CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NHSMUM

Kau Curang! (U) TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 10-1-2014 12:05 AM | Show all posts
Okey, kali ni Sya post sambai last bab. Okey. Hope korang suke. Jangan tak bace yang last lagi. Confirm korang menangis. Sya yang buat ni pon daa sebak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2014 12:10 AM | Show all posts
8

Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang.

Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia.

Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi malas. Biarlah dia mahu lakukan apapun. Apa yang pasti Fathia mahu permintaanya di tunaikan oleh Hakimi. Cerai!
____________________________________________

“Sayang, kita dah sampai ni.”

Sebaik saja Hakimi memberhentikan kereta BMWnya disebalah Mini Cooper milik Fathia, Fathia terus keluar dari kereta. Dia tidak mahu lama-lama bersama denagn lelaki yang sudah membunuh anaknya.

Hakimi hanya mengeluh perlahan dengan kelakuan isterinya itu. Selama seminggu isterinya di hospital, selama itu juga dia memujuk isterinya dengan kata-kata penyesalan dan ucapan maaf. Tapi, semuanya sia-sia. Fathia tidak mengendahkannya. Fathia tetap mahu bercerai.

Dahlah si Emir selalu datang. Bukannya selalu malah sepanjang Fathia disana, selama itulah dia datang. Langsing tak menghormat pada diri dia sebagai suami Fathia. Fathia pula, menunjukkan reaksi gembira apaibila bersama dengan Emir. Kalau hanya mereka berdua tinggal, hilang semua senyuman, gelak ketawa milik isterinya. Hmm, dia rindukan semua tu. Tapi, apa yang dapat dia lakukan? Fathia langsung tidak mahu bercakap dengannya. Malah, langsung tidak mahu memandang mukanya. Begitu sekali Fathia membencinya.
____________________________________________

Fathia hanya mengerling ke arah Hakimi yang berdiri dihadapan almari mereka. Memasukkan semua pakaian miliknya. Dari tadi telefon lelaki itu berdering. Tapi, Hakimi hanya membiarkan. Siapa yang menelefon dia juga tidak pasti. Dan dia tidak mahu ambil tahu. Dan dia juga tidak mahu ambil tahu perihal lelaki itu. Biarlah lelaki itu mahu lakukan apapun. Mahu main kayu tiga ke, empat ke malah sepuluh kayu pun dia juga tidak kisah. Perasaan sayang dan cintanya terhadap Hakimi sudah hilang. Seperti anaknya yang sudah pergi meninggalkannya. Sebak hati dia apabila memikirkan bayi yang tidak sempat menjergah ke dunia ini.

Dia melekatkan tangan ke perut lepernya. Dulu, setiap kali dia bangun tidur dan sebelum tidur, dia wajib akan membelai dan bercakap dengan anaknya, tapi sekarang, itu semua hanya tinggal kenangan.

“Sayang, sayang nak makan sekarang?” Tanya Hakimi.

Dari tadi dia hanya memandang isterinya termenung sambil membelai perutnya. Perasaan bersalah semakin membuak-buak dalam diri dia.

Kenangan manis itu terbang saat pertanyaan Hakimi kedengaran di telinganya.

“Aku tak nak makan. Aku nak berehat. Kau keluarlah.”

Hakimi hanya memandang Fathia. Selepas kejadian itu, Fathia asyik membahasakan ‘aku’ ‘kau. Sudah hilang
‘abang’ ‘Thia’. Fathia masih tidak dapat maafkan dirinya?

“Thia, sampai bila kita nak macam ni?”

Sepi. Fathia memaling wajahnya ke luar balkoni bilik mereka. Apa Hakimi masih tidak faham apa yang dia mahukan? Dia mahu Hakimi ceraikannya. Dia sudah tiada hati untuk bersama dengan Hakimi.

“Sayang, abang tahu abang salah. Abang mintak maaf sangat-sangat. Bukan Thia sorang yang sedih atas kehilangan anak kita. Abang pun sama Thia. Abnag juga sedih. Dari dulu abang nak anak, tapi sekarang. Ini semua takdir Thia. Kita kena terima.”

“Maaf?” Soal Fathia sambil gelak sinis. Dia terus memandang wajah Hakimi dengan perasaan marah.

“Senang kan mintak maaf. Bila buat salah je, mintak maaf. Buat salah, then mintak maaf. Seriously Hakimi, aku muak dengar ucapan maaf yang keluar daripada mulut kau tu. Kau ingat dengan ucapan tu semua, semuanya akan pulih? Anak aku akan kembali? No. Semua tu tak akan berlaku. Tak akan.” Sambung Fathia. Dia memandang Hakimi dengan pandangan yang tajam.

“Sekarang, kau buatlah apa pun yang kau nak buat, Hakimi. Kau nak kahwin dengan perempuan tu pun aku dah tak kisah. Langsung tak. Kalau kau nak kahwin empat terus pun, aku pun dah tak kisah. Sebab, perasaan sayang, cinta dah hilang. Pergi bersama dengan anak aku. Apa yang tinggal dalam diri aku untuk kau, hanya perasaan benci. Kau tahu? B.E.N.C.I!” Sembur Fathia.

“Dan aku nak kau ceraikan aku selepas aku tamat tempoh edah aku.”

Biarlah Hakimi mahu terasa. Dia sudah tidak tahan. Hatinya sakit. Sakit sekali. Selama ini dia bersabar demi anak yang berada didalam perutnya. Sekarang, anaknya sudah tiada. Buat apa lagi dia bertahan? Sudah banyak air mata dia bazirkan untuk lelaki itu. Satu pun tidak ada guna. Sia-sia.

Hati Hakimi seperti ditusuk dengan pisau yang tajam. Sungguh hati dia sakit saat Fathia mengucapkan kata benci padanya. Cerai. Dia tidak mahu menceraikan Fathia. Mengapa Fathia tidak faham persaannya kini? Dia kehilangan anak yang dia nantikan dan sekarang dia akan kehilangan isterinya pula?
____________________________________________

Sudah 1 bulan peristiwa itu terjadi, Hakimi tetap tidak mahu menceraikan Fathia. Dan dia juga tidak mahu memutuskan pertunangannya dengan Suraya. Lebih mudah, dia mahu kedua-duanya sekali. Fathia sudah memberitahu Hakimi bahawa dia tidak mahu bermadu. Begetu juga dengan Suraya. Dia mahu Hakimi menceraikan Fathia. Tapi, Hakimi tetap dengan keputusannya.

Lonceng kedengaran saat Fathia mahu melabuhkan punggungnya di sofa. Malas-malas di mengangkat punggungnya untuk mendapatkan tetamu yang datang itu.

Kakinya bergerak ke monitor kecil di tepi pintu dan menekan butang untuk melihat siapa yang datang pada
pagi-pagi macam ni. Tak ada kerja lain ke? Huh!

Tup!

Mata Fathia membulat. Tangannya mengeletar. Mengapa dia datang ke sini? Apa yang dia mahukan? Kalau mahukan Hakimi, lelaki itu baru saja pergi ke kerja. Mahu berjumpa dengannya? Ohh, tolong. Dia tiada mood untuk beramah mesra saat ini. Apatah lagi dengan tetamu yang tak di undang ini.

Saat dia mahu memusingkan badannya untuk menyambung rehatnya tadi terbantut saat loceng itu sekali lagi kedengaran. Haih! Tak faham bahasa betul makhluk Allah yang satu ni. Dah tahu orang tak nak terima tetamu, balik jelah! Huh! Omel Fathia dalam hati.

Dalam terpaksa Fathia membuka pintu. Mata bertentang mata saat daun pintu itu terbuka luas.

“Hai.”

Ucap si tetamu. Tetapi, Fathia hanya menjeling. Dia tidak ada masa untuk membalas sapaan perempuan itu. Meluat dia memandang wajah pura-pura Suraya.

“Amboi! Bukan main sombong lagi kau. Hai aku langsung tak nak balas.” Selamba saja Suraya melangah masuk ke dalam tanpa undangan daripada tuan rumah.

Fathia hanya menahan marah. Dia perlu sabar. Dia tidak mahu berlaku pergaduhan di antara dia dan Suraya. Takut perempuan itu mengadu kepada Hakimi dan dia yang akan mendapat habuannya nanti. Huh!

“Eh, Hakimi mana? Aku tak nampak pun kereta dia dalam porch.” Soal Suraya dan duduk di sofa berangkai satu itu.

“Kata tunang dia. Tak akan tu pun tak tahu?” Soal Fathia dengan sinis. Dia memeluk badan dan memandang Suraya. Ada sesuatu yang dia mahu tanyakan pada perempuan itu.

“Kenapa kau pandang aku macam tu? Kau tak suka aku datang melawat kau ke?”

“Kenapa kau tipu Hakimi?”

“Aku tipu dia? Aku tipu apa?”

“Kenapa kau fitnah aku pukul kau? Aku jumpa dengan cara baik kan? Tapi, kenapa kau fitnah aku macam tu?”

“Ohh. Yaa, hari kau datang jumpa aku tu? Yang merayu-rayu aku tu?”
Geram Fathia melihat Suraya. Boleh minah ni buat endah tak endah. Sebab perempuan nilah anak dia pergi.

“Su, kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Kenapa kau fitnah aku sampai macam tu sekali?”

“Haha. Apa salah kau? Seriously, soalan kau ni boleh buat aku ketawa sampai pecah perut aku.” Kata Suraya dengan sinis. Sekarang Fathia dah tahu. Buat apa dia penat-penat berlakon kan?

“Eh, salah kau sebab kau rampas Hakimi daripada aku. Sampai aku hilang semangat untuk hidup. Sekarang, Hakimi dah kembali kepada aku, tak akan senang-senang je aku nak lepaskan Hakimi. No. No. No. Jangan harap aku akan mengalah. Faham?!” Suraya bangun dari sofa dan berjalan mengelilingi Fathia.

“Su, kau sedar tak apa yang kau dah buat? Kau dendam dengan aku kan? Dan sebab dendam kau anak aku mati. Kau tahu? Anak yang selama ni aku dan Hakimi nantikan dah mati. Sebab dendam kau!” Tengking Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau dia kehilangan kawan baik. Suraya tidak layak dijadikan sebagai kawan baik kalau macam nilah sikapnya.

“Wohoo! Sekarang kau dah pandai marahkan aku ae. Good. Ada peningkatan. Ni, taklah selalu kau je yang kena tindas. Congratulations.” Suraya menghadiakan tepukkan kepada Fathia. Dia juga memberi senyuman sinis kepada Fathia.

“Eh, Suraya sebelum tangan aku naik ke muka kau, baik kau berambus dari rumah aku! Kau berambus! Aku benci tengok muka kau.” Halau Fathia.

“Wait, wait. Aku atau kau yang sepatutnya keluar dari rumah ni? Cermin diri sendiri dulu. Tak lama lagi aku akan berkahwin dengan Hakimi. Selepas kitorang berkahwin, aku akan pastikan Hakimi akan ceraikan kau dan kau akan hidup merempat di luar sana.” Ugut Suraya.

“Ohh yaa, sebelum tu. Aku nak kasi tahu kau something about me and your husband. Kau tahu? Kitorang sebenarnya dah terlanjur. Disebabkan kau keguguran, Hakimi jadi tertekan dan dia cari aku. Dia cakap dia dah tak tahan dengan kau. That’s why dia cari aku. Opsss!” Pantas Suraya menutup mulutnya. Pura-pura terlepas cakap. Lalu dia ketawa sinis memandang wajah terkejut Fathia.

“Dasar perempuan murahan!” Jerit Fathia.

Pang!!

Tepat tapak tangan Fathia melekat dipipi Suraya. Sudah tidak tahan mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut perempuan itu.

“Fathia!!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2014 12:18 AM | Show all posts
9

Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka.

“Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.”

Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu.

“Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya.

Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya
sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi?

“Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia.
Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah.

“Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati.

“Perempuan murahan!”

Pang!!

Suraya tersenyum kemanangan. Hakimi memihak kepadanya. Fathia terkedu? Hakimi menamparnya? Lelaki ini betul-betul sudah melampau.

“Jangan sesekali kau panggil Suraya macam tu. Kalau tidak,”

“Kalau tidak apa? Kau nak bunuh aku?” Bidas Fathia. Dia tidak sangka Hakimi akan menamparnya sekali lagi. Nasib baik dia tidak menerima Hakimi lagi. Sekarang dia nekad. Apa pun yang terjadi dia sudah tidak kisah. Dia mahu Hakimi ceraikan dia sekarang juga. Di depan Suraya.

“Aku dah tak tahan dengan kau Hakimi. Sekarang, bersaksikan Suraya, aku nak kau ceraikan aku. Bukan dengan talak satu. Tapi tiga.” Pinta Fathia dengan tenang. Dia tidak mahu balik pada Hakimi lagi. Cukuplah sekali dia dipermainkan. Beberapa kali dilukakan oleh lelaki ini. Dia sudah tidak mampu untuk bertahan.
Hakimi dan Suraya memandang Fathia. Mata Hakimi membulat. Mukan kemerahan menahan marah. Suraya pula hanya mendiamkan diri. Dia lagi seronok menyaksikan drama dihadapannya kini.

“Okey, fine. Itu kau nak kan? Okey, kau dengar sini baik-baik. Bersaksikan Suraya, aku ceraikan kau Nur Fathia dengan talak tiga. Puas hati kau?!” Kini, lafaz talak telah dijatuhkan. Hakimi dan Fathia bukan lagi suami isteri. Fathia tersenyum hambar walaupun air matanya mengalir.

“Terima kasih Haris Hakimi kerana telah menceraikan saya. Saya baru terfikir yang saya nak terima awak kembali. Tapi, bila tengok perubahan awak yang mendadak tadi, saya batalkan niat saya. Nampaknya, awak lebih percayakan Suraya daripada isteri awak. Dan awak lebih sayangkan dia daripada saya. Dah tak ada gunanya lagi saya di sisi awak, kan? Dan awak jangan bimbang. Sebelum awak pulang dari kerja, saya akan keluar dari rumah ni. Selepas itu, saya tak akan muncul lagi dalam hidup awak. Halalkan makan minum saya selama ni. Halalkan semua pemberian awak selama ini. Ampunkan segala dosa-dosa saya terhadap awak.”

Hakimi terkedu. Apa yang telah dia lakukan? Ya Allah! Sekali lagi dia telah menyakiti hati isterinya.
Suraya tersenyum kemenangan. Akhirnya, Hakimi akan menjadi miliknya seorang.

Fathia membawa dirinya ke tingkat atas. Dia mahu mengemas pakaiannya. Dia mahu keluar dari sini. Dia
mahu hilang dari pandangan Hakimi. Biarlah Hakimi dengan kehidupannya. Selangkah dia keluar dari sini, terhapuslah semua kenangan-kenangannya bersama Hakimi. Dia nekad.

***********************************

Fathia mengusung languagenya turun kebawah. Tiada satu pun barang miliknya yang dia tinggalkan. Semuanya dia bawa pergi. Dia tidak mahu barang-barangnya pula menyemak di mata Hakimi. Saat kakinya menjejaki lantai, dia terpandang susuk tubuh yang mundar mandir di ruang tamu. Hakimi. Mengapa lelaki itu masih di sini? Bukan ke dia sudah ke tempat kerja? Arghhh! Mengapa dia sibuk memikirkan hal lelaki itu. Langsung tidak penting. Laju tangannya menarik languagenya untuk dibawa ke kereta.
Belum sempat dia mencapai kunci keretanya, suara garau itu memanggilnya.

“Thia.”

Fathia hanya membuka badannya. Tiada hati untuk memandang lelaki itu.

“Sayang, sayang nak pergi ke mana ni?” soal Hakimi lalu menarik tangan Fathia. Terkedu dia saat Fathia menepis kasar tangannya.

“Kita bukan muhrim lagi awak nak sentuh saya, Encik Hakimi.”

Terpampan Hakimi. Dia mengutuk dirinya. Mengapa begitu senang di melafazkan talak ke atas isterinya? Bodoh! Disebabkan perempuan lain dia sanggup melepaskan isteri sebaik Fathia.

“Sayang, abang mintak maaf. Abang tak sangka abang akan ucapkan semua tu. Kita rujuk semula, ya?” Rayu Hakimi.

“Rujuk? Awak tak belajar agama ke, Hakimi? Atau awak dah lupa berapa talak awak jatuhkan?” Soal Fathia tanpa memandang wajah Hakimi.

“Tiga, Hakimi. Tiga. Itu bermakna, kita dah tak boleh rujuk kecuali saya berkahwin lain dan saya bercerai dengan dia baru kita dapat rujuk. Itu pun kalau saya nak rujuk dengan awak.” Sambung Fathia dan memandang Hakimi sinis.
Hakimi terdiam. dia meraup wajahnya kasar. Mengapa dia begitu bodoh? Dan mengapa dia membuat perkara cerai itu seperti mainan? Arghh!

“Kalau macam tu, kita cari cina buta. Kita upah dia berkahwin dengan Thia. After a few months, kita mintak dia ceraikan Thia. Then, kita kahwin.” Cadangan Hakimi membuatkan Fathia bertambah marah. Lelaki ini dah lupa pada hukum hakam ke?

“Awak dah gila ke Hakimi? Berdosa tahu tak gunakan cina buta. Satu lagi, awak ingat saya ni mainan ke? Senang-senang nak campak sana sini?” Degus Fathia.

“Dahlah. Saya dah tak ada masa nak dengar semua rayuan awak lagi Hakimi dan cadangan bodoh awak tu. Saya pergi dulu. Saya harap awak dan tunang kesayangan awak tu akan hidup bahagia selepas ini. Saya akan tunggu surat mahkamah daripada awak. Asslamualaikum, Harris Hakimi.” Fathia melangkah pergi.
Ini adalah kali terakhir dia disini. Dia akan pastikan dia tidak akan menjejakkan kakinya kesini sebagai isteri Hakimi lagi.

*************************************

1 tahun kemudian…

“Ouchh!”

Terduduk Fathia saat tubuhnya dilanggar oleh seseorang. Makkk aihhh! Apa kebenda yang langgar dia ni? Gajah ke orang? Apasal kuat sangat ni? Sakit gila!

“Sorry, sorry. I tak sengaja tadi.” Ucap jejaka yang melanggarnya tadi.

“It’s okay. Sikit je ni.” Sikit kebendanya. Macam nak patah tulang dia ni haa. Dia mendongak apabila menyedari lelaki itu memandangnya. Saat matanya bertentangan dengan lelaki itu, bulat matanya.

“Emir.”

“Thia.”

********************************

“So, dah lama tak jumpa, right? Almost two years?” Soal Emir.

Selepas bertentangan mata tadi, mereka bercadang untuk berbual-bual di sebuah café berhampiran. Banyak cerita yang mahu dkongsikan bersama.

“Yaa, right. So, how are you? Dah kahwin?”

Emir mempamerkan senyuman hambar. Kahwin?

“No. Jodoh Emir tak sampai lagi.” Jawab Emir.

“Ye ke? Ke Emir memilih ni?” Sakat Fathia.

“Haha, ada-ada jelah Thia ni Of course lah. Nak cari isteri kita kena memilih. Bukannya macam beli baju di pasar malam.” Balas Emir pula. Bukannya dia memilih tapi, dia menunggu seseorang.

“Yelah tu.”

“So, Thia. How about you? Dengar cerita Thia dan Kimi dah berpisah. Betul ke?”

Dia dah tahu sebenarnya. Hakimi yang datang dan memujuknya supaya dia pujuk Fathia untuk kembali kepada Hakimi. Tetapi, dia hanya pekakkan telinga. Dia malas mahu melayan Hakimi. Nasiblah siapa suruh cari masalah? Dah terlepas baru sibuk mengejar?

“Yaaa, kitorang dah berpisah. Mungkin tak ada jodoh.” Fathia tersenyum nipis. Tenang saja dia memberikan jawapan kepada Emir.

“Emir dengar, Kimi dan Suraya dah berpisah. Thia tahu?” Perlahan Emir bertanya. Takut juga kalau-kalau Fathia membaling gelas ke arahnya.

“Ohh, really? Hmm. By the way, Emir buat apa kat sini? Baru mendarat or mahu terbang?” Saja dia mengubah topic. Dia tidak mahu berbual soal Hakimi lagi. Lelaki itu sudah tiada hubungan apa-apa lagi dengannya.

“Hah? Emir baru mendarat. Emir baru balik dari outstations. Thia plak?” Dia faham. Fathia tidak mahu berbual mengenai Hakimi. Dia ikut saja rentak Fathia.

“Ohh. Thia baru balik dari bercuti. Saja tenangkan fikiran.”

Mereka berbual dan terus berbual. Tanpa mengaitkan kisah yang lalu, itu sudah membuatkan mereka selesa. Fathia tergelak saat Emir mengeluarkan kisah-kisah lucu. Perasaan yang dulu, kini terbit kembali. Oh Tuhan. Apakah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2014 12:27 AM | Show all posts
10 LAST

“Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.”

“Sah?”

“Sah.”

“Sah.”

Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir.

Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin.

Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin!

*************************************

Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu.

“Tahniah.” Ucap Hakimi dengan senyuman pahit. Tangan dihulurkan kepada Emir.

“Thanks.” Balas Emir dan huluran Hakimi dibalas dengan ikhlas.

“Thia, abang doakan Thia dan Emir bahagia. Dan abang mintak maaf atas silap yang abang dah lakukan dulu. Sekarang, baru abang sedar mana satu permata. Mana satu kaca. Abnag tak sangka Suraya sanggup fitnah Thia.”

Sungguh dia menyesal. Saat dia terdengar perbualan Suraya dengan seseorang mengenai Fathia tidak pernah memukulnya, jantungnya bagaikan mahu gugur saat itu. Tapi, semuanya sudah terlambat. Sudah terlambat untuk berbalik kepada Fathia. Wanita itu sekarang kelihatan bahagia di samping Emir.

“Sudahlah, Hakimi. Perkara dah lepas. Saya dah lama maafkan awak. Sekarang kita buka buku baru. Saya
doakan semoga awak dapat perempuan yang lebih baik untuk awak.” Ikhlas sekali Hakimi dengar ucapan yang keluar dari mulut Fathia. Dia tersenyum hambar.

“Emir, kau jaga Thia baik-baik. Jangna lukakan hati dia macam aku lakukan. Jangan buat kesilapan yang pernah aku lakukan. Aku pergi dulu. Thia, abang pergi dulu. Asslamualaikum.” Hakimi melangkah pergi. Tidak sanggup dia menyaksikan kebahagiaan wanita yang di cintai. Namun, apa yang dia dapat lakukan? Terpaksa di menerima itu semua. Salah dia.

Sesaat kemudian dia berpaling dan memandang pasangan pengantin itu dan berlalu pergi. Air mata jantannya mengalir di pipi.

**********************************

Fathia memadang pemandangan malam dari balkoni bilik pengantinnya. Cantik. Tenang. Dia menghirup udara malam yang segar sambil memejamkan mata.

Beberapa saat kemudian, terasa pinggangnya dipeluk dari arah belakang. Tersentak dibuatnya. Tapi hanya seketika kerana dia yakin yang memeluknya itu adalah suaminya, Emir. Dia memalingkan sedikit wajahnya dan menghadiahkan senyuman buat Emir.

“Sayang, buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke?” Soal Emir sambil mengeratkan lagi perlukkan di pinggang isterinya.

“Thia saja hirup udara segar. Nyaman je.” Jawab Fathia. Sekali lagi dia mengirup udara segar sambil memejamkan matanya. Dek rasa terkejut dengan tindakan Emir yang mencium lehernya membuatkan tindakannya itu terhenti.

“Abang!” Jerit Fathia.

Emir hanya tergelak melihat reaksi Fathia. Sebenarnya dia saja mahu mengusik isterinya itu. Terasa bahagia hidupnya kini. Dilengkapi dengan seorang isteri yang sudah lama dia cintai. Membuatkan hidupnya bertambah bermakna. Emir tersenyum bahagia.

“Sayang happy?” Soal Emir. Dia perlu mengetahui isi hati isterinya. Mana tahu Fathia tidak bahagia berkahwin dengannya.

Dia melamar Fathia pun secara mendadak. Selepas beberapa hari perjumpaannya dengan Fathia di KLIA, terus dia melamar Fathia untuk jadikan isterinya. Dia takut Fathia akan terlepas sekali lagi. Dia sudah tidak sanggup untuk menanggung sakit rindu dia terhadap Fathia. Dan selepas 2 hari, Fathia memberi kata putus dan jawapannya ialah macam sekaranglah.

“Thia happy sangat abang. Kenapa tanya macam tu? Abang tak happy kahwin dengan Thia?” Soal Fathia kembali.

“Aikk. Abang tanya dia, dia tanya abang balik? Of course lah abang happy, sayang. Kenapa tanya macam tu?” Tergelak Emir apabila dia mendengar soalan yang dia tanyakan pada Fathia.

“Ishh, abnag ni. Kopi pasta soalan Thia.” Cebir Fathia. Geram dengan sikap Emir. Dari mereka bercinta, Emir selalu suka menyakat dia. Tidak dapat hidup agaknya kalau sehari tak menyakat dia.

“Haha. Abang gurau jelah sayang. Okey, sekarang jawab soalan abang. Kenapa tanya abang macam tu?” Soal Emir sekali lagi.

“Yelah. Takut abang tak happy je kahwin dengan janda. Abangkan still teruna lagi. Bukan macam Thia ni. Bekas orang.” Perlahan saja dia menutur kata. Takut Emir memarahinya.

“Sayang. Hey. Look at me.” Emir memalingkan badan Fathia dan memegang kedua-dua pipi Fathia. Dia mengucup dahi itu.

“Sayang. Abang tak suka tahu tak sayang cakap macam tu. Dah takdir sayang jadi milik orang lain dulu sebelum abang. Asalkan sekarang sayang hanya milik abang. Bukan orang lain. Abang tak nak dengar lagi dah sayang cakap macam tu. Faham?” Tegas Emir. Fathia hanya menganggukkan kepalanya dan menyandarkan kepalan didada bidang Emir.

“By the way, sayang. Sayang tahu ke, abang still teruna? Entah-entah…” Sakat Emir lagi.

“Abang!! Main-mainlah dia ni.” Geram Fathia dibuatnya. Apasal suami dia ni suka sangat menyakat dia? Haih!

“Okey. Okey.” Emir mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah. Sekali lagi tangannya memeluk pinggang isterinya dari arah belakang.

“Sayang, bilik yang cantik dan wangi. Isteri yang seksi dan cantik ni. Tak akan pandang je kot. Lagipun, malam ni kan malam Jumaat. Malam sunat kan?” Bisik Emir di telinga Fathia lalu mencempung isterinya kedalam bilik.

Terjerit Fathia dengan tindakan spontan Hakimi.

Sempat mereka berdua berdoa semoga perkahwinan mereka diredhai oleh Allah dan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke Jannah. Tidak ketinggalan juga semoga anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak yang soleh dan solehah.

***************************************

Sebaik saja tiba di rumahnya, Hakimi menuju ke bilik tidurnya. Bilik dimana tempat dia dan Fathia beradu. Tapi, sekarang? Hanya dia keseorangan. Sedangkan Fathia sudah berteman.

Laju kakinya melangakah ke laci dimana terletaknya gambar Fathia dan dia bersama semasa berbulan madu di Paris beberapa tahun yang lalu. Terduduk dia di lantai. Dia mengapai gitar ditepi katil. Gitar yang dihadiakan oleh Fathia semasa ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Perlahan-lahan jari jemarinya memetik gitar.

Dirimu selalu
Ada di setiap jalanku
Senyumu, tawamu dan candamu

Buatku slalu mencinta
Buatku dirimu yang terbaik
Sikapmu, langkahmu sperti bintang
Yang terangi dalam sepi

Kadang cinta datang
Kadang cinta pergi
Kadang cinta tak harus memiliki

Tak selamanya bahagia
Tak selamanya ceria
Kerna hidup kita
Kan terus berjalan

Teresak-esak Hakimi menangis saat menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki. Dia reda sekiranya Fathia bukan miliknya lagi. Dia terpaksa menerima itu semua. Dia teringat saat Fathia mendoakan semoga dia mendapat perempuan yang lebih baik. Fathia masih mahu mendoakan dirinya setelah dia melukakan hati bekas isterinya itu. Betapa mulianya hati wanita itu. Hanya dia yang buta tidak tahu menghargainya. Hanya dia yang bodoh percayakan orang lain daripada isterinya sendiri. Sekarang siapa yang menyesal?

“Perempuan yang baik untuk abang dah tak ada, sayang. Dia dah pergi tinggalkan abang. Malah, dia dah kahwin. Dia dah bahagia dengan suaminya. Abang doakan sayang semoga bahagia disamping Emir. Abang akan selalu cintakan Thia.”

Dia mengucup gambar Fathia ditangannya. Sungguh dia rindukan bekas isterinya. Namun dia sudah tidak dapat membelai wanita itu lagi. Dia hanya dapat memandang dari jauh saja.

Masih terbayang dimatanya Fathia dan Emir berpakaian pengantin dan tersenyum bahagia. Hancur berkecai hatinya. Wanita yang pernah menjadi miliknya dulu sekarang telah menjadi milik kawan baiknya.
Kerena tidak sanggup menyaksikan semua itu cepat-cepat dia meminta diri. Biarlah. Dia perlu memberi peluang untuk Fathia bahagia. Dia perlu lepaskan Fathia pergi.

Setitik. Dua titik. Air mata jantannya kembali jatuh. Ya Allah, aku sangat lemah. Aku tidak kuat, Ya Allah. Bantu aku Ya Allah. Bantu hambaMu ini Ya Allah. Teresak-esak dia menangis. Sungguh dia tidak kuat. Namun sempat dia berdoa dalam hati.

‘Abang doakan Thia bahagia dengan Emir. Abang akan selalu doakan Thia. Abang cintakan Thia, sayang.’

TAMAT!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2014 12:29 AM | Show all posts
Yeay! Tamat sudah KAU CURANG! Woohoooo!
Selamat membaca!
Nak menangis bila baca tau. Daa la tengah menaip tu macam banjir je mata ni. Huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 12:32 PM | Show all posts
Woooowwww...best of the best....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2014 05:19 PM | Show all posts
Simple awesome....
Thumbs up for the writer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 09:12 PM | Show all posts
MsIda posted on 11-1-2014 06:19 PM
Simple awesome....
Thumbs up for the writer

thank you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2014 12:31 AM | Show all posts
NHSMUM posted on 10-1-2014 12:29 AM
Yeay! Tamat sudah KAU CURANG! Woohoooo!  
Selamat membaca!
Nak menangis bila baca t ...

banyak typo lah dear.... tapi thumbs up best

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2014 03:28 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 12-1-2014 01:31 AM
banyak typo lah dear.... tapi thumbs up best

A'ah kan. Tak perasan banyak yang tertypo. Lepas post tu baru perasan. Sorry. By the way thanks sebab setia dari awal sampai akhir
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
habis dah...yehaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 02:51 PM | Show all posts
NHSMUM posted on 9-1-2014 04:29 PM
Yeay! Tamat sudah KAU CURANG! Woohoooo!  
Selamat membaca!
Nak menangis bila baca t ...

sungguh2 menghayati ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 10:10 AM | Show all posts
best citer ni...
tp ader sikit komen yg mna tt tertukar watak yg sepatutnya emir tertukar dgn hakimi..
begitu gak sebaliknya..

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:27 PM | Show all posts
citer yang baik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
wpun ada typo tp citenya sampai di hati..kesimpulannya jgn la berlaku curang..bergenang air mata bila bc..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 12:20 PM | Show all posts
CERPEN yg simple, ringkas tapi padat dgn isi...
good job!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2014 08:29 PM | Show all posts
thanks korang.. Appreciate sangat sangat. Hey, guys. Bace cerpen Sya yang sterusnye. Eliya Elias. Tak tahu lah best ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:11 PM | Show all posts
nice....

sedih la pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:33 PM | Show all posts
ni barulah ending puas hati.....!
padan muka hakim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 11:57 PM | Show all posts
lina21 posted on 10-4-2014 11:33 PM
ni barulah ending puas hati.....!
padan muka hakim

Hehe. Kan? Padan muka si Hakim tuuuu hahhaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.064093 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list