CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

Filem hantu yang benar-benar berhantu....

  [Copy link]
 Author| Post time 27-5-2012 10:02 AM | Show all posts
The Omen...filem seram tahun 1976 yg mengisahkan ttg seorg budak yg dipercayai anak Satan..



toksah tengok remake, cer cari balik filem seram klasik terbitan 1976 ini. mmg menyeramkan...ada banyak scene yg disturbing dlm filem ini

Dilakonkan oleh Gregory Peck,



semasa dlm penerbangan ke England utk penggambaran, kapal terbang pakcik ni dipanah petir. dalam penerbangan yg lain jugak, kapal terbang yg dinaiki penulis skrip filem ini turut dipanah petir. pakcik gregory jugak penah membatalkan satu penerbangan, rupa-rupanya kapal terbang yg dinaiki oleh die tu terhempas la plak...

pada hari pertama penggambaran, seorang krew mengalami kemalangan kereta. seorg warden zoo yg bertanggungjawab menyelia scene haiwan mengamuk di zoo pada keesokannya mati akibat diserang singa. Anjing Rottweiler yg diupah menjadi anjing keluarga Thorn tiba-tiba menyerang penjaganya sendiri.

Pete Postlethwaite yg memegang watak Father Brenna filem ini


kehilangan abangnye semasa penggambaran. beliau pernah menceritakan semasa abangnye masih hidup abangnye bermain satu permainan kad (tak pasti kad game ape) n abangnye dpt 3 kad bernombor 6 (666, the satanic number ikut kepercayaan org kristian).

wallahualam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 11:11 AM | Show all posts
filem diantara kategori kurang seram bg aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:32 AM | Show all posts
Reply 10# kukukatablog


   betol tu... tp sygnye cte dy tgantung cmtu je. npe la khabir bhatia xnak smbung. last2 mak dia pi balik kan kt kubur tu bace balik mantera.. cett..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 06:07 PM | Show all posts
Reply 21# annehuda

citer feveret ni...Omen 1,2,3...kecik2 tgk kat tv2 masa tu...dah besar cari lagi, kasi repeat.....dia punya music....perghhhh.... meremang bulu roma
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 06:19 PM | Show all posts
penah baca kt mane ntah, sorg mat saleh ada wat kajian ttg poltergeist ni. katanye 'hantu poltergeist' ni sebenarnye datangnya drpd energy yg terpendam dalam golongan remaja. kiranya cam nk memberontak tp xbole nak luah. mcm ada satu family ni ada 2 org remaja kt rumah, setiap kali 2 ketul ni ada kt rumah mesti pinggan terbang, barang pecah, dorg ni jd sewel, tp bila dak dua ketul ni xd kt umah benda2 tu xjadi.

tp kt umah aku, alhamdulillah setakat ni xd plak jadi camtu wpun aku ni pemberontak dalam diam terulung. nasib baik mungkin sbb da xremaja

anyway, nice thread TT!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 08:10 PM | Show all posts
The evil dead pun seram. Aku rasa tu lg seram dri exorcist. Tapi sequel dia dh jd mcm citer kartun - army of darkness
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2012 08:44 PM | Show all posts
Drew Barrymore bukan ke sepatutnya bawak watak budak pompuan yang kecik tu.. nasib baik dia tolak..kalo tak entah2 dia pn turut terkena sumpahan cite Poltergeist tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 08:51 PM | Show all posts
cerita yang paling seram bagi aku cerita Chucky. Cerita pasal anak patung yang membunuh. Sampai sekarang aku rasa tak pernah lagi tengok filem seseram tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 08:54 PM | Show all posts
mmg best la cite the exorcist..tringat time paderi dtg..n rawat..semua suara kluar knalkn diri..klo x silap die d sebut lucifer kn? (betulkn kalau salah)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 08:54 PM | Show all posts
emily rose....pita rakaman tu orang kata real....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 08:56 PM | Show all posts
mmg best la cite the exorcist..tringat time paderi dtg..n rawat..semua suara kluar knalkn diri..klo x silap die d sebut lucifer kn? (betulkn kalau salah)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 08:56 PM | Show all posts
mmg best la cite the exorcist..tringat time paderi dtg..n rawat..semua suara kluar knalkn diri..klo x silap die d sebut lucifer kn? (betulkn kalau salah)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 09:04 PM | Show all posts
tumpang tanya...sebelum aku melangkah lebih lanjut......

cerita ni cerita seram kan? atau cerita hantu? (sori beb, aku malas baca panjang2). worth it tak nak beli DVD? aku jenis malas nak donlod. ingat nak beli je..based on review 1st page kedengarannya macam best je
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 09:33 PM | Show all posts
Reply 33# ren0_0


    sgt2 berbaloi..tgk sorg2 bru trasa sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 09:43 PM | Show all posts
filem the devil inside yg baru kuar tahun ni pun pd aku boleh tahan seram walaupun review bnyk kutuk2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 09:47 PM | Show all posts
Reply 34# kegimaru


maksudnya cerita yang mula2 sekali kan? ok aku memang suka layan cerita hantu/ seram ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 09:50 PM | Show all posts
Reply 36# ren0_0


    poltergeist tu best, exorcist tu lg best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 09:51 PM | Show all posts
Superman....the Man of Steel. Sape yg tak kenal beliau kan....? lelaki gagah berbaju biru n berspender merah...

oopss Superman bukan cerita hantu...tetapi menurut urban legend Hollywood, Superman telah disumpah oleh pencipta asalnye pada 1938, iaitu sepasang remaja Jerry Siegel and Joe Shuster. Mereka telah menjual hakcipta karya mereka kpd DC Comic hanya $130 pada waktu itu tetapi mereka masih bekerja di situ. Malang sekali, ibarat kacang lupakan kulit DC Comic langsung tidak memberi apa-apa royalti yg lumayan kepada pencipta asal Superman, padahal Superman ni nilainya mencecah billion dollar sekarang....Walaubagaimanapun....pada tahun 1970an, setelah dibawa ke mahkamah barulah mereka diberi pampasan oleh DC Comics dan barulah nama mereka diiktiraf sebagai pencipta asal Superman....

George Reeves, walaupun bukan mangsa sumpahan pertama Superman

ssetelah membawa watak Superman dalam filem Superman and the Mole Man dan kemudiannye dalam TV Series The Adventures of Superman dengan jayanya, pada suatu malam beberapa hari sebelum hari perkahwinan beliau ditemui mati dengan tembakan di kepalanya. Tidak dapat dipastikan adakah beliau mati dibunuh atau bunuh diri, sebab pada pistol yg menjadi senjata kematian beliau tidak ditemui sebarang cap jari pun. ada yg cakap beliau bunuh diri sebab tertekan tak ada offer berlakon ada yg speku beliau mati dibunuh sebab pada waktu itu beliau tengah ada affair dengan org kenamaan.

Christopher Reeve...Superman yg paling dikenali
   

The Man of Steel ini pada 1995 terjatuh dari kuda yg menyebabkan beliau lumpuh dari leher ke kaki dan pada tahun 2004, beliau akhirnya meninggal dunia. 2 tahun kemudian, isteri beliau juga meninggal dunia akibat kanser paru-paru. yg menghairankan ramai pihak, isteri beliau bukan perokok.

Richard Pryor yg memegang watak jahat dlm Superman III

rumahtangganya hancur akibat bermain cinta dengan co star superman Margot Kidder dan beberapa tahun selepas itu, beliau disahkan menghidap multiple sclerosis. Akhirnya meninggal dunia pada 2005 akibat serangan jantung. Bekas isteri beliau yg menjaga beliau semasa beliau sakit percaya yg Superman mmg kene sumpah, dan pihak produksi patut panggil bomoh utk menghapuskan sumpahan tersebut.


Margot Kidder yg memegang watak heroin Superman Lois Lane


makcik ni masih hidup lagi tp pada 1996 makcik ni dilaporkan hilang. apabila ditemui semula makcik ni kehilangan gigi, rambutnya dicukur dan beliau langsung tak boleh nk ingat ape yg berlaku semasa beliau hilang. Makcik ni juga penah mengalami kemalangan kereta yg hampir meragut nyawanya bila kereta die terlanggar tiang elektrik tp beliau langsung tak percaya dengan sumpahan superman.

Marlon Brando yg berlakon sebagai bapak superman Jor-El


beliau turut berlakon dalam filem Godfather tp malang sekali kehidupannya tidaklah seindah yg disangkakan.. kesemua anak-anak beliau mati dengan tragis sekali. anak perempuannya mati bunuh diri setelah anak lelakinye membunuh teman lelakinya. anak lelakinye dipenjarakan dan akibat drpd peristiwa itu kehidupannya tidak terurus sampailah beliau menjadi obes. pada 2005 beliau meninggal dunia dan akhir hayatnye beliau hanya mampu berkerusi roda...

Lee Quigley yg memegang watak Superman semasa bayi pun tidak terlepas dr sumpahan ini

beliau meninggal dunia semasa berumur 14thn akibat terhidu bahan berbahaya....

mesti ramai yg tertanya eh ngape pelakon lain yg bawak watak superman mcm dean cain, brandon routh, teri hatcher, tom welling tak kene sumpahan pun? dikatakan sumpahan ini telahpun berakhir apabila pencipta asal superman meninggal dunia pada 1992 dan 1996. Wallahualam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 09:53 PM | Show all posts
Omen, excorcist, poltergeist ngan evil dead mmg movie seremm yg beh tahun 70-80's
Pd ak movie gini biasanya yg 1st best
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 09:56 PM | Show all posts
Reply 37# kegimaru


malangnya the exorcist bagi aku so-so aje. seram suam2 kuku. tapi takpe...aku nak try melayan poltergeist lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054494 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list