CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] MUKTAMAD-Kenaikan Cukai Pintu DBKL Tidak Ditangguh, Berkuatkuasa 1 Januari 2014

[Copy link]
 Author| Post time 29-11-2013 03:03 PM | Show all posts
Kerajaan Selangor Akui Kenaikan Cukai Pintu DBKL Tepat, Akan Kaji Kenaikan Pada Masa Depan

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mengakui tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar cukai pintu adalah tepat memandangkan kos perkhidmatan semakin meningkat, malah akan mengkaji berbuat perkara sama pada masa depan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim berkata cukai dilihat tidak boleh dikekalkan pada kadar yang sama selamanya kerana tidak praktikal dalam keadaan ekonomi semasa bagi memastikan perkhidmatan sentiasa berkualiti.

"Kita akui kenaikan cukai di Kuala Lumpur itu betul cuma mungkin kadarnya perlu dilihat semula...di Selangor pula, sudah lama kadar cukai tidak dinaikkan namun kerajaan negeri belum lagi ada rancangan untuk menaikkan cukai ini.

"Tapi jika cukai tidak naik, hasil negeri tidak mencukupi jadi bagaimana kita hendak pastikan pengurusan sampah, sebagai contoh berada pada tahap terbaik," katanya ketika menjawab soalan Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Jumaat.

Dr Xavier ingin mengetahui adakah kerajaan negeri bercadang menaikkan kadar cukai di Selangor.

Teng turut mengakui kerajaan negeri gagal menunaikan janji dalam manifesto pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) untuk menurunkan cukai pintu premis kediaman dan komersial pada kadar 10 hingga 20 peratus dan berikutan itu, mereka tidak lagi mengulangi janji yang sama pada PRU-13 Mei lepas.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan kalimah Allah di negeri ini adalah milik orang Islam sepertimana yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.

"Sultan telah mengeluarkan titah bahawa kalimah Allah bagi negeri Selangor adalah hak orang Islam, maka atas dasar itu tidak perlu kita pertikai lagi dan tidak payah dibincangkan," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mengenai tindakan yang diambil untuk memastikan kesucian kalimah Allah tidak disalahgunakan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2013 03:10 PM | Show all posts
DBKL dicadang beri rebat

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
[email protected]




Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) pada perjumpaan dengan Ketua-Ketua Umno Wilayah Persekutuan di Menara DBKL, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kerajaan dicadang menyediakan rebat kepada pemilik hartanah yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan agar tidak membebankan sekiranya berlaku peningkatan terhadap kadar cukai taksiran.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu boleh disifatkan sebagai penghargaan kepada warga emas yang telah bersara dan warga kota berpendapatan rendah yang memiliki hartanah di ibu kota.

"Malah, pemilik rumah kos rendah yang tidak menyewakan kediaman mereka kepada orang lain juga perlu menerima rebat tersebut," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa hadir pada pertemuan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama dengan Ketua-Ketua Umno Wilayah Persekutuan di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Tambah beliau, pelarasan semula tersebut adalah wajar kerana ia sudah 21 tahun tidak dilakukan, namun mengharapkan agar kadar kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan membebankan warga kota.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pelarasan tersebut perlu dibuat dalam kadar yang kecil agar warga kota tidak terasa dengan kenaikan itu.

"Kadar 10 peratus amat memadai kerana jika mengambil contoh seorang pemilik rumah membayar RM200 pada tahun lalu, tahun ini mungkin mereka hanya perlu bayar antara RM220 atau RM230.

"Sekiranya jumlah itu dibahagikan dengan 12 bulan, ia hanya kira-kira RM2 sebulan, tetapi jika tahun lepas bayar RM200 dan tahun hadapan RM600, kenaikan itu memang sangat dirasai," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula berkata, DBKL tidak wajar menaikkan kadar cukai secara mendadak selepas kadar itu kekal selama 21 tahun.

"DBKL bertanggungjawab untuk mengatur cara dan tempoh kenaikan cukai kerana tidak semua warga kota terdiri daripada golongan senang," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rebat#ixzz2m140lyLA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 03:18 PM | Show all posts
... hmmm , rebat2 nih memang tak sampai la kat org bawah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 10:33 PM | Show all posts
Kadar cukai pintu DBKL diumum kemudian

29 November 2013



Tengku Adnan Tengku Adnan


PUTRAJAYA - Kadar baharu cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diputuskan selepas mendengar maklum balas daripada pihak berkepentingan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan mendengar daripada semua pihak yang berkenaan dan kita akan membuat satu penentuan untuk kebaikan DBKL dan pemilik-pemilik hartanah.

"Kami bukan mahu menghukum masyarakat tetapi kenaikan itu perlu adil kepada kedua-dua belah pihak (DBKL dan pemilik hartanah)," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata DBKL memerlukan peruntukan yang besar untuk menjalankan tugas menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya lestari yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

"Contohnya, kos kutipan sampah sahaja berjumlah RM14 juta setiap bulan dan ini tidak termasuk kemudahan awam yang dirosakkan.

"Kalau anda mahu perkhidmatan yang bagus, anda kena bayar lebih," katanya.   

Isu kenaikan cukai pintu DBKL itu tercetus susulan dakwaan beberapa anggota parlimen pembangkang bahawa ada penduduk mengadu kadar baharu yang dijangka dilaksana Januari depan meningkat lebih 200 peratus.

Bagaimanapun Tengku Adnan sebelum ini dilapor menafikan kenaikan setinggi itu dan kadar berkenaan hanya satu cadangan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:09 PM | Show all posts
Semua benda naik nie. Yer lah kan, baru lepas PRU. Nanti 2 tahun sblm PRU stop dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2013 05:57 AM | Show all posts
tima kasih Umkok ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2013 06:56 AM | Show all posts
tahniah.. huhuhu...
agak2 ada kenaikan cukai pintu x kat putrajaya agaknyerr
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2013 04:25 PM | Show all posts


kejap tangguh, kejap naik..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2013 09:21 PM | Show all posts
Cukai pintu DBKL diputus selepas maklum balas rakyat
7:27AM Nov 30 2013

Kadar baru cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diputuskan selepas mendengar maklum balas daripada pihak berkepentingan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
   
"Sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan mendengar daripada semua pihak yang berkenaan dan kita akan membuat satu penentuan untuk kebaikan DBKL dan pemilik-pemilik hartanah.
   
"Kami bukan mahu menghukum masyarakat tetapi kenaikan itu perlu adil kepada kedua-dua belah pihak (DBKL dan pemilik hartanah)," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya semalam.
   
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata DBKL memerlukan peruntukan yang besar untuk menjalankan tugas menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya lestari yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
   
"Contohnya, kos kutipan sampah sahaja berjumlah RM14 juta setiap bulan dan ini tidak termasuk kemudahan awam yang dirosakkan.
   
"Kalau anda mahu perkhidmatan yang bagus, anda kena bayar lebih," katanya.
   
Isu kenaikan cukai pintu DBKL itu tercetus susulan dakwaan beberapa anggota parlimen pembangkang bahawa ada penduduk mengadu kadar baru yang dijangka dilaksana Januari depan meningkat lebih 200 peratus.
   
Bagaimanapun Tengku Adnan sebelum ini dilapor menafikan kenaikan setinggi itu dan kadar berkenaan hanya satu cadangan.     
   
- Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2013 09:45 PM | Show all posts
Flip flop btul laa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 02:00 AM | Show all posts
dpt lak menteri wilayah yg kuar statement xleh pakai

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cambengong je mende2 naik mendadak ni.. Contoh macam minyak time paklah tu terus rm2.70 gile gaban.. Kalau naik sikit2 org tak berapa kisah sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 11:44 AM | Show all posts
Lagi bantahan berhubung kenaikan cukai





Sebahagian Penduduk Mutiara Magna Taman Metro Prima, Kepong berkumpul bagi membantah kenaikan cukai taksiran DBKL di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kira-kira 100 penduduk Pangsapuri Mutiara Magna di Kepong di sini berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati berhubung kenaikan cukai taksiran baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penduduk mendakwa notis semakan semula nilai hartanah yang diterima mereka sekali gus menyebabkan peningkatan tinggi terhadap kadar cukai pintu masing-masing.

Rata-rata mereka yang berpendapatan rendah itu mahu agar pelaksanaan cukai taksiran baharu itu ditangguhkan.

Mereka mendakwa , kadar kenaikan yang dicadang pihak berkuasa tempatan itu hanya akan menambahkan bebanan kos sara hidup masing-masing.

Seorang kakitangan kerajaan, Abu Bakar K.K Ibrahim, 48, berkata, sebelum ini dia membayar cukai pintu sebanyak RM86 setahun dan berdasarkan notis yang diterima, jumlah itu akan menjadi RM252 pada kadar baharu.

"Saya tidak bersetuju dengan peningkatan drastik ini kerana banyak tanggungan yang perlu diselesaikan, ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin naik," katanya ketika ditemui selepas mengadakan bantahan secara aman di sini, semalam.

Warga emas, Tiew Eng Hua, 74, pula berkata, dia masih buntu untuk mencari wang tambahan bagi membuat pembayaran cukai taksiran sekiranya ia tetap dilaksanakan tahun depan.

"Sekarang saya hanya melakukan kerja kecil-kecilan untuk menampung kehidupan bersama isteri dan masih ada pinjaman bank yang belum diselesaikan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Mutiara Magna, Ahasrap Khan M. Aslam berkata, kenaikan kadar cukai taksiran baharu ini dijangka menimbulkan pelbagai masalah lain di kawasan perumahan itu.

Menurutnya, belumpun masalah tunggakan yuran penyenggaraan di pangsapuri tersebut selesai, timbul pula masalah lain.

"Yuran penyenggaraan pun penduduk tidak dapat bayar dengan sempurna, inikan pula cukai pintu yang akan naik dan kami yakin akan berlaku masalah terhadap kutipan yuran itu sehingga menyebabkan gangguan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan di sini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, DBKL diminta mengkaji semula cadangan tersebut kerana penduduk tidak boleh menerima kadar baharu tersebut.

"Kita faham kenaikan tidak boleh dielakkan tetapi DBKL perlu memikirkan formula lain agar ia tidak terlalu membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

"Kebanyakan penduduk pangsapuri ini yang saya temui amat terkejut kerana nilai semasa hanya RM1,440 tetapi dengan semakan semula ia menjadi RM4,200 sekali gus menyebabkan cukai pintu akan melambung tinggi," katanya.

Dalam sesi bantahan itu, tandatangan daripada penduduk yang tidak bersetuju dengan kadar kenaikan tersebut.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... cukai#ixzz2mNcJfzsO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 08:42 PM | Show all posts
MACAM MANA WARGA KUALA LUMPUR TIDAK NAIK ANGIN SATU BADAN DENGAN DBKL... CUKAI PINTU TAKSIRAN NAIK SAMPAI 540%!!!




Omak Kau mendapat kiriman gambar bil cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bermenterikan Setiausaha Agung UMNO Malaysia Tengku Adnan Tengku Mansor betapa dulu rumah pusakanya di Cheras Baru Kuala Lumpur bil cukai taksiran yang wajib di bayar kepada DBKL ialah sebanyak RM3,960 setahun.

Baru-baru ini beliau telah dikejutkan apabila menerima notis menyemak semula senarai nilaian dari DBKL yang membritahu bahawa cukai taksiran keatas rumah yang didiaminya sekarang sudah melambung naik sehingga RM19,800 setahun bersamaan lebih kurang kenaikkan sebanyak 540% ( LIMA RATUS DAN EMPAT PULUH PERATUS).

Bukankah ini di namakan cekik darah rakyat sampai kering kontang.

Beberapa butiran terpaksa di padamkan atas permintaan tuan punya bil... Omak Kau perlu menghormati permintaan beliau.

Kalau tidak zalim dan menindas rakyat .. mau di panggil apa kerajaan begini?.. Yang seronoknya tu ... pada PRU 13 lalu dia memberikan undi kepada calon BN katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak naik.. ahhh fedupla
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 12:25 AM | Show all posts
ini semua salah macai pilih pemimpin ban.ngang jadi pemerintah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 08:23 PM | Show all posts
DBKL terima 10,000 surat bantahan kenaikan cukai setakat ini

2013/12/05 - 17:26:42 PM
Cetak Emel Kawan
  
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima 10,000 surat bantahan kenaikan cukai pintu sejak notis kenaikan cukai itu dikeluarkan DBKL pada pertengahan November lepas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata proses bantahan adalah hak rakyat untuk bersuara dan mengemukakan pandangan masing-masing.


Beliau berkata DBKL mengeluarkan lebih 500,000 notis kenaikan cukai pintu dengan 56 peratus membabitkan pemilik premis komersial. "DBKL perlu mendengar semua bantahan terhadap cadangan kenaikan kadar yang dihantar oleh pemilik hartanah berkenaan selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Selepas tamat tempoh bantahan pada 17 Dis, DBKL akan meneliti setiap bantahan dan sebarang keputusan yang dibuat boleh dilakukan atas budi bicara DBKL," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat mengenai program sangkutan di ibu pejabat DBKL hari ini.

Ahmad Phesal berkata DBKL juga akan mengkaji pengurangan peratusan cukai berdasarkan beberapa aspek, sekiranya perlu selepas meneliti surat bantahan yang diterima.

Beliau menjelaskan segala yang dilakukan oleh DBKL adalah berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan dan berharap rakyat akan bijak menjalankan tanggungjawab serta hak masing-masing.
Ketika ditanya mengenai demonstrasi yang bakal diadakan pada 16 Disember ini, Ahmad Phesal berkata: "Saya bersedia berdepan dengan rakyat. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk berasa takut kerana saya hanya menjalankan tugas saya berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada."

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini, tiada pihak yang memohon permit bagi mengadakan perhimpunan membantah kenaikan cukai pintu itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 08:19 AM | Show all posts
Dey denan ...kan buek dulu doket ..putrajaya ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 08:22 AM | Show all posts
selamat datang ke wawasan 2020........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 03:05 PM | Show all posts
80,000 Surat Bantah Kenaikan Cukai Taksiran DBKL

Oleh STEVEN DANIEL

KUALA LUMPUR: Sejumlah 80,000 surat bantahan berhubung kenaikan cukai taksiran DBKL yang dihantar setakat Isnin dengan tarikh akhir bantahan berakhir pada Selasa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau merasakan bilangan bantahan yang diterima tidak memadai dengan sejumlah 500,000 harta yang terletak di bandar raya itu.

"Tengah malam ini merupakan tarikh akhir untuk semua pemilik harta bagi menyerahkan surat bantahan mereka.

"Setakat ini, semua surat bantahan mempunyai aduan dan alasan yang sama mengenai bantahan mereka," katanya selepas melancarkan kemudahan Park 'N Ride dekat Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS) di sini, Selasa.

Kemudahan itu melibatkan peruntukan RM19 juta merupakan kawasan tempat letak kereta empat tingkat dengan 818 ruang parkir, yang turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai keselamatan tambahan.

Kemudahan tersebut turut meliputi laluan bergerak untuk memudahakan pergerakan pengguna di Stesen KTM Komuter dan TBS.

Ia dijangka akan memudahkan lagi bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan keretapi, bas bandar dan bas ekspres di beberapa bahagian Lembah Klang dan seluruh negara.

Tengku Adnan menambah, beliau menjangkakan kemudahan Park 'N Ride dengan 10,000 ruang parkir akan dibina menjelang 2020 di beberapa lokasi termasuk Klang, Rawang, Nilai dan Salak Tinggi sebagai sebahagian daripada perancangan yang digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.123777 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list