CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6734|Reply: 43

Keseraman dalam hidupku

[Copy link]
Post time 4-7-2014 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam warga MPS

Sepanjang hidup seseorang itu pasti pelbagai pengalaman dikutip. Semakin panjang hidupnya semakin banyak pengalamannya.

Sekadar berkongsi kisah dengan rakan2 di sini. Sewaktu kecil aku tinggal di kuarters kerajaan. Sewaktu itu hanya kami berempat-ibu,ayah aku dan adik lelakiku. Di rumah kami ada 2 bilik. Bilik bersebelahan ruang tamu hanya menempatkan permainan dan menjadi bilik tetamu. Kami semua tidur di bilik yang bersebelahan dapur.

Di dalam bilik katil dan meja solek diletakkan bertentangan dengan sedikit ruang diantara perabot2 ini. Bersebelahan katil terdapat sebuah almari. Kami tidur di atas tilam bersebelahan katil yang bertentangan dengan almari. Ayah menyediakan lampu tidur dengan mentol berwarna biru.

Pada satu malam aku masuk tidur bersama ibu dan adik. Ayah masih menonton tv di ruang tamu. Setelah terlena tak tahu berapa lama aku tiba2 tersedar. Memang kebiasaan aku tersedar di tengah malam untuk minum air. Apabila aku berpaling menghala ke arah katil,aku terpandang satu lembaga memakai telekung sedang berdiri di ruang antara katil & meja solek. Sangkaan aku ibu sedang bersiap untuk solat. Tetapi tenyata meleset. Ibu sedang lena tidur di sebelah aku.

Dengan tiada prasangka dan perasaan aku terus memerhati lembaga itu. Kulit wajahnya agak cerah. Pada bahagian matanya agak lebam. Bibirnya juga kelihatan lebam,birat kebiru-biruan. Lembaga itu hanya memandang aku tanpa sebarang ekspresi di mukanya dan tanpa berkelip.

Untuk seketika aku hanya memandang lembaga itu dan cuba menduga siapakah dia. Aku tersentap dan mula rasa seram dan takut apabila sedar hanya ibu sahaja wanita dewasa di dalam rumah kami. Selimut menjadi tempat bersembunyi hingga aku terlena sendiri dalam takut.

Sehingga hari ini aku tak pasti apakah dan siapakah lembaga itu. Last edited by IndahNian on 4-7-2014 09:05 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
buleh tahan seramnye ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 09:12 AM | Show all posts
meremang bulu roma den ni ha...

huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 09:18 AM | Show all posts
ehehe ayat sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 09:19 AM | Show all posts
huhu nasib baik "dia" xmenegur atau mendekat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 09:34 AM | Show all posts
fuuuuuu seraaammm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2014 09:55 AM | Show all posts
brani ko tgk lelama...
nsb baik x masuk dlm bdn ko
x psl2 histeria
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 10:00 AM | Show all posts
kan cantik tulis macam ni......seindah nama tt.......sila sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2014 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
zacrin posted on 4-7-2014 09:19 AM
huhu nasib baik "dia" xmenegur atau mendekat....

Itu lah. Bila kenangkan balik ngeri juga kalau dia lemparkan senyuman kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 4-7-2014 09:55 AM
brani ko tgk lelama...
nsb baik x masuk dlm bdn ko
x psl2 histeria

Masa tu fikiran ni lurus,budak2 lagi. Tengok lama2 sebab nak tau siapa. Hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah posted on 4-7-2014 10:00 AM
kan cantik tulis macam ni......seindah nama tt.......sila sambung

Terharu pula mama puji macam ni. Terima kasih sudi baca. Bila lapang nanti akan disambung ye.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 10:54 AM | Show all posts
IndahNian posted on 4-7-2014 08:16 AM
Masa tu fikiran ni lurus,budak2 lagi. Tengok lama2 sebab nak tau siapa. Hehehe

umo bape

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 11:09 AM | Show all posts
best2.. ada smbungan lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 11:10 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 4-7-2014 10:54 AM
umo bape

uikss.. sempat tanya umo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 4-7-2014 10:54 AM
umo bape

Masa tu dalam 6tahun . Sekarang da 5kali ganda umur tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 11:21 AM | Show all posts
IndahNian posted on 4-7-2014 09:17 AM
Masa tu dalam 6tahun . Sekarang da 5kali ganda umur tu.

dh alang2 ko tenung tu nape x terjah jek makcik telekong tu..
ko kan bdk2 mn tau ape2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 11:27 AM | Show all posts
cite lagi la tt tentang keseraman hidupmu itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada masa free ni sambung la sikit. Selepas kejadian masa kecik tu tak ada penampakan lagi dah. Rasa seram sikit2 tu ada la. Ni nak cerita pengalaman tengok makcik menjalani rawatan gangguan makhluk halus.

Selepas dapat berita makcik sakit teruk kami sekeluarga balik ke kampung. Masa ni aku dah ada 2adik. Semasa mula2 sampai kami bersalaman dengan makcik yang terbaring di ruang tamu rumah atuk. Suaranya halus sangat tak seperti suara dia yang biasa. Dia kelihatan sangat lemah. Kalau nak ikutkan cantik juga makcik aku ni. Pada masa itu dia dalam lewat 20-an. Tapi masa tu dia sangat serabai,tak terurus dan cengkung. Wajahnya yang memang sedia putih melepak nampak pucat.

Walaupun suaranya sangat berbeza dia kenal kami semua. Dia mampu berbual sedikit walau amat lemah. Setelah bertanya khabar ala kadar,kami tinggalkan dia untuk berehat.

Pada malamnya sesi perubatan bermula. Pakcik perawat pun memulakan sesi bacaan dan pembakaran kemenyan(zaman 90-an belum ramai perawat islamik ni.huhuhu). Melentik2 badan makcikku melawan gangguan tersebut. Kaki dan tangannya kemas dan kejap dipegang oleh pakcik-pakcikku. Itu sebabnya badan dan pinggang makcikku sahaja bebas bergerak laksana seorang penari ballet.

Setelah dapat ditenangkan makcikku minta didudukkan. Dia membuat gerakan umpama gerakan silat dengan tangannya. Lalu dia menghembus dengan kuat ke arah kakinya yang dilunjurkan. Sambil itu tangannya membuat gaya menolak sesuatu. Bergerak2 rambut pakcikku yang duduk di hujung lunjuran kakinya. Kemudian dia pun baring dan nampak seperti tertidur.

Tak sampai seminit kemudian dia tersedar dan nampak terpinga2. Setelah itu datukku berdialog menanyakan  apa yang dirasanya sekarang dan apa yang diingati oleh makcikku.

Usai berbual pendek makcikku memandang ke arah dapur yang sepi tanpa penghuni. Dia bertanya pada datukku "Kenapa biarkan pakcik tu sorang2 kat sana". Lalu atuk meminta makcik panggil orang yang dilihatnya itu duduk di sebelah datukku. Makcik menurut arahan datuk. Dia kemudian membuat gaya seperti bersalaman dan mencium tangan 'orang' di hadapannya.

Aku nampak dia seperti berbual dengan "orang" itu dan kemudian membuat gaya bersalaman sekali lagi. Kemudian dia meminta pakcikku menghantar "pakcik" itu keluar.

Pada masa ni aku dan yang lain hanya menjadi pemerhati sahaja. Namun tak dapat aku lupakan aksi-aksi ala gimnastik dan suaranya yang amat menyeramkn itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 4-7-2014 11:21 AM
dh alang2 ko tenung tu nape x terjah jek makcik telekong tu..
ko kan bdk2 mn tau ape2

Tenung sambil hairan. Tak sempat terjah dah datang seram. Bagus juga. Kalau aku terjah makcik telekung tu,dia respons dengan terbang mengilai2 pula mau keras kejung aku di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 12:13 PM | Show all posts
tt nampak dia sekali je ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060203 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list