Ayat cliche, sibukkan diri, cari kawan baru, dekatkan diri pd Allah..
But, hanya awk jeyg blh tolong diri sendiri. If berbagai or berjuta cadangan yg poremer bg kt sini pon, if awk sendiri tak take the initiatives, tak guna gak..
Mcm in my case, ex bf dumped me sbb dia dh jumpa someone else. I meroyan sorg2. Mcm dh tak pedoman hidup. Until one day, i duduk diam2 and pikir until when i nk jd cmni. So make new friend online. Chatting. And etc.. I keep smilling sebab i do believe someone will love to see me smiling.
And i bertuah sbb i ada kawan2 and family yg keep on bg support kt i utk move on. They said to me,
" u cry bcoz u hurt so much, but u hurt us so much by seeing u crying.. U said u cant live without him, but there are still lots of people who cant live without u.. U miss him lots, but we missed u deeply. "
Statements tu yg membuatkan sy bangkit dan kembali senyum. Sebab i set my mind, sy tak nak org lain turut merasai apa yg rasai.. I take step by step to move on.. And yes, it takes lots of kesabaran dan masa.
Tapi, setiap yg jadi tu ada hikmah. Sesudah hujan, pasti kan muncul mentari / pelangi..
insyaALLAH, sekarang sedang berusaha untuk pulihkan semangat... moga ALLA bg kekuatan utk saya..terima kasih semua atas komen2 yg diberikan...hanya ALLAH saja yang dpt membalasa jasa korg...hati ni kuat selepas baca komen korang ni..terima kasih...
memang situasi kita sama je..saya dlu pon meroyan smpai 3 4 bulan jugak laaa..sbb mmg xdpt trima...tp apa boleh saya katakan kat sini, sume tu mmg slh saya...so, skang saya terima la balasan nya...sbb luka kan hati si dia... xpela..lepas ni saya hanya mmpu kirimkan doa agar dia akan berbahagia dengan 'future wife' dia...sy gembira utk itu...tp ade jugak la rs kecewa... hurm... lepas ni saya akan cuba lupakan di... lupakan segala2 nya tentang dia...walau kadang2 terbayang2 juga kenangan ngan dia...saya cuba kuatkan semangat...sy kna bangun..terima kasih sgt2...
memang situasi kita sama je..saya dlu pon meroya ...
mawarayu Post at 29-5-2012 16:14
one thing yg i learn lah kan... jangan cuba berusaha utk lupakan all the memories, sebab makin kiota cuba utk lupakan semua menda tu, makin kita akan teringat.. so buat bodoh je je..
to be honest, sampai skang pon, i still teringat all the good memories we used to had together.. tapi, nak buat camne.. if teringat tu, cepat2 istighfar sebelum terus hanyut dengan perasaan sendiri and cari something else yg blh alihkan pemikiran kita tu..
btw, aku rasa dia memang dh lama nk break dgn ko, just tunggu ko ckp nak putuuuus je. pastu dia hooray hooray..dia xnak la mintak putus, kang ko meroyan lak plus dok salahkan dia seumur hidup..
sbb apa aku ckp camtu? baru je putus dgn ko, ko nye sedih meratap, meraung blm abeh, dia dh berbahagia, siap gembira2 nak kawen bagai? hehe. . sah la ko ni org pertama or kedua atau ketiga. sorry ko x menjadi pilihan dia.
saya pun nak bagi pendapat kat TT.sebenarnya memang susah nak lupakan orang yang pernah muncul dalam hidup kita yang sekarang dah pun jadi milik orang.but u can forget him.trust me dear.pasti ada sebab kenapa semua ni berlaku.kadang-kadang orang cakap lah apa pun,kita tetap tak boleh lupa,cuma masa yang akan buat awak happy semula. ingatlah, dia bukan dengan awak sebab dia terbaik untuk bakal isteri dia,dan akan ada orang lain yang terbaik untuk awak.banyak-banyakkan berdoa.jangan anggap tak dapat dia,dunia dah berakhir.sentiasa cakap dalam diri,yang awak pasti akan temui seseorang yang lebih baik dari dia.....jangan sandarkan kebahagian awak semata-mata kerana dia ada dalam hidup awak sebelum ni,hidup ni bukan semuanya berkenaan orang lain,hidup ini berkenaan diri sendiri.kita boleh hidup tenang,gembira,walaupun tanpa dia.jangan sia-siakan kehidupan dan hidup kita yang gembira ni hanya sebab lelaki itu.sekian
Putus cinta memang sakit dan takde ape yang boleh sembuhkan kesakitan tu melainkan kalau kita busykan diri dengan Allah. Busykan diri dengan dunia (kawan2, hobi, etc) boleh legakan kesakitan tapi bukan penyembuh sebab penawarnya cuma ada pada Allah. Kalau nak gembira, carilah Allah. Nak hilangkan duka, carilah Allah. Senang cerita, dalam semua hal, kembali pada Allah. Kan Allah Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati.
Lepas solat fardu tu, ringan2lah berzikir. Beratkan mulut dengan zikir, bukan dengan sebut nama dia. Time tengah keje ke, kemas rumah ke, sambil2 tu zikir dalam hati pulak. Biar hati ingat Allah, bukan ingat dia. Time nak tido pun zikir jugak. Biar perkara terakhir yang ada dalam conscious mind kita ni ialah Allah, bukan ex-bf tu. Lama2 lupalah nanti. It takes time tapi tak mustahil.
Hidup ni bukan dia seorang je lelaki yang wujud. Berjuta-juta lemon lagi lelaki kat luar tu. Entah2 suami kita yang sebenar yang telah Allah tetapkan ada je dekat dengan kita, tengah mencari-cari juga siapalah bakal isteri yang boleh menenangkan jiwanya tu. So buat apa kita nak bersedih dengan seorang lelaki yang pernah mengisi jiwa kita sedangkan kita tak sure pun adakah dia suami yang Allah dah takdirkan untuk kita? Walaupun kita kata die dah kenal kita luar dalam, tapi tak sure pun dia yang terbaik kan? So dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah Dia hilangkan semua kesakitan dan kesedihan TT nanti.
insyaALLAH, sekarang sedang berusaha untuk pulihkan semangat... moga ALLA bg k ...
mawarayu Post at 29-5-2012 02:11 AM
kalau u sedih its normal,
me masa putus cinta pertama dulu siap rasa dunia gelap lagi
punyalah patah hati, banyak tahun me single ingat
bf tu kembali, then dah bosan menunggu, me terjumpa cinta baru lagi menarik dan
lebih hansem terus me kata nasib baik me tak da jodoh dengan balak
lama, kalau tidak tak merasa me kehidupan apa me ada hari ini..
moral my cerita, hidup ni perjalanan dia panjang lagi,
kisah u lepas ini mungkin lagi menarik bandingkan kisah u dengan ex bf tu..
terima kasih besties....sekarang saya memang cuba dekatkan diri dengan yang maha KUASA...DIA dh tentukan semua ni..saya kena redha..bukan terus menerus menangisi apa yang telah terjadi...saya tahu semua yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya....saya hanya mampu berdoa semoga dia akan berbahagia di sana dan suatu hari nanti hati nya dibukakan oleh ALLAH untuk memaafkan segala salah dan silap saya terhadapnya...dengar cerita dia akan berkahwin xlama lagi, saya seharusnya bersyukur kerana dia telah ditemukan dengan orang yang terbaik untuk dirinya...saya seharusnya tumpang gembira dan saya akan mendoakan kebahagiaan dia dan future wife dia kat sana...saya juga harap dia xakan buang saya dan ingat kenangan kami sampai bila.bilaa...sebagai manusia, rasa sayang dan kasih pada dia tetap ada kerana saya kenal dia macam mana, sepanjang kami bersama pun dia boleh terima baik dan buruk saya...selalu buat hidup saya ceria dan gembira...terima kasih...awak, saya tetap doakan yang terbaik untuk awak..semoga ALLAH merahmati jidup awak...dunia dan akhirat..amin....
terima kasih..ye Ingat ALLAH selalu..itu yang paling baik daripada terus ingat kan si dia... semoga saya beroleh kekuatan untuk menempuh liku-liku hidup ini...amin..ALLAH ada dengan saya...yee..saya kena kuat....
hurm... tak tahu nak cakap macam mana lagi...xpe laa..yang berlalu biakan je berlalu..hidup mesti diteruskan..hehehe..terima kasih k... saya cuba untuk bangun...
amin..mudah-mudahan hidup saya akan lebih baik selepas ini...mungkin dh tersurat yang ex saya tu bukan yang terbaik untuk saya dan saya bukan lah yang terbaik untuk dia...saya akan usaha untuk lupa kan semua ini..terima kasih k...