CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

Koleksi Kisah Mistik Aku

[Copy link]
 Author| Post time 1-5-2013 03:07 PM | Show all posts
Kisah Abang aku: Lelaki berjubah putih dan perempuan berkelubung putih

Seingat aku, ini merupakan first encounter abang terhadap pengalaman sebegini.  kejadian ni berlaku masa kat rumah pada tengah malam.

Seperti kebiasaannya, abang dan adik adik lelaki yang lain tidur bergelimpangan di hadapan tv ruang tamu.  Satu malam tu abang terjaga dari tidur.  Seperti ada orang kejutkan. Katanya laa..

Dalam samar-samar dan keadaan yang masih mamai tu, abang terpandang 2 susuk tubuh di dalam bilik master bedroom yang terbuka luas pintunya. (bilik ni pun takde orang tidur. sebab tu pintu terbukak je..)

Pada mulanya abang sangkakan mak dan ayah yang bangun untuk solat tengah malam. Tapi susuk badan dan style memang tidak serupa. Kata abang, lelaki berjubah putih tu, dan memakai kopiah bertubuh lelaki dewasa, dan raut muka seperti lingkungan 40-an gitu.  yang perempuan pulak berkelubung putih sepenuhnya. Macam pakaian orang nak pegi haji tu. haaa. gitu la gamaknya.

Mulanya lelaki dan perempuan tu membelakanginya, tapi bila abang terus pandang lama-lama, mereka menoleh dan mula mendekati abang. Sebab masa tu abang dah duduk dah. Bila lelaki dan perempuan tu makin dekat, makin lama makin dekat dan menuju ke arah abang, abang jadi terkaku sekejap.  Takut katanya.. tergamam tak tau nak buat apa. macam dipukau pun ada.  Lagak lelaki dan perempuan tu seolah-olah memanggil-manggil abang.

Tapi selang dua langkah dari tempat pembaringan abang, tiba-tiba 2 orang tu hilang.  Masa tu baru abang macam tersedar dari terpaku macam batu.  dia cepat cepat tarik selimut. Entah surah ape dibaca pun tak tau. lintang pukang dah.

Pas tu kaaaannnnn...

Masa abang berselimut tu, tiba-tiba ada orang yang goncangkan bahu abang. Bangunkan abang. Apelagi, terkejut member.. HAHA. Aku la tu yang kejutkan abang. Mintak tolong dia temankan pegi bilik air. Penakut punya pasal. Tapi masa tu aku tak tau pun abang baru je lepas nampak benda yang tak best. HAHA. Tapi abang ikut je temankan aku sampai depan bilik air.

Lepas aku selesaikan segala hajat, aku bukak pintu tandas. Aikkk.. hilang pulak abang aku ni. Takkan tinggalkan aku kot..  Tapi masa tu instinct aku kuat mengatakan bahawa beliau berdiri sembunyi kat belakang pintu bilik yang berhadapan dengan bilik air.  HAHA. Sah jangkaan aku, abang sembunyi kat situ. Aku pulak pelik. Siap masuk belakang pintu teman sekali abang. Dan tanya, nape abang sembunyi belakang pintu pulak.. Abang letak jari telunjuk kat biibir suruh diam dan dia cakap esok abang cerita. Pastu aku gelak je then terus masuk bilik tinggalkan abang aku sorang-sorang kat belakang pintu tu. HAHA.

Tak senonoh langsung perangai masa kecik dulu kan.. Asal takut je sembunyi belakang pintu.

Tapi sal lelaki dan perempuan serba putih yang mendatangi abang aku malam tu, sampai sekarang tak tau ape sebab dan siapa dorang. Jin Islam kot. Tapi sebelum abang pergi, seingat aku abang pernah ceritakan seorang lelaki dan seorang perempuan datang jumpa dia. Dan seperti yang digambarkan tu, memang sama macam yang pernah dia ceritakan kat aku masa kecik-kecik dulu.. Waallahualam.

End.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2013 03:10 PM | Show all posts
skeezotone posted on 30-4-2013 12:25 PM
neway.. nice story

HEHEEE.. tantiuuuu...

Ade citer baru. Baca tau. KihKih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 03:20 PM | Show all posts
hehe...tentiu..nak lagi leh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 03:34 PM | Show all posts
aerolz posted on 29-4-2013 09:32 PM
Ular Sawa dalam Rumah

Dalam banyak-banyak peristiwa masa aku masih sangat kecik, aku ingat kejadi ...

eh citer tt ni nak2 same mcm citer aku la... aku pon pernah jugak alami masa kecik (tak ingat umur berapa 5/6 tahun macam tu) menjerit-jerit sebut ular sawa. (tapi aku syak aku mengigau je kot... banyak sangat main waktu siang). terkejut la famili aku sume and pakat2 baca surah yassin kat kat aku... ini sume aku tak ingat sangatlah(famili la yang cerita), cuma samar2 je dalam otak. aku macam nampak la kakak aku baca yassin nak sembuhkan aku masa tu. tapi itu je la kejadian yg mistik berlaku terhadap aku... lepas pada tu tak ada dah...

cuma ada satu je kisah kelakar pernah berlaku kat aku... masa tu umur aku tak pasti berapa.. mungkin 5/6 tahun macam tu. kerana semangat inkuiri yg tinggi, aku pernah telan skru nut tu. giler btol, dah lapar sangat kot. lepas pada tu aku tak ingat apa jadi. yang aku ingat mak ayah aku bawak aku pi jumpa bomoh, dan bomoh tu bagi air apa tah. lepas aku minum, malam tu aku berak keluar la nut yang aku telan tu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 03:38 PM | Show all posts
aqissa posted on 1-5-2013 03:20 PM
hehe...tentiu..nak lagi leh

Sabor ye aqissa. Tengah selak buku lima lima lima ni mane satu nak masukkan dulu.

Gi jalan-jalan dulu ye. JAp lagi I serve new menu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 03:40 PM | Show all posts
misssakura posted on 1-5-2013 03:34 PM
eh citer tt ni nak2 same mcm citer aku la... aku pon pernah jugak alami masa kecik (tak ingat umur ...

Aku dulu pun fikir aku ngigau je. Tapi berlarutan pulak kan sampai seminggu.. HAHA. Begitu la jadi kisahnya..

Seram plus ngeri laaa kisah miss. Biar betik telan nut. Ni mesti mengidam nak makan cekelat ni last-last ditelannya nut yang tak berapa nak sodappp tu. Sib baik keluar jugak nut tu. Kalau dak.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2013 03:45 PM | Show all posts
aerolz posted on 1-5-2013 03:40 PM
Aku dulu pun fikir aku ngigau je. Tapi berlarutan pulak kan sampai seminggu.. HAHA. Begitu la jadi ...

itu la... tp masa kecik otak macam x leh pakai sangat. hilang pertimbangan tengok nut tu sedap sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 03:53 PM | Show all posts
Tangan di Sebalik Tingkap.

Sebelum tu, aku nak explain sikit kawasan kejiranan aku masa tu. Aku dan family tinggal kat kawasan perumahan yang masih baru diterokai tanahnya. Pendek kata, dulu kawasan perumahan tu dibina kat area pedalaman sikit dari bandar. Tapi sekarang dah belas tahun, dah jadi bandar kedua di negeri tersebut dah perumahan tu. (sekarang aku dah pindah benua.hehe.) Satu lagi, kawasan perumahan ni dibina di atas kawasan perkuburan orang asli di negeri S. So, dari mula-mula pindah sampai la sekarang ni memang angker jugak la di beberapa kawasan perumahan tu. Tapi aku bukan nak citer sal kawasan mane berhantu.. Itu nanti. Aku saja bagitau situasi tempat tinggal aku. So, boleh la korang faham kenapa kebanyakan tempat aku selalu terjumpa benda pelik adalah kat area perumahan ni laaa...

Emmm.. Kejadian ni berlaku masa aku berumur 11 tahun. Masa ini adalah masa aku semangat belajar dan pergi tuisyen. Dan time tu aku sekolah sesi petang. Dari darjah 4 sampai la darjah 6. Memandangkan aku sekolah petang, mak aku hantar aku pergi tuisyen pagi. Tapi dulu2 tak main la tuisyen bayar mahal-mahal kat pusat tuisyen tu. Dulu aku tuisyen dengan jiran aku sendiri. Tapi jiran jauh la. Selang 2 lorong. HEHE. Okayla, aku panggil dia Cik Bun.

Dijadikan rempah cerita, rumah Cik Bun ni corner lot. Dan tepi rumah dia pulak bukit. Bukit dimana kubur-kubur orang asli dipindahkan. termasuklah ketua orang asli tu sendiri. Seram wehhh kalau lalu situ . Siang-siang pun aku meremang ape lagi malam-malam. Sebab bukit tu takde orang lalu lalang situ pun. Pokok-pokok besar je banyak. Pastu gelap semacam je.. Tapi aku pun tak tau nape aku semangat lak nak tuisyen kat rumah bersebelahan dengan bukit tu. Masa tu abang aku ada sekali, so aku tak takut sangat la..

Satu hari tu, macam biasa aku pergi tuisyen nek basikal ngan abang aku.  tak jauh pun. 400meter dari rumah. Pagi tu best je. Hening. Emmm.. Cik Bun ni ada la dalam 10 orang student. Aku belajar matematik sebab lembap yang hamattt.. Dan rumah dia memang takde budak budak. Sebab tu dia rapat ngan kiteorang. Siap bagi makan minum main tengok dvd.. Besstt wooo dapat cikgu macam tu.

Kiteorang akan duduk kat luar la. Kat halaman rumah tu. Tapi dah ada bumbung. Ada sofa. Selesa lagiii.. Masa tu, aku tekun gigih buat matematik yang Cik BUn suruh buat, (keadaan aku masa ni menghadap ke arah tingkap kaca sliding bilik - tingkap ni yang kaler gelap tu. bile malam nampak orang kat dalam dari luar, bile siang orang dalam boleh nampak orang luar.)

Sedang aku buat keje rumah tu, tiba-tiba aku tertoleh ke arah tingkap sliding tu. Aku pelik macam ada benda bergerak disebalik langsir. Mulanya aku buat tak tau. Maybe Mak Cik BUn tengah kemas bilik kot..  Aku sambung balik keje. Tapi anak mata aku rasa macam nak tengok je ape yang ada disebalik tingkap tu. Memandangkan aku sibuk sangat nak tahu, padan muka aku, sebab bile aku toleh je kat tingkap tu, aku nampak satu tangan kanan, jari runcing sangat-sangat, kuku panjang ada dalam 2 inci, pastu macam tangan orang tua. tangan tu melekap je kat tingkap tu. Weiii.. terkejut kot sebab itu langsung bukan macam tangan manusia waras yang ada dalam rumah tu masa tu. Lagipun mak Cik Bun ada dengan kiteorang masa aku nampak tangan tu. Tengah hidang air kat kteorang.

Pastu aku cuit Cik BUn dan bagitau dia ape yang aku nampak. Then bile aku tunjuk tempat tangan tu, hilang pulak dahhhh.. Sakit hati betol. Sebab cik Bun marah aku balik sebab dia cakap takde pape laa.. Pastu aku bagitau abang. Abang tak percaya sebab dorang tak sempat nampak ape yang aku nampak. Dah tu aku diam je, t tak pasal-pasal kena marah lagi. Pastu aku buat homework macam biasa tapi mata aku asyik pandang-pandang je cermin tingkap tu kot kot tangan tu muncul semula.

Oh ya, lupa. Masa aku bagitau Cik Bun tu, dia siap masuk bilik lagi kot kot ada orang dalam bilik nak kacau aku tapi tak de sape pun. Tapi sebelum balik, aku sempat tengok dekat-dekat cermin tu, aku nampak kesan tangan orang melekap kat cermin tingkap tu.. Sia-sia orang cakap aku tipu. Kalau la aku CSI masa tu, dah lama aku amik cap jari kot dapat tangkap sape yang kacau ketekunan aku belajar matematik. HUH.

End.



Last edited by aerolz on 1-5-2013 04:06 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2013 03:56 PM | Show all posts
misssakura posted on 1-5-2013 03:45 PM
itu la... tp masa kecik otak macam x leh pakai sangat. hilang pertimbangan tengok nut tu sedap san ...

HAHA. Masa kecik memang sengal sikit perangai. Tapi itulah keindahan zaman kanak-kanak walaupun terpaksa menelan nut. Sangat indah. Kannn.. Rasa nak ulang balik je masa tu. Lepas ni miss jangan telan nut lagi tau. Nanti kite belanja makan cekelat je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 06:41 PM | Show all posts
"sebelum abang pergi"? apa maksudnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 08:04 PM | Show all posts
TaKtAuLeR posted on 1-5-2013 06:41 PM
"sebelum abang pergi"? apa maksudnya?

Oh itu. Lupa lak. Abang meninggal 3 tahun yang lepas. tahun 2010. Saya ada thread yang banyak melibatkan tentang dia.

Al-fatihah untuk abang aerolz.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 08:17 PM | Show all posts
aerolz posted on 1-5-2013 03:10 PM
HEHEEE..  tantiuuuu...

Ade citer baru. Baca tau. KihKih.

blom ada mood nk bkk thread baru.. hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 08:50 PM | Show all posts
skeezotone posted on 1-5-2013 08:17 PM
blom ada mood nk bkk thread baru.. hehehe

huhu.. ye la tu.. takde mood sebab esok dah nak keje ke?? kihkihkihh..

Oh lupa. Selamat Hari Pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 01:06 PM | Show all posts
aerolz posted on 1-5-2013 08:04 PM
Oh itu. Lupa lak. Abang meninggal 3 tahun yang lepas. tahun 2010. Saya ada thread yang banyak meli ...

al-fatihah..
cherish the moment with ur late bro eh earolz ... jgn lupa menu len plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 03:27 PM | Show all posts
2 in 1: Budak kecik di bus stop & Sesat di lrt.

Kejadian ni baru je berlaku semalam. Hal ni buat aku konfius and pelik sikit. Sebab aku pun tak pasti ape yang terjadi. Masa ni aku onthe way balik ke rumah. Naik bus. Cuti mengundi plus cuti kuliah. Ni first time aku naik bus sorang-sorang. Dalam bus, aku berdiri tepi cermin sebab bus penuh.

Time ni dah nak masuk kl dah. Bus lambat gerak. maklumlah time peak hour. Banyak kenderaan baru balik keje.  bus pun berhenti-henti hampir kat semua bus stop. Dan sampai la kat satu bus stop. aku tak tau katne. Time ne bus berhenti lama sikit sebab ramai yang turun naik bus. Aku asyik memerhati orang yang berdiri dan berkumpul kat bus stop luar. ada dalam 8 orang kalau tak silap. dalam ramai ramai tu aku terpandang sorang budak laki ni. dalam umor 7 or 8 tahun kot. comel budaknya. Macam anak mat salleh. Pakaian pun lain. Tak macam budak malaysia selalu pakai. Then dia sandang satu bagpack kat belakang.

Yang buat aku tertarik nak tengok budak ni sebab dia comel and muka dia pucat. Pucat sangat. Macam mayat. Macam orang sakit pun ada. Bawah mata dia lebam je. Tapi keadaan fizikal dia tak macam sakit pun. Masa ni ada sorang perempuan lingkungan 30-an kat tepi dia. Mula tu aku memang agak perempuan tu mak dia la kot. Sebab budak tu asyik ngikut je perempuan tu.

Pastu aku tengok perempuan tu menuju ke arah bawah pokok yang rendang. Dan budak tu pun mengikut je. Mula tu aku asyik je memerhati budak tu. Sebab kesian tengok muka dia pucat sangat. Macam nazak semacam. Tapi boleh pulak lepak dekat bus stop yang ramai orang tu. Tepi highway besar lak. Then aku rasa semacam sebab aku tengok semua orang kat situ macam tak perasan budak tu je. Termasuklah perempuan yang budak tu ikut.

Padahal budak tu depan perempuan tu je. Tapi perempuan tu seolah-olah tak nampak sesiapa depan dia. Tak seperti seorang emak dan anak. faham tak ape yang aku maksudkan? Seolah-olah orang lain tak nampak ada seorang budak lelaki kat situ. Tak ada sorang pun pandang budak tu. Terutamanya perempuan yang budak tu ikut. Aku dah jadi pelik. Eh, takkan aku sorang je nampak budak tu. Masa ni la bus mula bergerak. Masa bus makin kehadapan, baru budak tu pandang aku. Pandangan kosong. Time ne, aku terus toleh ke arah lain. Dan anggap itu cuma seorang budak lelaki.

Em, sampai sekarang aku masih ingat rupa budak tu. Comel. Tapi pucat sangat macam mayat. Agak-agak tu orang ke benda lain? Sebab aku tak rasa aku boleh bezakan manusia dengan benda lain. Sebab sebelum ni pun aku dah pernah terkena jugak dengan hantu raya yang menyerupai kawan aku. tapi kejadian semalam aku rasa sangat pelik dan baru untuk aku. Aku tak rasa seram. Cuma selalu teringat-ingat. Entah laa..

Then sejam lepas tu aku sampai kat kl sentral. Aku nak naik lrt untuk ke sg besi. So aku mesti transit ke masjid jamek untuk tukar ke laluan sri petaling. Masa dah sampai masjid jamek aku tak perasan aku ternaik tren laluan ampang. Bila kat chan sow lin aku tak tukar tren. So, aku turun ke Miharja. Aku patah balik ke chan sow lin. Kali ni aku pastikan aku amik tren ke sri petaling. Aku masuk. Tapi tren terus ke Miharja semula. Aku pelik. Takkan aku salah naik tren lagi. Aku turun semula ke Miharja. Aku tengok lagi untuk pastikan aku naik tren laluan sri petaling. Aku naik lagi. Tapi tren tu pun lalu laluan ampang. Jadi untuk ke 3 kali aku turun kat Miharja.

Kali ni aku dah rasa lain macam. Aku dah nervous takut tak sampai-sampai. HP aku dah low bat. Aku dah risau sebab kakak aku mesti dah sampai kat sg besi nak amik aku. Aku dah agak mesti dia mengamuk. Tapi aku tak leh buat ape. Time tu, Maghrib dah masuk. Aku rasa aku macam kena main je. Sakitnya hati masa tu, Allah je tau. Dah la penat, tapi suruh aku pusing-pusing turun kat stesen yang sama je.

Last-last aku kali ketiga tu, sebelum naik tren aku tanya sampai 3 orang kat situ samada tren tu ke sri petaling or ampang. Bila tiga-tiga bagitau tren ke sri petaling, baru aku yakin naik. Pastu bile stesen berikutnya stop kat Cheras baru aku rasa lega. Then aku sampai kat sg besi. 1 jam lewat dari yang sepatutnya. Masuk kereta, aku kena bebel kena marah. Huhhh.. Diam je la..

Lepas ni, konfirm aku tak nak naik tren sorang-sorang lagi dah.

End.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 03:34 PM | Show all posts
aqissa posted on 2-5-2013 01:06 PM
al-fatihah..
cherish the moment with ur late bro eh earolz ... jgn lupa menu len plak ...

Orait. Mungkin ini jugak sebab saya bukak thread ni walaupun tak de sape baca. Saje nak mengimbau kembali saat-saat masa beliau masih hidup.

By the way, dah ada resipi baru. Selamat menjamu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2013 02:56 PM | Show all posts
Salam. Ni cerita ayah aku vs pocong.

Kisah 1.

Orang orang tua cakap, penampakan pocong ada kaitan dengan orang yang bakal meninggal keesokan harinya. Entah betul entah tidak. Ni orang tua cakap la ye.

Time ni kiteorang duduk rumah kampung lagi. Bilik air uzur sikit la. Biasalah rumah sewa je.. Tapi parent aku suka rumah kampung berbanding duduk rumah taman.

Dijadikan cerita, pagi buta dalam jam 3 pagi tu, ayah aku terbangun nak melepaskan hajat. Dalam mamai-mamai ni, ayah aku jalan menuju ke bilik air. Bila dia bukak pintu je, tercegat pocong kat tepi bowl tandas tu. Amik kau. Ayah aku siap gosok-gosok mata lagi kot-kot dia berhalusinasi je. Tapi dah gosok tu, masih jugak nampak pocong tu. Memandang ke arah dia. Rupa pocong tu, aku tak tau la, ayah aku tak nak cerita detail.

Tapi yang tak boleh blah nya ayah aku boleh pulak buat tak tau. Dia cakap dalam hati "Ahhhh.. lantak kau lantak aku dah tak tahan dah ni..." So, dia melepaskan hajat tapi tak pandang sebelah pun. Entah macam mane la ayah aku boleh kering hati macam tu. Agaknya dah tak tahan sangat kot. Dah selesai tu, dia keluar terus tak pandang belakang. huhuuu..

Esoknya, ada pengumuman kat surau cakap ada orang meninggal. Ayah aku selamba cakap, oohhh.. patut pun aku jumpa pocong dalam bilik air semalam, ada orang meninggal rupanya. Huhu.. Agak-agak ada kaitan ke?

Kisah 2.

Sebenarnya 2 kali dah ayah kene macam tu. Ini kali kedua, sama jugak. tapi dia nampak kat luar bilik air. Bilik air kan macam uzur sikit. so, kat dinding belah atas tu, papan je tau. tapi ada lubang udara lagi. Pastu belakang rumah tu, rumah lama yang dah usang buruk. Belakang bilik air memang pokok mangga yang tinggi tu. So kalau malam malam masuk bilik air memang seram la macam ada orang memerhati dari luar je.

Pagi buta tu, lebih kurang masa sama, ayah nak kebilik air nak buang hajat jugak. Tapi ni ayah nampak kepala pocong kat menjenguk dari luar. HAHA. Ayah aku gelabah jugak. tapi dia tak tahan. Buat dont know je la. Dah selesai terus lari keluar. HAHA. kesian ayah aku asyik kena kacau ngan pocong.

Then, esok pun ada orang meninggal. HUUUU..



Kisah 3.

Dulu, ayah aku ni buat bisnes pulut panggang. Aku tak tau nak korang tau ke tak pulut panggang ni. Pulut panggang ni adalah kuih tradisiional diperbuat dari beras pulut dikukus, pastu dibungkus dalam daun pisang. Pastu dipanggang/dibakar. Yang bestnya cara membungkus pulut panggang ni sebijik macam hantu bungkus aka pocong tu. Ikat atas, ikat bawah. HUHUUUU..

Ayah aku meniaga esoknya. So, pulut panggang tu nak kena bungkus and kukus malam nya. So, malam-malam memang ayah aku buat pulut panggang ni la. Salah satu peralatan yang dia guna ialah gunting. Nak gunting daun pisang nak touch up2 cara bungkusan lagi. NAk bisnes, kena elok elok kan. Pastu, nak kena ketuk-ketuk sebab resipi ni turun temurun, so memang ada peralatan sendiri la nak buat pulut panggang ni.

MEmalam akan kedengaran la ayah aku ketuk-ketuk siapkan pulut panggang tu. Rumah pun rumah kampung kan. So, papan. Dengar la bunyi ketuk-ketuk tu. By the way, kat dapur tu, mak aku memang tak bentang tikar pun. So, lantai rumah memang papan la. Rumah lama, papan pun tak disusun rapat2. Jadi, bila kita pijak lantai papan tu, memang rasa jugak la angin dari bawah rumah.

So, satu malam tu, ayah aku buat keje macam biasa. ketuk-ketuk. Tengah syok ketuk-ketuk, bungkus-bungkus tu, kaki ayah macam kena cuit. Sebab dia buat keje kat lantai. so terasa la tapak kaki macam kena cuit dari bawah rumah. Padahal bawah rumah tu mane da sape sape boleh lalu. bawah rumah tu, kiranya laluan anak sungai jugak la. Tanah lumpur. Ayah aku buat dont know.

Pastu dia ketuk-ketuk lagi. Masa dia ketuk pertama, ada jugak dari bawah rumah buat bunyi ketuk. Pastu ayah ketuk lagi, sekali lagi bunyi ketuk dari bawah lantai rumah tu. Then, ayah aku sound. "Eh, aku ketuk ko pun nak ketuk jugak ke? Ke ko terasa sebab aku bungkus pulut panggang ni sebijik macam ko dibungkus?" Amik kau. Ayah aku sound direct. Ye la, orang carik rezeki pun nak kena kacau.

Pastu, dah sound tu ayah aku ketuk lagi. Kali ni main ganas lak. Benda tu ketuk pintu dapur lak.  Tak jauh dari ayah aku pun. Bukan sekali je ketuk. Berkali-kali sampai nak roboh pintu. Cermin tingkap pun diketuk. Ayah aku gelabah dah. Ye la, mulut celupar. tapi pastu takde dah bunyi ketuk-ketuk.. Kiranya mengamuk jugak la mende tu kena sound ayah aku kan. HUUUUhuu..

KEs kena cuit dari bawah rumah tu, kiteorang memang selalu kena. Kiteorang satu family memang suka lepak kat dapur, sambil makan-makan borak-borak. Aku pun selalu kena cuit. Mula tu terkejut jugak. Macam ada tangan yang cuit. yang mencuit tu pun macam berbulu je... EIiiiiiii.. Seram aku. Tapi sekarang dah tak duduk rumah tu lagi dah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 03:12 PM | Show all posts
Kisah Pocong jugak.

Kisah 1.

Ini kali, (Haha) pocong ni dalam bilik aku pulak. Hampir semua orang dalam rumah ni pernah nampak pocong ni, tapi aku si empunya bilik tak pernah pulak nampak pocong ni. Pelik betul aku. Pastu tempat pocong tu menampakkan diri lak memang betul betul hujung katil aku.

Dulu, parent aku ni ramai anak angkat. Dulu ada lah anak angkat mak aku duduk sekali ngan kiteorang. So, dia sekali la dalam bilik aku. Tapi aku jarang kat rumah sebab duduk kat uni lagi. So, dia la banyak masa dalam bilik tu. Katanya pernah satu malam tu dia terbangun dari tidur, dia nampak pocong kat hujung katil. tegak je berdiri memerhati dia. Mulanya dia ingatkan halusinasi je, tapi pandang lagi kali kedua ada lagi pocong tu kat situ. Dah tu, dia terus tutup muka ngan bantal and tertidurrrr.. Pastu dia citer kat aku, takut jugak kadang kadang, tapi tak pernah jumpa pun. HUHUUU..


Kisah 2.

Time ni anak angkat mak aku dah pindah tempat lain dah. Tak duduk serumah ngan kiteorang dah. So, bilik itu aku sorang la yang duduk. Tapi macam biasa, kalau aku kat uni, adik lelaki aku atau ayah aku memang suka lepak tidor dalam bilik aku. Ye la, bilik aku ni kira macam available untuk semua la kan. Sebab aku jarang ada kat rumah.

Satu malam tu, Ayah aku tidur kat bilik aku. Malam tu, dia terbangun. Pastu, nampak jugak pocong tercegat kat hujung katil. Terkujat ayah aku. Ye la asyik berjodoh ngan pocong je. Pastu, ayah terus lari keluar bilik. Tak nak dah tidur bilik aku. HAHA.. Tapi aku tak pernah pun jumpa pocong kat dalam bilik tu. Aku lagi takut tikus besar yang berlari lara mengawan kat dalam bilik tu. eiiiiiiiii.. GELI betul.

Sekarang dah pindah. Tak de dah citer pocong kat rumah tu. Huhuu.. By the way, sebelum kiteorang duduk rumah tu, ramai jugak yang menyewa sebenarnya. Tapi paling lama pun sebulan. Kirenya kiteorang paling lama bertahan sampai 3 tahun. Semua orang tanya kat kiteorang, korang okay ke duduk rumah tu. tak kena ganggu ke. Rumah tu kirenya memang femes dengan kisah hantu nya. Tapi aku malas nak tanya orang-orang kat situ. Lagipun, selama 3 tahun tu, memang banyak la kena ganggu, tapi, entah nape family aku semua hati kering terutamanya mak aku. HUHUuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 02:51 PM | Show all posts
Wow! Chaiyok TT! Teruskan bercerita. Best best.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:58 PM | Show all posts
Cerita TT semua best-2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.097195 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list