CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsLucky

[Tempatan] Lelaki berjiwa wanita dah boleh berpakaian wanita tanpa sekatan?

[Copy link]
Post time 8-11-2014 08:39 AM | Show all posts
mrsLucky posted on 8-11-2014 08:26 AM
Expecially make up artis....I sometimes annoyed dengan kegedikan diorang..mengalahkan pompuan...ta ...

nanti nanti bolehla nikah dengan pondan pula..xde dlm perlembagaan kekdahnya..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 08:48 AM | Show all posts
Saya tak prejudice against mereka, tapi saya tak suka kalau mereka pakai mcm ni di Kawasan public, pasal pakaian wanita hanya cantik di pakai Oleh kaum wanita

kalau shoulder lebar, peha besar pakai skirt...mmg geli Last edited by cmf_herrhughie on 8-11-2014 08:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 08:49 AM | Show all posts
eh, PR dah dapat kuasa ker? ambiga jadi menteri?


aku tunggu mamat macho pakai uniform siap beret tu buat demonstration dan police report..
#kulop
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 09:06 AM | Show all posts
Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.

Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.

Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

“Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.

“Saya amat sedih, undang-undang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.

“Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.

Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.

“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.

“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri,” ujarnya.

Menurut laman portal Malaysian Insider,  Mahkamah Rayuan pada Jumaat telah mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal, katanya portal tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 11:26 AM | Show all posts
@Acong

Engko  dengan spiderman80 mesti seronok boleh berpakaian macam wanita sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lelaki pkai kain batik dikre pakai pakaian pompuan x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2014 11:33 AM | Show all posts
negara sekular..what you expect..

mufti2 tu semua boneka jek..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 02:01 PM | Show all posts
Transgender: Perlembagaan tak harus langgar hukum Allah, kata mufti Perak

Kebebasan di dalam Perlembagaan tidak harus disalah tafsir sehingga menjejaskan dan mengakibatkan pelanggaran hukum-hakam Islam, kata Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Mufti Perak itu berkata Islam jelas melarang lelaki berpakaian seperti wanita atau perlakuan sebaliknya kerana tingkah laku sedemikian akan mengundang kemurkaan Allah.

"Walaupun ada kebebasan dalam Perlembagaan, tetapi tidak sampai melanggar hukum yang wujud dalam agama.

"Sebagai contoh, kebebasan bersuara tidak begitu bebas sekali sehingga boleh mencaci raja dan sebagainya. Begitu juga pakaian yang tidak senonoh boleh ditangkap dari segi undang-undang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas tiga lelaki transgender yang berjaya dalam rayuannya meletakkan enakmen agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita tidak berperlembagaan.

Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim berkata Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik.

Harussani berkata, lelaki yang mengenakan pakaian wanita dan sebaliknya bukan sahaja mencemarkan akhlak Islam tetapi mengundang laknat Allah.

Katanya, Islam sudah menetapkan garis panduan dan batasan yang jelas kepada semua umat Islam, namun jika terdapat set perundangan lain, maka akan menimbulkan kekeliruan.

"Ia bertentangan dengan agama. Ini negara Islam, salahlah mereka sebab ia berkaitan akhlak. Dalam Islam, nabi katakan 'dilaknat Allah orang lelaki memakai pakaian perempuan atau perempuan berpakaian lelaki.’ Ini hukum Allah.

"Tidak boleh dari segi akhlak kerana Islam agama bagi negara ini. (Kita sudah) ada hukum agama, tiba-tiba tidak sah macam mana?” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang meniru pakaian wanita atau sebaliknya adalah satu penipuan di kalangan masyarakat dan perbuatan sedemikan sangat dipandang serius dalam Islam.

Katanya, apa yang dibimbangi adalah keingkaran terhadap larangan Allah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

"Lelaki pakai perempuan tidak senonoh. Ini satu penipuan. ‎Begitu juga perempuan memakai pakaian lelaki, satu perkara yang tidak baik. Salah dari hukum agama.

"Kita orang Islam menghalalkan perkara yang diharamkan Allah bererti kita keluar dari agama. Itu bahayanya. Memang serius dalam Islam. Dilaknat Allah. Itu hadis sahih."

Peguam tiga pemohon berkenaaan, Aston Paiva Phillip berkata pemohon ingin diakui sebagai wanita dan berada dalam pakaian perempuan adalah manifestasi dari Gender Identity Disorder (GID).

Katanya, kajian perubatan menunjukkan golongan ini ingin menjadi perempuan sejak zaman kanak-kanak mereka.

Paiva berkata, ini bukan pilihan anak guamnya dan GID akan kekal dalam diri mereka sehingga ke akhir hayat.

"Menurut pakar psikiatri, mereka sebenarnya berjiwa perempuan, terperangkap dalam tubuh lelaki lalu mereka berpakaian perempuan.

"Kenapa hukum mereka untuk sesuatu yang mereka tidak pilih dan tidak boleh ubah," katanya ketika penghujahan.

Harussani berkata, tidak ada lelaki yang dilahirkan berjiwa perempuan dan kenyataan sedemikian hanyalah satu bentuk rekaan.

"Tidak ada lelaki jiwa perempuan. Ini satu rekaan saja. Saya sudah pernah berdialog, berjumpa pakar. Sebenarnya itu hanya perasaan yang tumbuh kerana ibu bapa layan seperti perempuan atau adik beradik mereka ramai yang perempuan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata berdasarkan rekod, kebanyakan yang terlibat dalam transgender akan mengalami penyesalan di akhir kehidupan mereka.

Katanya, Islam tidak mengiktiraf perbuatan sedemikian dan hukumnya adalah haram melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.

"Ada beberapa puluh orang yang dah dipotong zakar, buat ‘lubang’, menyesal kerana akhirnya tidak boleh pakai. Tidak ada peranan apa-apa.

"‎Saya diberitahu ketika berdialog ada beberapa orang yang menyesal datang yang minta 'ukur' balik, hendk ukur macam mana ‘batang’ sudah dipotong.

“Mengubah hukum Tuhan, haram. ‎Islam tidak iktiraf langsung mak nyah,” katanya.

Hakim Mahkamah Rayuan semalam berkata, keputusan mahkamah sebelum ini tidak memberi keadilan kepada tiga lelaki berkenaan kerana mereka menghidap GID.

Katanya, terdapat kesilapan di pihak hakim sebelum ini apabila tidak mengambil kira bukti perubatan yang tidak disangkal di hadapannya.

"Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID.

"Kami ingin menjelaskan sama ada Seksyen 66 selaras dengan ajaran Islam atau tidak bukan satu isu dalam kes ini," kata hakim.

Para pemohon, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri.

Mereka akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berperlembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada "memakai pakaian perempuan" atau "menyamar sebagai seorang wanita" di Negeri Sembilan.

Mahkamah Tinggi pada Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki.

Di bawah Seksyen 66 Akta Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, mereka yang disabitkan berpakaian silang jantina boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya. – 8 November, 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 02:48 PM | Show all posts
1. Hakim Hishamudin Yunus
2. Hakim Datuk Aziah Ali
3. Hakim Datuk Lim Yee Lan.


1 & 2 tu transeksual rupenya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 03:04 PM | Show all posts
batmana posted on 8-11-2014 02:48 PM
1. Hakim Hishamudin Yunus
2. Hakim Datuk Aziah Ali
3. Hakim Datuk Lim Yee Lan.

patut la pun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 04:20 PM | Show all posts
aku rasa macam tak patut je bg diorang bebas pakai macam pompuan.   Lelaki berpakaian wanita dilaknat Allah.  DAN ORANG YANG MEMBUKA AURAT PUN DILAKNAT ALLAH.  Jadi, aku rasa bukan transgender je yang patut kena denda, tapi orang yang buka aurat kat tempat awam terutamanya perempuan.  Memang ada yang pakai sopan tapi tak bertudung.  Melanggar hukum Allah. patut dipenjarakan atau denda je perempuan macam ni.   Last edited by MrPharmacist on 8-11-2014 04:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 06:21 PM | Show all posts
batmana posted on 8-11-2014 02:48 PM
1. Hakim Hishamudin Yunus
2. Hakim Datuk Aziah Ali
3. Hakim Datuk Lim Yee Lan.

laaa transgender juga rupanya, patutlaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 08:36 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 8-11-2014 11:26 AM
@Acong

Engko  dengan spiderman80 mesti seronok boleh berpakaian macam wanita sekarang

tahinah puan....! skrg puan boleh berpakaian cam biasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh i confuse...kan dah ade thread ke yg bawa tema yg sama?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Soal transgender atau gender dysphoria ni complex, cer anda

Check benda ni gender dysphoria dalam ICD 10 OR now 11, atau DSM V?

adakah ia still dikategorikan sebagai psychiatric illness?

Kalau ya i guess majlus fatwa kena ada multaqa jugak sebab adanya pettubuhan atau orang perseorangan akan gunakan rasional'gender dysphoria' as a scapegoat.implikasi dari aspek sistem nilai , pengendalian dlm konteks islam mnhaj Malizi.

Of course yg hanya melihat seinci akan berhujah atas kebebasan manusia, ini difahami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh jadinya di bumi isle meleisia nih lelaki boleh pakai baju pondan dlm tv dan majlis kahwin tapi di tempat public trus jatuh hukum haram?

So kiranya ummah skrang terhinpit dlm isu2 besar seperti kelibat anjeng,kelibat pondan dan juga kelibat tuhan hindu di botol air..besar sungguh krisis sis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2014 09:25 PM | Show all posts

Bila mak nyah bergado...ganas..

Anyway I guess tiada yang komplain thats why...
I guess undang2 tu pon pihak berkenaan tak enforce sangat..

Last edited by mrsLucky on 8-11-2014 09:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 10:40 AM | Show all posts
Acong posted on 8-11-2014 08:36 PM
tahinah puan....! skrg puan boleh berpakaian cam biasa

Lu jangan melamun sini. Pergi tukar moon cup engko yang dah penuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 10:53 AM | Show all posts
suke le tew @MizzNigga


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.130314 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list