CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: putehh

idea untuk bizz online...idea terlampau x kreatif

[Copy link]
Post time 18-1-2012 03:21 PM | Show all posts
Apa itu dropship?
Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Jika anda ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal, dropship adalah kaedah  yang terbaik. Ini bermakna anda boleh menjual tanpa modal, tanpa resiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stok.

Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!

Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.

Contoh :
Katakan anda jual jubah. Anda jual pada harga RM160 + RM6(pos) = RM166 ( pembeli bayar kpd anda) . Anda hanya perlu bayar kepada kami RM130 ( harga dropship) + RM6(pos) = RM136. Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM30. Itu hanya jika jualan sehelai. Jika jualan anda 5 – 10 helai sebulan. Selain jubah anda juga dapat menjual pelbagai kategori pakaian yang lain seperti blouse, tshirt muslimah, pakaian kanak-kanak dan lain-lain. Anda boleh kira sendiri hasilnya dalam sebulan.



just copy and paste kat sini :- http://www.demiborong.com/dropship/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 03:22 PM | Show all posts
harap semua jelas dan faham yer..klu tak faham jgk just klik kat link ni:- http://www.demiborong.com/dropship/

cos sy pun copy maklumat yg kat atas tu kat sana jgk cos malas nak taip...he3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 03:55 PM | Show all posts
Reply 22# Ajnabi


    Thanx..
aku dh jumpa byk tempt yg lebh jd agen dropship...tqvm..
tp website / blog kene buat sendiri kan..
diorang just bg barang..je kan..
then jual dpt komisen...

hehe...rasa excited nk blk umh buat blog baru..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 04:21 PM | Show all posts
Reply 23# putehh


   a'a....nak senang just upload kat fb jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 04:22 PM | Show all posts
oraite...selamat mencuba...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 09:43 PM | Show all posts
byk risiko buat dropship ni, agen buat jualan, stok supplier tak cukup, cari nahas . dah ramai yg kena dlm bod ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2012 09:47 PM | Show all posts
Reply 26# ctredzuan


   erk...ye ke? terpkir gak psl tu....   tp skali stok xde...pembeli dh x percaya...agent yg terkena....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 11:37 PM | Show all posts
Jual online ni memang banyak saingan..tetapi apa yang penting ialah PROMOTE WEBSITE tu setiap hari dan jangan jemu. Promote la dalam  website iklan yang free, blog2 orang lain, join forum2 dan portal yang banyak dalam internet.

Kena buat promosi bulanan mcm supermarket buat dan buat contest. Labur la sedikit duit dalam RM30-RM50 untuk beli hadiah contest tu. InsyaAllah,traffic blog anda akan meningkat dan secara tak langsung akan ada yang membeli di kedai anda nanti.

JADILAH YANG TERBAIK DARI APA YANG TERBAIK...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2012 10:46 AM | Show all posts
dropship is the best for beginner. pd tuan tanah ai rasa ini paling sesuai dgn situasi awak sekarang... saya dolu2 pun bermula dgn dropship.

tanya pakcik gugel...byk citer pasal dropship. kata nya ada byk masa free kan...apa kata spend 1-2 hari study pasal dropship.  masuk forum2 yg sembang pasal droship.

kalau nak tahu company yg offer droship tu bagus ke tidak....kita beli lah barang dia dulu 1 or 2 item. tgk servis dia, keadaan barang dia, kalau semua ok baru la kita mengoffer kan diri jadi agen dropship dia. so bila org start beli dgn kita.....otomatik kita akan rasa confident utk jual
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 03:23 PM | Show all posts
Reply 27# putehh


   ape yg penting kene sentiasa update stok ngn supplier...and biasa nya pihak suplier sendiri pun akan sediakan database utk senangkan kjer2 cek stok utk agen dropship
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 07:44 PM | Show all posts
jom menabung & tambah pendapatan dgn cara bijak ?!

salam ,
masalah ada duit ? @ masalah tiada duit ??

saya ingin mengajak sesiapa yang masih mencari-cari bagaimana hendak mengembangkan wang yang ada. Supaya dapat menjamin masa depan.
disini ada satu pgram dimana kita mendapat faedah melalui SIMPANAN+INSURAN+MEDICAL+MENAMBAH PENDAPATAN SEDIA ADA!

Sgt berbaloi, hanya RM100!sebulan(Rm 3.33 sehari).

JANGAN RISAU bkn MLM,skim cepat kaya, mendapat kelulusan BNM dan syarikat yg kukuh! ALLIANZ jika berminat untuk lebih lanjut bole call@sms
013-2017062 / pm [email protected] utk details.

TQ
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 12:06 AM | Show all posts
saya pun baru nak berjinak2 dengan bisnes online ni..yg pastinya tak payah pening pikir nak bayar sewa kedai. Tp yg paling penting ialah kena promote kedai online tu banyak2..labur la skit duit untuk iklankan website tu dalam portal2 atau forum2 (iklan berbayar) mcm cari.com.my ni..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038383 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list