CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

Pengalaman Misteri Seorang Sulur Bidar - Kisah ke-6

[Copy link]
Post time 26-7-2013 11:02 PM | Show all posts
der TT..mana sambungan nyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 11:22 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 26-7-2013 07:54 AM
PART 2
----------
Lepas aku solat Maghrib, aku pegi melepak kat bilik-bilik memba aku... Agak lama ...

Salam Bam Bidar. Saya pun penah kene lebih kurang Mat. Kawan masuk bilik tengah2 malam tiba2 tido sebelah padahal ada lagi 2 katil kosong. Beberapa minit lepas dia baring tu, saya bangun dan duduk sambil mengeluh sebab panas sangat tiba2. Terus kawan tu keluar bilik. Esoknya dia tak ngaku dia datang, takde keje nak himpit saya malam2 kan. Dan sampai sudah saya tanya batch saya yang figura lebih kurang camtu, takde pun yang kata datang bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 12:00 AM | Show all posts
apa makna sulur bidar?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 12:49 AM | Show all posts
eee takutnyaaaa. kalau saya macamtu 24 jam saya akan sangsi adakah epol dan mat ni ialah yg tulen..baik tuko bilik jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2013 02:19 AM | Show all posts
Sambungan...

Jadik, aku dgn Mat Yie bertentang mata...  Lama jugak, dlm lebih kurang dlm 10 saat....
Malah, dlm 10 saat itu jugaklah bunyi kibaran sayap itu masih kedengaran tidak jauh dari belakang kami bertiga...
Eddie: "Cari kain balut cepat, dan kita ke check point!"

Aku dan Mat Yie tanpa cakap banyak, mengikut sahaja kata-kata Eddie yg dalam kesakitan...
Ada jugak kain kecil di dlm porch bag Mat Yie... Selepas Mat Yie membalut luka Eddie, kami berdua memapah Eddie utk pergi ke check point dalam jarak sekitar lagi 300 meter.. Jarak antara 100 hingga 200 meter (lebih kurang).
Dalam keadaan hutan belantara yg tebal lagi gelap gelita bertemankan lampu suluh, pada jam 2 - 3 pagi, lebih-lebih lagi dgn pelbagai bunyi, terutama, bunyi kibaran sayap yg mengekori kami hingga ke check point, jarak 100 ke 200 meter itu bukanlah satu jarak yg dekat, melainkan sangat mencabar keimanan kami bertiga.
Ayat kursi, 3 kul, tidak lepas dari mulut...

Sampai di check point, bunyi kibaran sayap itu sudah tidak kedengaran...  
Kami bertiga menanti kumpulan kedua rondaan malam....
Utk makluman, setiap check point kami akan letak lampu obor yg diperbuat drpd plastik kampit beras...
Entah apa silapnya, lampu obor itu semakin lama semakin malap..... dan makin lama makin terpadam....
Maka tinggallah kami bertiga dalam kegelapan..
Eddie sudah mengerut mukanya.. Dari sinaran bulan yg mengambang tu, aku nampak muak Eddie berkerut menahan kesakitan...

Yea..
Malam itu bulan mengambang terang hingga jelas permukaan tanah.....
Bagi meredakan hati yg sedang gelisah, kami berdua bersembang mengenai ragam dan pelajar perempuan yg kami minati...

Tiba-tiba, ada bayangan besar terbang melintas di atas kami... aku tidak tahu apakah itu kelawar atau keluang mahupun unggas kerana bayangan yg terbang itu terlalu besar hingga menutupi kawasan di mana kami bertiga sedang duduk..
Apabila bayang itu melintasi di atas kami untuk kali kedua, Mat Yie sempat mendongak, dan mukanya berubah..
Ketakutan, pucat, mulut ternganga... Aku pulak lambat mendongak.. Begitu jugak Eddie...
Tiada apa di atas kami....

Akhirnya kumpulan kedua tiba, iaitu... Sani, Megat dan....... (aku lupa sorang lagi siapa).
Mat Yie masih keadaan seperti itu... Maka, terpaksalah MAt Yie dipapah bersama-sama dgn Eddy leh rakan-rakanku yang lain....

Akhirnya Mat Yie dihantar pulang ke pangkuan keluarganya utk berubat sebelum subuh..... (di akhir penceritaan.. akan aku beritahu tentang keadaan Mat Yie)

----------------------------------------------------------------------------------

MALAM KEDUA....
Aku masih membuat rondaan... Dgn rakan-rakan aku iaitu Megat dan Acim....
Namun kali ini, aku tidak menyangka bahwa... kami bertiga yg akan menghadapinya.....
Rondaan aku kali ini adalah pada pukul 3 - 4 pagi... Seperti biasa, aku bersama-sama Megat dan Acim membuat rondaan.... Cuma, dek kerana sibuk menyediakan masakan perkhemahan, aku terlupa bahawa aku belum solat Isyak.. Dan kebetulan, Megat dan Acim pun serupa...
Seperti biasa, kami bertiga membuat rondaan sehingga tiba di checkpoint di mana aku, Mat Yie dan Eddie diganggu makhluk bersayap.. (itu anggapanku)...
Entah kenapa aku boleh terlupa itu adalah checkpoint di mana Mat Yie ternampak sesuatu...

Tiba di sana, aku mmg membawa kanvas yg tidak berapa besar utk solat... Maka, aku dan Acim menjadi makmum.. Megat menjadi imam..
Apabila kami bangun dari rukuk utk sujud pada rakaat pertama, aku terhidu bau yg sangat busuk.. Aku tak tau dari mana datangnya bau tue...
Seolah-olah dekat sangat dengan kami... Seperti bangkai yg sudah lama diperam..

Solat aku dah tak khuysuk.. Aku rasa, Megat jugak begitu kerana, dia selepas takbiratul ihram, dia sujud agak lama......
Apabila bangun dari sujud utk rakaat kedua, darah aku berderau!
Aku yakin Megat pun sama kerana Megat dgn tiba-tiba sahaja membaca dgn kuat surah al-Fatihah seolah-olah supaya surah al-Fatihah itu didengari oleh sesiapa (atau apa sahaja) yg berada di sekeliling kami..
Solat Isyak empat rakaat tiba-tiba aku rasa ia terlalu lama utk ditempuhi....


To be continued........... (aku nak keluar dgn kengkawan kejap..)


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 04:29 AM | Show all posts
Ala cepat ar tt, sambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2013 05:11 AM | Show all posts
sambunglah pelissss. aku suka baca dan dengar  cerita seram tapi penakut terlebih. Apa-apapun bulan posa ni aku berani sket
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
surfinv posted on 27-7-2013 12:00 AM
apa makna sulur bidar?

haiwan air yg misteriiiii......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2013 07:54 AM | Show all posts
motip tau suka wat pengakhiran penulisan dengan sesuatu yang saspen. next time, taip masa senggang, bukan masa dah nak terberak or nak kuar same member2


gitu marah kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 08:09 AM | Show all posts
menarik la teruja baca.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 10:10 AM | Show all posts
namharnimsak posted on 27-7-2013 07:54 AM
motip tau suka wat pengakhiran penulisan dengan sesuatu yang saspen. next time, taip masa senggang,  ...

kakakakaka..
yela bang bidar oii kuar pi beli baju melayu ke oii
cepat ahh bang bidar nnt sambung setori eh..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2013 03:20 PM | Show all posts
Mengapa aku begitu takut???

Kerana aku terpandang, tidak jauh dari tempat kami bertiga solat Isyak, terdapat susuk lembaga putih di sebalik pokok.. Ia bergerak mengelilingi kami....
Gerakannya itu mendatar di atas tanah, namun susuk lembaga putih itu tidaklah plak berhenjut kerana memana makhluk yg berjalan di atas tanah, pasti tubuhnya berhenjut..

Susuk lembaga putih ini mengelilingi kami seolah-olah ia terapung... Semasa aku tahiyat awal, aku menyedari bawaha ia berada di sebelah aku dalam jarak kira-kira 10 kaki...
Aku terus pejamkan mata....

Masuk rakaat ketiga... susuk lembaga putih itu sudah tidak ada di sebelah aku..
Namun tiba-tiba Acim aku dapat rasakan tubuhnya menggigil....
Megat mempercepatkan solat......
Khusyuk atau tidak perkara itu sudah tidak diambil kira..

Sehingga rakaat keempat, aku tidak tau di manakan susuk lembaga putih itu berada....

Selesai solat.. kami tidak bertangguh lagi.. terus menuju ke pusat perkhemahan....
Badan aku sudah aku rasakan lain macam.. seram sejuk.....
Begitu jugak Megat dan Acim........
Bau bangkai itu masih ada...  

Aku demam panas....
Terus dihantar pulang ke sekolah dan warden memanggil keluarga aku..
Begitu jugak Megat dan Acim...

Aku cuti seminggu sakit..

Apabila aku kembali e asrama, aku ceritakan segalanya.. Rupanya bukan kumpulan kami sahaja...
ADa yg terjumpa wanita hodoh di atas pokok, lembaga hitam bermata merah, susuk lembaga putih di atas pokok dan di celahan dahan.... Dan mereka yg terlihat memaklumkan terjumpa hanya di dua tempat...

Perkhemahan pada hari ketiga dibatalkan....

1. Tempat di mana Eddy terkena parang aku...
2. Di check point di mana kami bersolat..

Mat Yie? Dibawa pulang keluarganya ke Machang utk berubat... Sebulan selepas itu, dia sudah sembuh... Dan keluarganya terus memohon utk menukar sekolah... dua bulan selepas itu bomoh / dukun yg merawatnya itu meninggal dunia..
Itu yg diberitahu oleh mak bapaknya kepada kami, rakan-rakannya...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2013 03:24 PM | Show all posts
Tentu ramai yg tertanya-tanya kepada aku, kenapa aku menggunakan nickname Sulur Bidar di dalam dunia forum yg penuh dgn pelbagai agenda, emosi serta taktikal bicara?

Sebenarnya ia berkaitrapat dgn suatu perisitiwa di mana aku bersama teman-teman aku berkayak di Tasik Kenyir sekitar akhir 90-an sewaktu aku masih menuntut di salah sebuah IPT di pantai timur...............

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 03:38 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 27-7-2013 03:24 PM
Tentu ramai yg tertanya-tanya kepada aku, kenapa aku menggunakan nickname Sulur Bidar di dalam dun ...

peristiwa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 04:37 PM | Show all posts
pasal sejarah nama pun saspen
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
baru ku tau sulur bidar tu name binatang. ingat nama pahlawan bangsa jawa ke bugis ke indon ke. wahh excited aku nk tau psl nick misteri ko neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2013 02:23 AM | Show all posts
laaa.....orang tgh syok2 baca boleh dia wat saspen pi memerut pulak. ni betul ke sulur bidar atau....huuu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 04:46 AM | Show all posts
SulurBidar posted on 27-7-2013 03:24 PM
Tentu ramai yg tertanya-tanya kepada aku, kenapa aku menggunakan nickname Sulur Bidar di dalam dun ...

maka dgn itu, aku mmg tk sabar dgn sambungan cerita ko....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2013 04:57 AM | Show all posts
KISAH 3

Perisitiwa ini terjadi sekitar akhir 90-an ketika aku di pantai timur..

Hari itu, aku tiba di perkarangan resort Tasik Kenyir dgn kengkawan aku yg lain...
Setelah mendengar taklimat tentang cara-cara berkayak dgn betul pada pagi itu, maka selepas Zohor, kami dikehendaki memilih kayak dan partner di mana jenis kayak yg dsedian oleh pihak resort adalah satu kayak utk dua org pengayuh.

Maka, bermulalah, ekspidisi Tasik Kenyir...
Aku bersama kawan aku, Aris (budak Kelantan - bukan nama sebenar) kayak bersama sambil kami mendengar walkman (zaman itu, MP-3 or android mana ada... Walkman SONY adalah yg terbaik selain AIWA dan jenama lain) kami menghayati dan menikmati pemandangan alam sekitar yang indah di sekitar Tasik Kenyir..

Oleh kerana cara kayakan kami yg agak santai dan biasa, tidak tergopoh-gapah, maka kami tertinggal agak jauh di belakang... Sasaran tujuan kami adalah tempat yg berdekatan dgn air terjun... (aku dah lupa.....)

Sampai satu tempat, aku ingin menukar bateri walkman kerana bateri dah semakin lemah manakala Aris mengambil kesempatan ini utk menukar kaset lagu kegemaran dia...

Apabila kami ingin meneruskan perjalanan, kami mendapati, kami sudah hilang arah.. Kumpulan kayak kami sudah jauh didepan... Ketika itu, tidak semua memiliki telefon bimbit seperti era alaf baru...
Matahari sudah semakin lama redup dilindungi pokok-pokok dan bukit-bukau di sekitar tasik...
Namun kami meneruskan perjalanan kami dgn berpandukan lokasi terakhir kami melihat kumpulan kami...
Perjalanan diteruskan.. Kami terus.......... dan terus........... dan terus....................

Tiba-tiba, Aris memanggilku...

Aris: "Zat. Ko nampak tak depan tue??"

Aku: "Mana?"

Aris: "Depan sana tue.."

Kami melihat terdapat ledakan buih di hadapan kami dlm jarak kira-kira 80 - 100 meter...
Kami beranggapan ia adalah buih dari dasar tasik kerana berdasarkan tontonan aku di NatGeo, setiap dasar tasik / laut yg mempunyai sumber air panas akan menimbulkan buih.....

Kami meneruskan kayuhan kayak tanpa sebarang rasa apa-apa.... Apabila kami berdekatan dgn ledakan buih itu, aku melihat dan memerhati....
Anggaran aku, buih itu selebar sedepa tangan org dewasa... Maka, taksiran aku, pasti lubang di dasar tasik itu agak besar memandangkan diameter buih itu selebar satu depa org dewasa..

Kayuhan diteruskan sambil kami lalu di samping buih yg besar tersebut...

Namun tiba-tiba buih itu aku lihat semakin cepat ledakannya....
Jantung aku berdegup kencang......

To be continued.............. (ada keja kejap..)

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg si mat yie ternampak sbnrnyee???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.058410 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list