|
Daftar perawat islam,,,
emmmm ok bagus, tapi kreteria2 sebagai perawat islam tu memang kene mantap lah kan. kene jelaskan lagi perkataan "perawat islam" tu. adekah ia membawa maksud = perawat yg beragama islam, atau perawat yg menggunakan kaedah islam dalam rawatan. tu tak gali pergi dalam lagi bila di sebut islam tak boleh lari dari 2 sumber wajib quran dan sunnah.
adekah semua cara rawatan yg dikenali sebagai rawatan islam sekarang ni ade sumber rujukan samada dari quran dan sunnah? bagaimana kalo tak ade??? jakim boleh cop sesat??? kikikiki
bagaimana ngan perawat bukan islam pulak?? tak payah register??perawat agama lain boleh sewenang2nyer menyentuh,memicit,membelai anak dara islam sbb nak buat rawatan hihihihi.. kene tengok tuh.
banyak lagi tuuuu,,,
kalo betul lah jalan bende nih..hehehe..sapa yeeekkk yg untung???
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum pergi panjang boleh rujuk maklumat disini http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/
1. Perubatan Melayu terbahagi kepada herba melayu, urut melayu dan bekam.
2. Perubatan Cina terbahagi kepada akupuntur dan moxa, herba cina, tuina dan qigong.
3. Perubatan India terbahagi kepada ayuverda, siddha, unani dan yoga.
4. Perubatan Homeopati.
5. Perubatan Komplementari terbahagi kepada:
(1) manipulatif seperti aromaterapi, kiropraktik dan semua berkaitan urutan.
(2) tenaga seperti getaran warna, kristal, reiki, aura metafizik, roaha, bach flower dan fitobiofizik.
(3) terapi minda dan jiwa raga seperti psi****rapi dan hipnoterapi.
(4) biologis seperti naturopati dan terapi nutrisi.
6. Amalan Pengubatan Islam.
Dan sebelum penubuhan dalam Kementerian Kesihatan, sudah beberapa pertubuhan perubatan tradisional ditubuhkan untuk menjaga maslahat orang Melayu dan Islam tapi tak tak berapa nak ummph. Yang saya ingat Pertubuhan Pengusaha Ubatan Tradisonal dan Bomoh Pahang atau PETRA. Last edited by te_peng on 27-9-2012 03:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
te_peng posted on 27-9-2012 03:39 PM
Sebelum pergi panjang boleh rujuk maklumat disini http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/
1. Perubatan ...
bro, tq, baru ku tahu ada bende alah tu....
http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/
Kalau aku punya bidang, aku memang tak leh daftar kat situ.... sebab bukan bidangnya
perubatan islam pun tak leh jugak, sebab tak layak... kikiki
Al Maklum hantu tepi pokok
|
|
|
|
|
|
|
|
kasi selonggar2lah.... esok dah tua2, rasa nak berkecimpung perawat2 huhuhuhuh leh dpt income tambahan
rasanya susahlah nak kuatkuasa.... kalu baca s.kabar, ada bomoh senang2 je rogol pesakit dgn mengatakan salah satu kaedah perubatan.... gile tak gile lah...... siap buat akad nikah sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 27-9-2012 05:07 PM
bro, tq, baru ku tahu ada bende alah tu....
Bos boleh masuk bawah komplementari. Saya aritu masuk bawah perubatan melayu, pakai entam jer. Nanti kalau mereka panggil temudagu baru kita baiki semula masuk bahagian mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perubatan Islam di bawah Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan bersetuju memasukkan amalan perubatan Islam di bawah Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 selepas perkara itu dipersetujui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Jabatan Agama Islam Negeri.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata notis pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-undang itu akan diberikan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
"Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat persetujuan Jakim tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja Jakim malah Jabatan Agama Islam negeri.
"Selepas ini, pengamal perubatan Islam termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau membentangkan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Semalam, anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta kementerian itu mengambil kira perubatan Islam dalam rang undang-undang itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, di samping peningkatan pesakit yang beralih kepada kaedah perubatan Islam atau tradisional.
Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd Fauzi Mustaffa juga melahirkan kebimbangan terhadap kelangsungan amalan itu terhadap masa depan terutama bagi merawat penyakit serta kes sihir yang semakin berleluasa.
Di bawah rang undang-undang itu, Liow berkata pihaknya dengan kerjasama Jakim akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan sama ada Islam, tradisional Melayu, Cina dan India di bawah satu majlis yang akan ditubuhkan.
Katanya pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran itu boleh dikenakan denda antara RM30,000 dan RM50,000 atau penjara dua tahun.
Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Kesihatan itu berkata hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak akan terlepas daripada tindakan tegas sekiranya didapati menipu dan melanggar undang-undang berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata berikutan perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia dan antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan perubatan tradisional dan komplementari di negara masing-masing.
Katanya Kementerian Kesihatan juga telah melancarkan dasar kebangsaan dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari yang menyatakan bahawa perubatan itu akan wujud bersama dengan perubatan moden dan akan disepadukan dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kesihatan rakyat.
"Di Malaysia, permintaan terhadap perubatan ini semakin meningkat dan berkembang pesat dan pada masa sama kementerian menerima banyak aduan dari semasa ke semasa berhubung perubatan ini selain sering digemparkan dengan pelbagai berita dan peristiwa melibatkan pengamal perubatan ini," katanya.
Liow berkata rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Kompelementari 2012 digubal untuk memastikan amalan perubatan yang dijalankan di negara ini adalah selamat dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.
Setakat ini, 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan perubatan moden bersama-sama dengan perubatan tradisional, iaitu Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor Bahru), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Umum (Sarawak), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (Kota Bharu). - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
te_peng posted on 27-9-2012 06:06 PM
Bos boleh masuk bawah komplementari. Saya aritu masuk bawah perubatan melayu, pakai entam jer. Nan ...
Kene register jugak ke.... ni yang malas nak tolong orang ni....
Dah le nak mancing pun kene sekat... kikiki......
Rasanya dah boleh cuci tangan nih
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 28-9-2012 11:23 AM
Perubatan Islam di bawah Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012
KUALA LU ... Katanya pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran itu boleh dikenakan denda antara RM30,000 dan RM50,000 atau penjara dua tahun.
Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Kesihatan itu berkata hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak akan terlepas daripada tindakan tegas sekiranya didapati menipu dan melanggar undang-undang berkenaan.
Tengok dia punya denda tu.... waw????? hehe
Macam le perawat tradisional ni ada klinik pakar nak hukum sampai sebegitu
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 27-9-2012 05:07 PM
bro, tq, baru ku tahu ada bende alah tu....
Bila rujuk laman web tu, perubatan islam yang diiktiraf hanyalah darulsyifa', sedangkan perubatan islam yg lainnya bukanlah dibawah naungan darulsyifa' atau tidak sama langsung kaedah dan amalan pengubatannya dengan darulsyifa'.... sepatutnya darulsyifa' tak boleh dijadikan penaung kepada perubatan islam yang lain, tapi memerlukan satu induk perubatan islam yg diterajui oleh pihak jakim atau yang seangkatan dengannya.... barulah perubatan islam yang lainnya boleh mendaftar jugak...
Dalam kes aku sendiri, aku tak taupun apa kaedah rawatan yang darulsyifa' lakukan selain ruqyah, dan aku memang takkan boleh masuk dibawah darulsyifa' sebab aku takkan meruqyah.... walaupun sesekali membaca ayat Quran semasa merawat.... tu pun kene ketawakan dengan jin jek, hehe.... sebab jin tu kata... aku ok jek... tak hanguspun... kikiki
Dan kaedah membunuh jin jugak takkan dibuat oleh darulsyifa'... so macamana???????????
|
|
|
|
|
|
|
|
HUHUHUHU DIA PUNYER DENDE BOLEH WAT PERAWAT TINGGAL CAWAT JEEE TUH. |
|
|
|
|
|
|
|
itupun kalau perawat tu pakai cawatler kan...... kalau yg jenis tak suka pakai cawat, camner....ekekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
kaedah zasst takde dalam senarai...wak tom kena merawat kat perairan antarabangsa supaya tak terikat dgn undang2 mana2 negara..hehehe..boleh mancing sekali tu..kira 2-in-1.. |
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 28-9-2012 12:09 PM
kaedah zasst takde dalam senarai...wak tom kena merawat kat perairan antarabangsa supaya tak terikat ...
kaedah zasst tu agak memenatkan, sekarang kurang guna, sebab badan dah tua, kene simpan tenaga.... dah banyak kaedah lain yg lagi advance
agak agak nak masuk group yg mana... perawat islam, tak layak
Tradisional melayu, tak sesuai sebab bukan tradisi dan jauh lebih advance
Tradisional bangsa lain lagi tak sesuai
group hantukiller jugak yg sesuai... kikiki
Nanti aku try mintak kementrian tubuh satu group lain la.... hantukiller.... leh kot, ramai jugak yg leh bunuh jin kat Malaysia nih, ramai....., cuma kaedah tak le sama... kan kan kan
|
|
|
|
|
|
|
|
kono daftar bawah kementerian pertahanan kot wak...mcm polis..bomba..askar...hahahahha..
wak tubuh geng mcm ghost buster |
|
|
|
|
|
|
|
buat koje under ground jer... Adiya, keje underground tu memang boleh, ramai skrg lebih suka begitu akan tetapi bila dah ramai mari berubat, sudah tentu akan ada cerita mulut ke mulut. Mulut itu akan sampai juga ke pengetahuan KK. Bila undang-undang di gazetkan... nak lari mana lagi lambat laun orang KK akan sampai ke rumah cek lesen praktik perbomohan.
adekah semua cara rawatan yg dikenali sebagai rawatan islam sekarang ni ade sumber rujukan samada dari quran dan sunnah? bagaimana kalo tak ade??? jakim boleh cop sesat??? Bila daftar bawah rawatan Islam, maka sudah tentu mesti berdasarkan dua sumber, samada 2 sumber difahami secara literal atau qias ulama.
Tak semudah itu JAKIM tak letak sesat, pada pandangan saya, mungkin nanti akan ada satu jawatankuasa untuk menilai pengamalan perubatan Islam yang ahlinya terdiri dari wakil JAKIM, wakil jabatan agama negeri dan tokoh agama. Bila disyaki ada something wrong maka kes itu akan dirujuk kepada majlis panel syariah yang mungkin memakan masa berbulan2 sebelum keluar keputusan kerana akan melalui beberapa risikan. Lepas itu barulah diserah kes kepada Majlis Fatwa Negeri/Kebangsaan.
Satu lagi kalau saudara perasan setengah orang bila buat kursus perubatan tak letak suatu nama berbau agama seperti kursus rawatan Islam atau kursus rawatan ruqyah syar'iyyah. Ni bagi yang tahu undang2. Ini kerana bila guna nama berbau agama, JAKIM cepat je siasat, boleh dakwa kerana mengajar tanpa tauliah. Sebab tu ramai yang letak kursus minda super padahal berisi ilmu reiki, kursus metafizik padahal isi dalam ruqyah dan sbgnya. Kecuali Darus Syifa dan seumpamanya kerana mereka adalah suatu pertubuhan sah. Yang tak selamatnya bila atas nama perseorangan buat kursus bla bla.
bagaimana ngan perawat bukan islam pulak?? tak payah register??perawat agama lain boleh sewenang2nyer menyentuh,memicit,membelai anak dara islam sbb nak buat rawatan hihihihi.. kene tengok tuh. Ia tertakluk kepada semua yang praktik rawatan alternatif bukan sahaja rakyat Malaysia, malah orang Korea yang buka kiropraktik di sini pun kene daftar.
Bila rujuk laman web tu, perubatan islam yang diiktiraf hanyalah darulsyifa', sedangkan perubatan islam yg lainnya bukanlah dibawah naungan darulsyifa' atau tidak sama langsung kaedah dan amalan pengubatannya dengan darulsyifa'.... sepatutnya darulsyifa' tak boleh dijadikan penaung kepada perubatan islam yang lain, tapi memerlukan satu induk perubatan islam yg diterajui oleh pihak jakim atau yang seangkatan dengannya.... barulah perubatan islam yang lainnya boleh mendaftar jugak...
Saya pun berfikir seperti tuan, tapi kita tunggu dan lihat dulu. Mesti ada solusi untuk kemusykilan ini.
Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd Fauzi Mustaffa juga melahirkan kebimbangan terhadap kelangsungan amalan itu terhadap masa depan terutama bagi merawat penyakit serta kes sihir yang semakin berleluasa. Geng santau orang mana nak tunjuk diri, jadi mereka takan mendaftar punya. Jiran rumah sebelah pun kadang2 tak tahu jiran dia tukang santau.
Terakhirnya, rang undang2 ini selain nak jaga maslahat rakyat, ia juga kerana fulus. Kerajaan nak jadikan rawatan alternatif sebagai industri perlancongan. Duit lagi.... Kalau sebab nak jaga maslahat saja... tunggu 20 tahun lagi baru kerajaan buat undang2. Tengoklah hal ajaran sesat, mereka biar berapa lama. Kerajaan akan cepat bila ada unsur nak lawan kerajaan secara kekerasan, mereka akan ISA dan sebagainya seperti kes Arqam tapi kalau kes Ayah Pin slow talk. Padahal kalau mereka kerajaan nak tangkap sekejap jer. Samalah dalam isu ini.... duit nombor satu maaa.
|
|
|
|
|
|
|
|
GOMBAK: “Selepas berbaring, perawat itu meletakkan ranting kayu di celah kaki dan mengepit menyebabkan saya menjerit kesakitan. Tapi, dia tak peduli dan terus mengetuk seluruh tubuh saya termasuk muka dan kepala dengan ranting kayu selama dua jam.
“Tidak tahan diperlakukan sedemikian, saya minta dia berhenti, namun tak dilayan kerana dia mendakwa ada syaitan dalam tubuh saya yang perlu dihalau dengan menggunakan kaedah itu.”
Itu kata wanita dikenali sebagai Linda, 42, yang lebam teruk di beberapa anggota tubuh terutama punggung selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan alternatif, dekat sini, yang menggunakan kaedah ‘ketuk-ketuk.’
Tidak puas hati dengan layanan diterimanya, Linda yang terpaksa menerima rawatan di hospital turut membuat laporan polis.
Linda mendakwa dia musykil dengan kaedah digunakan pusat rawatan terbabit kerana lelaki yang memberi rawatan turut menghalangnya membaca ayat suci al-Quran.
“Selepas berasa terlalu sakit, saya membaca beberapa ayat Al-Quran, tetapi saya dimarah kerana dianggap mengganggu proses merawat dan jika membantah, saya dipukul lebih kuat dengan alasan syaitan berada di dalam badan saya cuba melawan,” katanya.
Menurutnya, dia pergi ke pusat rawatan itu hujung minggu lalu atas saranan ahli keluarga yang mengesyaki dia terkena gangguan syaitan selepas nerubah sikap menjadi pendiam dan lemah badan sebaik keluar dari hospital kerana menghidap darah tinggi.
Linda berkata, dia mengetahui kewujudan pusat rawatan terbabit selepas diberitahu rakan yang pernah menjalani rawatan di situ, namun hanya dimaklumkan kaedah digunakan untuk merawat pesakit adalah cara ‘ketuk ketuk’.
“Saya ke sana bersama kakak saya yang turut berasa terkena gangguan syaitan dan tak sangkla pula kaedahnya amat menyakitkan hingga menyebabkan badan saya lebam teruk,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, kakak turut menangis menahan kesakitan ketika diketuk berulang kali dengan ranting kayu.
“Mendengar suara kaka menangis, saya cuba menoleh untuk melihatnya, namun lelaki yang merawat saya menarik muka saya dengan kasar dan terus memukul saya.
“Saya diperlakukan sedemikian selama dua jam dan akhirnya akibat tidak tahan, saya melawan menyebabkan ustaz itu menghentikan rawatan dan menyiram dengan air bercampur ais.
“Ketika itu, saya membiarkan saja dan tidak melawan kerana badan sudah terlalu lemah,” katanya.
Menurutnya, selepas selesai dirawat, mereka dua beradik membayar RM80 dan beredar sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuang.
“Selepas itu, kami dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. Akibat kejadian itu, sehingga kini saya trauma dan sukar untuk bergerak manakala kakak pula hilang suara,” kata Linda.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Timbalan Komosioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Dalam Metro, 28/9/2012. Ini antara contoh yang akan dihadapi oleh perawat/bomoh berhadapan dgn risiko di dakwa. Walaupun sudah tahu rawatan ketuk memang sakit, yang pergi juga, dah sain borang, dah sakit gi lapor kat polis pulak.
Kisah begini bukan saja berlaku pada rawatan jin dan sebagainya bahkan rawatan alternatif utk penyakit zahir seperti kes iridologi beberapa tahun lepas. Dakwa silap scan penyakit tapi kerana perawat ini berdaftar (bukan yang KK), dari segi buka premis berdaftar, akhirnya beliau lepas.
Satu lagi yang selamat walau tak daftar bomoh yang rapat dengan VVIP dan UMNO. Yang ni special kes.
Di Terengganu nak ketuk boleh berubat dengan Dr. Manan, pensyarah UnisZa, juga mursyid Tarikat Naqshabandi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes ketuk ni , aku dah alami dan adalah jugak pengalaman berkenaan ni tapi di Perlis lah , dekat Hospital Arau .... namun yang meyakinkan aku adalah bahawa dia ketuk tempat lain dan yang bengkak tempat lain dan ketuk nya bukan kuat pun ... macam letak kayu tu kat kulit jer ... dan kemudian tempat bengkak tu di usap ( dengan bacaan ruqyah ) dan bengkak pun hilang ...
Yang sepit di celah jari kaki tu ,... dia ada bertanya pada anggota badan ... kemudian pastu di tarik kayu tu , jari kaki dia tak usik pun ... kalau ada pendamping , contohnya dia tanya anggota tangan kanan pas tanya , dia tarik , jika ada maka akan dirasakan kesakitan macam kayu tu ada mata kail yang di tarik isi jari kaki ... kemudian dia tanya tangan kiri ... pastu dia tarik ... kalau tak der pendamping tak der rasa apa apa ... kayu tu lalu macam gitu jer ...
dan aku rasa bomoh yang ini meniru ajer kot ,,, tanpa isian ilmu di dalam ... |
|
|
|
|
|
|
|
Fikir fikir, memasing perawat memang patut kene daftar, senang nak tangkap kalau terpesong jauh... kikiki
The hantukillers tak layak didaftarkan dibawah darulsyifa', sebab semua perawatnya perangai macam hantu... kikiki, sebab apa, ramai yg isap rokok... kikiki |
|
|
|
|
|
|
| |
|