CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tasha19

Cinta Ke? (U)

[Copy link]
Post time 6-2-2012 11:02 AM | Show all posts
best tau bercinta lepas kahwin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 06:08 PM | Show all posts
best........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 01:19 AM | Show all posts
Pagi itu merupakan pagi sabtu. Ramai manusia menggunakan kesempatan itu untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Begitu juga Erina dan Shahril, menggunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin.

Usai sarapan bersama, Erina terus melangkah ke biliknya. Ada misi yang perlu diselesaikan. Mulai hari ini dan seterusnya, dia dan suaminya akan berkongsi bilik yang sama. Pagi itu dia mahu mengemaskan segala barang-barang yang akan dipindahkan ke bilik Shahril.

“ Awak buat apa tu sayang? Buzy nye” Shahril bersuara sambil mendekati bilik Erina. Dia memerhatikan saja gelagat Erina ang sedang sibuk memngemas.

“ adelah..sibuk je nak tau..sayang nak kemas baju-baju ni nak pindah masuk bilik kitalah” ujar Erina sambil tersenyum simpul.

“ tulah..dari dulu lagi bile datang rumah ni taknak pindah dalam bilik kita awal-awal..kan dah susah sekarang..nak kemas balik” balas Shahril. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati tubuh isterinya.

“cuppp” satu ciuman singgah di pipi gebu Erina. Shahril tersenyum nakal manakala Erina masih lagi tergamam dengan kelakuan nakal Shahril.

“ nakal lah abang ni..” ujar Erina tersipu-sipu. Nasib baik dalam rumah itu hanya tinggal berdua saja jika tidak pasti malu dengan orang lain.

“ takpelah..kiss isteri sendiri..tak dosa pun..kalau orang lain baru dosa” balas Shahril sambil mengeyitkan matanya.

“ eh?ada hati ke nak cium orang lain?amboiii” Erina mencekak pinggangnya dan mencubit peha  Shahril. Suaminya mengerang kesakitan dan Erina ketawa melihat gelagat suaminya.

Gelak dan tawa mereka terhenti apabila lagu penghujung cintaku oleh Pasha dan Adelia bergema. Lagu itu dijadikan nada dering handphone Shahril kerana lagu itu merupakan lagu kegemaran Erina. Shahril terus mendapatkan telefonnya dan beberapa minit kemudian kembali ke bilik Erina.

“ siapa call bang?” tanya Erina.

“ papa.. mama ajak kita lunch dengan diorang hari ini.. elok juga tu.. dah lama kita tak jenguk diaorang since kita kahwin” jawab Shahril.

Erina hanya mengangguk bersetuju mengiyakan kata-kata suaminya. Dia mempercepatkan kerjanya kerana kurang dari dua jam mereka akan ke rumah mertuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 08:25 AM | Show all posts
kan best bercinta lepas kawen...x yah nak kecover...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 08:40 PM | Show all posts
ala sikitnye...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 01:13 AM | Show all posts
Sampai saja di rumah papa Shahril iaitu En Hafiz, mereka berdua melangkah beriringan masuk ke dalam rumah. Bertemu saja dengan kedua ibubapa dan mertua, mereka bersalaman sesama sendri. Beberapa minit kemudian, mereka mula melangkah ke meja makan untuk menikmati makan tengahari bersama keluarga.

“ Rina takde tanda apa – apa lagi ke? Yelah..Mama rasa dah dekat setengah tahun korang kahwin” soal mama Shahril, Pn Faridah. Matanya tepat dihalakan ke arah anak dan menantunya itu. Mengharapkan jawapan yang akan menggembirakan hatinya.

Shahril dan Erina saling berpandangan dan terkejut dengan pertanyaan sebegitu.

‘Apa nak jawab kat mama ni’ bisik hati Shahril sambil menguis nasi di dalam pinggannya.

“ Ye tak ye kan… Papa pun tak sabar dah nak main ngan cucu” gurau En Hafiz. Sejak dia bersara, tiada apa yang lebih seronok untuk dibuat di rumah melainkan menghabiskan masa yang ada bersama keluarga.

“ Err.. Takde rezeki lagi la papa..nanti adela tu kan sayang” jawab Shahril pendek sambil menoleh ke arah isterinya yang diam sejak tadi.

“ A’ah.. papa mama kalau ada berita gembira jangan risau nanti kitaorang beritahu” balas Erina sambil mencuba untuk senyum. Soalan inilah yang dia mahu elakkan, bukan apa cuma mereka baru sahaja hidup berumah tangga seperti manusia lain.

Sedang mereka menjamu selera, bunyi loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang ke rumah itu. Bibik yang sedang sibuk di dapur segera ke pintu hadapan, menyambut tetamu yang datang.

“Melissa, bila sampai dari Australia? Mimpi apa kamu datang rumah auntie hari ni?” ujar Pn Faridah menyambut kedatangan anak sedaranya. Dia tidak berapa gemar melihat perangai Melissa yang mengada-ngada. Nyaris Shahril punyai pilihan hati, jika tidak akan dijodohkan dengan Melissa.

“ Auntie ni..saja je datang nak jumpa Abang Shah lah.. Mel baru habis belajar last week” balas Melissa sambil mengerling ke arah Shahril. Dia mengharapkan Shahril memandangnya kembali. Dia terperasan seorang perempuan yang agak menawan rupanya duduk di sebelah Shahril, namun dia tidak mengendahkannya.

‘ Kawan dia je kot.. takkan Abang Shah dah lupakan aku’ getus Melissa dalam hati. Selama ini dia seorang saja yang bertepuk sebelah tangan sedangkan Shahril tidak pernah membalas cintanya.

“ Abang Shah..abang sihat tak? Mel rindu sangat dengan abang.. Last kita jumpa pun last year.. lepas ni bolehlah kita dating, Mel dah habis study” Melissa berkata sambil merapati Shahril. Dia cuba memegang tangan Shahril namun Shahril pantas menepis. Dia tidak mahu hanya kerana Melissa hubungan dia dan isterinya terjejas.

“ Abanggg.. kenapa  diam je? Tak suka ke Mel datang?” rengek Melissa. Dia cuba menarik perhatian Shahril namun gagal.

Erina cuma memerhatikan saja gelagat Melissa. Meluat pun ada.

‘Minah ni tak nampak ke aku kat sebelah abang Shah, selamber je nak pegang tangan laki aku’ fikir Erina sendirian.

“ Dia diam sebab isteri dia kat sebelah, kamu ni Mel.. tak malu ke?” celah En Hafiz. Sengaja melaserkan mulut untuk menyedarkan Melissa.

“ Isteri? What? Abang Shah dah kahwin?” Melissa terkejut. Memang dia tidak diberitahu tentang perkahwinan Shahril.

“Saya Erina.. wife Abang Shahril” Erina mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan diri. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam namun tak disambut Melissa.

“ Sampai hati Abang Shah.. Mel cintakan abang.. Mel balik dulu Uncle Auntie” Melissa separuh jerit dan terus bergegas keluar dari rumah itu dan terus pulang.

Mereka sekeluarga berpandangan dan terdiam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2012 10:45 AM | Show all posts
jangan lupa sambung lagi tasha
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 10:46 AM | Show all posts
kalau letak 2 3 entry org kata lagi afdhal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 02:04 PM | Show all posts
alamak dugaan dah datang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 03:28 PM | Show all posts
baru nak manja-manja..... tsunami lak datang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 04:52 PM | Show all posts
Apabila hari hampir malam, Shahril dan Erina meminta diri untuk pulang ke rumah. Di dalam kereta, mereka berdua berdiam diri. Masing-masing melayani perasaan masing-masing. Kadang-kadang Shahril menoleh ke arah isterinya yang sedang mengelamun.

‘Marah ke dia? Cemburu mungkin.. Diam je’ bisik Shahril dalam hati. Sejak kepulangan Melissa, Erina nampak tidak berapa ceria. Apatah lagi ditambah dengan drama air mata Melissa sebentar tadi.

“Sayang…” panggil Shahril. Pandangannya hanya difokuskan di jalan raya.

Tiada jawapan dari Erina.

“Sayang..” panggil Shahril sekali lagi. Kali ini kuat sedikit dari tadi.

“Ya abang?” jawab Erina sambil menoleh. Dia baru tersedar yang dia sudah mengelamun jauh.

“Termenung apa tu?” soal Shahril. Sengaja menduga reaksi Erina.

“Hah? Erm..takde apalah..fikir pasal kerja” bohong Erina. Dalam fikirannya kini dia hanya membayangkan kelakuan Melissa terhadap suaminya. Akan berubahkah hatinya bila
kehadiran cinta lain?

“Pasal kerja ke pasal Mel?” duga Shahril. Dia dapat meneka apa yang difikirkan isterinya.hati perempuan mana yang tidak cemburu apabila melihat perempuan lain cuba mengorat suaminya.

Erina tidak menjawab sebaliknya hanya diam sambil merenung ke luar jendela kereta yang sedang meluncur laju.

“Sayang jealous ye?Don’t worry sayang.. my love is only for you..abang tak pernah sukakan dia” ujar Shahril dengan seriusnya. Tangannya kini mencapai tangan Erina yang berada di riba. Erina tersenyum mendengar pengakuan ikhlas suaminya. Baru kini hatinya lega sedikit apabila mendengar kata-kata itu.

“of course lah sayang jealous..cemburu tandanya sayang kan? I love you too my dear” Erina berkata sambil memandang wajah Shahril yang sedang khusyuk dengan pemanduannya. Dengan perlahan-lahan dia melentokkan kepalanya di bahu Shahril.

Senyuman manis terukir di bibir Shahril apabila melihat tindakan Erina yang manja itu.
Kereta mereka terus meluncur masuk ke perkarangan Villa Indah dimana terletaknya rumah mereka.

p/s:sy cube letak 2 3 n3 ye.. keep reading ya~
thanks pd sume yg ikuti kisah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 01:43 AM | Show all posts
Melissa merenung ke luar jendela. Gambar Shahril yang sudah lama disimpannya ditatap berulang kembali. Sakit hatinya mengenangkan kejadian semalam. Dia mendengus kasar. Hatinya masih tidak rela Shahril yang dianggap miliknya menjadi milik wanita lain.

‘Tak boleh jadi ni..aku tak boleh mengaku kalah..dia tetap akan jadi milik aku’ desis Melissa dalam hati.

Dia memang mencintai Shahril dari dulu lagi sejak zaman sekolah. Namun dia perasan yang Shahril tidak mengendahkan perasaannya itu. Kali ini dia berazam mahu mendapatkan cinta Shahril. Sejak hari itu dia merancang apa yang perlu dilakukan agar dapat menarik perhatian Shahril. Dia tidak peduli apa yang akan berlaku asalkan Shahril miliknya.

Dua bulan berlalu, Erina dan Shahril semakin bahagia. Malah, masing-masing masih tidak percaya bahawa mereka akan hidup bahagia berdua sebagai pasangan suami isteri. Seketika mereka terlupa akan Melissa yang akan menganggu hubungan mereka.

Di pintu bilik, Shahril memerhati Erina yang sedang leka membaca novel cinta ‘Hingga Ke Akhirnya’ sambil bersandar di atas katil. Kadang-kadang isterinya tersenyum-senyum sendirian. Erina yang khusyuk membaca sedikit pun tidak perasan yang dirinya sedang diperhatikan.

‘senyum sorang-sorang, betul ke bini aku ni..maybe lawak lah kot novel tu’ fikir Shahril dalam hati. Tanpa sedar, dia tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Sejak dulu lagi, Erina memang minat membaca novel cinta.

Shahril merapati katil bercadar hijau muda bercorak bunga itu dan kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelah Erina.

“Sayang..best sangat ke novel tu sampai tak sedar abang kat sini?” tanya Shahril memulakan perbualan. Cuba menganggu pembacaan isterinya.

“Laa yeke? Alala..sory abang..kelakar citer ni..tu tak perasan” Erina menoleh ke sebelah lantas menutup novelnya dan meletakkannya di meja bersebelahan katil.

“Abang ada benda nak bagi sayang ni..tutup mata dulu boleh?” pinta Shahril manja. Ada kejutan yang mahu diberikan kepada isterinya.

“baiklah cik abang” ujar Erina seraya menutup matanya. Dia cuba mengagak surprise apa yang suaminya hadiahkan.

Satu ciuman hangat singgah di dahi Erina dan hilai tawa Shahril mula kedengaran.

“tulah suprisenya sayang” Shahril bersuara. Dia ketawa lagi. Erina mencebikkan bibirnya. Pura-pura merajuk.

‘hurmm..ingat surprise apelah..itu hari-hari pun dia bagi’ keluh Erina dalam hati. Namun begitu, dia bahagia bila diperlaku sebegitu. Makin bercambah rasa sayang terhadap suaminya dalam hatinya.

“janganlah marah sayang..Nah..tengok apa dalam tu” Shahril menghulurkan envelope berwarna coklat kepada isterinya.

“Dua tiket untuk pergi Bali?” soal Erina. Dia tidak pasti apa tujuan tiket itu.

“Kita tak pergi honeymoon lagi kan?So, abang dah plan waktu ni time cuti semester..so senang sayang nak apply cuti seminggu” jelas Shahril sambil tersenyum. Sengaja dia memilih Bali Indonesia sebagai lokasi bulan madu mereka kerana Erina memang gemar berjalan di pantai.

“betul ni abang?? Thanks so much abang” ujar Erina dengan nada gembira. Dia begitu teruja kerana bakal menghabiskan masa di pantai bersama orang yang tersayang. Satu kucupan hangat dihadiahkan di pipi Shahril. Segaris senyuman lebar meniti di bibir Erina.

“Jom tidur..abang rasa mengantuk lah malam ni” bisik Shahril ke telinga Erina. Senyuman nakal mula menghiasi wajah Shahril.

“Gatalnye..Jomlah” Erina mencubit manja peha Shahril.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:16 AM | Show all posts
alamak dugaan nak datang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 06:55 PM | Show all posts
entah apa la onar si melissa ni nak buat... dah orang tak nak sudah ler... boleh plak nak paksa2 orang nak kan dia... eeeiii tak malu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 02:08 AM | Show all posts
Waktu yang ditunggu akhirnya tiba. Cuti seminggu untuk ke bali telah diluluskan pihak kolej. Selepas sampai di Bali, mereka terus ke Sun Island Hotel yang telah ditempah awal-awal lagi oleh Shahril untuk percutian mereka ini.

Usai check in, mereka terus masuk ke dalam bilik bagi merehatkan diri sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

“Cantiknya pemandangan pantai tu dari sini” Erina bersuara sebaik saja dia membuka langsir merah dari jendela bilik hotel itu.

“tengoklah siapa yang tempah kita duduk kat hotel ni” ujar Shahril bangga sambil berjalan mendekati Erina.

“Eleh..dah start perasan lah tu..sehari tak perasan tak boleh ke?” usik Erina.

“ Amboi.. cubit pipi tu baru tau” Shahril bersuara membela diri.

“Berani buatlah..dah lah abang..sayang lapar lah..kejap lagi kita turun makan ye lepas tu boleh jalan kat pantai” cadang Erina. Perutnya sudah terasa lapar dan diminta untuk diisi. sejak kebelakangan ini dia cepat merasa lapar.

Selepas aktiviti makan selesai, mereka terus menuju ke pantai. Mereka berjalan beriringan berpimpinan tangan di gigi air. Sesekali mereka berdua bergurau senda dengan mesra di tepi pantai itu.

Shahril mengambil ranting kayu yang terdapat di pantai itu. Kemudian, dia mula mengukir sesuatu di pasir pantai itu. Erina hanya memerhati gelagat Shahril. Perkataan ‘I Love U’ yang besar sudah terlukis di pasir itu. Erina terharu melihat perkataan itu. Tergambar keikhlasan suaminya apabila melihat ukiran itu.

“Abang..thanks terima sayang seadanya..I love you forever”luah Erina sambil membelai lembut pipi suaminya itu.

“No..Abang yang patut berterima kasih kat sayang..terima kasih sebab sudi bagi abang peluang. Actually, abang memang dah cintakan sayang sejak kita mula rapat tapi abang takut nak luahkan..cara pasal syarat tu je yang abang boleh memiliki Sayang” jelas Shahril tentang perasaan yang sebenarnya.

Erina terkedu mendengar penjelasan itu. Sungguh dia tidak menyangka yang Shahril memendam perasaan kepadanya dari dulu lagi. Air matanya tidak dapat ditahan untuk mengalir.

“Kenapa tak dari dulu lagi abang?” soal Erina tunduk. Dia kesal kenapa dia tidak pernah menyedari itu semua.

“Shh..sorry sayang..salah abang..but abang janji takkan pernah lukakan hati sayang” balas Shahril sambil mengesat air mata di pipi Erina. Kemudian dia membiarkan tangannya melingkari pinggang Erina. Waktu sudah hampir senja. Mereka berdua mengambil peluang untuk menikmati pemandangan sunset di pantai itu.

Selama seminggu mereka bermadu kasih di Bali, akhirnya mereka pulang kembali ke Malaysia untuk menyambung kembali rutin seharian mereka.

Setelah sekian lama tak berjumpa, dua sahabat baik ini berjanji untuk makan tengahari bersama. Kebetulan, pejabat Linda dan kolej Erina terletak berdekatan jadi senanglah mereka untuk bertemu.

Erina melangkah masuk ke dalam restoran Sedap Corner yang terletak dihujung jalan itu. Kelihatan Linda sedang khusyuk menatap handphonenya. Dia terus melangkah ke meja itu dan kemudiannya melabuhkan punggungnya di hadapan Linda.

“Lama tunggu?” soal Erina memulakan perbualan.

“Ingat nak balik tadi..asal lambat?” soal Linda yang sudah sepuluh minit menanti kedatangan Erina.

“Ada student nak jumpa tadi..tu yang terlewat..maaf ye kak” Erina memohon maaf. Dia menunjukkan muka yang comel kepada Linda.

“Baby aku dalam perut ni lapar dah tau tunggu kau datang” ujar Linda dalam nada gurau sambil menuding jarinya ke perutnya yang semakin memboyot.

“Baby cute..maafkan auntie ok..Jomlah order..kata lapar dah” Erina berkata sambil tertawa.

Sementara menunggu makanan sampai, Erina menceritakan kisah Melissa yang kadang-kadang menganggu fikirannya. Linda hanya menjadi pendengar yang setia. Jika perlu barulah dia akan memberikan pendapat. Itulah makna sebenar persahabatan.

Selesai bercerita, mereka menjamu selera. Tiba-tiba Erina terasa perutnya senak. Sakit perut datang secara tiba-tiba. Linda yang sedang enak menikati hidangannya perasan muka Erina yang tiba-tiba berubah dan seperti menahan sakit.

“Rin, okay tak ni?kenapa ni?” soal Linda mengambil berat.

“Hurm..tak taulah..sejak dua tiga hari ni perut aku rasa senak je..tak tahu kenapa” balas Erina. Dia juga hairan. Fikirannya mula terbayang-bayang jika dia menghidapi penyakit merbahaya.

“Kau salah makan kot.. cuba pergi klinik..takut melarat pula nanti” nasihat Linda.

Erina hanya mengangguk tanda memahami nasihat Linda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 02:25 AM | Show all posts
boleh tak watak dalam cerita ni

Shahril:


Erina:  

siapa setuju angkt tgn..hee~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 08:29 AM | Show all posts
watak SHAHRIL bg kat SHARNAZ AHMAD x leh ke?...hihihi...
mesti ERINA pregnantkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2012 01:18 AM | Show all posts
Keesokan harinya Erina ke kolej seperti biasa. Hari ini dia hanya ada kuliah pada sesi pagi. Selesai mengajar untuk kuliah yang terakhir, Erina melangkah menuju ke biliknya yang terletak di blok sebelah.

“Aduh” Erina bersuara perlahan apabila terasa perutnya sakit. Dia terduduk sambil memegang perutnya. Buku yang dipegang tercampak ke lantai.

Beberapa orang staf lain meluru ke arahnya untuk cuba membantu.

“Puan Rin..puan okay ke?” soal seorang staf perempuan yang juga melalui kawasan itu. Dia cuba membantu Erina bangun dan duduk di satu bangku yang terdapat berhampiran dengan mereka.

“Err.. okay kot..saya tak apa-apa” ujar Erina sambil melabuhkan punggungnya di bangku coklat itu. Senak di perutnya semakin reda.

“Saya rasa better puan pergi kliniklah..lagipun saya dah nak masuk office ni..ada meeting..maaf tak dapat teman puan” staf itu berkata lagi. Setelah mendapat anggukan dari Erina, dia tersenyum dan terus melangkah pergi.

‘Aduh..kenapa sakit lagi ni?Malam tadi ok je’ getus Erina dalam hati.

Setelah beberapa minit berehat, dia memutuskan untuk ke klinik untuk mengetahui keadaan kesihatannya. Setelah memberitahu keadaanya kepada rakan pensyarah yang lain, dia bergegas ke klinik berdekatan.

Setelah meletakkan kereta di tempat yang sesuai, Melissa terus menuju ke bilik Shahril. Rindu di hatinya untuk berjumpa pujaan hatinya tidak dapat ditahan lagi.

Shahril sibuk meneliti dokumen yang penting untuk dibawa ke mesyuarat esok hari. Sesekali dia menyelak fail-fail yang berada di hadapannya.
Ketukan di pintu menganggu kosentrasinya. Dia membenarkan tetamunya masuk. Matanya masih lagi tidak berganjak dari skrin komputer.

Tanpa rasa segan silu, Melissa terus duduk di hadapan Shahril. Sengaja dia menatap wajah itu tanpa bersuara. Khusyuk sungguh hero pujaannya itu bekerja sehingga tidak perasan kehadirannya.

“Ehh.. Mel rupanya..sorilah Shah buzy sikit..” Shahril bersuara sebaik saja dia menoleh ke arah Melissa.

“Abanggg Shah.. Mel rindu sangat kat abang.. abang teman Mel lunch kejap lagi boleh?” rengek Melissa dengan harapan Shahril akan memenuhi permintaannya.

“No, Shah buzy sangat ni..Mel pergilah sendiri” ujar Shah. Malas dia mahu melayan kehendak Melissa. Dia tidak mahu Erina nampak keadaan mereka berdua sekarang ini. Dia tidak mahu melukai hati isterinya.

“Ala.. abang ni..sekejap pon tak boleh ke..please” rayu Melissa lagi tanpa putus asa. Kali ini dia cuba menyentuh tangan Shahril namun pantas ditepis Shahril.

Hati Erina gembira dan teruja. Berita ini harus dikongsikan bersama suaminya yang tercinta. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia singgah ke pejabat Shahril sebentar. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu hal ini.

Sebelum dia melangkah masuk ke bilik Shahril, dia dapt melihat dari cermin apa yang berlaku di dalam bilik Shahril. Dia ternampak kelibat Melissa dalam bilik suaminya.

“Mel, enough.. I’m married now.. Shah tak boleh keluar dengan Mel lagi..please” Shahril berkata lagi. Kali ini suaranya ditinggikan sehingga Erina dapat mendengarnya dari luar.

Melissa merengus kasar dan terus mencapai handbagnya lalu melangkah keluar. Ketika dia keluar dari bilik itu, dia terperasan Erina di situ. Dia menjeling lalu bergegas keluar.
Shahril agak terkejut dengan kehadiran Erina di situ. Dia berharap agar Erina tidak tersalah faham dengan insiden sebentar tadi.

“Ap..apa Mel buat kat sini abang?” soal Erina. Tidak dapat dinafikan perasaannya mula bergoyah apabila melihat sepupu suaminya itu sebentar tadi.

“Abang pun tak tahu..tiba-tiba je dia datang..rimas abang” jawab Shahril jujur. Dia memang rimas jika berhadapan dengan sepupunya itu.

“Dia rindukan abang kot..sayang balik dululah” Erina terus melangkah pergi. Entah kenapa hatinya begitu sensitif melihat kejadian tadi. Shahril cuba menahan tetapi isterinya terus berlalu pergi.

‘janganlah dia merajuk..ini Melissa punya pasal lah..tapi kenapa sayang aku datang tadi?’ fikir Shahril sendirian. Dia berharap rajuk Erina tidak lama jika tidak, tak tentu hala  hidupnya nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 09:28 AM | Show all posts
org pregnant memang sensitivekan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 08:37 PM | Show all posts
xkan shah biar erina balik g2 je....
kejar la kan??? takut mel tunggu kat bawah je.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.068964 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list