CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: the_killer

[Tempatan] Orang terkaya Malaysia: 31 bilionair, Syed Mokhtar kekal tangga ke-5

[Copy link]
Post time 16-2-2013 10:18 PM | Show all posts

tapi al Baukari ni adalah biliyoner terbaik dunia, Carlos Slim ka Warren Buffett ka semua kalah, sebab hanya al Baukari SEORANG saja yang BUAT MASEJID, TULUNG ANOK YATIM, buat YAYASAN, bla bla....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 10:20 PM | Show all posts
bila keluar cerita pasal Baukari, akan keluar lah  keywords baru, seperti:

- ANAK YATIM
- BUAT MESEJID
- YAYASAN
- BARANG HALAL
- TULUNG MULAYU
- DENGKI MULAYU

ada lagi, ada lagi, "fardhu kifayah"
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:20 PM | Show all posts
pyropura posted on 16-2-2013 10:18 PM
tapi al Baukari ni adalah biliyoner terbaik dunia, Carlos Slim ka Warren Buffett ka semua kalah, s ...

prfffff prfffff mprffffff
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:22 PM | Show all posts
Kamal Ashnawi tak layak masuk sebab dia trillionaire.. jauh advance meninggalkan billionaire-billionaire nih seme...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:34 PM | Show all posts
bgs la kn syed mokhtar ni..siap bina universiti al bukhary..org miskin jer boleh masuk..tak salah dia kaya..rezeki dr Allah..Nabi Sulaiman jauh lgik kaya..dan berkuasa..tp dia tetap diangkat jdk 25 nabi yg ptt kte beriman..to me tak salah bukhary kaya..aslkn cara dia dpt duit dgn halal..cuma mentaliti org melayu..buat apa nak kaya raya..kalau kaya dikatakn kroni and so on..pdhal org tu kerja bagai nak rak..kena fikir nak bagi pekerja2 gaji tiap2 bulan..dan perkerja2 semua ada anak bini nak bagi makan..bukan semua orang boleh jadi bos..

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 11:26 AM | Show all posts

Senarai Orang Paling Kaya di Malaysia 2013

Kalau dah ada thread, merge ye mod..Saya search tp tak der..

Robert Kuok masih mengekalkan statusnya sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan berjumlah RM46.1 billion diikuti taukey Astro dan Maxis, Ananda Krishnan (RM32.9 billion) dan yang ketiga bos Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.7 billion).

4.

5.

Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013

1. Robert Kuok Hock Nien (46,100.00) (Kerry Group/Kuok Group)
2. T Ananda Krishnan (32,904.28) (Usaha Tegas)
3. Tan Sri Teh Hong Piow (13,734.25) (Public Bank)
4. Tan Sri Quek Leng Chan (11,090.00) (Hong Leong Group)
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (10,600.00) (Al-Bukhary Foundation)
6. Tan Sri Lee Shin Cheng (10,557.48) (IOI Group)
7. Tan Sri Lim Kok Thay (8,120.57) (Genting Group)
8. Puan Sri Lee Kim Hua (7,235.44) (Genting Group)
9. Tan Sri Tiong Hiew King (6,346.53) (Rimbunan Hijau)
10. Ong Beng Seng (4,016.40) (Hotel Properties Ltd)
11. Tan Sri Azman Hashim (3,840.00) (Arab-Malaysian Corp)
12. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (3,467.13) (YTL Group)
13. Datuk Mokhzani Mahathir (2,669.11) (SapuraKencana Petroleum)
14. Tan Sri Vincent Tan (2,256.08) (Berjaya Group)
15. Datuk Desmond Lim (1,869.20) (Pavilion REIT)
16. Datuk Lee Yeow Chor (1,742.47) (IOI Group)
17. Lee Yeow Seng (1,699.14) (IOI Group)
18. Tan Sri Lau Cho Kun (1,697.84) (Hap Seng Consolidated)
19. Datuk Shahril Shamsuddin (1,642.22) (Sapura Group)
20. Datuk Shahriman Shamsuddin (1,641.03) (Sapura Group)

Ranking ini dikira mengikut jumlah pegangan saham mereka di dalam syarikat awam berhad sehingga 18 Januari 2013.

Sumber : Majalah Malaysian Business


Last edited by nafizzz on 17-2-2013 01:41 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2013 01:03 PM | Show all posts
Surat terbuka buat Tun Mahathir       
Posted on Friday, February 15 @ 12:59:09 MYT by paktam
Oleh Deepak J Tekwani

Tun,

Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu “Abaikan Deepak”, dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.



Tun,

Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya.
Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.

Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai ”orang pakistan” namun kami sama sama ”anak Malaysia” yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis ”Surat Sejarah 17 Jun 1969” yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.

Tun,

Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja  dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.

Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.

Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan “dakwaan untuk individu terpilih” atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.

Tun,

Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.

Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.

Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar “16 D”, yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?

Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai ’hukuman’ dia untuk CBT.

Tun,

Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:-

a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja

b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami
c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami

Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:


i)    telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut
ii)    telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan
iii)    menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri.

Tun,

Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-

a)    Tukar CEO serta-merta
b)    Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit
c)    Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.

Tun,

Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?

Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu ‘I did it my way’.

Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.

Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.

Tun,

Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.

Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.

Tun,

Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.

Ikhlas,

DEEPAK J TEKWANI  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 01:07 PM | Show all posts
wow. mokhazani! terer2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2013 01:10 PM | Show all posts
ketuanan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 01:10 PM | Show all posts
mulayu mana? mulayu asal sikit sangat. .?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 01:12 PM | Show all posts
Org cina mmg pndi wat duit....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:07 PM | Show all posts
cayunk posted on 17-2-2013 01:12 PM
Org cina mmg pndi wat duit....

Orang Cina mana yang pandai sgt buat duit kat dlm senarai2 Billionaire tu?

1 - Robert Quok - Single AP (skrg baru split dgn Syed Mokhtar) for gula. Sapa yang keluarkan AP? Siapa yang berkuasa luluskan dan appoint AP sebagai single supplier gula? Kalo buat open AP, aku tak rasa Robert dok atas skali. Pandai sgt ke RQ buat duit kalo xda AP yang menjamin dia? Dia tak duduk Msia pun.

2 - Anak beranak YTL - Kat mana pandainya dia buat duit kalo biz dia pun protected dan unquestionable? Pandai sgt ke buat duit kalo takde sape yang protect biz dia? Dia tak biz openly pun.

3 - Anak beranak/ Adik beradik Genting Bhd - Berapa ribu hektar tanah di gazetkan pada diorang. Diorang bley cagarkan tanah for loan yang berbilliion and build another century of wealth. Sape yang bagi bisnes ni kat diorang? Pandai sgt ke diorang ni buat duit kalo takde yang memberi n protect?

Dan korang boleh selidik sendiri le mana dtgnnye kekayaan Cina2, India dan Melayu2 dlm list tu kalo bukan drp AP, protected biz, appointed biz dan seterusnya. Jgn nak kagum sgt cina2 tu pandai buat biz. Kalo open biz mcm jual kereta (itu pun brp banyak AP protected), kita dpt tgk sapa yg betul2 competitive and not a single name pun yang ada dlm list sebab bisnes diorang open. Kenyataan ni tak perlukan kita pakai org dalam untuk salur maklumat, apa yang terhidang depan mata pun kita boleh pikir sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:23 PM | Show all posts
ajie2000 posted on 16-2-2013 09:10 PM
mulayu mana? mulayu asal sikit sangat. .?

bagus lah melayu kurang kalau 80 percent dari nama tbt adalah orang MELAYU - ada lah kaum yang melalak lalak mereka dianak tirikan.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:26 PM | Show all posts
DARSITA posted on 17-2-2013 02:23 PM
bagus lah melayu kurang kalau 80 percent dari nama tbt adalah orang MELAYU - ada lah kaum yang mel ...


Hehehe



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:26 PM | Show all posts


syed mokhtar makin ke atas dlm senarai.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:31 PM | Show all posts
tu suma strategi biz biar pun duk goyang kaki jah...huhu kalu x pandai biz idok la
Pula jd billionaire ye dok!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2013 02:45 PM | Show all posts
cha ya nun alip... kalo wat biz... otak mmg bergeliga... bijak mengambil kesempatan

kap lam ya nga ... kalo wat biz... otak reti nak membelit belit...

malaiyu .... kalo nak wat biz... tunggu disuap... tunggu biz MLM... kalo ada subsidi, nampak instant money, teruih lufer diri... then rela diri diali babakan ... dengki kuat ya amat... rela bersongkol nganbangsa lain janji tak dok bangsa sundiri diatas mereka ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:58 PM | Show all posts
Wow..banyakny duit..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 03:02 PM | Show all posts
DARSITA posted on 17-2-2013 02:23 PM
bagus lah melayu kurang kalau 80 percent dari nama tbt adalah orang MELAYU - ada lah kaum yang mel ...

katanya kekayaan mulayu yg lain sengaja dirahsiakan agar kaum yg lain tak jeles katanya..betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 03:10 PM | Show all posts
sharfox posted on 17-2-2013 02:07 PM
Orang Cina mana yang pandai sgt buat duit kat dlm senarai2 Billionaire tu?

1 - Robert Quok - Si ...

Kalau macam tu, kenapa ramai orang Cina yang menjadi kaya raya dan mengawal ekonomi di negara-negara Asia Tenggara lain seperti di Indonesia, Filipina, Thailand dan Indonesia? Kenapa? Biasalah kalau ko iri hati sama depa, apa alasan pun akan diberikan. Mengaku jelah ko cemburu. Dan dengan alasan basi macam tu, bangsa Melayu akan terus mundur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.086298 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list