|
Mitos & Lagenda ASEAN: Penanggal (Kajian Ilmiah)
[Copy link]
|
|
Info Tambahan:
Kisah seram hantu Balan2 Bajau Kota Belud yang popular di zaman moden ini dipercayai heboh berlaku dalam tahun 1960an dan 1970an sahaja. Walaupun dikatakan sumpahan balan-balan dan kumokodong ini menurun / diwarisi mengikut kepercayaan masyarakat Bajau & Kadazandusun, tetapi disebabkan oleh kepercayaan dan amalan ilmu hitam sudah diambilalih oleh kepercayaan mengikut agama yang percaya kepada kuasa Tuhan, menyebabkan cerita-cerita hantu ini dianggap sebagai cerita tahyul sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Dikatakan seorang hamba Allah yang kononnya melanggar pantang larang ilmu hitamnya telah disumpah dengan mewarisi penanggalan telah menulis beberapa rangkap pantun kepada sahabatnya dan sahabatnya, seorang forummer CARI telah berkongsi pantun berkenaan di forum Misteri, Paranormal & Sakti. Namun begitu, kesahihan samada pantun ini adalah rekaan, atau jampi mentera, atau ayat memanggil si penanggal masih lagi diragui.
"Tutup lah pintu di bulan purnama
Jemput si ratu datang bersama
Rasakan si ratu didalam hati
Maka badan mu menjadi sebati
Bila kedatangan si ratu telah menjelma
Maka mulalah kamu bersembang lama
Tutuplah segala cahaya jika menghadap ratu
Janganlah kamu merasa kaku
Bila si ratu menjelmakan diri
Jangan mu takut dengan kepala yang tidak boleh berdiri
Ratu tengelong ratu sri cantik
Sedekahkan ratu sepasang kain batik
Bila si ratu telah setuju
Maka beritahulah hajat mu
Bila apa yang dihajatkan telah diberi
Maka kamu jangan lupa diri
Jangan pantangnya kamu melanggar
Maka kamu kena bersabar
Jika kepala mula memutus
Maka perjanjian mu telah terputus" |
|
|
|
|
|
|
|
huh! katam juga akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
Good Job Robotech buat Kajian |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh..info yg sgt menarik..tq tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
jarang kita dengar kajian ilmiah berkenaan dengan makhluk di sebelah nusantara kan,
sedangkan sebelah barat dan latin dah banyak kajian mengenai makhluk-makhluk mitos mereka
seperti chupacabra, bigfoot, werewolf dsb..
tahniah TT, kalau dapat dikumpulkan lagi maklumat-maklumat ni silap2 boleh buat buku satu |
|
|
|
|
|
|
|
skang penanggal xyah susah2 nak cari placenta sbb ada jual berbentuk pil kecantikan tp sheep placenta la. scarynyer bila terbayang penanggal |
|
|
|
|
|
|
|
konsepnya perempuan nak cantik dan guna sihir untuk cantik..universal konsepnya di negara2 yang TT refer tue....tapi mantera tue memang seramla..... |
|
|
|
|
|
|
|
Info yang sangat menarik.
Kepercayaan Kadazan mengatakan jika seseorang ingin berjalan pada waktu malam dengan membawa daging atau sesuatu yang mempunyai darah, mereka akan berasa takut kerana walaupun beban daging yang dibawa tidak berat tetapi tiba2 akan terasa berat bagi pemikulnya. Ini disebabkan mereka percaya bahawa ada sesuatu yang menarik daging berkenaan seolah2 menghalang pembawa daging dari terus menjalankan perjalanan mereka.
Admin dapat info ni dari mana? setahu saya makhluk yg sering menggangu jika seseorang membawa daging pada waktu malam bukan lah "kumokodong" tetapi entiti lain atau makhluk lain.
Pembetulan sedikit ya, Konsep "kumokodong" dalam budaya Kadazandusun dengan "balan-balan" atau "babalan" atau nama popular yang sering digunakan di sabah iaitu "BB" atau "B kuasa 2" adalah sama sebenarnya. Kumokodong tidak wujud dalam komuniti kaum atau sub-suku Kadazandusun sabah tetapi diadapt ceritanya dari kelompok-kelompok kaum lain di sabah yakni selepas perpindahan mereka ke sabah pada zaman pemerintahan Kesultanan Sulu di Pantai Timur Sabah.
Setelah penaklukan kerajaan Srivijaya terhadap Borneo/kalimantan dan Selatan Filipina sekitar IX bermaksud budaya srivijaya juga berkembang di tanah jajahannya, sama juga dengan ilmu balan2 di mana pesat berkembang di selatan Filipina dan menyebar ke sabah selepas penyerahan Pantai Timur Sabah oleh Kerajaan Brunei kepada kesultanan Sulu. Jadi Kadazandusun hanya mendengar cerita akan balan-balan ini dan memanggil entiti ini mengikut bahasa mereka iaitu "kumokodong" bermaksud tertanggal atau terpisah dari kata-akar "kodong" yang bermaksud 'cabut' atau 'tanggal'. Kaum Kadazandusun juga diberitahu oleh mereka akan kelemahan ilmu balab-2 bagi tujuan berjaga-jaga.
Maksudnya di sini, ilmu kumokodong ini tidak wujud dalam masyarakat Kadazandusun. Walaupun kaum ini juga sangat kuat dengan amalan sihir dan ilmu hitamnya, Jadi dapat di teka bahawa ilmu balan2 atau kumokodong ini asalnya dari sumatera sana.
pic #7 di atas adalah gambar yang dipercayai balan2 yang di tangkap di Utara Sabah, dan femes kat FB yg dipos dahulu. entah betul entah tidak kesahihannya belum dikenal pasti.
Last edited by ultrakasino on 11-2-2014 09:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ultrakasino posted on 11-2-2014 09:48 PM
Info yang sangat menarik.
Terima kasih di atas pembetulan. Info berkenaan saya dapat dari cerita seorang rakyat Sabah di sebuah blog yang membincangkan mengenai hantu balan2. Bermakna di sini, kumokodong masih merujuk kepada balan2, cuma ia melibatkan terma bahasa sahaja.
Sama seperti hantu penanggal yang dikenali sebagai 'tengelong' di Kedah / Perlis dan dipanggil 'balan2' di Sabah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ultrakasino, saya ada membuat pembetulan & tambahan pada posting berkaitan balan2 / kumokodong. terima kasih di atas info yang diberikan. |
|
|
|
|
|
|
|
robotech posted on 14-2-2014 11:19 AM
Terima kasih di atas pembetulan. Info berkenaan saya dapat dari cerita seorang rakyat Sabah di seb ...
ya tepat sekali, cuma berbeza dari terma bahasa aja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 versi kan..... Jgn la jumpa, takut uollsss |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya versi penanggal ni..macam mana dengan bola2 api yang orang cakap penanggal jugak tu??saya pernah jumpa 2 kali bola2 api mcm tu..mak saya lak pernah jumpa penanggal versi real punya masa tgh mengandungkan adik bongsu saya. |
|
|
|
|
|
|
|
best...sok pg je la aku baca..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Lepak depan rumah jam 2am. Tetiba nampak kat kaki langit, cahaya putih menurun.
Nak kata tahi bintang, x mungkin jugak.. Nak kata pesta tanglung / mercun, bukan musim perayaan.
Gpon kawasan perumahan sebelah, ada kg melayu.. Dengar cerita, kawasan kg & perumahan melayu tu.. Mmg ada jadi penanggal.
Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
bola api tu lah penanggal, masa dia terbang bercahaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|