|
nicuya posted on 18-6-2013 11:44 AM
btol...sy plg suke die ni!!! ni btol baru versatiles...die x dpt datuk/tan sri ek?....x adil btol..d ...
yer betol gak .. personally dia ni deserve dapat title dari srk ...opppssssss... tapi dah mati tak der guna nyer dapat title.. baik sedekahkan al-fatihah utk dia .. dapat jugak rezeki dia kat sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
I like that pura cendana song.... =)
He is such a good actor... |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah untuk ahmad nisfu...
dah lama dia meninggalkan kita.....
seorang pelakon yg begitu berbakat sekali...
komedinya mencuit hati.... |
|
|
|
|
|
|
|
lakonan die mmg best dan Ahmad Nisfu ni one of the legend Jalan Ampas...sedih dgn perjalanan kisah hidupnye... |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama rupanya puak DAPig ni mempergunakan orang melayu sebagai mesin duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan mcm pelakon sekarang, lakonan hampeh, harap muke yg kena tempek bedak tu je...berlakon tahap sampah.... bayaran mahal, kawen dgn org kaya..choy sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
"Biar pun dirimu tidak ku kenali, tatapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...." aku tak menahan gelak cam nak pecah perut tgk filem ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tahun bila dia meninggal ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya kisah hidup beliau
tapi cerita p ramlee memang best |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah
sadisnya kehidupan mereka
walhal sgt brbakat berbanding retis2 yg wujud masa kini
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak ada pewaris yang mewarisi bakat lakunan hebat dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah. Sedih baca kisah arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Nisfu sebagai Tengku Karim di dalam Antara Dua Darjat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: The Patriot
Penulis: Danial Abd Aziz
Tarikh: 7/9/2017
Benarkah Ahmad Nisfu Hidup Sebatang Kara Dalam Kedaifan?
“Apa? Kau bilang aku perompak? Aku Director Ahmad Nisfu!” – Ahmad Nisfu (Seniman Bujang Lapok, 1961)
Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Nisfu? Beliau adalah antara pelakon filem Melayu klasik era 1950-an hingga awal 1970-an yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu khususnya. Populariti Ahmad Nisfu masih kekal hingga ke hari ini malah tidak mustahil nama beliau akan terus dikenang sampai bila-bila.
Namun begitu, terdapat berita yang kurang enak tentang pengakhiran hidup seniman Ahmad Nisfu. Kononnya beliau dikatakan hidup sebatang kara dalam kedaifan di sebuah kubu peninggalan tentera Jepun dan meninggal dunia tanpa saudara mara serta anak dan isteri. Kisah itu pernah tular di media sosial sekitar dua atau tiga tahun yang lalu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan...
Yang menjadi persoalannya, sejauh manakah kebenaran cerita itu? Benarkah kisah hidupnya begitu teruk sekali sehingga terpaksa menumpang tinggal di kubu peninggalan tentera Jepun? Benarkah Ahmad Nisfu langsung tiada saudara mara serta ahli keluarga? Jika benar, dari manakah sumber yang penulis cerita itu dapat sehingga beliau dapat membongkar kisah yang amat sedih itu?
Saya, Mohd Danial Abd Aziz mewakili Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik merasa terpanggil untuk menulis artikel ini sejak sekian lama untuk membidas segala kepalsuan kisah Ahmad Nisfu yang tersebar luas di internet.
*Gambar Ahmad Nisfu & keluarga (terdapat anak tiri beliau di dalam gambar tersebut. Gambar diambil dr Berita Harian Singapore, tarikh : 26/10/2014) |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupan Awal Di Pentas Bangsawan
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ahmad Nisfu sebenarnya dilahirkan di Medan pada tahun 1902 dengan nama Mohamed bin Nisfu. Ahmad Nisfu merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau kemudiannya berpindah bersama-sama keluarganya ke Pulau Pinang ketika masih kecil. Ahmad Nisfu menetap dan membesar di Kampung Makam, Tanjung Tokong, George Town, Pulau Pinang.
Gambar dr Filem Ibu Mertuaku |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Nisfu terdedah dengan dunia pentas bangsawan sejak kecil lagi. Bapanya merupakan tokoh utama dalam Wayang Kassim, sebuah syarikat wayang bangsawan di Pulau Pinang. Semasa di Pulau Pinang, Ahmad Nisfu mendapat pendidikan agama di madrasah. Beliau hanya boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi.
Semasa di Pulau Pinang, Ahmad Nisfu mula berlakon bersama Grand Opera pada tahun 1912. Mereka sering mengadakan persembahan di utara semenanjung Tanah Melayu. Dari situlah Ahmad Nisfu mengasah bakat lakonannya sedikit demi sedikit. Beliau kemudiannya menyertai Star Opera yang beroperasi di Perak bersama-sama bapanya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ketika berusia 18 tahun, beliau telah berhijrah ke Singapura pada tahun 1920 dengan mengikuti kumpulan Indera Bangsawan yang dimiliki oleh Siti Hawa yang sangat terkenal dengan panggilan Seri Panggung Mak Lebai. Semasa berada si Singapura, Ahmad Nisfu bertambah aktif dalam dunia lakonan di pentas-pentas bangsawan sehingga namanya menjulang naik. Menurut satu temubual, Ahmad Nisfu menerangkan bahawa persembahan kumpulan Indera Bangsawan lebih cenderung kepada kisah-kisah Hikayat 1001 Malam dan corak persembahan Wayang Parsi yang dipengaruhi unsur-unsur Hindi.
Ketika bersama Indera Bangsawan, Ahmad Nisfu hanya menerima gaji sebanyak 25 sen untuk satu malam. Setelah tiga tahun bersama kumpulan itu, beliau kemudiannya berpindah pula ke Malay Grand Opera dengan mendapat gaji sebanyak $45 sebulan sebagai permulaan. Oleh kerana beliau mempunyai bakat serba boleh iaitu berlakon, menyanyi dan berlawak, gajinya dinaikkan sedikit kepada $66 sebulan.[youtube]Q6aTaT23x9E[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
| |
|