CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lejen

[Dunia] Sebenarnya tiada konsep zero-interest di perbankan Islam

[Copy link]
Post time 18-6-2013 12:39 PM | Show all posts
korang baru tau kaa......lam dunia maan de business tak de nak amik untung n berbunga.....ahaks!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 12:39 PM | Show all posts
M5 posted on 18-6-2013 12:32 PM
ada terbaca satu artikel yg rumuskan islamic finance ni sebenernya normal banking sprinkled with h ...

Holy water tu air macam air jampi yang dijual RM10.00 sebotol tu ka? Itu untuk halau jin jer kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 12:40 PM | Show all posts
memula dulu aku x paham jugak... org asik ke hulu k ehilir islamic bank...

pastu aku nak buat loan umah..... agen tuh terangkan satu persatu.... pastu aku mcm penin terus cakap.."ehhh mcm same lebey kurang je ngan bank biase...."

then agen  tuh cakap...." ye... tp kita konsep islamic...."... pastu aku cam penin2 ngan konsep dia... pastu.. aku pon malas nak pikir.. iyekan jelahh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 12:46 PM | Show all posts
dah dari mane bank tu nak dptkan keuntungan kalau bukan daripada interest ni?

takpun bank ada bukak bisnes jual goreng pisang kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 12:57 PM | Show all posts
Maideen. posted on 18-6-2013 12:39 PM
Holy water tu air macam air jampi yang dijual RM10.00 sebotol tu ka?  Itu untuk halau jin jer ka ...

yup, yg macam air jampi 10 ringgit halau jin masuk botol tu la..sama aje konsepnya..segala benda kalu lobai2 dah lekatkan dgn bunyi2 ereb, maka terus dapat status isle dan diredoi oleh allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:04 PM | Show all posts



Beza Akaun Islam Dan Konvensional


Dalam Konteks Semasa

( Artikel ini telah di terbitkan di Akhbar Metro Ahad 4 Jun 2006 )

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Kita telah mengenali Riba kontemporari dalam produk pinjaman pelbagai dalam penulisan yang lalu, kali ini kita meninjau bentuk Riba kontemporari yang seterusnya dalam produk akaun pelaburan dan simpanan pula.

Bagi menjelaskan bentuk kedua bagaimana riba berlaku, contohnya adalah seperti berikut :-

Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :-

1) Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

2) Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

Dalam akaun jenis pertama ini, Individu A meletakkan wangnya di dalam “conventional fixed deposit account”. Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali/Bank akan mengumpulkan wang individu A tadi bersama dengan wang depositor atau pelabur lain. Kemudian, kumpulan wang itu akan digunakan samada bagi pelaburan wang terus ke dalam mana-mana syarikat yang kukuh bagi mendapatkan pulangan yang baik ataupun digunakan untuk memberikan pinjaman secara riba kepada syarikat-syarikat yang datang kepada Bank untuk tujuan perniagaan mereka, samada perniagaan itu halal mahupun haram.

Sebagai imbalan kepada para pelabur atau penyimpan, pihak bank akan menetapkan kadar faedah tertentu (fixed interest) sebagai contoh 3 % untuk diberikan kepada penyimpan @ pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selama matang antara 1 – 11 bulan, kadar faedah adalah menurut budibicara pihak pengurusan bank. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagi menentukan kadar interest yang ingin diberinya.

Ingin ditegaskan di sini bahawa, menurut Shariah, kadar 3 % dari “fixed deposit account” tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana, disiplin pelaburan ( iaitu Mudarabah atau Musyarakah) menurut Islam, pulangan keuntungan tidak boleh di tentukan sama sekali peratusannya. Hanya nisbah pembahagian keuntungan yang dibenarkan. Seperti 70 : 30 ( Bank : pelanggan).

Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Manakala dalam Akaun Simpanan Konvensional (Ordinary Savings Account) pula. Sekali lagi terdapat Riba secara pasti. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap sekitar 0.1-0.2 %. Dalam keadaan ini, Bank pula dikira meminjam wang dari pelanggan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan kecil-kecilan, dan si pelanggan di anggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas pinjaman (simpanan) yang diberikan oleh pelanggan kepada Bank itu, hasilnya; Bank mesti membuat pembayaran tambahan (faedah) menurut kadar yang telah di tetapkan tadi walau dalam keadaan apa sekalipun. Sekiranya Bank mendapat untung yang amat lumayan hasil penggunaan wang simpanan tadi, bank tetap hanya perlu membayar kadar kecil tadi, maka pelanggan pastinya dikira rugi. Sebaliknya, sekiranya bank menghadapi kerugian, Bank tetap perlu membayar kadar interest itu tanpa mengira sama ada ia akan menambah beban kerugiannya atau tidak. Maka, kerugian Bank pasti bertambah dan membebankan.

Justeru, penindasan berlaku dalam kedua-dua bentuk simpanan dan pelaburan konvensional di atas, sama ada kepada bank (apabila rugi tapi perlu membayar faedah Riba) atau pelanggan (apabila untung tapi hanya mendapat nisbah kecil).

Dalam pengurusan akaun secara Islam, suasananya adalah berbeza sama sekali, dimana semua pelanggan yang menyimpan wang di Islamic Akaun Islam ini boleh memilih sama ada ingin menggunakan:-

a) Akaun Simpanan atas asas Wadi’ah (simpanan biasa tanpa menggunakan konsep mudharabah);

Dalam kontrak ini, pihak bank akan memastikan semua jumlah wang simpanan pelanggan adalah sentiasa selamat dan boleh di keluarkan pada bila-bila masa oleh pelanggan. Bagi memanfaatkan dan menanggung kos pengurusan simpanan ini, pihak pengurusan Bank-bank Islam biasanya akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan pelaburan yang halal sahaja, tetapi pihak Bank akan menjamin pelanggan boleh mengeluarkan wnagnya pada bila-bila masa serta akan menanggung segala kerugian jika berlaku. Sebagai menghargai pelanggan yang menyimpan wang ini sehingga membolehkan pihak Bank menjalankan operasi ekonomi dan perniagaan Islam, maka jika terdapat untung, pihak Bank akan memberikan hibah (hadiah sejumlah wang) kepada penyimpan sebagai tanda penghargaan.

Bagaimanapun jumlah dan kadar hibah adalah terpulang kepada budibicara bank sepenuhnya, cuma ia mungkin berubah-ubah menurut prestasi pelaburan yang dibuat oleh Bank. Sekiranya hasil pelaburan menggalakkan, maka kebiasaannya penyimpan akan di beri “hibah” yang agak baik. Jika pelaburan mengalami kerugian, pihak penyimpan tidak akan mendapat sebarang hibah, wang simpanan mereka juga tidak akan berkurangan. Ini lebih adil kerana :-

· Pelanggan berpeluang mendapat hibah dalam keadaan wang simpanannya terjamin/tanpa risiko hasil pelaburan. Jumlah dan kadar hibah adalah sepenuhnya terpulang kepada budibicara bank. Bagaimanapun, biasanya pihak bank akan memberikan kadar hibah yang tinggi sedikit jika keuntungan diperolehi, demi menggalakkan minat pelanggan.

· Bank juga tidak terpaksa membayar apa-apa kepada pelanggan jika tiada keuntungan. Justeru bank tidak teraniaya sama sekali berbanding Bank Konvensional.

· Tiada sebarang Riba terbabit di dalam akaun ini dan semua pelaburan yang dibuat adalah setelah dipastikan memenuhi kehendak Shariah.

b) Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung):

Satu lagi produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam adalah simpanan yang menggunakan konsep Mudharabah. Ia bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti “ Akaun Pelaburan Umum Mudarabah” atau “Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah” atau “ Akaun Semasa Mudarabah”.

Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.

Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank. Justeru semua “Shariah-Approved companies” ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.

RHB Islamic Bank Berhad sebagai contoh, cukup tegas dalam memastikan semua simpanan yang diperolehi akan digunakan dan dilaburkan ke dalam urusniaga atau syarikat yang benar-benar selamat menurut Shariah.

Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana “client-friendly”, iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan “client”. Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut “asset” mahupun “lialibilities” sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan “filter” Shariah berikut biasanya digunakan antaranya :-

i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)

ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )

Pengamalan akaun di Perbankan konvensional amat berbeza, yang mana ia tidak terikat dengan konsep Shariah, lalu mereka pasti akan menumpukan pelaburan di dalam syarikat yang boleh memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek penerimaan Shariah atau tidak.

Selain itu, pembaca mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh sesetengah akauan Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di gelar “indicavtive Rates” atau “kadar andaian dan ramalan” dan bukannya kadar yang tepat dan mesti diberikan oleh bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.

Cara kiraannya yang telah dipermudahkan adalah seperti berikut :-


Cara Kiraan :-

Untung Sebenar  = Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR) = Keuntungan setahun                                                      100

Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru “indicative” atau andaiannya seperti berikut :-3 X 70 (pelanggan) = 2.10100

Maka, jumlah 2.10 % inilah yang akan di paprkan oleh Bank bagi memaparkan prestasi akan datang Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank memberikan pulangan dengan kadar di atas.

Perlulah sedari, seseorang yang menyimpan atau melabur wangnya di dalam akaun di bank konvensional pastinya akan mendapat saham keburukan hasil sokongan langsungnya dari wang depositnya itu, sama ada mereka menyedarinya atau tidak.

   Last edited by chenta_dewi on 18-6-2013 01:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2013 01:06 PM | Show all posts
Apakah perbezaan antara perbankan Islam dengan konvensional?

J: Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah perbankan Islam mesti berlandaskan
Syariah. Perbankan Islam juga mesti mengelakkan aktiviti seperti riba’, gharar (ketidakpastian yang berlebihan), perjudian
dan penipuan. Sebagai contoh, di dalam kes pembiayaan, sebagai ganti kepada caj faedah yang dikenakan ke atas
pembiayaan yang diberikan, institusi perbankan Islam sebaliknya menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak
musyarakah atau perkongsian untung dan rugi.


apa2 pun pilihan di tangan masing2,
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:08 PM | Show all posts
kalau tak tahu jangan menghalalkan yang haram..


Allah kata haram ada ja makhluk kata sama la apa la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 01:12 PM | Show all posts
back door riba..... just sharing,....


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:12 PM | Show all posts
dino posted on 18-6-2013 12:28 PM
benci ngan manusia hipokrit yg dok isle kehulu kehilir... tp dasar n prinsip mmg jauh dr islam :lo ...

Maideen rasa mereka bukannya semua hiprokit. Maiideen yakin ada diantara mereka yang benar benar yakin bahawa perbankan Islam itu adalah benar benar berlandaskan Isle.

Kita ambil contoh terjemahan ayat 2:275 itu tadi. "....mereka mengatakan jual beli itu sama dengan riba tapi Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharomkan riba". So tak betul ka cara Bay al Inah yang Maideen terangkan tadi? Hang tak percaya al Quran ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:22 PM | Show all posts
Akad jual-beli mesin ATM

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:28 PM | Show all posts
aku bukan nak kater x pecaya dengan konsep islamic banking ke ape ke.. tp yg cakap halal haram dalm bank ni.. ade kah ulama itu profesional dari bidang perbankan.. marketing.. world bank trends..

let say sorg akitek nak buat rumah kan... study 6 thn.. pastu nak amik profesional cert prektis few yrs utk dapat Ar..... tu pon belum tentu lulus... susah tau

then tetiba ade sorg ulama kater... skrg ni ade rumah2 ciri2 islamic.. ulama tuh pon senaraikan list2 utk rumah2 bercirikan islamic....  pastu ulamak sebut arkiteck yg tak buat rumah berdasarkan ciri islamic oleh ulama tuh pon dikatekan bakal masuk neraka....  senangnyer dia nak menerakakan org...

ermmmm..... sumthing wrong sumwhere... kecuali ulama tuh dari golongan yg dapat profesioanl Ar jugak


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:30 PM | Show all posts
bank2 konventional memang sah2 haram......... tapi bank2 yg kata menggunakan kaedah islam pun belum tentu 100% halal

tak ada masalah pun kalau nak kenakan caj, tetapi biarlah munasabah........
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:35 PM | Show all posts
... istilah2 nih tidaklah aii tahu ...  yg ai paham ... kalau bank biasa interest nya berubah2 ....  yg islamik tuh die kira dah campur dapatlah satu jumlah .... ( kat sini yg d katakan akad ) ...... kalau masuk lelongan memang masaklah sesapa yg buat loan secara islamik.... .... untungnya kalau lambat bayar interest tak meningkat kan? ....

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:37 PM | Show all posts
rasa2nya org tak pertikaikan pasal simpanan tetapi pasal pembiayaan ataupun pinjaman
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 02:03 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 18-6-2013 01:37 PM
rasa2nya org tak pertikaikan pasal simpanan tetapi pasal pembiayaan ataupun pinjaman

PEMBIYAAN TU SEBENARNYA DARI DUIT SIMPANANLAH...

MISALNYA KITA NAK PINJAM RM10,000.00 KORUNK INGAT DUIT TU DUIT KERAJAAN LANGIT KE JATUH JELUPOK CAMTU JE...

DUIT TU DARI DUIT DEPOSIT...

KENAPA ADA KADAR KEUNTUNGAN MASA BUAT LOAN DAN BUKANNYA ZERO INTEREST?( KEUNTUNGAN NI TAK BERUBAH KADARNYA, TAPI FAEDAH YG HARAM BERUBAH IKUT MASA)

SEBAB ORANG YANG MELABUR ATAU MENYIMPAN NI NAK JUGA PULANGAN DIORANG...KALAU DIORANG MELABUR TAPI TAK DAPAT PULANGAN YG STANDARD MCM BANK KONVENSIONAL, DIORANG PON TAK NAK MELABUR..BILA TAK NAK MELABUR INGAT ADA KE DUIT KAT BANK TU...JADI BANK ISLAM KENA LETAKKAN PERATUS KEUNTUNGAN SUPAYA PENDEPOSIT DAPAT PULANGAN YANG SETIMPAL..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 02:32 PM | Show all posts
ultra78 posted on 18-6-2013 01:22 PM
Akad jual-beli mesin ATM

Jangan haromkan apa yang telah Allah halalkan.......prrrrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 02:46 PM | Show all posts
Maideen. posted on 18-6-2013 12:07 PM
"....they say that trade is like riba but Allah has permitted trade and forbidden riba..." transla ...

agak agaklah kamu mahu kutuk sistem perbankan islam. sistem perbankan islam ini antara sistem terbaik di dunia. kini negara negara barat berebut berebut mahu menggunakan sistem perbankan islam. hsbc juga sudah memperkenalkan hsbc amanah. membuktikan negara negara barat juga yakin dengan perbankan islam

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 02:46 PM | Show all posts
Kna tanya gabenornya Bank Negara...majikannya siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 02:47 PM | Show all posts
chenta_dewi posted on 18-6-2013 02:03 PM
PEMBIYAAN TU SEBENARNYA DARI DUIT SIMPANANLAH...

MISALNYA KITA NAK PINJAM RM10,000.00 KORUNK IN ...

apa kaitannya? kalau dah nak kenakan faedah juga, janganlah letak pembiayaan Islam

mcm aku kata, org tak kisah kalau nak dikenakan faedah tetapi biarlah berpatutan...........



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056904 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list