CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kueh_kueh

Pinjam peralatan kenduri bunian

[Copy link]
Post time 8-2-2013 02:50 PM | Show all posts
kueh_kueh posted on 8-2-2013 02:47 PM
choy lah...trus tak jadi misteri benang iols ni taww...

betul pe.. aq minta tlg hang sampaikan.. adeh.. banyak2 benda ko org pinjam mangkuk pinggan je ke? kalau aq lah hidup zaman dulu, pinjam vespa ke? honda bulat ke?  baru bergaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 02:53 PM | Show all posts
kueh_kueh posted on 8-2-2013 02:47 PM
choy lah...trus tak jadi misteri benang iols ni taww...



ada org ckp ni gmbr bunian kena tangkap masuk botol.. betul ke? aq ambl kt google image ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 03:00 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 8-2-2013 02:53 PM
ada org ckp ni gmbr bunian kena tangkap masuk botol.. betul ke? aq ambl kt google image ni..

sedihnyelah bunian cenggitu nye gaya...kate antara bibir dgn idung takde line...cube uols check tengok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 03:01 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 8-2-2013 02:50 PM
betul pe.. aq minta tlg hang sampaikan.. adeh.. banyak2 benda ko org pinjam mangk ...

uols jgn main taw nanti kene cenggini baru tau


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 03:02 PM | Show all posts
Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.



DI sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.

Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.


Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.

“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.

Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.

“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.

Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.

“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.

“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.

Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.

“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.

Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.

“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.

“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.

Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.

Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.

“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.

“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.

“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.

Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.

“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.

“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.

Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.

Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.

FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. – Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

sumber:
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 03:03 PM | Show all posts
kueh_kueh posted on 8-2-2013 03:01 PM
uols jgn main taw nanti kene cenggini baru tau

aq baca kt google. nama prof ni keluar lah. kira prof ni expert pasal bunian kut. wallahuallam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2013 03:10 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 8-2-2013 03:03 PM
aq baca kt google. nama prof ni keluar lah. kira prof ni expert pasal bunian kut. wallahuallam
...

ramai je yg expert tapi tak tonjolkan diri cuma kadang2 ramai jugak yg amik kesempatan utk menipu...errr signature uolss tu one of the.... x pelah x nak ckp..sebab enmoticon tu mcm melihat sesuatu yg mengerikan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 03:13 PM | Show all posts
kueh_kueh posted on 8-2-2013 03:10 PM
ramai je yg expert tapi tak tonjolkan diri cuma kadang2 ramai jugak yg amik kesempatan utk menipu. ...

signature iolls ni pendinding tangkal azimat... gila seyh.. mahluk dgr nama rosmah mansor blh  pengsan, blh koma blh terpelanting ke mongolia belum lg jumpa orgnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2013 03:18 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 8-2-2013 03:13 PM
signature iolls ni pendinding tangkal azimat... gila seyh.. mahluk dgr nama rosmah mansor blh  pen ...

da agak dah mesti panjang penerangan uols...warga CI katenye
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 04:26 PM | Show all posts
Nak gelak la kat siggy u olss
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 04:50 PM | Show all posts
ada mak sya cerita di tanjung malim
memang ada bunian bagi pinjam

pegi ke hujung hulu sungai
cAKAP la sorang
nak pinjam untuk kenduri
sok pagi datang
mesti ada pinggan dalam talam berbungkus


tapi ada org kampung yang pinjam tu tak pulang habis
kalau pjnajm 50 pinggan. die bagi 45 cmtu
jadinya bunian tu cam bengang

terus takda dah die bagi pinjam


kejadian berlaku tahun 70an
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:12 PM | Show all posts
ye lah..mak aku pun ada cerita psl ni
bila2 nak kenduri diorg pegi kat tepi hutan ni
mohon pinjam pinggan mangkuk tu untuk guna masa kenduri
esok mcm tu mmg ada pinggan mangkuk tu
& mmg kena pulang kan sama mcm masa dipinjam
betul ke eh cerita ni..sbb merata2 plk cerita ni di dgr
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:20 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 8-2-2013 01:01 PM
line lekuk antara bibir dengan hidung.. ada mcm lekuk sikit menegak ke hidung dan ke bibir.. itu t ...

ohh yg saya penah diberitau if xde lekuk antara hidung dan atas bibir tu keturunan harimau jadian tuh.. wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:21 PM | Show all posts
mak pun ada gak citer.. bleh je pinjam pinggan mangkuk, pecah ke sumbing ke kena pulangkan gak serpih serpih tu sebanyak mungkin.. kl hilang ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:26 PM | Show all posts
adnil posted on 8-2-2013 05:20 PM
ohh yg saya penah diberitau if xde lekuk antara hidung dan atas bibir tu keturunan harimau jadian  ...

pakcik aq ckp itu bunian dia ckp cmtu sebab kawan rapat dia sendiri bawa barang dari bunian. siap nikah dgn bunian.. aq pernah jumpa kawan pakcik aq.. excited juga dgr cerita dia.. mmg nampak real.. tp dari air wajah muka dia? dia ni terbeban dengan MASALAH. mcm hidup dalam dua alam.. jd dia mcm sewel pun ada juga.. dia xkacau org.. cuma dia ni tak de life.. kerja biasa2 je..kerap menghilang kan diri. walaupun dalam rumah blh hilang  spesis bunian magic davide copperfield kut? wallahuallam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:49 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 8-2-2013 05:26 PM
pakcik aq ckp itu bunian dia ckp cmtu sebab kawan rapat dia sendiri bawa barang dari bunian. sia ...

dulu ms mak aku memuda penah stay kat mlake.. kat situ ada sorang jiran dia nih.. lelaki pertengahan umur.. single je .. tapi dia kata dia dah kawin.. tpi dgn bunian.. siap ckp tu.. tu anak anak saya tengah main kat laman umah.. isteri ada kat umah tgh masak.. tapi mmg tgk umah dia terjaga bersih lengkap seme, dia pun mmg terjaga lah.. xdelah serabai serabut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 05:51 PM | Show all posts
mcm kawan mak aku la yer...dia org utara gak kalo tak org perak org perlis...gf dia puteri bunian...cantik giler...kalo dr pengalaman aku sendiri pun mmg tak dinafikan org bunian nie cantik2 berkulit halus n mulus...warna kulit dia org kuning emas yg baru dibeli...kalo org kata citi nurhaliza tu secantik puteri bunian tu pd mata aku kecantikan ct nurhaliza tu1% jer dr kecantikan org bunian yg betul2...kalo puteri bunian lg la cantik...tu sebab org lelaki manusia biase nie leh tinggalkan dunia nie tuk pegi ke alam bunian...mmg cantik sesangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:54 PM | Show all posts
ina_na posted on 8-2-2013 05:51 PM
mcm kawan mak aku la yer...dia org utara gak kalo tak org perak org perlis...gf dia puteri bunian... ...

ko pnah tgk ke gf kawan mak ko tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 12:17 AM | Show all posts
bukit panau, tanah merah, kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 12:22 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 8-2-2013 01:01 PM
line lekuk antara bibir dengan hidung.. ada mcm lekuk sikit menegak ke hidung dan ke bibir.. itu t ...

pesal aku rasa macam pernah terjumpa jer kat area orang ramai pasar ke shopping kompleks macam tu ... atau aku yg terlebih berangan...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.049624 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list