anyway, bila masa kumpulan ini digam?
saya rasa isunya bukan kerana mereka digam. tetapi keran ...
chazey Post at 8-4-2012 02:42
chazey... saya dapat tau dari ramai orang yg kump nih digam. (cerita ni tak kecoh ramai yg tak tau) ntahlah minta maaf kalau saya salah. kump ni juga penah populer suatu masa dahulu di awal kemunculannya. sampai sekarang mereka ada pengikutnya yg tersendiri (ramainya drpd golongan ostat ostazah) mungkin ada yg tak sedar sbb tak lah sepopuler tok t.. lgpon kump ni cuma aktif wat persembahan di luar negara.
jujurnya sangat banyak cerita2 belakang tentang kump ni. org2 yg terlibat dalam mawaddah ni je yg byk tau. sy pernah dengar isu tentang ramai orang luar yg masuk islam lepas dengar pesembahan kump mawaddah ni. tak tau betul ke tak. kdg2 dengar cite drpd kawan2 mcm nk nangis.
*cuba chazey dgr lagu2 nya di utube (taip je mawaddah). mungkin ada sebahagian lagu yg familiar. dan lagu2 nya sungguh menyentuh hati. saya yg urban ni kdg2 menitis juga air mata dengar mungkin disebabkan suara solonya tu yg ada 'sesuatu' bg saya hihi
digam? kerana mereka arqam?
saya tidak ingat mana2 kumpulan nasyid popular di malaysia ini kecuali Rabbani dan Raihan.
jika tidak mampu melepasi tahap populariti mereka, bagi saya mereka belum layak digelar popular lah di bumi Malaysia ini.
btw, ini ka video klip mereka?
maaf lah. tetapi saya tidak minat dengan suara nasyid sendu sebegini walau mesejnya bagus. bagi saya, belum ada kumpulan nasyid yang boleh kalahkan harmoni dan chemisty suara kumpulan Raihan. anyway, mana2 lagu keagamaan pun bisa membuat hati penganut agama tersebut tersentuh saat mendengarnya, apatah lagi lagu yang ada kaitan secara lansung dengan kisah peribadinya. jika ada kapir yang tertarik hendak masuk Islam kerana nyanyian mereka, sesungguhnya kemuliaan itu hanyalah wajar diberikan kepada Dia dan bukannya milik manusia semata-mata kerana hidayah itu pasti datang dariNya, bukan?
jika ada kapir yang tertarik hendak masuk Islam kerana nyanyian mereka, sesungguhnya kemuliaan itu hanyalah wajar diberikan kepada Dia dan bukannya milik manusia semata-mata kerana hidayah itu pasti datang dariNya, bukan
chazey Post at 8-4-2012 04:25
Iya betul tu chazey saya setuju.. saya cuma pk dari sudut yang lain, sedikit sebanyak kump mawaddah ni berjaya membawa dan membantu org ramai untuk mengenali islam kan? dia membantu memperjuangkan agama Allah dan selebihnya itu adalah kuasa tuhan dan usaha org kafir itu sendiri..