South Africa..solo backpacking...naik bus intercape daripada cape town ke johannesburg...sempat singgah Lesotho...tahun 2022...paling memorable trip for me
kyoto aku gi bulan ogos 2023.. punya lah panas.. ada satu hari tu sampai 37 deg.. tak sanggup nak keluar..
aku dengan geng bantai lepak aje dalam bilik..
apartment yang aku booked sangat dekat dengan Sannen Zaka.. jadi aku buang masa satu hari di sini..
Ninen-Zaka- turun naik tangga.. snap gambar.. keluar masuk shrine.. beli souvenir.. beli kipas, chopsticks.. sapu tangan, fabric material untuk mak.. mahal giler .. sebab buatan jepun not china.
senja.. aku gi satu kedai nepal untuk beli barang dapur halal..
esok nya kawan ajak makan di restoren halal.. Ayam Ya .. ntah eh dorang cakap sedap.. aku makan slow mo aje
yang best nya nak makan kena place order macam di mesin touch screen kiosk tu, aku main bantai aje lah.. dapat mee macam laksa ,, boleh lah janji halal
lepas makan jalan kaki ke daimaru rasa nya, beli lebih banyak souvenir untuk mak.. japanese silk embroidery coasters.. shot glass design ninja, geisha, samurai..
lepas tu naik bas ke Arashiyama, kawasan penuh dengan pokok buluh.. tapi tak berapa enjoy sebab terlampau ramai tourists china..
#naik bas di jepun.. naik dari pintu belakang,, turun pintu depan.. nak turun baru bayar tambang
so nak elak dari tempat ramai orang.. aku jalan jalan tengok rumah rumah orang jepun.. sangat cantik & unik.. sayang nya tak dapat masuk ke dalam..
di kawasan hutan buloh ni akan jumpa orang jual souvenir yang mereka buat sendiri.. barang barang ni bukan dalam kedai.. tetapi dalam kereta mereka.. mereka jual beg,, keychain.. lukisan, baju..etc
aku tak ingat lah kat mana.. ada kedai souvenir.. ada train station.. oleh kerana kaki dah penat mendaki sana sini.. aku nak turun bawah, sebab malas..aku naik train.. Sagano Romantic Train.. tapi oleh kerana aku beli tiket last minit.. aku tak dapat seat.. so kena diri sepanjang 20 minit..
train ni jalan tepi lereng bukit.. bawah ada sungai yang cantik sekali.. ada jugak activity di bawah tu.. river cruise..
train ni stop kat 2 stesen aje.. so kita turun di satu kawasan sawah padi.. back ground bukit bukau sangat cantik..
kita menapak jauh jugak untuk naik JR train untuk balik ke apartment kami..
#kenapa aku asik belikan mak souvenir?, sebab dia suka petik gambar masakan dia.. food plating.. kalau makanan jepun seperti takoyaki.. dia guna kain alas jepun, chopstick jepun, cawan jepun, coaster jepun
Post time 3-11-2024 12:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lurve82 replied at 3-11-2024 12:24 PM
Uols suka g mana klu dkt england dgn wales tu?
England: iols suka bath, york, warwick castle
Iols suka tmpt2 bersejarah.. not for instagrammable pics
Wales, iols pernah pi cardiff jahh.. tatau mana yg best kat situ..
Iols lagi suka scotland.. scotland ada edinburgh, bleh spend berhari2 kat sini.. pastu naik tour ke highlands.. glasgow, dundee besyer jahh. Tak pernah sampai aberdeen.
Northern ireland ada tmpt2 game of thrones
Dark hedges
[youtube]tMx5G2GWsFU?si=osCVNQ2mO4D0NfYW[youtube]
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 9-12-2024 10:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yes... Scotland sgt cantik. I baru je pergi. Now I faham kenapa hundreds movie shoot kat Scotland.. Scottish Highlands sangatlah amazing seumpama berada di dunia lain. So as for me Scotland, Switzerland dan New Zealand adalah top three negara paling cantik I pernah lawat..