good luck proton. Semuga proton terus berkembang maju dengan memperkenalkan model2 baru selaras dengan kemajuan automotive global
Masih terdapat persepsi negative yg tebal di kalangan kita rakyat malaysia tentang keupayaan proton tapi teman tetap bangga dengan proton at least ia terus berkembang (walaupun dengan sokongan dan protection ~ peduli apa, semua negara pun pakai strategi yg sama, ketara atau tidak aje yg membezakannya)
Bersifat dynamic dalam teknologi dan rekabentuknya (setiap beberapa tahun kita dapat lihat proton akan kuar dengan model baru dengan teknologi baru, meskipun bukan teknologi terkini tapi ada peningkatan teknologi yg ketara berbanding dlm model2 sebelumnya. Idak lah macam kete india, Ambassador yg berkurun asyik ropa tu aje).
Dan macam2 lagi perubahan positive yg lain. Syabas proton.
Harap2 lepas ni proton kena buat re-branding. Kekalkan nama Proton pada model2 keta budget tapi dengan kualiti yg semakin meningkat. Dan dimasa yang sama perkenalkan satu lagi brand PROTUS (proton-Lotus), yg focus kepada luxury, performance and high quality car. Target untuk urang2 kaya dalam negeri macam kumik, tosse, micos, anis dan juga untuk export. Strategi yg sama yg digunapakai oleh toyota, honda dll tu. Hidup Proton