CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Bayi dibuang di tepi longkang. update

[Copy link]
Post time 9-12-2013 08:16 PM | Show all posts
Innalillah..kesiannya tengok baby tu..sampai ati mak pak ko buat camtu..pandai buat pastu pandai buang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 08:17 PM | Show all posts
hidup lagi .. ada pic dia dalam hp tp tenet slo nk paste sini ..
mata sepet.. comey
Baby Boy .. ada chinese guy jumpa ..

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:28 PM | Show all posts
Jurukimpal Temui Bayi Perempuan Baru Lahir

IPOH – Seorang jurukimpal menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dengan cukup sifat di Lapangan Perdana 19 berhampiran kawasan rumah kedai baharu di Taman Lapangan Setia di sini hari ini.

Chong Lean Fatt yang ketika itu sedang bekerja di kawasan rumah kedai menemui bayi tanpa pakaian itu di satu lorong di kawasan berkenaan pada jam 10.20 pagi ini.

Chong berkata pada mulanya dia terdengar bunyi tangisan bayi namun selepas membuat pemeriksaan di kawasan itu dia tidak menemui bayi dan terus menyambung kerja.

“Tangisan bayi itu kemudiannya didengari seorang supervisor (penyelia) yang juga rakan saya. Kami memeriksa di kawasan belakang rumah kedai dan terkejut melihat seorang bayi dalam keadaan tertiarap di atas jalan tar tanpa berpakaian dan masih bertali pusat,” katanya ketika dihubungi.

Dia kemudian menghubungi polis sebelum bayi itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata bayi itu tidak mengalami kecederaan dan kini dalam keadaan stabil.

Ahmad Termizi berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan kira-kira tiga jam sebelum dia ditemui. – BERNAMA


MyNewsHub.my: Jurukimpal Temui Bayi Perempuan Baru Lahir

Ni la antara sebab orang melayu dan Islam dipandang rendah oleh penganut dan bangsa lain. Nyawa paling kecil tak dihargai....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:33 PM | Show all posts
iskans posted on 9-12-2013 09:28 PM
Jurukimpal Temui Bayi Perempuan Baru Lahir

IPOH – Seorang jurukimpal menemui seorang bayi peremp ...

Aku syak wartawan skarang ni bodoh sangat la...kejap laki..kejap pompuan...takkan baby tu khunsa?


sama gak berita mayat tersepit kat lobang lif.mula kata mayat pompuan.pastu tak diketahui jantina...

anyway, tempat buangan baby ni tak jauh dari umah auntie...

pahal la tak pass baby tu ke mak auntie? Kalo pass ke mak auntie,leh auntie bela budak ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:35 PM | Show all posts
Mana 1 betol? Berita awal kata baby laki...yg latest tepek pompuan lak... Nak kata tempat lain, sama je lapangan perdana 19.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:37 PM | Show all posts
Memang patut la Malaysia dilanda bencana

Banyak betul setan bertopengkan manusia

Allah bagi cash ja la ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2013 09:38 PM | Show all posts
auntie_girl posted on 9-12-2013 09:33 PM
Aku syak wartawan skarang ni bodoh sangat la...kejap laki..kejap pompuan...takkan baby tu khunsa?
...

Nak cepat sangat buat berita panazzz lah katakan.

Lerrr dekat ker dengan umah auntie_girl? Nasib  baik baby tu selamat dijumpai. Kalau tak, berita sedih dan sesalan buat kita sebab tak ada untuk selamatkan.....

Aaa, lagi satu.... Baby hatch cuma ada kat Hospital Ipoh specialist jer kan? Dalam area Ipoh ada 1 jer la maknanya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:41 PM | Show all posts
apa lagi kalau bukan erja ummah mulayu moslem sunni felda pprt caprut syumul berzina tak reti guna kondom dan pil perancang keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 09:41 PM | Show all posts
mak bapak budak tu anut ugama sunni ka anut ugama shia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:43 PM | Show all posts
aku yang anak 1/2 dozen pun sanggup bela kalau baby ni aku jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:52 PM | Show all posts
auntie_girl posted on 9-12-2013 09:35 PM
Mana 1 betol? Berita awal kata baby laki...yg latest tepek pompuan lak... Nak kata tempat lain, sama ...

Dalam metro online nyatakan bayi lelaki.....

Mutakhir: Bayi dibuang di tepi longkang

IPOH: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.
Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam.

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.



Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:59 PM | Show all posts
Sayangnyerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:06 PM | Show all posts
kalau dah tahu mengandung kenapa xbuang masa belum cukup sifat...

geramnya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 04:20 AM | Show all posts
nak kata kan perangai binatang ...tak leh ...binatang ponng jago anaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 08:57 AM | Show all posts
iskans posted on 9-12-2013 09:38 PM
Nak cepat sangat buat berita panazzz lah katakan.

Lerrr dekat ker dengan umah auntie_girl? Nasi ...



hometown ipoh,tapi cari sesuap nasik kat negeri lain jadi mmg pengetahuan am tentang ipoh lemah sket la

tapi macam pernah nampak je baby hatch tu, cuma tak pasti la kat kl ke kat mana lak memori ni nampak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 09:29 AM | Show all posts
Keadaan bayi dibuang belakang kedai kini stabil

SUNGAI SIPUT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memfailkan perintah mahkamah bagi membolehkan seorang bayi perempuan yang dijumpai di Taman Lapangan Setia, di Ipoh diletakkan di bawah penjagaan sementara di sebuah rumah kebajikan di Kuala Kangsar.

Exco kerajaan negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata, JKM juga akan berusaha untuk mendaftarkan bayi tersebut dalam masa terdekat.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya akan mengambil langkah awal mendapatkan terbitan iklan di akhbar bagi mengesan waris kepada bayi berkenaan.

“Pagi tadi (semalam) saya ada melawat bayi tersebut dan keadaan bayi tersebut sihat dan selamat. Begitu pun, ada sedikit kesan lebam di badannya, jari pun seakan melecur,” katanya kepada media, semalam.

Bayi seberat 2.4 kilogram yang masih lagi belum diketahui identitinya itu kini berada dalam keadaan sihat dan stabil di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Pada perkembangan sama, Rusnah turut menyelar tindakan individu yang membuang bayi sedangkan tempat perlindungan bayi ada disediakan di kawasan berhampiran tempat bayi tersebut dijumpai.

“Kalau tiada orang mendengar tangisan bayi tersebut, mungkin bayi itu sudah pun meninggal dunia. Nasib baik ada orang yang jumpa bayi itu. Kalau bayi itu diletakkan di tempat yang dikhaskan untuk bayi seperti itu, sudah pasti bayi itu akan selamat,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditinggalkan tidak berpakaian dalam keadaan tertiarap di lorong belakang sebuah kedai.

Bayi tersebut ditemui seorang juru kimpal yang kebetulan sedang melakukan kerja-kerja memasang jeriji besi bersama rakannya di sebuah kedai di situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2013 09:34 AM | Show all posts
sihat n cukup sifat
pe lg yg ko nak?

haiisskkk bg kt aku j lahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:35 AM | Show all posts
orang lain nak dapat anak bukan main berusaha lagi, ni senang2 buang merata. kejam semoga mak bapak baby ni diberi pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:40 AM | Show all posts
kalau buang merata rata ni biasanya anak x sah taraf...apa pun jgn laa buat camtu...di hospital kerajaan pun diorang layan dengan baik utk ibu2 yg mengandung tanpa suami...ni dah penat2 beranak..pi buang plak...banyaknya dosa ko dah buat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 09:50 AM | Show all posts
comeinye die.. sian kene buang merata2.. seb baik anjing tak makan kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.494509 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list