|
[Dunia]
V26 MH370 Usaha Mencari Kotak Hitam Diteruskan
[Copy link]
|
|
tapibukanaku posted on 3-4-2014 01:21 PM
letak lah tajuk TT @daitechgroup
akak tak tahu nak letak tajuk pe? debris masih belum dijumpai?
|
|
|
|
|
|
|
|
freekey posted on 3-4-2014 01:17 PM
sembah berhala di batu caves sahaja sis.
|
|
|
|
|
|
|
|
ais_kosong posted on 3-4-2014 01:23 PM
berani gak budak nih..
cc: @eva
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Tun Hussein hari ini memberitahu pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) belum menemui sebarang kotak hitam daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lepas.
"Tidak ada apa-apa kesan ditemui, tidak ada kotak hitam milik MH370 dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
"Fokus kita untuk mencari pesawat. Kita melakukan operasi di Laut China Selatan dan Selatan Melaka.," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.
Beliau juga mengesahkan lebih ramai pakar dibawa ke dalam negara untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
"Kita bekerjasama dengan banyak pihak, kita membawa pakar untuk menganalisis data terkumpul oleh tentera dan penyiasat awam dari barat dan timur, termasuk NTSB AS," katanya.
Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.
Beliau menolak dakwaan bahawa lebih banyak kekeliruan kini timbul apabila pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ditemui yang masuk hari kelima hari ini.
"Banyak soalan spekulasi kita jawap sepanjang sidang akhbar sejak Sabtu lalu.
"Kalau kita tahu di mana kita akan fokus kepada satu kawasan. Semua jawapan kami adalah konsisten. Sebab itu kita deploy semua pesawat dan kapal serta operasi mencari dan menyelamat kepada dua kawasan.
"Selagi kita tak jumpa pesawat kita tidak akan hentikan operasi," tegas beliau.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sebanyak 12 negara menyertai misi SAR pesawat MH370 dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei.
Beliau berkata Malaysia juga amat mengalu-alukan lebih ramai pakar dalam bidang penerbangan tampil membantu operasi SAR.
"Kita bekerjasama dengan banyak pihak dan setakat ini tiga negara lagi iaitu India, Jepun dan Brunei turut menyertai misi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.
"Sehingga kini 39 pesawat, 42 kapal dan 12 negara bersama dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 ini," katanya lagi.
Mengulas mengenai kerjasama dengan Vietnam, Hishammuddin menjelaskan kerajaan telah menghantar satu nota diplomatik kepada kerajaan Vietnam semalam supaya Malaysia boleh menghantar bantuan operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan negara itu.
"Ada tuduhan kerjasama dengan Vietnam tak erat. Kita menafikannya. Usaha nencari dan menyelamat pada tahap kebertanggungjawapan pihak Vietnam. Mereka tidak menolaknya.
"Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Vietnam. Apa yang kita tahu setakat ini kerjasama itu sangat baik sehingga hari ini," jelas beliau.
Sebelum ini dilaporkan Vietnam telah menggantung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.
Selain itu, menurut laporan AFP, operasi pencarian di laut turut dikecilkan skalanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 3-4-2014 01:23 PM
PM NAJIB RAZAK’S PRESS CONFERENCE REMARKS IN PERTH ON MH370
I would like to start by thanking the ...
Mmg textwriter dia power...
|
|
|
|
|
|
|
|
pendeknya tajuk....hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
daitechgroup posted on 3-4-2014 01:24 PM
akak tak tahu nak letak tajuk pe? debris masih belum dijumpai?
letak je apa2 dulu kak. nak edit kemudian pun ok
|
|
|
|
|
|
|
|
freekey posted on 3-4-2014 01:17 PM
Aku rela aje lepaskan Pok Jib.. kehkehkeh.
|
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 3-4-2014 01:29 PM
Mmg textwriter dia power...
versi Bahasa Melayu
MH370: Kenyataan penuh Najib di Perth
KUALA LUMPUR: Berikut teks penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media di Perth, Australia, berhubung misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang:
"Saya ingin memulakan bicara dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus berusaha mencari MH370.
"Sepanjang tiga minggu lepas, beratus-ratus orang telah mengharungi perjalanan beribu-ribu kilometer untuk membantu. Mereka telah melakukan pencarian dalam keadaan laut bergelora, berkabus dan suhu amat sejuk.
"Mereka belayar dalam keadaan ribut petir untuk mencari pesawat. Kita terhutang budi kepada setiap seorang daripada mereka.
"Ini merupakan satu usaha yang amat mengagumkan, telah menyatukan negara-negara dari seluruh dunia. Semasa MH370 didapati hilang, berpuluh-puluh negara menjawab seruan bagi bantuan. Komitmen mereka tidak akan dilupakan.
"Tatkala berdepan tragedi ini – bagi negara-negara yang warganegara mereka berada dalam pesawat ini, dan keluarga yang anggota keluarga tersayang mereka hilang -- kerjasama ini memberikan kekuatan kepada kita.
"Perbezaan diketepikan, pada saat 26 negara bersatu dengan satu matlamat. Kehilangan MH370 merupakan insiden yang tidak pernah dialami sebelum ini; begitu juga dengan misi pencarian ini.
"Pagi ini saya berjumpa dengan anggota tentera laut dan tentera udara di Pangkalan Udara Pearce. Saya juga berbual dengan komander dari tujuh negara yang berada di sini untuk misi mencari MH370.
"Mereka memberitahu saya tentang kesukaran misi pencarian seperti ini; dari segi jarak, dan cuaca, dan untuk mengekalkan semangat jitu untuk tempoh yang lama.
"Ketika ini, 10 pesawat dan sembilan kapal sedang melakukan pencarian di Lautan Hindi bagi mengesan sebarang petanda berhubung pesawat yang hilang. Kawasan pencarian amat luas, dan keadaannya bukan mudah.
"Tetapi kawasan pencarian baharu yang telah dikecilkan memberikan kita harapan baharu. Dan saya percaya semangat dan keberanian adalah setara dengan tugas itu. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih atas apa yang mereka sedang lakukan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Tony) Abbott kerana menjadi hos kepada kami di sini di Perth; atas persetujuan untuk mengetuai operasi mencari di selatan Lautan Hindi; dan sudi menerima undangan kami untuk Australia turut serta sebagai Wakil Bertauliah dalam penyiasatan ini.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Australia untuk mengggariskan persetujuan komprehensif berhubung pencarian ini.
"Pada waktu sukar ini, Australia terbukti sahabat yang amat bernilai. Pihak berkuasa Australia, seperti banyak negara lain, telah menawarkan bantuan mereka tanpa teragak-agak atau lewat. Saya dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Australia bagi semua yang mereka telah lakukan, dan sedang lakukan, untuk mencari pesawat.
"Kami juga amat berterima kasih kepada mereka yang telah membawa bersama-sama pakar mereka untuk merungkai apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri Abbott sebagai ‘satu daripada misteri paling luar biasa pada masa kini".
"Kehilangan MH370 telah menguji azam kolektif kita untuk menyelesaikannya. Berdepan dengan begitu sedikit bukti, menjadikan tugas amat sukar, penyiasat dari Malaysia, AS, UK, China, Australia dan Perancis telah bekerja keras tanpa mengenal penat lelah untuk mendedahkan pergerakan pesawat. Usaha kolektif mereka telah membawa kita ke sini.
"Kami berada di sini hari ini, tetapi ingatan kami berada beribu-ribu kilometer jauhnya. Di bandar raya-bandar raya dan negara-negara di seluruh dunia, tatkala anggota keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat sedang resah menunggu berita. Dan tentang betapa luasnya Lautan Hindi, tempat MH370 sedang menunggu.
"Saya tahu selagi pesawat itu tidak ditemui, banyak keluarga tidak boleh mula berkabung. Saya tidak dapat bayangkan kesedihan yang sedang mereka lalui. Tetapi saya boleh berjanji kepada mereka yang kami tidak akan berputus asa dan mengalah.
"Terima kasih."
- BERNAMA Last edited by tapibukanaku on 3-4-2014 01:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ais_kosong posted on 3-4-2014 01:23 PM
berani gak budak nih..
bukan berani tapi..budus... |
|
|
|
|
|
|
|
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Hishammuddin Hussein bersama Komander United States Pacific Command (PACOM), Laksamana Samuel Locklear. Mereka sering berganding bahu antara satu sama lain bagi meneruskan operasi SAR MH370
|
|
|
|
|
|
|
|
Culik di Semporna: Mungkin perbuatan pihak tertentu lagakan Malaysia-China: PM
PERTH: Perdana Menteri bimbang penculikan warga China di Semporna mungkin perbuatan pihak tertentu untuk melagakan kita dengan China selepas kehilangan MH370.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat sini, malam tadi.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOMM) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira jam 10.30 malam.
|
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 3-4-2014 01:14 PM
Kerajaan jangan sembunyi sesuatu !!
sembunyi apanya...ostalia pun dah susah....nak sembunyi apa lagi....nak kena penampar ostalia pula??? |
|
|
|
|
|
|
|
Penumpang MH370 sepatutnya bersara 1 April
KUALA LUMPUR - Semalam merupakan tarikh persaraan pilihan bagi penumpang pesawat MAS MH370 Noorida Mohd Hashim, 57, sebagai setiausaha kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Noorida yang bertugas dengan DBKL sejak 36 tahun lalu, menyertai pihak berkuasa pada 1978 dan menggunakan cuti sebelum bersaranya untuk melancong ke Beijing, China.
Katanya Noorida, adik ipar kepada Pengerusi Kumpulan Modal Perdana Datuk Mohamed Ramli Abbas, bercuti bersama-sama kakaknya, Datin Biby Nazli Mohd Hassim, 62, yang juga isteri Mohamed Ramli, berserta dua anak mereka Maria Datuk Mohamed Ramli, 32, dan Dina, 30.
Tengku Adnan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan DBKL bagi membantu meringankan beban keluarga Noorida berikutan tragedi pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lepas.
Sumbangan itu disampaikan kepada sepupu Noorida, Faridah Badur di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Sementara itu, Faridah yang mengucapkan terima kasih atas sumbangan DBKL berkata keluarganya masih berharap Noorida dan kakaknya berserta dua anak saudaranya dalam keadaan selamat.
Beliau juga turut berterima kasih kepada seluruh masyarakat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik bagi kesemua 227 penumpang dan 12 anak kapal Penerbangan MH370.
Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 3-4-2014 01:31 PM
pendeknya tajuk....hehehehe
kau nak tajuk panjang mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 3-4-2014 01:35 PM
Culik di Semporna: Mungkin perbuatan pihak tertentu lagakan Malaysia-China: PM
PERTH: Perdana Men ...
akak rasa sudah tiba masanye
surhanjaya diraja siasat kes pemberian IC di kalangan rakyat asing di sabah.
bila isu ni tak selesai,
kes culik, jenayah perang tetap akan berlaku di kemudian hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
mamanoni posted on 3-4-2014 01:36 PM
cek in umah baru....
welkam uols..
|
|
|
|
|
|
|
|
daitechgroup posted on 3-4-2014 01:37 PM
akak rasa sudah tiba masanye
surhanjaya diraja siasat kes pemberian IC di kalangan rakyat asin ...
bukan ke RCI da siasat? ke belum lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib x malu ke gi OZ tgk Orient Poseidon ... Kita pakai Hercules je. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
|