|
Misteri doa haikal dan surah-surah lain, betulkah amalan si penuntut ilmu hitam?
[Copy link]
|
|
Amalan khusus melazimkan membaca surah tertentu adalah hasil karya ulama dahulu dahulu yang belajar dan menyelidiki dan menguji sejauh mana mukjizat yang dikandung al Qur'an, menurut sabda sabda dan keterangan Nabi Muhammad saw.
Semua kitab yang mereka karang adalah dalam bahasa arab.
Sebelum mereka menulis , mereka menuntut dan mempelajari dalam waktu masa yang panjang dan kemudian melakukan ujian dan percubaan pastu barulah ditulis supaya dapat di manafaatkan oleh orang yang terkemudian.
Manusia mempunyai ilmu dan mendapat hikmat adalah kerana kurnia Allah swt dari sebab ketekunan dan keyakinan mereka kepada Allah Ta'ala.
Ianya bukan hadis yang kita boleh kaitkan dengan bida'ah.
Apabila sesuatu amalan yang menggunakan doa doa dan dari kalam Allah swt di dawamkan dan ternyata berhasil apakah perkara baik sebegitu tidak boleh di kongsi bersama?
Autentiknya adalah dari diri pengamal tersebut. Sesungguhnya kekuatan dan kelemahan iman nya hanya dia saja yang boleh mengenderai nya.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah berubat dulu dan perawat tu bagi aku doa Haikal(yg dh difotostat) ni suruh simpan dalam kocek bawak ke mne2 je aku pergi..
utk hindarkan jin dan syaitan katenye,Wallahualam..tapi aku xbawakpon,kertasnye pon dh hilang..
bukan niat nk perlekehkan,tapi aku terpikir xkan aku nk bergantung dgn kertas tu?
buatnye kertas tu hilang habislah aku kena kerumun dgn jin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mengundang jin sebab membaca tu bukan bertujuan untuk mendinding ke apa, tapi untuk tujuan memud ...
hantukiller Post at 26-6-2012 11:48
wak, apa surah yg sesuai kita baca utk org yg tgh nazak? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itu mana sama orang jahil membaca Bismillah dengan para Rasul dan wali. Padahal ayat yang sama, cuma para Rasul dan para wali tersangat redha hatinya kepada Allah swt.
Bagi orang yang jahil, menaruh harapan agar dirinya tergolong para mukmin.
Boleh di amalkan jika MAMPU. Boleh di amalkan jika sesuai menambah amalan. Boleh di amalkan jika niat berkahnya untuk orang banyak, bukan untuk diri sendiri saja. Bahkan Imam Al Ghazali berkata, doa yang paling baik ialah mendoakan orang lain.
Berdoalah. Ia senjata para mukmin. Agar semua orang mendapat berkat dan petunjuk dari Allah swt.
p/s, orang nak mencuri pon boleh terbatal niatnya dan mendapat hidayah kerana di kawasan itu ada insan yang mengamalkan doa untuk orang banyak. Allah swt Maha Mengetahui. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by darlingangel at 27-6-2012 02:34
saya bukan lah pandai, menjadi pakar jauhlah sekali... tapi saya ada sedikit pendapat untuk dikongsi dalam thread ni..
Doa Haikal, kalau dilihat secara teliti, ia merupakan doa yang dihimpun daripada Ayat-Ayat Al-Quran seperti berikut:
1) Haikal Awal – Ayat Kursi (Ayat 255 Surah Al-Baqarah)
2) Haikal Kedua – Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra’
3) Haikal Ketiga – Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
4) Haikal Keempat – Ayat 81-85 Surah Al-Isra’
5) Haikal Kelima – Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
6) Haikal Keenam - Ayat 1-4 Surah Al-Jin
7) Haikal Ketujuh -Ayat 51-52 Surah Al-Qalam.
Saya pun pernah membaca fadhilat yang diterangkan dalam Kitab Majmuk Syarif tu... benar, kalau kita membaca fadhilat dari permukaan tanpa memahaminya, kita akan rasa cuak juga..
Tapi menurut pemahaman saya... (kalau salah tolonglah tegur, ya, demi kebaikan bersama) yang kisah pencuri dalam Majmuk Syarif tu, kalau dibaca dalam kitab tu, orang tu dia terkena tohmah mencuri. Means dia ditohmah, bukan dia betul-betul mencuri. Pada fahaman saya, dengan doa-doa haikal yang dihafaz olehnya, diturunkan pertolongan Allah, dan terlepas dari hukuman.. Maksudnya, orang tu hanya ditohmah sedangkan dia tidak melakukannya... jadi jika kita fikir, kalau dia berdoa kepada Allah, dan dia teraniaya, bukankah Allah mengabulkan doa mereka yang teraniaya.. tapi dengan syarat benar-benar teraniaya.
Antara fadhilat Doa Haikal ni lagi, boleh membantu mengelakkan gangguan sihir. Jadi saya rasa tak tepat langsung kalau dikatakan doa ni dijadikan amalan pengamal ilmu hitam. Sebab dalam Doa ni ada :
1) Ayat Kursi – Erti (Ayat 255, Surah Al-Baqarah)
Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Yang tidak mengantuk, lagi tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa’at di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
2) Erti Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulnya. Mereka berkata : “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
3) Erti Ayat 81-85 Surah Al-Isra’
81. Dan katakanlah : “Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
82. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.
83. Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri; dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.
84. Katakanlah: “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah di antara kamu yang lebih betul jalannya”.
85. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.
4) Erti Ayat 1-4 Surah Al-Jin
Katakanlah (wahai Muhammad) “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya : satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!”
Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
Dan bahawa sesungguhnya tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
Dan bahawa sesungguhnya ketua yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran.
Kalau kita hayati makna-makna Ayat-Ayat Al-Quran yang tersebut, nampak sangat ayat tu menentang segala yang batil... tambah lagi ada Ayatul Qursi (Ayat 255 Surah Al-Baqarah) dan dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah... Bukankah syaitan tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya dibaca Surah Al-Baqarah?
Tentang Ayat-Ayat Surah Al-Jin, pada fahaman saya itu merupakan pernyataan mengenai pengakuan golongan Jin terhadap kebesaran Allah, dan beriman dengan Al-Quran dan tidak akan mempersekutukan Allah. Maksudnya, Jin juga makhluk Allah, diciptakan oleh Allah dan para Jin mengaku kebesaran dan keagungan Allah. Saya rasa sebab tu kalau ada gangguan dari jin yang jahat, maka ayat-ayat surah ni akan dibacakan sebagai REMINDER kepada golongan jin tersebut...
Dan kalau kita baca lebih lanjut sedikit Ayat 6 Surah Al-Jin:
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Al-Jinn 72:6) |
Di sini, jelas kan, surah ni memang dah nyatakan... perbuatan tu salah.
Ringkasnya, saya rasa kita memang sangat dianjurkan berdoa dengan menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran...tapi kita juga perlu melengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu agama. Memang kita tak boleh simply judge orang lain sebagai kafir... itu memanglah amat benar.
Pendapat saya, tiada salahnya berdoa dan amalkan Doa Haikal ni, kerana semuanya ayat-ayat Al-Quran yang sangat baik maknanya dan berbagai fadhilatnya. Cuma jangan la minta bukan-bukan. Misalnya kalau malas berusaha, baca saja doa ni untuk selesaikan hutang, takkan begitu pulak kan. Kenalah ada usaha yang kuat, dan diiringi doa.. dah berusaha , perlu doa dan tawakkal.. barulah seiring dengan ajaran Islam.. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Niat kita mesti betul, kita baca doa ni, mohon pada Allah. Ayat-Ayat Al-Quran yang terkandung dalam doa ni pun dijadikan oleh Allah. Jadi pergantungan dan pengharapan kita hanyalah pada Allah semata-mata. Niat kita mesti baik.. mohon perlindungan dengan Allah, mohon rezeki, mohon zuriat dan keturunan, mohon Allah bantu kita perbaiki diri dan amalan...insya Allah niat baik Allah kabulkan.
Amalan wajib memanglah wajib kita buat... sebagaimana dinyatakan dalam rukun Islam. Juga kita pelihara Aqidah dan Iman menurut landasan yang ditetapkan dalam rukun Iman.
Selain itu, tak salah malah sangat dianjurkan kita berdoa kepada Allah... ada juga doa lain seperti Doa Kanzal 'Arasy dan Doa Akashah. Pun sangat-sangat baik... especially kalau kita nak mohon pengampunan daripada Allah. Kalau kita nak mohon kurniaan Allah, kita perlu mohon pengampunan lebih dahulu, kerana ditakuti kalau-kalau dosa-dosa kita jadi penghalang doa kita dikabulkan.
Jadi, saya rasa boleh saja amalkan doa ni, asalkan niat kita betul dan baik...dan hanya meminta kepada Allah saja. After all, Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Allah. Allah saja yang Maha Berkuasa mendatangkan kebaikan atau keburukan pada seseorang.
Kalau salah, jangan teragak-agak tegur saya, ya kawan-kawan.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# misslivina
saya tumpang kongsi juga, saya ada terbaca, dua surah yang baik dibacakan pada orang yang tengah nazak ialah Surah Yaasin dan Surah Al-Waqiah...
Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
dari blog ni:
http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/04/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-waqiah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wak, apa surah yg sesuai kita baca utk org yg tgh nazak?
misslivina Post at 26-6-2012 23:22 aku manalah boleh mengajar, kang kene tangkap susah!
Kalau jumpa kes sila call jek, sebab tak semestinya surah yg sama pada setiap individu.... yg penting sekali pastikan orang yg nazak tu dah free jin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# hantukiller
yang hidup pun nak free jin....ada jin ke tak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi satu je ar yg aku perhatikan... kebanyakan daripada kita zaman skang ni, hafal mcm2 surah, tapi pengisiannya (maksud @ tafsir) langsung satu hapa pun kita tak tau... Aku bukan nak kata org, aku sendiri pun mcm tu... Setakat hafal n paham tafsir surah Al-Fatihah je... huhuhu, so kesimpulannya eloklah kita fahami maksud setiap doa yg kita nak amalkan tu agar kita tahu bila masa dan ketika yg sesuai utk kita baca @ amalkan doa2 tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
Doa Haikal ni kalau di Timur Tengah setakat jumpaan saya ramai penganut Syiah yang amal doa ini. Geng "janggut panjang" tak jumpa pula kecuali geng tarikat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 24# rdzaccess
hahahahahahahahaaa terbaekkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# darlingangel
ha ... jawapan yang panjang tapi tak banyak copy paste ...coffe mate je...
macam ni baru betul... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 30# budakgraphic
kita pun setuju ngan awak juga, samada doa maupun bacaan dalam solat, kalau kita boleh faham maknanya, lebih tambah khusyuk kita dalam berdoa... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita hayati makna-makna Ayat-Ayat Al-Quran yang tersebut, nampak sangat ayat tu menentang segala yang batil... tambah lagi ada Ayatul Qursi (Ayat 255 Surah Al-Baqarah) dan dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah... Bukankah syaitan tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya dibaca Surah Al-Baqarah?
Tentang Ayat-Ayat Surah Al-Jin, pada fahaman saya itu merupakan pernyataan mengenai pengakuan golongan Jin terhadap kebesaran Allah, dan beriman dengan Al-Quran dan tidak akan mempersekutukan Allah. Maksudnya, Jin juga makhluk Allah, diciptakan oleh Allah dan para Jin mengaku kebesaran dan keagungan Allah. Saya rasa sebab tu kalau ada gangguan dari jin yang jahat, maka ayat-ayat surah ni akan dibacakan sebagai REMINDER kepada golongan jin tersebut...
Dan kalau kita baca lebih lanjut sedikit Ayat 6 Surah Al-Jin:
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Al-Jinn 72:6) |
Di sini, jelas kan, surah ni memang dah nyatakan... perbuatan tu salah.
Ringkasnya, saya rasa kita memang sangat dianjurkan berdoa dengan menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran...tapi kita juga perlu melengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu agama. Memang kita tak boleh simply judge orang lain sebagai kafir... itu memanglah amat benar.
Pendapat saya, tiada salahnya berdoa dan amalkan Doa Haikal ni, kerana semuanya ayat-ayat Al-Quran yang sangat baik maknanya dan berbagai fadhilatnya. Cuma jangan la minta bukan-bukan. Misalnya kalau malas berusaha, baca saja doa ni untuk selesaikan hutang, takkan begitu pulak kan. Kenalah ada usaha yang kuat, dan diiringi doa.. dah berusaha , perlu doa dan tawakkal.. barulah seiring dengan ajaran Islam.. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Niat kita mesti betul, kita baca doa ni, mohon pada Allah. Ayat-Ayat Al-Quran yang terkandung dalam doa ni pun dijadikan oleh Allah. Jadi pergantungan dan pengharapan kita hanyalah pada Allah semata-mata. Niat kita mesti baik.. mohon perlindungan dengan Allah, mohon rezeki, mohon zuriat dan keturunan, mohon Allah bantu kita perbaiki diri dan amalan...insya Allah niat baik Allah kabulkan.
Amalan wajib memanglah wajib kita buat... sebagaimana dinyatakan dalam rukun Islam. Juga kita pelihara Aqidah dan Iman menurut landasan yang ditetapkan dalam rukun Iman.
Selain itu, tak salah malah sangat dianjurkan kita berdoa kepada Allah... ada juga doa lain seperti Doa Kanzal 'Arasy dan Doa Akashah. Pun sangat-sangat baik... especially kalau kita nak mohon pengampunan daripada Allah. Kalau kita nak mohon kurniaan Allah, kita perlu mohon pengampunan lebih dahulu, kerana ditakuti kalau-kalau dosa-dosa kita jadi penghalang doa kita dikabulkan.
Jadi, saya rasa boleh saja amalkan doa ni, asalkan niat kita betul dan baik...dan hanya meminta kepada Allah saja. After all, Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Allah. Allah saja yang Maha Berkuasa mendatangkan kebaikan atau keburukan pada seseorang.
darlingangel Post at 27-6-2012 02:32 Terus terang, aku suka jawapan ko
Membaca apapun ayat AlQuran memang bagus, bagus sangat dan amat digalakkan walaupun hanya satu huruf
"Sesungguhnya Al Quran ini tidak lain hanyalah sebagai peringatan kepada seluruh umat manusia" Al Qalam 52
AlQuran juga diturunkan sebagai penawar dan doa
Cuma yg menjadi persoalan adalah dari segi mistiknya disebalik pembacaan tersebut terutama yg diamalkan berulangkali tanpa jemu bertahun tahun dengan keyakinan bahawa ayat alquran tertentu yg disusun seperti doa haikal dsb. sehingga taksub yg doa tu bagus doa ni bagus, doa tu kurang bagus doa ni sederhana bagus dan sebagainya. Ini menyebabkan kita nak berdoa pada Allah pun perlukan perantara doa tu pulak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by darlingangel at 29-6-2012 01:20
Reply 35# hantukiller
saya pun setuju dengan apa yang hantukiller katakan tu... memang membaca apa jua pun ayat-ayat Al-Quran memang sangat-sangat baik, apalagi kalau diamalkan setiap hari. dan apa yang hantukiller katakan, Al-Quran sebagai penawar dan doa.. hantukiller ada katakan dalam posting terdahulu, bahawa tak sama keperluan doa/bacaan surah bagi setiap orang, tu pun saya setuju. Lebih-lebih lagi kepada yang ada history seperti saka keturunan, gangguan sihir dan sebagainya...tentulah ada ayat-ayat Al-Quran yang bersesuaian untuk setiap jenis masalahnya..hanya yang ahli dalam perkara ini yang lebih mengetahui dengan lebih mendalam. Seperti ubat di hospital, untuk setiap jenis sakit ada dos dan jenis ubatnya, doktor-doktor saja yang arif mengenainya.
Tentang doa-doa yang disusun seperti doa Haikal, doa Kanzal 'Arasy, doa Akashah, doa Nurun Nubuwwah dan sebagainya...dianjurkan beramal dengannya kerana sangat baik, bagi saya sendiri, saya pun rasa begitu... tetapi saya tidak pula beranggapan ada setengah-setengah doa lebih bagus atau sederhana bagus daripada yang lain... kerana dalam fahaman saya sendiri, semua amalan ayat-ayat Al-Quran itu baik. Saya juga pernah mendengar bahawa kalau kita nak amalkan doa daripada mana-mana ayat Al-Quran, pun sangat baik juga, sesuai dengan keperluan kita, sungguhpun ia tidak termasuk dalam mana-mana rangkaian atau kumpulan doa-doa yang biasa disebutkan. Kalimah "Bismillahirrahmanirrahiim" dan Surah Al Fatihah sendiri pun terlalu banyak fadhilatnya jika diamalkan. Bagi saya, kita amalkan ikut keperluan, kesempatan dan kemampuan kita...ini untuk amalan doa-doa dan bacaan ayat-ayat Al-Quran la, maksud saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kurang berkesan ke kalau just berdoa with simple words (Ya Allah, angkatlah musibah ini daripada diriku) compared kalau berdoa ikut doa2 yg tersusun ayat macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 37# sesenjek
Boleh berdoa apa salahnya. Dalam pandangan tauhidnya - yang berkuasa Allah, tak perlu asbab musabbab utk kabulkan doa kita. Tapi dalam pandangan adabnya, ada Hadis menyebut, "Doa itu tergantung bila tiada selawat". Dan antara adab2nya ialah memuji Allah, Selawat, berdoa dengan Asmaul Husna, berdoa dengan doa al-Quran.
Jadi pada pandangan saya, doa haikal baik doa nubuwwah adalah hasil susunan ulama yang lebih alim dari kita ialah susunan mencakupi kehendak2 adab dalam berdoa.
Berdoa tak perlu bersyarat dan apa2 sekian2.... Benar, tapi para ulama (sekali lagi saya ulang yang lebih alim dari kita) telah menyusun ilmu mereka - berdoa dengan nama2 Allah yang Baik, Agung, Tersimpan Rapi dan caranya sekali. Caranya hasil tajribah atau orang panggil ilmu mujarrabat ialah bila para ulama buat cara sekian2 maka dimakbul Allah, jadi mereka tuang ilmu mereka itu dalam kitab. Akhirnya kita pula yang ikut turutan cara yang telah digariskan oleh para ulama (sekali lagi saya ulang yang lebih alim dari kita dan lebih faham dalam istinbat hukum ketimbang kita yang masih merangkak baca Iqra 1 hingga 4). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply hantukiller
saya pun setuju dengan apa yang hantukiller katakan tu... memang membaca apa ...
darlingangel Post at 29-6-2012 01:17 Bila ko sebut doa nubuwah ni... teringat aku pada arwah guru aku(salah sorang guru tarikat dan guru kepada ramai sultan sultan lama kat meleysia ni)
Tapi disuruhnya aku mengamalkan doa nubuwwah ni..... adalah akedah dan caranya.... untuk panggil raja jin.... ni cerita lam la dulu... hehe dan dia juga mengaku dia dah jumpa pun raja jin tu...untuk jadi sahabat........
aku pulak mana la nak buat bende bende tak de pekdah tu... kikiki... ku abaikan je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 39# hantukiller
oohh.. banyak la kegunaannya doa nurun nubuwwah tu... saya yang saya pernah jumpa, untuk amalan kemurahan rezeki.. dan ada pula dinyatakan fadhilat amalan mengikut hari.. misalnya isnin fadhilatnya begini, selasa begini.. tapi saya memang belum pernah dan tak mampu amalkan hari-hari..
tapi kadangkala ada juga buku yang menyatakan sekian-sekian bacaan boleh memanggil khadam ayat dan sebagainya... haa kalau yang begini saya pun abaikan juga.. tak berminat lah nak tau... |
|
|
|
|
|
|
| |
|