CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: effamie

KANAK-kanak AUTISME (punca,tanda2,pendekatan/cara atasi)

[Copy link]
Post time 28-3-2012 01:06 PM | Show all posts
kalau sesiapa nak hantar sekolah khas sy sarankan hantar anak ke sekolah CADs Enhancement Centre spt anak sy skrg .Sekolah ni bagus dan cikgunya pun bagus.Mereka diberi pendedahan segala segi membaca,menulis,melukis,senaman di gym,solat ,aktiviti luar cth berkebun,etc....tapi kena redha lah dgn yuran dia mahal. lebih kurang RM 750 sebulan.Apa nak buat adalah rezeki utk anak-anak mcm ini.Allah jadikan mereka utk beri kelebihan pd mereka utk kita nanti ibu bapa insyallah.03-20951218.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 01:14 PM | Show all posts
Reply 20# shiro82

boleh hantar tuisyen khas.. shiro kat mana? kat Putrajaya Precint 16, dkt2 Mydin tu ada tuisyen khas utk budak2 autism ni.. nanti lips confirm balik ngan kawan tu.
anak kawan tu, kalau suruh buat homework .. ya allah, dia boleh menangis ter esak2... berjurai2 airmata mcm budak kena pukul. kalau part makan, kalau coklat, dia akan assume warna coklat jer coklat...bagi la coklat kaler2 lain, dia takkan nak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 01:54 PM | Show all posts
ada kawan yg anak nye mcm ni...dah 4 tahun tapi still tak boleh nak sebut perkataan betul2.. sebutan ...
lipsofanangel Post at 26-3-2012 12:33



Lips anak sulung saya umur 4 thn pun perangai mcm ni (lelaki)..dia tak boleh nak sebut betul2..pernah bawak diagnose last year tp specialist kata too early...he looks normal cuma agak lasak..tp compare dgn adik yg umur 3 thn yg adik (perempuan lg petah)
part makan agak cerewet ..makan benda2 yg dia suka je..suka sgt tgk kartoon..

mcm nak bawak pergi assesment lagi..so far dia kenal huruf , numbers, colors, shape ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 02:12 PM | Show all posts
Reply 23# teletubis

kesian kan budak2 macam ni... as mak ayah mmg kena sabar banyak layan mereka..kdg2 nak explain satu2 benda tu susah sangat dia nak faham. kalau sebut skolah jer...bergenang air mata dia...seksa sangat nak suruh sekolah...naik van gi skolah tapi tersedu2.. gi pun main2 jer.. dapat2 kalau hantar skolah biasa...cikgu mana yang sabar nak layan. so as mak ayah mmg kena fokus sikit...dan kena tegas sikit...jgn la layan sangat kehendak dia siang malam nak tgk kartun jer sampai hafal dialog2.


lips paling sayu kalau tgk dia termenung jauh.... dia nak kongsi apa dalam fikiran dia tapi dia gagal cari perkataan utk luahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 03:02 PM | Show all posts
Reply 24# lipsofanangel


   ape punca nya eh kalo anak2 dilahirkan autism?adakah ada kaitan dgn pemakanan waktu hamil @ faktor persekitaran? kalau mcm sy dok kerteh..nak pie specialist pon kne pie KSH kat kuantan..punya la jauh..tapi sy xkesaah ..mmg ada plan nak pie laa..mak mane xrisau.. even though anak sy baru umor 2thn,tapi dr.klinik cnie kate better pie check....masalah besar sy skang ni " husband mcm xamik peduli sgt bende2 nih..ye laaa..dh die yg nak kne bawak...kalo ikutkan sy pie ber-2 je ngan anak sy ke sepital..tapi anak lgi sorang sape nk jage nye..dh la breatfeed lagi..uwargggghhh..tensi to d maxx bile pk..camane nak nasihatkan laki i nihhh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:09 PM | Show all posts
Reply 25# effamie
lips copy paste jer ni

Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).




Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).



Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.



Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).
  * kredit utk http://www.icaziesyira.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2012 03:17 PM | Show all posts
Reply 12# bunga_lestari


masalah kena usik/buli kat sekolah tu satu hal...balik2 rumah jer menangis...bila tanya...dia akan jawab..` boys kacau'anak kawan lips ni girls... masa nak masuk sekolah dulu, mmg risau especially bab2 adab ni kan, dah biasa kat rumah.. bila nak kencing...terus bukak sluar dalam then lari masuk toilet, di buatnyer kat skolah mcm tu, tak ke haru...


dia bawak duit ke sekolah, kalau gi kantin dia akan beli benda sama hari2...air milo... tahap setia dia dgn satu2 benda tu mmg tinggi..takde istilah jemu... baik part makan atau cerita2 yg dia suka tengok...


kelakar la kalau suruh dia tgk kan adik kejap..contoh : adik ada dalam bilik tapi tv kat luar..dia akan duduk kat tengah2 pintu...so dia nampak adik dia dan nampak tv jugak ... langsung tak boleh tinggal tv/laptop.... siang hari mmg jgn harap dia nak tido...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by lipsofanangel at 28-3-2012 15:25

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius
oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan
Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20
orang dalam setiap 10,000 manusia.

Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat
bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan
amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang
sama secara berulang-ulang selama berjam-jam.
Secara tradisional, situasi
ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek,
Autus bererti diri).

Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup
dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anaknya.


Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah
ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah
untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.


Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak
peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya.

Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta
menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk.
Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.

Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk
mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan
muka dalam pertuturan.


Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain
dan hidup dalam dunianya sendiri.

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik
pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar
'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.


Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan
mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalam
kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.

Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka
tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan.

Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak
luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang
sama pada tempat yang sama.

Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya
alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk
dan melonjak-lonjak.

Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai
kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa
berasa bosan.

Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji
gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of sameness
iaitu pengekalan kesamaan.

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu
perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan
mata sendiri atau menggigit kuku.

Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan
ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut
kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.


Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal, mengulang dan tidak menghiraukan
kewujudan orang lain merupakan halangan yang merumitkan proses pembelajaran
mereka.


*yg lips color kan tu ada kat anak kawan lips
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 03:25 PM | Show all posts
kebanyakan tanda anak autistik dapat dikesan sebelum usia
mereka mencecah 3 tahun. Hampir 50 peratus daripada anak autistik mempunyai
IQ (Darjah Kecerdasan) kurang daripada 50, iaitu julat kecacatan akal yang
serius.

Sementara itu, hampir 25 peratus tergolong dalam julat IQ 50 hingga 70
manakala bakinya memperlihatkan purata IQ yang melebihi 70.

Ujian IQ amat berguna untuk menentukan pronogsis anak autistik. Semakin
tingginya skor IQ, semakin kurang sokongan keluarga yang diperlukan.

Untuk mereka yang memperoleh skor IQ yang rendah juga menghadapi masalah
menguasai kebolehan berkomunikasi. Anak sedemikian memerlukan sokongan
sosial dan pendidikan yang jauh lebih banyak apabila dewasa.

Untuk kebanyakan kes, keupayaan menguasai sesuatu bahasa dan skor IQ
merupakan petunjuk ramalan yang boleh dipercayai untuk masa depan anak
autistik.

Punca berlakunya kecelaruan autistik boleh ditinjau daripada perspektif
psikologikal, sosial dan biologikal. Autisme merupakan suatu kecelaruan yang
masih memerlukan banyak penerokaan.

Autisme bukan berpunca daripada suatu faktor sahaja tetapi kombinasi faktor
biologikal dan psikososial untuk melahirkan tingkah laku yang luar biasa.

Pada peringkat permulaan, Kanner (1943) mengatakan autisme berpunca daripada
faktor biologikal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:27 PM | Show all posts
Tidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan autisme
adalah dipelajari. Keadaan anak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikap
dingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku anaknya.

Pada tahun 1967, Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawa
kecelaruan autistik berlaku hasil daripada gaya layanan ibu bapa yang
bercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan anak dan secara
relatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang tinggi.

Bettelheim percaya bahawa tingkah laku anak autistik sama seperti askar
Jerman yang masih hidup di kem ketika Perang Dunia Kedua. Kumpulan askar ini
menunjukkan ciri-ciri autistik seperti tidak prihatin, mengasingkan diri dan
juga kelihatan murung.

Pembaca pasti dapat membayang betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahi
dirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak sedemikian.

Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang lain
telah menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa anak autistik.

Mereka mendapati ibu bapa ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi.
Walaupun memiliki anak-anak autistik, mereka juga melahirkan anak-anak lain
yang normal.

Tahun kebelakangan ini, dimensi biologikal pula lebih diberi keutamaan oleh
para penyelidik dan pusat kesihatan profesional.

Beberapa faktor telah dikaitkan dengan kecelaruan autistik termasuk German
measles, hypsarrhythmia, cytomegalovirus dan kesukaran bersalin. Terdapat
juga bukti yang menunjukkan bahawa autisme disebabkan faktor genetik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:29 PM | Show all posts
Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi komunikasi dan
sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati
kesannya tidak begitu baik.

Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang
komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan
dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik.

Apabila dewasa, anak autistik harus digalakkan mengambil bahagian dalam
intervensi yang melibatkan komuniti. Ibu bapa anak autistik harus menerima
sokongan moral daripada ahli-ahli keluarga dan masyarakat kerana mereka
menghadapi tekanan yang tinggi.

Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap anak autistik,
menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani
kehidupan seperti orang biasa.

Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai anak
autistik. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh
kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.

semua info yg lips paste ditulis :
Oleh Dr. Tam Cai Lian (Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan
Kesihatan Semulajadi Kolej Universiti Sunway)
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:31 PM | Show all posts
http://www.rehal-centre.com

boleh tgk web ni jugak kalau2 boleh membantu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:39 PM | Show all posts
Reply  shiro82

boleh hantar tuisyen khas.. shiro kat mana? kat Putrajaya Precint 16, dkt2 Mydin  ...
lipsofanangel Post at 28-3-2012 13:14



    anak sedara sya pulak mcmni..psal aiskrim..msa tu sya x tau dia autisme..sya belikan dia aiskrim baskin robbins tu tp letak dlm cup..dia x makan aiskrim tu smpai cair jdiknyer..bila tya mama n abahnya diorg jawab "dia just anggap aiskrim ialah yg skali dengan kon.."

msa tu, sya fikir, mgkn thp pemikiran kanak2 mmg mcmtu..so, sya belikan pulak aiskrim kon utk dia, bru dia makan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:44 PM | Show all posts
shiro pun nk share gak pasal anak suami shiro. Anak sulung suami shiro baru2 ni dah start skool dan  ...
shiro82 Post at 28-3-2012 12:46



    so, ni anak tiri awk la ye? erm..tnda2 yg shiro tulis tu, semuanya ada pd anak sedara sya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:49 PM | Show all posts
saya ada anak buah yang berusia 5tahun dan masih belum pandai cakap.. cuma pandai cakap mama, papa, car.. yang ada sebutan a'a dia taula.. tapi lain bila suruh sebut pakcik, nenek ke dia memang tak boleh.. nanti mesti dia sebut perkataan dia..

sekarang sekolah dekat sekolah khas.. sebab dah 5tahun masih belum pandai cakap dan dia punye pemikiran macam pemikiran budak 3tahun.. haritu pergi medical checkup semua.. doktor memang sahkan dia autisme.. kesian sgt.. tapi bila org cakap dia faham.. n pandai berdikari.. nak kencing pandai bukak seluar sendiri, pakai seluar sendiri.. masa umur dia 3tahun lebih mak dia dah bawah pergi cek kt hospital.. jumpa pakar..

dan sampai sekarang umur dia 5tahun masih lagi ada appoinmnt di hospital..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:58 PM | Show all posts
satu info yg berguna lips..terima kasih kerana share..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2012 04:17 PM | Show all posts
tqvm 4 sharing lips.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 04:37 PM | Show all posts
cam Dr.pakar la purple orkid nih..ehhe..
effamie Post at 27-3-2012 15:54



    eh bukanlah...
   kawan2 pun ade anak autisme...kesian tgk..skali ank sendiri ada adhd..
   huhuhuhuhu
  kene kuat semangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 08:57 PM | Show all posts
dlu..sy ada ank murid autisme ni...mak ayah dia plak tak nak tima knyataan yg ank derang ni spesel skit..kat umah siap kena pukul lagi klu budak ni bt hal...
sy suggest derang antar ke skola pndidikn khas..derang tak nak...
so..dia bsekolah biasa dgn murid2 yg normal....
dia ada masalah ptuturn, tak nak join kwn2 lain...xblh fokus...bnyk tido...suka mngacau, mludah, mggigit...kekadang tanpa sedar..hilang dr kelas...
mmg payah jgk mlayan karenahnya...
tp dlm hati sy...ada perasaan syg dgn dia brbeza dgn murid2 yg lain...
kwn2 dlm kelas pn xpernah nak buli or ejek dia, dorang bkawan mcm biasa..malah murid2 lain layan budak ni mcm adik dorang...yg perlu dbimbing....
so...skrng..dia dh pindah skola...tak tau pe citer dh dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 09:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by Suchi at 29-3-2012 09:45
anak saudara saya msa umur 5thn, mak dia (kakak saya) syak dia autisme..kmdn, jmpa pakar kanak2..kmd ...
bunga_lestari Post at 28-3-2012 11:38



   hurm sedih aku,bila budak2 kena ejek ni..mak bapak dorang tak reti ke nak ajar anak2 supaya jgn membuli dan mengejek anak org!! aku agak risau sbb anak aku juga hingga kini umur 3thn lebey xreti membina ayat dan bersembang dgn org lain..dia nampak mcm paham arahan cth kalo aku ckp jangan buat,jgn main dia paham sbb kadang2 dia marah aku blk sbb melarang dia huhu..
dia tahu sebut 1-10 tp ala2 cm org buta huruf maksud aku kalo tunjuk no tu dia xtahu no apa..dia main hentam je sebut.kira dia akan sebut nombor2 tu mcm dlm kereta ke ala2 menghafal gitu.

kdg2 dia tepuk bahu aku sambil sebut ''man/mum/amma pastu dia seolah2 tanya aku tp dlm bhs yg aku sendiri pun xphm huhu

kalo nak air ke apa dia akan hulur botol sambil tolak2 aku suh buh air,dia xpenah minta nasik ke apa kalo lapar cuma aku akn tahu dia lapar bila dia mula mencari mknn kat ats meja..dia pi sepahkan dapur cr balang biskut ke.sbb aku mmg akan sentiasa letak mknn atas meja nnt lapar dia akan pandai2 sendiri pi mkn..sbbnya kalo aku ajak mkn dia xmo jenis dia mkn sikit2 n akan amik sendiri bila dia nak..

dia suka mekap n bergaya sprt model.pastu anak aku ni hantu gadget semua pc,henpon da ipad dia pandai2 senri je tekan nak main.setiap hari pi bukak youtube cr video barney dan barbie.

kalo aku ckp salam mak..dia akan salam aku cium tgn tp ngn org lain dia xnak.

memang xpenah la anak aku ni sembang ngn aku ala2 bebudak kecik lain kan..kdg2 aku jd tensen sgt sbb kawan2 suka banding2kan anak2 dorang cth kwn aku akan tnya..eh anak kau reti tak sebut nak pi mekdi ke,tesco ke apa n memacam la.

aku rasa dia boleh sebut 2-3 perkataan cth..''gi lah'' =pergilah,''anak''=taknak
kalau dia makan aku selalu tanya ''sedap tak?'' pastu dia biasanya akan jwb =ummmh sedapnya..
so aku rasa dia blh ckp tp cuma yg penting2 dan bila perlu.

tp dia kureng bila aku suh amikkan sst brg tu..bila aku tunjuk 'amik tu''..pastu dia ulang sebut tuuuu..tuuu..tp xamik pun brg kadang2 amik brg yg salah kdg tu dia wat bodoh n main menda lain.aku rs tertekan yela kwn2 aku selalu membangga diri ckp anak dorang siap boleh buat memacam lg..walhal nya ade yg umur lebih muda dr anak aku.

ni pun igt nk jumpa patologi pertuturan gak..
anak aku ni dok umh,mmg main sendiri dan jrg bergaul.kalo kuar umh jumpa org ramai mmg dia agak2 malu mula2 dan tkut ngan org..apakah aku kena bg dia sekolah baru dia blh bercakap dgn baik?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.267702 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list