Ini seperti yang diceritakan mak aku.. waktu kejadian amukan prebet adam ni, aku dah family aku menetap di kg baharu tu.. lbh tepat di belakang Wisma Sabaruddin..berdekatan ngan chowkit,skrg org pggl tmpt tu chowkit..tp dulu kg baru.. prebet ni lari ke wisma sabaruddin tu lps tembak stesen minyak shell chowkit tu..mak aku pn ade citer die tembak sorang cina..dikhabarkan die sempat order makanan dari tokey kedai dan makan mcm biasa..die berpakaian askar dan org awam ketika itu belum tau yg die sdg mengamuk..org anggap die askar biasa je yg kluar makan.. prebet ni melepaskan tembakan membabi-buta.. polis terpaksa menyusup ke sana-sini utk kepung die.. dn ada anggota polis menyusup berdekatan rumah aku dan die tegur mak aku suh sorokkan aku, stay dalam rumah,jgn kluar.. Akhir skali yg mak aku citer, die menyerah selepas org atasan die dtg jumpa die and pujuk die.. tu yg mak aku citer..sbb kejadian ni mmg berlaku kt rumah aku, kt belakang wisma sabaruddin tu, di chowkit..
dari wikipedia.....
Tuduhan salah laku jenayah
Pada tahun 1972, Tunku Mahmud didakwa menyerang dua orang lelaki dengan cokmar kerana memotong keretanya lalu disabitkan kesalahan pada tahun berikutnya.[65] Setahun kemudian, timbulnya laporan yang menyatakan Tunku Iskandar dan seorang pengawal peribadi menyerang sepasangan muda dengan bahan kimia dan cokmar setelah disinggung perasaan. Pada masa yang sama didakwa juga bahawa Tunku Mahmud merantai dua orang anggota polis dalam rumah anjing selama sehari kerana murka terhadap mereka.[66]
Lima tahun kemudian, Tunku Mahmud didakwa dan didapati bersalah atas sebab kematian seseorang[67] setelah menembak sampai mati seorang lelaki yang berhampiran helikopter peribadinya yang disangkanya seorang penyeludup. Walau apapun, ayahandanya Sultan Ismail campur tangan lalu memberikan pengampunan rasmi kepada Tunku Iskandar.[68][69][70] Begitu juga, putera sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail, disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada 1980-an, tetapi diampunkan serta-merta juga.[71] Pada tahun 1987, Sultan Iskandar dituduh menyerang sampai mati seorang kedi golf di Cameron Highlands, berikutan insiden yang mana kedi itu tertawa apabila baginda tersasar satu lubang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengulas bahawa Sultan (yang ketika ini menduduki takhta YDPA) tidak dapat dibuat tuduhan atas sebab kekebalan yang dikurniakan kepada raja-raja, namun pada masa yang sama beliau mengecam tindakan Sultan Iskandar itu. Kesudahannya, kejadian tersebut dibiarkan tanpa meraih perhatian awam. Adik kepada kedi yang turut diserang hingga cedera, menjadi murung akibat apa yang disaksikannya, lantas dia bertindak mengamuk di Kuala Lumpur sehingga terpaksa dikuarantinkan dalam rumah sakit jiwa.[72][73]
Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian.
Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.
Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.