|
Betul ke Alexander the Great bukan Iskandar Zulkarnain?
[Copy link]
|
|
roblucci posted on 2-9-2012 09:58 PM
kokesen,greek dan Europa dari keturunan yg sama cuma dialek yg berlainan.sama macam Indon dgn Mela ...
ok, tengs obluci...
|
|
|
|
|
|
|
|
seo posted on 1-9-2012 04:29 PM
Alexander The Great ialah pemerintah Macedon (sebahagian dari Greece kuno) yang telah berjaya mena ...
kenapa ada tanduk dua? agak2nya mcm mana rupa tanduk dua itu?
|
|
|
|
|
|
|
|
seo posted on 1-9-2012 04:29 PM
Alexander The Great ialah pemerintah Macedon (sebahagian dari Greece kuno) yang telah berjaya mena ...
Macedonia ...unik sikit sebab ia tanah eropah yg ada quite large 'minority' of Muslims. Interesting.
So, yang menarik bagi saya ialah tentang Zulqarnain ni ialah cakupan kawsan taklukannya yg wow ...dari timur - sebab dalam Quran pun disebut dalam surah Al - Kahfi verses 84 -99 yg beliau menjelajah/menakluk banyak tempat.
yg ayat 90 surah al - kahfi jugak menarik..
|
|
|
|
|
|
|
|
how about his profiles?
Cyrus ni ...sebab individu yg disentiuh atau disebutkan dalam AL - Quran ni selalunya
a) yg buat kerosakan , kejam
b) yg patut dijadikan contoh / role model ( I am not keen on using the word idola actually )
so..Zulqarnain ni banyak menolong manusia dan diberikan ilham untuk buat tembok etc etc so well teringin nak tahu profiles ? Cyrus Zulqarnain |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 3-9-2012 07:23 AM
Macedonia ...unik sikit sebab ia tanah eropah yg ada quite large 'minority' of Muslims. Interest ...
Sekarang ni, bila kita sebut kawasan "matahari terbit", kita maksudkan Jepun. Tapi yang dimaksudkan oleh Al Kahfi 90 bukan Jepun.
Ayat 90 surah Al Kahfi menunjukkan kawasan gurun ("....kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya"). Kemungkinan besar, kawasan yang dimaksudkan berada di Pakistan atau Afghanistan.
Ahli sejarah menerima Cyrus sebagai seorang pemerintah yang baik. Contoh:
Cyrus the Great is famed as a triumphant conqueror, a superb warrior, and the founder of the greatest empire the world has ever seen.
However, with the Cyrus Cylinder and a range of Jewish texts, plus extensive writings by Xenophon, Cyrus is generally more admired as a liberator than a conqueror. Cyrus the Great was mentioned twenty-two times in the Old Testament, where he is unconditionally praised.
This followed his active liberation of the Jews from Babylon in 539BCE and his support as more than 40,000 Jews then chose to return to their homeland. Cyrus then funded the subsequent rebuilding of the Temple in Jerusalem.
Cyrus was also eulogized by many other writers and his actual or legendary exploits were used as moral instruction or as a source of inspiration for political philosophies. For example, the Greek author and soldier Xenophon believed him to be the ideal ruler
|
|
|
|
|
|
|
|
ISKANDAR ZULKARNAIN
Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia.
Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda.
Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat.
Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat membawa dia sampai dipantai cita-citanya.
Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini.
Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun.
Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja?
Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan.
Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ningkas: Siapa yang aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang saleh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja.
Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur.
Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan).
Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan
senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan kejahilan.
Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat yang ditujui. Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan bahasa yang dipakai bangsa ini.
Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya. Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu datang menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya.
Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja yang seadil-adilnya dimuka bumi ini.
Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar Zulkarnain.
Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu dan kayu.
Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa.
Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila dikehendakiNya.
Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini
meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman
tenteram dan makmur.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan
yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya.
Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan maha besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini akan menjelma
lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat, yang adil dan makmur.
Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar Zulkarnain abad keduapuluh.
|
|
|
|
|
|
|
|
ntahpepentah posted on 4-9-2012 12:28 PM
ISKANDAR ZULKARNAIN
Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fiki ...
Ini pandangan penyokong Alexander The Great.
Alexander seorang hedonist - keutamaan dia ialah dunia dan bersukaria.
Quran menjelaskan bahawa Zulkarnain seorang yang membantu kaum yang ditemuinya. Dia seorang yang baik.
Tapi Alexander bukan seorang yang baik, seperti catatan sejarah berikut:
In the following year, 332 BC, he was forced to attack Tyre, which he captured after a long and difficult seige. Alexander massacred the men of military age and sold the women and children into slavery.
Sebaliknya, catatan sejarah menunjukkan Cyrus sebagai seorang yang baik. Contohnya:
The Cyrus cylinder was discovered in 1878CE at the site of Babylon and is now housed in the British Museum. The Cyrus Cylinder, alongside the Biblical and other historical statements, seems to substantiate the idea that Cyrus not only allowed many of the nations he conquered to practice their various religious beliefs - an unprecedented tolerance - but that he even actively assisted captive peoples, including the Jews, to return to their lands of origin. This support was not only political but even financial - as he gave grants both from the Imperial treasury and also from his own personal fortune.
Sebenarnya dah banyak kali soal siapa Zulkarnain ni dibincangkan dalam forum ni. Sebagai contoh:
Perbincangan dalam tahun 2003
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seo posted on 5-9-2012 07:41 PM
Ini pandangan penyokong Alexander The Great.
Alexander seorang hedonist - keutamaan dia ialah d ...
yes, it lies in the profiling of his character.
sebab dinyatakan dalan quran...sebab tu i think he must be of those few role models ... |
|
|
|
|
|
|
|
seo posted on 31-8-2012 07:45 PM
Zulkarnain yang disebut dalam Quran ialah Cyrus The Great.
Zulkarnain bermaksud "Tanduk Dua". Yan ...
betul tu..aku dulu pun konfius.tp aku tgk jejak rasul ulangan masa bulan pose tu.dia ckp mcmtulah.lgsatu zulkarnain ni akhlaknya terpuji.manakala alexander ni akhlak yg digambarkan tidak langsung seperti zulkarnain.
lpstu pengkaji sejarah kat iran percaya ada satu tempat kat iran tu,merupakan peningalan sejarah zulkarnain.coz ada lukisan didinding menunjukkan gambaran seperti zulkarnain.antaranya menunjukkan laki2 bertopi yg btanduk dua,tanduk tu melambangkan perluasan antara 2 empayar.lpstu adalah pkara lain yg prof tu tunjukkan n huraikan tntg ciri2 keislaman pada situ,dr yg terlukis.ni apa yg aku tgklah kat jejak rasul tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
definitely NOT!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|