PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Tekun dan Bersungguh-sungguh
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إن اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu yang melakukan sesuatu amalan, dilakukan secara tekun.” (HR Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (897) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4929). Status Hadis Sahih
Pengajaran
1. Tekun bermaksud menyempurnakan atau melaksanakan tugas atau kerja dengan sebaik dan sesempurna mungkin sebagaimana yang dikehendaki tanpa kurang sedikitpun.
2. Sifat tekun ini merupakan salah satu lambang atau tanda keislaman
3. Tekun adalah asas bagi menghasilkan prestasi dan mutu kerja yang berkualiti. Pekerja yang tekun akan sentiasa melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh pada setiap masa.
4. Ganjaran disisi Allah bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan yang diredhai Allah.
5. Allah SWT mengasihi orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik dan bersungguh-sungguh.
6. Setiap pekerja dari peringkat bawahan sehinggalah pemimpin tertinggi perlu melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Lebih lagi apabila ia dipilih dan dilantik oleh orang bawahan sebagai ketua atau wakil rakyat. Janganlah hanya menjelang pilihanraya baru nampak muka untuk menyantuni rakyat. Perlu diingat pemimpin adalah khadam kepada rakyat!.