CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Naurah_rik

Apa yang bergolek di atas bumbung? cerita 7

[Copy link]
Post time 5-9-2014 02:42 PM | Show all posts
Naurah_rik posted on 5-9-2014 09:39 AM
cerita 5 ;

Mengenai arwah nenek mimi.

bestla cerita naurah...
suka makcik baca...
sambung lagi ye...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Naurah_rik posted on 5-9-2014 09:39 AM
cerita 5 ;

Mengenai arwah nenek mimi.

Hahahaha..plg x tahan ayat yg last tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 01:52 PM | Show all posts
cerita 2 tu tetibe aku membayangkan hantu kak limah pulak heee..seram tuh..aku kalo jalan memalam mmg x berani nk tgk celah2 semak ke..umah org ke..takot ternampak bende laen
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi2 lagi...hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 11:12 AM | Show all posts
sambung sambung sambung..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 03:28 PM | Show all posts
ilhamammar posted on 12-9-2014 11:12 AM
sambung sambung sambung..huhuhuhu

nanti saya sambung yeeee.. hari ni busy sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2014 04:08 PM | Show all posts
Naurah_rik posted on 12-9-2014 03:28 PM
nanti saya sambung yeeee.. hari ni busy sikit

ok... sye menunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2014 09:14 AM | Show all posts
Cerita 6 ;

Maaf ye lambat update. ok ok sambung ~

1st aku harap sangat kalau ada yang bijak pandai please la komen sebenarnya apakah, siapakah, mengapakah yang selalu bergolek diatas bumbung tu? Dan jeritan yang merintih tu bunyi apa sebenarnya? Lagi satu, yang selalu 'datang' dalam mimpi aku dan mimi tu apa?

Harap sangat kalau ada yang sudi jelaskan dengan jawapan yang 'logik' sangatlah dialukan-alukan. Sebenarnya aku risau jugak kalau apa yang aku alami sekarang adalah sebenarnya petanda "disantau" seperti sebelum ni. (2 3 menjak kerap mimpi ular, makan jarum dan sbgnya)

Sebelum aku tau yang aku disantau sebelum ni, aku banyak alami perkara-perkara yang pelik-pelik. Antaranya, mimpi yang ngeri, terdengar bisikan, kadang nampak macam lintasan dan bayang orang, badan terasa miang dan gatal dan banyak lagi laaa. Tapi time tu tak sangka lansung kena santau. Yalah alhmadulilah, setakat ni aku tak pernah gaduh dengan sapa pun. Time terkena gangguan dulu tu ingatkan cuma gangguan daripada "penunggu rumah sewa" semata-mata. Tapi lepas dah siap rumah aku, dan kami berpindah gangguan still ada. Tapi kurang sikitlah. Tapi still tak fikir apa-apa. Hinggalah masa bulan 2 hari tu secara tak sengaja ada orang 'ter'scan yang aku disantau. (korang boleh baca di thread, "disantau bekas isteri tunang".

Sorry ter throw back. APA yang aku nak cakap, mungkinkah gangguan di rumah sewa sepupu aku sekarang ni, ada kena mengena dengan apa yang aku pernah alami sebelum ni? Sebabnya sebelum ni Mimi hanya dengar bunyi jeritan dan golekan atas bumbung. Tapi sekarang, (sejak aku mimpi yang Mimi larang aku azan) Mimi kerap dengar bunyi tapak kaki dan sebagainya. So far dia tak menjelmakan diri, tu dah dikira bagus.

Yang menjadi persoalan bagi aku, bunyi tapak kaki dan benda bergolek di atas bumbung bukan setakat di rumah sepupu aku. Tapi dah melarat di atas bumbung rumah aku!! (jarak rumah aku dengan umah sepupu aku dalam 10km) .................................... Tapi setakat ni, aku tak pernah dengar lagi! Adik bongsu aku yang cerita. 2 3 menjak ni dia kerap dengar macam ada "orang" atas bumbung.

Maaf sangat-sangat kalau korang rasa aku dah macam lari tajuk. Tapi serius, aku pun confuse sekarang. Sama ada hanya rumah sewa sepupu aku tu ka yang bermasalah. Atau sebenarnya aku yang bermasalah?

Apa yang aku pernah baca daripada thread kat cari ni, sometime "hijab" boleh terbuka kalau pernah terkena sihir? Mungkinkah?

............................................ Last edited by Naurah_rik on 15-9-2014 08:16 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2014 09:20 AM | Show all posts
hanna88 posted on 6-9-2014 12:52 PM
cerita 2 tu tetibe aku membayangkan hantu kak limah pulak heee..seram tuh..aku kalo jalan memalam mm ...

ya kaaa? hikhik. jalan dalam cerita hantu kak limah lagi lah seram kena lalui "kubur" lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2014 09:41 AM | Show all posts
Cerita 7 ;

Ini mungkin cerita yang terakhir setakat ni (aku update dari semasa ke semasa) ...... kalau ada cerita terbaru aku akan update.

ok sambung ~

Macam aku kata sebelum ni, aku selalu lepak malam minggu dekat rumah Mimi dan Imah sebab salah satu alasan adalah, kitaorang akan pergi karaoke sampai lewat pagi. (2 3 pagi baru balik). So, kalau ada hari yang kita decided malam ni kami nak berjimba, so aku akan bawak keta. Biasanya aku lebih selesa naik motor. Macam biasa yang jadi driver adalah aku, kena jemput diaorang.

So petang tu, dalam pukul 6 aku dah siap lepak rumah sepupu aku. (sabtu aku keja half day) So, solat maghrib dan isyak aku solat kat rumah diaorang. (biasanya sebelum ni lepas isyak baru aku ada sana) ....... Ok dipendekkan cerita, dalam pukul 10 lebih baru kami keluar. Yalah takkan nak keluar karaoke awal kot. Malam minggu katakan.

Dalam pukul 2.43 pagi (anggaran je) aku hantar diaorang balik. Time nak parking keta pagi tu, aku ternampak atas dahan sebatang pokok (bertentangan) dengan rumah sepupu aku tu macam ada "something" ... mula terpandang tu, aku ingatkan perasaan. So, dalam berdebar-debar tu aku cepat-cepat parking, tutup lampu keta, enjin semua. Aku sempat jeling sekali lagi, haaaaa sekali lagi dalam takut-takut tu, nak jugak tengok apa bendanya tu.

Time tu aku nampak macam satu lembaga berbalut kain putih aku rasa pocong. Tapi nampak macam separuh badan sahaja. Tapi yang peliknya aku macam tak nampak muka dia. Hitam gila ...... Cepat-cepat aku masuk rumah. Time tu aku rasa macam nak pecah jantung aku! Tapi aku tak berani buka mulut. Aku diam ja. Harap-harap takdak la jadi benda pelik-pelik.

Keesokannya aku ceritalah dekat Mimi dan Imah, entahlah aku tengok diaorang macam nak percaya tak percaya jaaaa. Tapi buat masa sekarang, memang aku dah tak tido rumah diaorang dah. Kalau kami keluar berjimba, takdanya lah aku nak hantar balik. Diaorang akan tido kat rumah aku!.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051520 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list