CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

TIBET - Info, cari geng, planning & itineraries

[Copy link]
Post time 17-2-2007 10:32 PM | Show all posts
Up .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 01:36 AM | Show all posts

Reply #13 villossa_blue's post

blom pernah lagikk....

kalo ada rezeki lebih... insyaallah nak ke situ gak...  view kat situ memang nmpk cantik kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 09:02 PM | Show all posts
tu lah tibet considered as mystical place to visit sbb kaya ngan pemandangan yg menakjubkan....but permit nak masuk tibet is very expensive....bukan cukup setakat ada visa chinese jer.....pastu kena ada guide br boleh masuk tibet...x tau lah skrang mcm mana procedures nye....since dh ada train sampai lhasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by nadya08 at 28-6-2007 08:02 AM
tu lah tibet considered as mystical place to visit sbb kaya ngan pemandangan yg menakjubkan....but permit nak masuk tibet is very expensive....bukan cukup setakat ada visa chinese jer.....pastu k ...

masa me kat nepal, jumpa 1 group of malaysian yang ke tibet via nepal...
ikut tour dr nepal... masa balik jumpa lagi, dorang kata best sangat cuma sejuk ya amat....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 10:34 AM | Show all posts

Reply #16 faraway's post

oh you dah sampai ke nepal ke ? citer la skit pengalaman you.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 05:16 PM | Show all posts

Reply #16 faraway's post

faraway dah penah naik train siberian tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2007 11:59 PM | Show all posts
citer aa lagi... faraway
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 11:16 AM | Show all posts
aku dah lama teringin nak backpack ke tibet & mongolia, tp sampai skrg hajat tak kesampaian. Ye la, nak backpack ke sana bukan semudah nak back pack ke europe or lain2 negara. Kalu nak ikut group tour cam tak best je, sbb dia kan cam mystical & exotic place skit, kena backpack br adventure skit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2007 08:08 PM | Show all posts

Reply #19 lipsofanangel's post

A ah citer le fara...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:29 PM | Show all posts
Tren Menuju Ke `Bumbung Dunia'


Oleh Tham Choy Lin

DI ATAS KERETAPI QINGHAI-TIBET, 26 Sept (Bernama) -- Semasa fajar menyingsing, bunyi bisikan di koridor tren semakin ketara. Para penumpang yang ada antaranya masih mengantuk berebut-rebut untuk menjenguk keluar tingkap semasa lokomotif berwarna hijau ini mendekati stesen Golmud.

Selepas sahaja tren berhenti, mereka mula berpusu-pusu keluar untuk meregangkan kaki masing-masing dan menghirup udara segar selepas bermalam dalam tren dari Xining. Ada yang mengambil kesempatan untuk merokok. Ada pula yang merakam gambar.

Selamat datang ke Ekspres Qinghai-Tibet.

Khidmat keretapi ini yang baru berusia lebih setahun menjadi pilihan utama mereka yang mahu ke `bumbung dunia', iaitu gelaran bagi negara Tibet.

Sebelum adanya perkhidmatan ini, negara terpencil ini di kawasan pergunungan dihubungkan oleh perjalanan darat dan udara sahaja.

Landasan keretapi ini yang merentasi salah satu daripada rantau yang paling sensitif di dunia daripada segi alam sekitar, satu daratan beku yang begitu luas dan tidak berpenghuni, serta mendaki gunung Tanggula yang ketinggiannya lebih 5,000m, dianggap sebagai satu keajaiban daripada segi kejuruteraan.

SEMUA KERETAPI SAMPAI KE XINING TERLEBIH DAHULU

Landasan itu berakhir di Lhasa Zhan (Stesen Lhasa) yang rekabentuknya paling sinonim dengan Tibet, iaitu Istana Potala, yang boleh dilihat semasa tren menghampiri stesen itu.

Setiap hari, empat tren penumpang memasuki ibu negeri Tibet - satu perkhidmatan harian dari Beijing dan yang datang berselang hari dari Guangzhou atau Shanghai, Chongqing atau Chengdu dan Xining atau Langzhou. Beijing telah mengumumkan rancangan untuk melanjutkan landasan keretapi ini hingga ke Xigaze, bandar kedua terbesar di Tibet, lebih kurang 250km dari barat daya Lhasa.

Sehingga 5,000 penumpang tiba di ibu negara Tibet setiap hari. Penumpang boleh menaiki tren itu dari tujuh bandaraya China - Beijing, Guangzhou, Shanghai, Chongqing, Chengdu, Xining atau Lanzhou.

Para pegawai Tibet berharap dapat menarik kedatangan tiga juta pelancong dengan perkhidmatan tren ini yang mampu menjana pendapatan sebanyak 3.4 bilion yuan.

Dan kesemua tren ini perlu melalui Xining, ibu negara wilayah Qinghai di barat laut China.

Perjalanan tren dari Xining ke Lhasa merupakan yang termurah daripada segi tambang tetapi mengambil masa hampir 26 jam untuk menempuh jarak 1,956km.

Harga tiket dari Xining bermula daripada 226 yuan (RM103) bagi tempat duduk biasa. Tempat tidur tanpa tilam dan yang bertilam masing-masing ditetapkan harga 423 yuan (RM192) dan 810 yuan (RM368). (RM1 = 2.2 yuan)

Memandangkan perkhidmatan itu bermula pada pukul 8 malam, para penumpang tidak dapat menikmati keindahan Tasik Qinghai, tasik masin di pedalaman yang terbesar di China dan tempat pembiakan popular bagi burung-burung berhijrah.

PEMANDANGAN MENAKJUBKAN

Golmud terletak 814km ke barat dari Xining. Dari situ, Lhasa terletak 1,142km lagi merentasi penara Qinghai-Tibet, yang berada 4,000 meter dari paras laut. Landasan keretapi itu menembusi gunung dan merentasi jambatan di banyak tempat.

Pemandangan yang menakjubkan di luar tingkap menggamit para perantau veteran untuk memilih tren itu. Dataran berangin, bukit berbatu tajam, gunung yang diliputi salji dan glasier yang kelihatan jauh di sudut mata mengindahkan lagi landskap.

Penara itu juga merupakan titik permulaan beberapa daripada sungai terkemuka seperti Yangtze di China dan Mekong yang mengalir hingga ke Asia Tenggara. Sungai Tuotuo yang mengalir antara gunung Kunlun dan Tanggula, merupakan sumber Yangtze.

"Pemandangan di luar begitu cantik, saya akan datang lagi walaupun ini bukan tren untuk pelancong antarabangsa," kata Daniel Knutti yang merupakan salah seorang daripada enam warga Switzerland di atas tren Xining-Lhasa.

KESELESAAN ASAS

Makanan yang dihidangkan di tren itu agak standard tetapi air panas sentiasa terdapat bagi membuat mi segera atau untuk membancuh teh atau kopi segera.

Sarapan pagi yang terdiri daripada bubur biasa, satu `man tou' yang distim, sebiji telur rebus dan satu hidangan lobak merah kering berempah, kacang panjang goreng dan salad timun boleh didapati pada harga 10 yuan.

Makan tengah hari di koc bufet merupakan hidangan enam lauk bagi empat orang yang harganya dari 200 yuan hingga 400 yuan, tanpa minuman. Tetapi perlu makan dengan cepat kerana tempat duduk di koc ini terhad dan setiap penumpang diberi masa 20 minit untuk makan dan mengosongkan tempat untuk kumpulan berikut.

Mereka yang tidak membuat tempahan boleh juga membeli hidangan tersedia yang dijual di atas troli di koc penumpang pada harga 20 yuan, dengan iringan peha ayam rendidih dalam sos bagi 20 yuan lagi dan satu mangkuk potongan buah tembikai pada harga 5 yuan.

Pengumuman berulang kali dibuat dalam bahasa Mandarin mengingatkan larangan merokok semasa sistem oksigen dihidupkan dalam perjalanan dari Golmud apabila tren itu mula mendaki cerun gunung.

PARAS TINGGI MENYUKARKAN PERNAFASAN

Naqu yang terletak di wilayah Tibet semasa turun daripada pergunungan Tanggula merupakan satu-satunya stesen di mana penumpang dibenarkan keluar selepas Golmud. Terletak 4,513m dari paras laut, ia merupakan antara pekan pada paras tertinggi di rantau.

Ia hanya mengambil masa beberapa minit semasa berada di luar untuk mengalami kesan yang lazim semasa berada di paras tinggi. Rasa pening, kesukaran bernafas dan keletihan, menandakan permulaan kesan paras tinggi ataupun `altitude sickness' di Tibet.

Timbalan ketua Stesen Keretapi Lhasa, Xu Haipin, berkata selalu berlaku keadaan di mana penumpang tidak dapat membiasakan diri dengan paras tinggi ini dan mereka akan diminta turun di perhentian berikutnya.

Dari Golmud ke Lhasa, setiap tren membawa dua orang doktor, tambah beliau.

Penduduk tempatan akan mengesyorkan kapsul `hongjingtian' berwarna merah yang diperbuat menggunakan ginseng Tibet yang dikatakan dapat membantu tubuh menyerap lebih banyak oksigen. Juga dikenali sebagai `Sulormabau' dalam bahasa Tibet, ia dijual dengan meluas di Lhasa dalam bentuk minuman dan juga hirisan herba kering.

Bagaimanapun, adalah lebih baik mengambilnya beberapa hari lebih awal, katakan seminggu sebelum memulakan perjalanan, kata seorang pembantu di tren Xining-Lhasa.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:29 PM | Show all posts
Tren Membawa Ribuan Pelancong Ke Tibet


Oleh Tham Choy Lin (Bhgn Kedua daripada siri tiga bahagian)

LHASA, 27 Sept (Bernama) -- Lantai kayu yang lama di Istana Potala berkeriang-keriut semasa pelancong bergegas dari satu ruang ke ruang yang satu lagi menerusi laluan yang sempit, tangga yang curam dan dalam keadaan malap.

Tidak ada banyak masa untuk berhenti dan menatap barangan peninggalan sejarah Buddha ataupun makam-makam Dalai Lama (pemimpin Buddha di Tibet) yang bertatahkan emas. Pelancong hanya mempunyai sejam untuk berada di dalam kota mercutanda Tibet ini dan para pengawal sentiasa meminta mereka beralih ke tempat lain.

Tarikan yang berusia berkurun-kurun lama itu di `bumbung dunia' kini menghadapi tekanan daripada kebanjiran pelawat-pelawat yang masuk dengan bayaran dan penganut Buddha yang masuk secara percuma.

"Saya mula berbaris untuk membeli tiket dua hari lepas. Saya menunggu sehingga 9 malam tadi. Cuaca bertambah sejuk tetapi saya akhirnya berjaya mendapatkan tiket itu," kata seorang pelancong tempatan yang menggelarnya sebagai Mai menunjukkan betapa ramai yang menunggu untuk masuk ke istana itu.

Pada 2005, Tibet menarik kedatangan 1.8 juta pelancong. Tahun lepas, angka itu melonjak ke 2.51 juta dengan hampir dua juta orang tiba antara Julai dan Disember.

Dan alasan utama bagi kebanjiran pelancong ini ialah landasan keretapi sepanjang 1,956km dari Xining di China dan ke Lhasa di Tibet.

TEKANAN DARIPADA PELANCONG

Tekanan pada Istana Potala semakin meningkat seiring dengan peningkatan mendadak dalam bilangan pelancong. Kini kami mengehadkan bilangan orang yang masuk kepada 2,300 orang setiap hari, kata Qingba Gesang, seorang veteran penyiaran yang kini merupakan pengarah pentadbiran Potala yang pernah menjadi kediaman sembilan Dalai Lama.

Selain daripada memulihara `fresco' (gambar pada dinding) daripada musnah akibat persekitaran yang lembap, yang lebih menakutkan Gersang ialah kebakaran di Potala.

Potala dibina menggunakan kayu dan tanah. Pada 1984, berlaku kebakaran kecil dan kami menggunakan air untuk memadamkannya tetapi ini memusnahkan `fresco'. Ia mengambil masa 20 tahun untuk memulihkannya dengan bantuan pakar-pakar dari Dunhuang, katanya, dan menambah kata Potala kini mempunyai pasukan bombanya.

Tiket-tiket untuk masuk ke Potala berharga 100 yuan (RM45) setiap satu. Sebelum ini purata 1,400 orang melawatnya setiap hari tetapi dengan adanya perkhidmatan keretapi ini angka itu mencapai 6,000 setiap hari, dan pihak berkuasa memutuskan untuk mengehadkan bilangan pelawat dan tempoh mereka boleh berada di dalam kepada satu jam.

KUIL JOKHANG

Jokhang, sebuah kuil agama yang paling dihormati di Tibet, juga sedang menimbangkan langkah serupa, kata Sami Chodak, ketua pentadbir struktur itu yang dibina pada kurun ketujuh.

"Kami belum melakukannya kerana perlu mempertimbangkan hakikat yang ramai telah merancang atau cara perjalanan mereka setahun lebih awal. Tetapi kami perlu melindungi dengan lebih baik peninggalan bersejarah budaya kami," katanya.

Di dewan-dewan malap Jokhang, yang diselubungi bau kuat lampu lemak lembu `yak', pelancong berkumpul di hadapan tokong Jowo Sakyamuni, tokong paling suci yang menempatkan sebuah arca Buddha semasa berusia 12 tahun.

Mengelilingi Jokhang ialah Dataran Bakhor, bahagian pekan lama, di mana sami dan penganut Buddha menapak sambil memutar `bulatan doa' melepasi ratusan pelancong dan kedai-kedai cenderamata yang penuh dengan `thangkas' (lukisan-lukisan agama Buddha), dupa, pisau belati, rantai leher, perkakas perak serta kraftangan lain.

Survival kemahiran kraftangan yang berusia berabad-abad ini nampak lebih cerah dengan peningkatan dramatik dalam permintaan daripada pelancong-pelancong yang tawar menawar bagi mendapatkan harga terbaik bagi barangan ini.

"Lebih ramai pelancong datang ke kedai dan saya menjual lebih banyak lagi barangan setiap bulan," kata seorang pemilik kedai yang baru selesai menjual satu lagi barang kepada seorang pembeli Taiwan.

PEMULIHAN PENINGGALAN SEJARAH

China yang membidas Dalai Lama ke-14, pemimpin Buddha yang kini dalam buangan, sebagai pelarian politik dan hanya mahu memecahbelahkan negara itu, memperuntukkan berjuta-juta yuan untuk memulihkan peninggalan budaya dan biara di Tibet termasuk Biara Tashi Lhunpo di Xigaze dan Biara Sagya yang terletak tiga jam perjalanan dengan kenderaan.

Kerajaan telah membelanjakan tiga ratus juta yuan (RM136 juta) untuk membangunkan semula Potala yang merupakan Tapak Warisan Dunia, Norbulingka yang merupakan kediaman musim panas Dalai Lama di Lhasa dan Biara Sagya pada 2002.

Palden Dhonyu, ketua kuil Biara Sakya, berharap kerajaan juga akan menyediakan peruntukan untuk membina semula sayap utama biara abad ke-11 itu yang dimusnahkan sama sekali semasa Revolusi Budaya.

Pembangunan semula sayap selatan akan siap pada tahun depan. Ia terselamat semasa Revolusi Budaya kerana ia merupakan tempat simpanan makanan, katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 03:39 PM | Show all posts
so nicelah permandangan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 11:54 AM | Show all posts
Landasan keretapi bantu hidupkan ekonomi Tibet
28-09-2007 11:19:13 AM  

LHASA: Dari tingkat bawah kediaman dua tingkatnya di sebuah kampung penempatan semula yang terletak bersebelahan Lebuhraya 318 yang menghubungkan negara Tibet dengan jirannya Nepal, Drolkar yang berusia 31 tahun menjual barangan runcit.

Sejak setahun yang lepas, perniagaannya laris kerana wanita ini mampu mendapatkan bekalan pelbagai barangan seperti mi segera, minuman dalam botol serta barangan lain untuk dijual.

Sehinggakan di penghujung bulan bekas petani ini mempunyai lebihan wang walaupun selepas membayar ansuran bulanan bagi pinjaman 30,000 yuan.

"Dengan adanya tren adalah lebih mudah sekarang ini untuk membawa lebih banyak barangan dari luar. Saya mendapat lebih banyak jenis barangan dan yang lebih segar dan juga saya boleh mendapatkannya dengan lebih cepat," kata Drolkar yang pada satu ketika pernah menjual permaidani di Lhasa bersama suaminya sebelum pulang ke kampung halaman yang terletak satu setengah jam perjalanan dengan traktor dari Lhasa.

Di Lhasa, di sebalik pemandangan indah gunung-ganang para pekerja sedang menyiapkan zon pembangunan ekonomi yang pertama di Tibet, iaitu sebuah kawasan seluas 5.46 km persegi yang dibahagikan dua oleh landasan keretapi.

Tren, tren sudah tiba

Tibet kini menyaksikan perubahan pesat sejak perkhidmatan keretapi Qinghai-Tibet diperkenalkan pada 1 Julai tahun lepas, membawa nafas baru kepada kehidupan penduduk tempatan dan ekonomi wilayah autonomi ini yang dikelilingi daratan dan kaya dengan sumber.

Pelajar Qu Zheng Shangmu, seorang rakyat Tibet, belajar di sebuah sekolah tinggi di Chengdu, ibu negara wilayah berjiran Sichuan.

"Sebelum ini, saya terpaksa mengambil penerbangan dari Chengdu. Tetapi sekarang ini saya telah pulang ke Lhasa dua kali menggunakan tren kerana ada diskaun bagi pelajar," kata Qu yang berusia 18 tahun.

Sementara itu Jin Qing Fa, yang berasal daripada keturunan minoriti Hui dari Lanzhou di barat laut wilayah Gangsu, bertugas di sebuah hotel di Lhasa dan bercadang untuk pulang dua kali setahun menggunakan tren itu.

"Kosnya juga adalah separuh, saya hanya perlu membayar 242 yuan sahaja. Saya belum lagi pulang selama satu setengah tahun kerana kos perjalanan sehala adalah 500 yuan dan jika kereta rosak, ia akan memakan masa yang lebih lama bagi saya sampai di rumah," katanya.

Ekonomi meningkat

Tahun lepas Keluaran Dalam Negara Kasar Tibet meningkat lebih 29 bilion yuan dengan kadar pertumbuhan mencapai 12 peratus bagi tahun ke enam berturut-turut dan 2.5 juta pelancong tiba di negara itu yang membawa pulangan 2.77 bilion yuan.

Para pegawai berkata pendapatan perkapita mencapai 10,396 yuan buat pertama kali dengan petani dan pengembala mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak 2,435 yuan.

Pada Mac lepas, Beijing mengumumkan bahawa ia akan melabur lebih daripada 100 bilion yuan (RM45.4 bilion) sehingga 2010 untuk membangunkan Tibet.

Wang itu akan dibelanjakan bagi 180 projek termasuk melanjutkan khidmat keretapi dari Lhasa ke Xigaze, bandar kedua terbesar di Tibet, 250km ke barat daya ibu negara.

Ekoran pembukaan laluan keretapi QinghaiTibet, Tibet kini menikmati khidmat pengangkutan lebih baik.

Landasan keretapi itu telah menawarkan Tibet satu peluang baik untuk mempercepat pembangunan industri pelancongan, kata Qingba Puncog, pengerusi Wilayah Autonomi Tibet.

Depot tren kargo

Tiga puluh kilometer ke barat stesen keretapi Lhasa, terletak Stesen Kargo Lhasa di mana pekerja-pekerja kelihatan memunggah barangan.

Depo itu yang mampu mengendalikan 7.5 juta tan barangan memulakan operasi pada Mac lepas di bawah pimpinan Chen Zhan Ying sebelum khidmat tren penumpang bermula.

Landasan keretapi itu telah membawa perubahan drastik. Ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan ekonomi serta infrastruktur dan pelancongan, kata Chen.

Ia membawa jumlah besar barangan bagi pembinaan dan barangan keperluan harian bagi orang ramai, kata Chen.

Tahun lepas, tren itu membawa masuk 640,000 tan kargo ke Lhasa dan membawa keluar 41,000 tan produk Tibet seperti minyak makanan, air mineral, bir dan produk tenusu.

Zon pembangunan Lhasa

Bilik pameran pengeluar kereta Hyundai, Toyota, Ford dan yang lain didirikan sepanjang jalan menghala ke Kawasan Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Lhasa (LETDA) ke barat Lhasa.

Pengarah LETDA Huang Yutian berkata taman teknologi tinggi itu selain menarik Pelaburan Asing Langsung juga akan mengkhusus dalam pengeluaran ubat-ubatan tradisional.

Buat permulaan, LETDA mempunyai 112 penyewa, kesemuanya perusahaan tempatan dengan pelaburan berjumlah 1.04 bilion.

Pelabur lebih yakin dengan kami kerana mereka boleh melabur di sini dengan lebih mudah dan mereka tidak perlu bimbang akan masalah pengangkutan. Sebelum ini mereka dihalang oleh masalah pengangkutan, katanya.

Satu brosur LETDA menyebut kawasan itu mempunyai potensi pasaran 1.3 bilion orang kerana jiran tetangga Tibet, iaitu Sichuan and Xinjiang di China dan India, Nepal, Bhutan dan Myanmar di sebelah satu lagi. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 02:01 AM | Show all posts
memang class....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 11:20 PM | Show all posts
keretapi tuh sebenarnya dipasang seperti kapal terbang (cermin kedap udara) kalau keretapi biasa dah lama tak leh pakai....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 02:03 AM | Show all posts
bila laaa agak nya nk sampaiii Lhasa niii...... ........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2008 05:06 AM | Show all posts
tgk dokumentari pembinaan landasan ni....mencabar enjineer nya camne nk selesaikan masalah  dgn jenis2 tanah dan udara nipis di tanah tinggi... pekerjanya plak kena buat kerja pakai oksigen tak boleh kerja lama....view mmg tops
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 05:59 AM | Show all posts

huhuhu

up sket... 4 hari naik train ni baru tibe kt lhasa.. harga utk tmpt tido... Rm 600... tp ok la.. jom...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 05:58 PM | Show all posts
Kat www.wenkt.com ada...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 07:59 PM | Show all posts

Reply #14 eastrun's post

tu ko punye web site ke??? ore kube kerian?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.337047 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list