 08:02 PM | Show all posts
best...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 08:15 PM | Show all posts
Reply 22# rayyanrafael


take your time dear...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 08:54 PM | Show all posts
nak lagi....nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 08:32 AM | Show all posts
ooo..maknanya kedudukan katil pun kena diambil kira kan, sama ada mengadap kiblat atau sebaliknya.
dulu ada dgr, toilet pun x boleh kedudukannya mengadap kiblat, betul ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2010 08:40 AM | Show all posts
TT nak lg citer yg best ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:52 AM | Show all posts
Kejadian ketiga pula berlaku pada masa hendak masuk waktu maghrib. Selepas balik dari bermain, aku terus mandi dan berwuduk sambil menunggu waktu maghrib. Nenekku mengajak kesurau berhampiran , tapi oleh kerana badan terasa penat, aku memilih untuk solat dirumah sahaja.

Sambil menunggu masukknya waktu maghrib, aku cuba membuang kukuku yang pecah semasa bermain tadi menggunakan pengetip kuku. Ketika sedang mengetip kuku, aku terdengar lantai dari dapur berbunyi seakan-akan orang berjalan. Bayangkan, sekeras-keras kayu cengal yang selama ini tidak pernah keluarkan bunyi, tiba-tiba mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Aku berhenti mengetip dan menoleh ketepi untuk melihat kalau-kalau ada sesiapa atau saudara yang datang dari arah pintu dapur. Semasa menoleh, tiada pula bunyi yang kedengaran.

Aku sambung balik mengetip. Baru hendak berjaya mengetip kukuku yang pecah tadi, aku terdengar lagi bunyi lantai tadi. Semakin lama semakin dekat dengan aku. Aku berhenti lagi tapi kali ini tidak menoleh. Hanya melirik dengan hujung mata sahaja. Pada masa ini aku melihat seakan-akan bayangan orang memakai jubah (pakaian seakan-akan orang arab) berdiri betul-betul disebelah aku. Dengan tidak semena-mena, terus tegak berdiri segala bulu romaku. Apalagi, terus aku bangun dengan niat hendak sambung ketip kukuku di depan beranda rumah, tapi bila sampai di depan neranda rumah, aku tertinggal mengetip kuku dan yang lebih peliknya, kukuku sendiri sudah tertanggal tanpa keluar setitispun darah.

Setelah masuk waktu maghrib, aku terus masuk kedalam bilik surau rumah nenekku dan mengerjakan solat di tepi dinding paling belakang disebelah kanan sekali. Kononnya supaya tiada orang yang mencuit aku untuk menjadi makmum aku. Untuk menjadi makmum, kena berana dibelakang imam. Jadi aku tidak meninggalkan ruang untuk "bakal makmumku"(Pernah sekali aku solat ditempat biasa arwah atukku solat. Semasa hendak membaca alfatihah sahaja, ada sesuatu yang menepuk bahuku seperti kebiasaan orang menepuk bahu yang didepan untuk isyarat menjadi makmum. Apa lagi, aku terus menoleh untuk melihat. Batal solat aku.) Kata nenekku, biasanya arwah atukku solat disitu, sekarang arwah dah tak ada, mungkin makhluk itu sedang mencari imam untuk mereka. Tapi, layak ke aku???

Pada malamnya sewaktu hendak tidur, Bekas kuku kakiku yang tertanggal tadi terasa cukup sakit seolah-olah ada sesuatu yang menekan dan mengepitnya. Berdenyut seakan-akan ibu jari kaki hendak tertanggal. Akucuba menyapu minyak gamat, tetapi sakitnya semakin lama semakin kuat. Kerana sudah tidak tertahan, aku mengejutkan nenekku, dan tanpa membuka mata nenekku hanya memegang tempat kuku kakiku yang tertanggal itu. Sakit semakin berkurang dan hilang. Aku sambung balik tidur dibilik. Baru sahaja hendak terlelap, terasa sakit kembali dengan tiba-tiba. Aku hendak bangun, tapi kali ini, tubuhku bagaikan dipaku disetiap keempat tulang keratku. Ku cuba mengangkat kepalaku untuk melihat hujung jariku.

Masa inilah aku terkejut bagaikan hendak tertanggal jantungku. Aku melihat sesuatu yang tidak kelihatan mukanya sedang menghisap kakiku. Yang kelihatan cumalah rambut terjurai yang tidak direbornding dan juga taringnya diatara ibujari kakiku. Aku cuba melawan, tapi tiada berdaya. Dalam keadan samar-samar aku terlihat nenekku sudah berada depan pintu bilikku yang terkunci. Entah dari mana nenekku dapatkan anak kunci untuk membuka pintu. Tanpa nenekku berbuat apa-apa, makhluk itu terus menghilangkan diri. Nenekku membuka lampu, dan masa inilah baru aku melihat ada darah yang menitis keluar dari ibu jari kakiku. Dan ditulang keringku terdapat lebam-lebam kesan tiga jari tangan yang agak memanjang. Apalagi, tidur sebelah nenek lagila malam tu aku.

p/s : ~ bersambung kejadian keempat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 09:53 AM | Show all posts
ooo..maknanya kedudukan katil pun kena diambil kira kan, sama ada mengadap kiblat atau sebaliknya.
...
ruffleen Post at 3-11-2010 08:32



    kut katil TT tu kedudukannya di depan orang yg solat... dah jadi macam solat jenazah kut.... sbb tu bila 'mereka' tu nak bersolat, 'mereka' akan ubahkan TT ke belakang or ke tepi .... agak nyer lah..... cam tu ker TT ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:59 AM | Show all posts
Reply 28# rayyanrafael


    TT kata masa ni umur baru 15 tahunkan.... berani betul ekkk???  kalau saya haruslah tiap malam tidur bawah ketiak nenek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 10:04 AM | Show all posts
kut katil TT tu kedudukannya di depan orang yg solat... dah jadi macam solat jenazah kut.. ...
twins Post at 3-11-2010 09:53



    Mungkin kowt. Tak pasal-pasal "makhluk: tu solat tanpa rakaat.
(hanya solat jenazah sahaja yang tiada rakaat)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 10:09 AM | Show all posts
Reply  rayyanrafael


    TT kata masa ni umur baru 15 tahunkan.... berani betul ekkk???  kalau  ...
twins Post at 3-11-2010 09:59



    Ada juga perasaan gentarnya. Mungkin sebab saya ni cucu sulung nenek. Walaupun ayah adalah anak yang ketiga tetapi ayah adalah anak lelaki sulung nenek jika tak termasuk yang telah meninggal sewaktu dilahirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:13 AM | Show all posts
uii.. kene hisap darah kt jari kaki TT..... huhuhu... tatut nye~....
lagi ...lagi TT....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:19 AM | Show all posts
adeh....sereemmm ni...xkisah darah pape...suma pon makhluk tu isap ek? ingtkn darah kotor ppuan tu jer die suka...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:35 AM | Show all posts
nasib baik time tu nenek TT sampai...
tu baru tengok makhluk tu dah cabot....
blum lagi nenek TT bukak kuntau....hihi....
nenek TT pun byk ilmu nie....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:47 AM | Show all posts
salam....

best... sempoi kisah tuan umah...
mudah paham...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 11:47 AM | Show all posts
lagi tuan rumah, kami menanti cerita anda.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:06 PM | Show all posts
adoi TT, cepatla sikit.. xsabar ni nk tunggu episod seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:06 PM | Show all posts
adoi TT, cepatla sikit.. xsabar ni nk tunggu episod seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:08 PM | Show all posts
adoi TT, cepatla sikit.. xsabar ni nk tunggu episod seterusnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050455 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list