|
Rumah Farid Kamil kena lelong, harga bermula RM522,000
[Copy link]
|
|
Nak tanya….kalau DD beli rumah guna duit dia 100%, Bung Parit boleh tak minta nama dia di masukkan sebagai harta sepencarian? Aku tak paham jantan yg sibuk dgn rete bini..padahal celah mana sum angan si laki tu dalam urusan beli rumah, semua bini yg buat…ikut hukum camna ye? |
|
|
|
|
|
|
|
"Hasil pemerhatian mStar berdasarkan iklan lelongan harta di akhbar, kediamanan teres dua tingkat itu milik individu bernama Farid Kamil Zahari.
Namun begitu tidak dapat dipastikan sama ada penama berkenaan seorang pelakon popular ataupun individu lain yang mempunyai nama serupa."
CISSSSSSSSS KO X PASTI LAGI, SEKADAR NAMA JE SAMA, KO PUBLISH UTK MANUSIA2 YG BACA X HABIS MENCERCAAA???? APA KE BINGAI SGT MSTAR LATELY???? |
|
|
|
|
|
|
|
Kisahnya umah tu uncle David yg 'hadiahkan' tp hadiah down payment je la. FK tak pernah duduk pon, lokasi tak strategik kot. Dia sewakan ke third party dgn syarat third party yg buat monthly payment ke bank. Third party pulak buat tahik 6 bulan sangkut. FK pon tak pantau. Know-know nak kena lelong. Latest info, FK dah bayar tunggakkan bank. |
|
|
|
|
|
|
|
DD mcm pernah isu yg harga rumah now mahal, seram jugakan jd retis, zaman masyuk kegemilangan baik saving, kot bila dah masuk zaman sendu atleast berduit.
Story Cheta, Vida, FK, Sajat, Vivik dah boleh kot jadi reference buat retis baru, influencer. Kena beringat dalam nak flex. |
|
|
|
|
|
|
|
David kata rmh ni dia hadiahkan (byr deposit) kat para pelakon. Dia kata kata kalau tau farid ada masalah kewangan dia sanggup beli balik n byr amount yg farid perlukan. Dh masuk lelong xleh buat apa dh |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke rumah fk ni? Lorhh jiran aku ke. Ni rumah no 7 tak silap. Tapi mcm ade org duduk. Balik keje malam kang aku round |
|
|
|
|
|
|
|
laaa lelong pun mahal lagi harganya.. |
|
|
|
|
|
|
|
reenieja replied at 10-1-2025 08:14 AM
Ye ke rumah fk ni? Lorhh jiran aku ke. Ni rumah no 7 tak silap. Tapi mcm ade org duduk. Balik keje m ...
Kaka x penah jumpa dia ke? Zaman2 dia masih datok lagi bukan ke dia tinggal kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
x keluar cerita lelong ni, bertahun2 i puji untung la dapat rumah ratus2 ribu free.. sampai rasa nak hantar resume kt ofis usj dulu tu hahaha
Tapi kalau bayar deposit pun kira untung gak sbb harga rumah kat situ dulu x mahal mcm sekarang.. bulan2 mesti tak tinggi cuma isu jem roundabout tu la kena pandai urus waktu..
lelong rm500k sbb harga semasa dah 6,7 ratus kot.. dulu rm300 lebih kl x silap |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 9-1-2025 11:34 PM
Lerrr... ramai nye artis yg ada masalah kewangan skrg... yang ni duit habis kat dadah lah agaknye.. ...
Ye ke...mcm ramai yg jutawan je ...masing2 x nk kalah tunjuk kaya raya..bayar zakat juta2 |
|
|
|
|
|
|
|
KakRumiMenari replied at 10-1-2025 12:29 PM
Kaka x penah jumpa dia ke? Zaman2 dia masih datok lagi bukan ke dia tinggal kat sana..
10 tahun dok sini tak penah lak terserempak fk ke dd. Dalam wassap group pun mcm xde je. Kena tanya husband kot ade jumpa retis dekat surau kot kan |
|
|
|
|
|
|
|
reenieja replied at 10-1-2025 01:47 PM
10 tahun dok sini tak penah lak terserempak fk ke dd. Dalam wassap group pun mcm xde je. Kena tany ...
Tgk fb azizul azli..fk ckp dia sewakan umah kt org dr 2019..dia suh penyewa tu terus byr kat bank katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Geli pulak set2 yg claim konon bagi hadiah bagai ni
Apa barang label hadiah kalau penerima masih kena bayar bulan2.
Entah2 artis yg gebang dpt atau bagi hadiah rumah kereta bagai pun yg penerima hadiah kena topup bulan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 10-1-2025 02:29 PM
so apa jd bilik yg xsesuai ank masuk tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 9-1-2025 11:38 PM
Bukan Parit kot. Hari tu dd cakap rumah dia duduk tu rumah sewa, dia yang bayor sewa. Celah mana pul ...
Rumah dd sewa tu besar.. yg rumah sendiri 2 tingkat je kot.. tp jiran dia komen kta dh jual masa nk cerai kali pertama tu.. i pun bca komen kt fb je |
|
|
|
|
|
|
|
reenieja replied at 10-1-2025 08:14 AM
Ye ke rumah fk ni? Lorhh jiran aku ke. Ni rumah no 7 tak silap. Tapi mcm ade org duduk. Balik keje m ...
David teo kata FK sewakan kat pekerja dia
So mmg la ada org duduk
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shayang at 10-1-2025 02:33 PM
KakRumiMenari replied at 10-1-2025 12:37 PM
x keluar cerita lelong ni, bertahun2 i puji untung la dapat rumah ratus2 ribu free.. sampai rasa na ...
FK dapat hadiah deposit je kot tak mcm
Sam yg mmg dapat hadiah rumah, Sam dapat awal lagi masa tahun 2011 david Teo bagi semi D
Jap aku tepek balik berita 10 tahun lalu td aku sh tepek kat thread satu lg.
David teo dulu mmg suruh artis dia beli rumah so nak galakkan tu dia bayarkan deposit laa kot kira mcm hadiah.
Artis Naungan MIG Dipaksa Beli Rumah
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo memastikan artis bawah naungannya dapat membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai jaminan masa depan masing-masing.
David berkata, dia bersikap demikian kerana tidak mahu melihat mereka mensia-siakan wang hasil lakonan dengan menghabiskannya kepada perkara yang tidak mendatangkan keuntungan.
"Artis-artis sekarang kalau ada duit lebih suka beli kereta dan beg tangan berjenama daripada membeli rumah.
"Sikap ini yang ingin saya kikis kerana mereka perlu sedar pelaburan dalam bidang hartanah menjamin masa depan mereka kelak," katanya kepada mStar Online.
David ditemui pada sidang media Karnival Puncak Rasah Andaman Seremban yang diadakan di pejabat MIG di sini pada Isnin.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Eksekutif Kumpulan Andaman, Datuk Seri Vincent Tiew.
Dalam pada itu, David mengakui sukar untuk mengubah mentaliti artis naungannya tentang kepentingan membeli rumah namun dia sentiasa menasihati mereka supaya tidak menyesal di kemudian hari.
David menyerahkan borang permohonan membeli unit apartmen di Puncak Rasah Andaman, Seremban oleh artis dan kakitangan MIG kepada Vincent.
Jelas David, punca utama mereka enggan membeli rumah adalah kerana perasaan takut tentang komitmen ditambah dengan kurang pendedahan dalam proses membeli hartanah dengan betul.
"Saya tidak mahu apabila mereka tua nanti mereka terpaksa merayu untuk mencari tempat tinggal dan terpaksa mengharapkan ihsan orang lain.
"Sebab itu saya paksa mereka untuk membeli rumah kerana ia jaminan masa depan mereka dan sekurang-kurangnya jika sudah tidak berlakon mereka sudah ada kediaman sendiri," ujarnya.
David turut memuji sikap artis seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Nora Danish dan Shaheizy Sam yang bijak menggunakan wang hasil lakonan mereka untuk melabur dalam bidang hartanah.
Sementara itu, David berkata, kerjasama di antara MIG dan Kumpulan Andaman membuka ruang kepada artis di MIG untuk memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan.
Malah karnival yang bakal diadakan itu nanti membuka ruang kepada semua penggiat seni untuk memiliki hartanah untuk bekalan masa hadapan.
"MIG sangat serius dalam menguruskan perancangan masa depan artis dan pekerja syarikat kami dalam memastikan mereka faham bahawa pelaburan dalam hartanah sebenarnya menguntungkan.
"Saya mahu lihat mereka semua ada aset sendiri dan mungkin sekarang ia lihat seperti membebankan namun suatu kesenangan pada masa hadapan," ujarnya.
Karnival tersebut bakal diadakan pada 18 Oktober ini di Taman Puncak Rasah, Seremban dengan kehadiran artis terkenal seperti Diana Amir, Adeline Tsen, Shima Anuar, Fadlan Hazim, Ryzal Jaafar dan Zalif Sidek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 10-1-2025 02:32 PM
FK dapat hadiah deposit je kot tak mcm
Sam yg mmg dapat hadiah rumah, Sam dapat awal lagi masa tah ...
Sbb movie sam back to back box office kot.. sampai berapa kali dpt anugerah bintang populer.. so berbaloi kalau bayar bonus sebiji rumah waktu tak mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KakRumiMenari at 10-1-2025 03:14 PM
reenieja replied at 10-1-2025 01:47 PM
10 tahun dok sini tak penah lak terserempak fk ke dd. Dalam wassap group pun mcm xde je. Kena tany ...
Kaka jgn.. kalau husband kaka ckp x penah jumpa kat surau, kang wartawan buat headline twist cerita "FK tak penah pegi surau - jiran" hahahaha forum ni dah la lubuk wartawan & page sangkak likes buat cerita clickbait
Gurau2 kaka... |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 9-1-2025 10:30 PM
Innaliahiwarouhijiuon.
Siannnya.
Kenapa nak kesian? Satu filem dia yg ada anak dia berlakon tu je dia dpt grant 2juta. Grant. |
|
|
|
|
|
|
| |
|