CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jerambatu

IRAN - Salji di Dizin dan keindahan Isfahan

[Copy link]
Post time 6-10-2014 03:10 PM | Show all posts
Woah, gambar-gambar kau semua sangat mengiurkan. Macam best je Iran ni, dah lah cantik and dari segi costing aku rasa macam sangat banyak murahnya dari pergi Europe. Makanan diorang dari gambar kau ni pun macam sedap je haha dah lah aku tengah laparrr. Tapi memang sedap pun sebab aku pernah rasa makanan diorang sekali, macam makanan Arab juga.

Anyway, kawan-kawan bangsa Iran yang Mesia ni aku rasa diorang baik je, rajin pula tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 09:28 AM | Show all posts
jerambatu posted on 2-10-2014 01:22 PM
After Chehel Sotoun, we visited Imam Square, about 10 minutes walking.

kat mana lagi tempat best2 kat isfahan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 01:49 PM | Show all posts
bestnya...cantik2 view situ..

spe ade plan nk pegi Iran??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
atira posted on 7-10-2014 09:28 AM
kat mana lagi tempat best2 kat isfahan?

Mintak maap cik kak, saya masih di Dubai, beraya sakan, kejap lagi driving balik Doha. InsyaAllah nanti saya update.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 07:19 PM | Show all posts
Imam Mosque ( Masjid Imam)

Semasa era Shah Reza Phalavi masjid  ini dikenali sebagai Masjid Shah, selepas Revolusi Iran 1979 ditukar menjadi  Masjid Imam  sebagai penghormatan kpda Khomeini. Sebelumnya di kenali sebagai Masjid Jame ' Abbasi, terletak di sebelah selatan Imam Square. Dibina oleh Shah Abbas semasa dynasti Safawiyyah.

Dianggap sebagai pelopor  Seni Bina Parsi dan menjadi  ikutan dan rujukan dlm perkembangan senibina Islam Iran .Telah didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO . Pembinaannya bermula pada 1611, keindahan terserlah pada jubin mozek tujuh warna dan tulisan kaligrafi . Masjid ini telah disenaraikan dalam 80 Khazanah  Dunia oleh ahli sejarah seni bina Dan Cruickshank.





Blue mosaics and caligraphy









Pintu Masuk





Central Square





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 07:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2014 02:35 PM | Show all posts
Dah tengahari, perut pun dah mula lapar, so kami pun mencari tempat utk lunch. Ada banyak restaurant sekitar Imam Square ni, ada mediteranean food, Arabic food, fast food dan traditional Iranian food. So we chose Iranian traditional food. Nak rasa makanan tempat orang.

Sempat bertanya kat sorang peniaga souvenier di tingkat bawah bazaar, quite friendly, dia siap bawak kita orang ke depan pintu restoran yg terletak kat tingkat atas. Nama restoran Sofreh Khaneh Sonnati.





Very nice ambience, penuh dengan decoration parsi. Restoran boleh duduk bersila atau pun boleh pilih utk dining table. Kami pilih utk bersila diatas fine Iranian carpet. Siap ada background music, Persian instrumental music.

Kami mintak advise daripada salah sorang waiter, about the specialty of the restaurant, dan kami bagitahu yg kami nak rasa makanan tempatan traditional Iran. So dia cadang kami makan Abgoosht atau lebih dikenali sebagai Dizi.


Dizi yg dlm bekas warna gelap

Dizi ni dihidangkan dalam bekas seakan lesung, dan siap ada alu. Sebelum makan kena tumbuk perlahan-lahan utk blend the igredient. Lepas tu di makan dengan Iranian roti. Rasanya seakan kuah dalca tapi lebih masam sikit. Bahan utama makanan ni ialah kambing, kacang rebus (Chickpeas), kacang putih, kentang, tomato dan rempah khusus. Sedap jugak.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2014 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Getting around Isfahan is not a problem, they have public bus network, commonly used by the locals. Kita org teringin jugak nak cuba naik bus, tapi tak faham how the bus system works, all info dlm bahasa Parsi. So our mobility was purely depend on taxi. Nasib baik taxi dia orang tak mahal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2014 01:24 PM | Show all posts
Lotfollah Mosque
Masjid Sheikh Lutfollah satu lagi karya senibina Iran di era Safawiyyah (Safavid) terletak di sebelah timur Imam Square.

Mula dibina pada tahun 1603 dan selesai pada tahun 1619, oleh Shaykh Bahai. Ia didaftarkan, sebagai Tapak Warisan DuniaUNESCO . Dibina lebih awal dari Imam Mosque dan Ali Qapoo Palace. Untuk kegunaan  persendirian diraja , bukan utk public, itu sebab masjid ini tidak mempunyai menara dan saiznya pun lagi kecik. Tapi dari segi interior mesjid ini lagi cantik dari Imam Mosque.

Pintu masuk utama, sama seperti di Grand Bazaar dan Imam Mosque, berbentuk separa bulat bertemu dan membentuk lekukkan ke atas. Diperbuat daripada marmar. Bahagian atasnya dihiasi dgn ukiran jubin tujuh warna dan seni mosaic halus, dan tulisan calligraphy  hasil kerja tangan Ali Reza Abbasi .

Kubah utama nya pula dipenuhi dengan ukiranbulu burung merak yg nampak begitu indah especially pada waktu pagi, hasil dari imbasan cahaya matahari yg masuk dari bahagian tepi.

Kalau kita berdiri diluarmasjid dan memandang tepat kearah pintu utama, boleh nampak dgn jelas yg kedudukan kubahnya tidak symmetrical, atau tak center (kata org kampong).Kedudukan nya lebih kekanan. Ini merupakan keunikkan Masjid ini.Ini adalah kerana orientasi masjid ini yg tidak mengadap kiblat tetapi mengadap ke Imam Square. Jadi untuk mensejajarkan kedudukan saf, kedudukan kubah dengan arah kiblat,kedudukan kubah terpaksa di injak ke sebelah kanan.
























PANORAMIC VIEW

Last edited by jerambatu on 12-10-2014 01:30 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak maap ler kalau tred ni membosankan.

Iran bukan destinasi faveret org Msia.

Saya sebenornya bukan minat sgt dgn history dan muzeum. Hanya 2 museum yg aku pernah masuk, Tower of London dgn Louvre Paris, itupun tak habis pusing. But Isfahan is totally different to me. It triggered my interest to search more about its history after visiting the monuments and historical sites.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 07:20 PM | Show all posts
Menarik dan cantik sangat masjid2 di Isfahan ni. Teringin juga nak explore negara belah Arab ni. Tapi tulah mcm kurang sikit keberanian nak pi sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 04:24 PM | Show all posts
Khaju Bridge

Khaju Bridge Ia dibina oleh Shah Abbas II pada 1650.
Disamping berfungsi sebagai jembatan ia juga berfungsi sebagai empangan yg mengawal aras air Sungai Zayandeh.














Kemuncak seni bina jambatan Parsi dan salah satu daripada jambatan yang paling menarik yang masih ada.
Terdiri dari 24 gerbang ,133 meter panjang dan 12 meter lebar.

PANORAMIC VIEW







Last edited by jerambatu on 13-10-2014 04:30 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 10:57 AM | Show all posts
wahhh cantiknyer......
jarang dgr org g melancong sebelah2 sana...
anyway... tempek la gambar lagi... nak tgkkk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 08:09 PM | Show all posts
Jameh Mosque

Dikenali jugak sebagai Friday Mosque. Banyak2 monumen yg kami lawati, this is the most interesting one. Kami menghabiskan setengah hari suntuk melihat dan meninjau keindahan masjid ni. Untuk masjid ni kami guna guide, a University student from Isfahan, majoring in Persian History, really worth it dgn explaination dia yg sgt detail. Beliau jugak bawak kami  to every corner of the mosque.

Kemasukkan  Islam ke Parsi ( 637-651 ) semasa pemerintahan Sayyidina Umar al Khattab RA telah membawa kepada berakhirnya Empayar Sassanid dan berakhirnya amalan agama Zoroaster di Parsi . Agama Raoroaster mereka menyembah api.

Sebenarnya sebelum kedatangan syiah pada kurun ke 15, penduduk Iran adalah ahli sunnah wal jamaah dan bermahzab Syafei. Daripada tahun 637 hingga ke kurun ke lima belas, penduduk Iran adalah ahli sunnah dan bermahzab Syafei, iaitu selama hampir 900 tahun. Dalam zaman inilah juga lahirnya  ulamak-ulamak dan ilmuan terkemuka berasal dari Parsi dari ahli sunnah, antaranya Imam Ghazali, Imam Bukhari, Imam Muslim, Ibn Sina, Al Farabi, Abd Kadir Jailani, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan ramai lagi.

Pada kurun 15 jugaklah berlakunya penukaran mazhab daripada ahli sunnah syafei kapada Syiah Imam 12  dan telah dilakukan secara paksa dan kejam oleh pemerintah Dynasti Safawiyyah. Ramai ulamak2 ahli sunnah dibunuh dgn kejam kerana enggan menerima Syiah. Pada masa tu ahli sunnah diberi 3 pilihan – menerima syiah sebagai pegangan atau dibunuh atau keluar daripada Iran. Pada masa tu jugak banyak makam2 ulamak telah dimusnahkan, termasuk makam Imam Ahmad Ibn Hanbal dan makam Syeikh Abd Kadir Jailani. Bukan itu aja, mereka jugak memusnahkan masjid2 ahli sunnah, mereka mahu melenyapkan terus legasi ahli sunnah dari bumi Iran.

Baca sini. Very interesting Article.

Satu-satunya masjid yg dibina semasa zaman Ahli Sunnah yg terselamat adalah Jameh Mosque. Tak tahu kenapa depa tak musnahkan masjid ni.

Masjid Jameh merupakan masjid tertua dan terbesar di Iran, konsep senibina empat “Iwan” yg popular di Isfahan bermula daripada masjid ini. Iwan adalah ruang terbuka yg berkubah . Konsep 4 Iwan ini tersebar luar keseluruh dunia dan terus digunakan dalam rekabentuk masjid hingga hari ini, termasuk di Malaysia.

Masjid ini telah di renovate dan dibaiki banyak kali. Walaupun seni dalaman masjid ni tak sehebat Masjid Lofollah dan Imam Mosque, tapi darisegi rekabentuk strukturnya, ia jauh lebih hebat. Daripada struktur dalaman jelas kelihatan pengaruh Othamaniyah Turkey, especially pengunaan Selcuk bricks.

Internal structures


Main Square


Tempat Wudhu'


Internal Dome. Ada 400 internal dome, setiap satu dgn unique design.


Mimbar atau mehrab








Sekian saja, selamat melancung ke Isfahan.
Last edited by jerambatu on 14-10-2014 08:16 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 02:29 PM | Show all posts
Wah.... Iran sangat menarik.
Thank you TT... well done!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:47 AM | Show all posts
bestnya byk duit..
TT ni kije kat timur tgh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nashrudean posted on 26-11-2014 09:47 AM
bestnya byk duit..
TT ni kije kat timur tgh ke?

Memang banyak duit pun, tapi orang punya lah. Trip ni semasa saya tinggal di Dubai. Flight pun budget airlines Air Arabia. Hotel ngan makan kat Iran pun murah aja. Ada Msian buat visa run flying to Kish Island (Iran). Balik hari.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 10:13 AM | Show all posts
wahhh Iran sgt menarik! So beautiful! if pegi sana perempuan saja ok tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
n23 posted on 8-12-2014 10:13 AM
wahhh Iran sgt menarik! So beautiful! if pegi sana perempuan saja ok tak?

Ok, tapi kalau boleh in grouplah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 07:32 PM | Show all posts
tgh mencari info ttg IRan. TQ TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.268800 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list